**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, January 31, 2009

SPRM JANGAN TAKUT

Walaupun tidak bersetuju sekiranya benar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan kaedah penderaan semasa proses penyiasatan dijalankan tetapi saya berharap SPRM tidak berganjak di dalam usaha membanteras politik wang di dalam UMNO sehingga ke akar umbi.

Kepada sebahagian ahli UMNO yang berdemonstarasi membantah SPRM semalam, janganlah mengikut perasaan. Berani kerana benar dan takut kerana bersalah. Ingatlah budaya politik wang tidak boleh dibiarkan kerana ianya akan menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara.

Lagipun kita tidak mahu dituduh mempertahankan amalan rasuah di dalam parti yang kita sayangi ini.

TEKA TEKI LOMPAT PARTI DI NEGERI SEMBILAN TIDAK BENAR

Teka-teki beberapa ADUN BN akan melompat parti adalah tidak benar. Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Datuk Seri Mohamad Hasan berkata wakil rakyat di bawah kepimpinannya mempunyai integriti dan jati diri yang kuat serta sayangkan parti.

Beliau menambah mereka ini tidak senang dipujuk melompat keluar parti walaupun ada diantara mereka tewas di dalam pemilihan bahagian.

Nampaknya Pakatan Rakyat sekarang sedang mengambil kesempatan terhadap ADUN-ADUN UMNO yang kalah di dalam pemilihan bahagian.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkhianati mandat rakyat untuk mendapatkan kuasa.

Pada pilihanraya umum lalu, BN negeri memperoleh majoriti mudah dengan meraih 21 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala 15 lagi kerusi dimenangi pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.

Mereka yang dikaitkan dengan lompat parti ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Shamsul Kahar Md Deli, Datuk Aziz Shamsuddin (Palong) dan Mustafa Salim (Lenggeng).

Aziz kalah di Jempol kepada penyandang jawatan ketua bahagian Datuk Lilah Yassin. Shamsul Kahar pula tewas jawatan timbalan ketua bahagian itu kepada Mohd Salim Shariff, manakala Mustaffa sedang menghadapi tindakan undang-undang.

Walaubagaimanapun ketiga-tiga mereka menafikan sekeras-kerasnya akan melompat parti dan menganggap kenyataan tersebut hanyalah untuk memburuk-burukkan nama mereka dan usaha pihak tertentu memecah belahkan UMNO negeri.

SELEPAS UMNO PERAK DAPAT PENGERUSI BARU, RAKYAT PERAK PULA AKAN DAPAT MB BARU

Selepas UMNO Perak mendapat Pengerusi Badan Perhubungan yang baru, heboh diperkatakan rakyat Perak pula akan mendapat Menteri Besar yang baru apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN.

Mereka ini akan menyertai BN sebagai tanda tidak puas hati terhadap dua ADUN DAP, iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang mendominasi pentadbiran kerajaan Perak.

Ini di tambah dengan pergolakkan yang berlaku di dalam PKR Perak yang didakwa menyisihkan pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada parti itu.

Sebagai bukti, saya petik satu ingatan kepada DSAI dari blogger Penyokong Pakatan Rakyat:-

"Di dalam kekecohan isu YB Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno kita dapat mengesan sesuatu yang menggambarkan PKR Perak sendiri bergolak secara langsung dan tidak langsung.

Esok Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi ke Bota Kanan. Harap Datuk Seri Anwar akan menanyakan kemana perginya dua exco PKR menghilang semasa sambutan YB Nasaruddin ke pejabat MB semalam.

Inilah gambaran apabila orang lain yang berusaha sapi dapat nama. Saudara Usaili yang berusaha keras menarik YB Nasaruddin pun tidak di jemput.

Tanyalah orang DUN Bota siapa yang tak kenal Hj . Usaili dari wakil rakyat dulu sampai sekarang tetap mengutamakan parti dari kepentingan sendiri.

Wakil rakyat orang mati dan wakil rakyat orang kawin mengambarkan betapa mesra rakyatnya beliau. Teman kawin pun dia datang hehehe...

Rakyat melihat dan tahu susur galur perkembangan PKR Perak, siapa yang kuat dan bagus buat kerja telah ramai di ketepikan.

Teman bukan ahli PKR mahu pun PAS tapi tahu akan talam 18 muka dalam PKR Perak. Budaya cantas mencantas di bawa dari Umno.

Harap Datuk Seri Anwar menilai dari pelbagai sumber dan jangan bersandarkan kepada orang sekeliling sahaja.2 exco dari PKR telah gagal menjalan tugas, untuk PRU akan datang carilah golongan yang codek sikit ilmunya dan mulia sifatnya.

PKR Perak telah membuang ahlinya yang berkemampuan dan mengambil mereka yang pandai membodek seterus mengutamakan kepentingan peribadi.

Lihatlah AMK Perak bergerak bertopengkan AMK dan berusaha melahap apa yang boleh membuncitkan perut..bukan semua AMK Perak tapi ia semakin membarah.

Bagi peringkat negeri terlalu perlahan program yang mendekati masyarakat.

Harap dalam ceramah malam esok Datuk Seri Anwar bagi teguran sedikit buat PKR Perak. Kita jangan hanya dilamun mimpi indah dengan kemasukkan YB Nasaruddin, kerana dua exco ini tiada semangat pakatan rakyat.

Yang betul-betul kuat PKR telah keluar jadi bloggers macam MSK dari Perak Express...otaknya jauh kehadapan memang express tak terikut deme...penyudahnya kene humban oleh PKR sendiri.

Udah menjadi satu kerugian..kita kena berjuang demi kepentingan ramai bukan sendiri...Teman bukan nak kempen untuk Hj . Usaili dan Mat Saman Kati, tapi itulah antara contoh-contoh insan yang berguna untuk rakyat..banyak lagi yang memerap dalam dan luar parti..malas nak turut serta dalam kepartian kerana masalah dengki mendengki ni masih subur dalam ahli PKR yang beranak di dalam Umno dulu..". Ingatan ini boleh dirujuk di sini.

PENDAFTARAN KEAHLIAN UMNO SECARA ONLINE

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak Serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Mansur melakukan gimik pelancaran "Sistem Pendaftaran Keahlian UMNO Online" Di Aras Empat, Menara Dato Onn.

Sistem ini membolehkan permohonan pendaftaran keahlian boleh dibuat secara Online tanpa menggunakan borang kerana pengisian borang dilakukan secara digital. Pada masa yang sama kaedah memohon secara konvensional iaitu secara mengisi borang masih digunakan lagi.

Mereka yang ingin memohon keahlian UMNO boleh melakukannya dengan melayari laman www.daftar.umno.org.my.

Friday, January 30, 2009

CADANGAN BUBARKAN SAYAP UMPAMA LAIN SAKIT LAIN YANG DI RAWAT


Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Beberapa pemimpin Pemuda UMNO hari ini terus menolak cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmed Rithaudeen untuk memansuhkan pergerakan sayap-sayap sebagai jalan penyelesaian terhadap segala masalah khususnya politik wang yang berlaku dalam UMNO pada hari ini.

Rata-rata mereka berpendapat terdapat banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan selain membubarkan sayap UMNO.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Kamarulzaman Kamdias berkata pembubaran sayap parti bukan jalan penyelesaian kepada masalah politik wang kerana ia boleh diibaratkan lain yang sakit lain yang dirawat.

Soalnya jika yang mendatangkan masalah itu adalah penghuni sebuah rumah, kenapa pula struktur binaan rumah yang mesti diubahsuai?

Tegas beliau lagi sepatutnya dalam mengekang amalan politik wang, tumpuan harus diberikan kepada perlakuan rasuah dan bukan kepada struktur binaan organisasi kerana ia tidak ada kena mengena langsung.

"UMNO diakui sedang berada pada tahap yang lemah, tetapi berbanding sebahagian besar hayatnya, UMNO kini berada pada kedudukan yang kuat. Itulah struktur binaan organisasi yang telah diguna pakai sama ada UMNO berada dalam keadaan kuat atau pun lemah.

"Di sini jelas membayangkan kepada kita bahawa cadangan untuk memansuhkan sayap-sayap parti bukanlah jalan penyelesaian terhadap gejala politik wang", katanya kepada laman webPemuda hari ini.

Lembaga disiplin parti ujarnya tidak harus berdolak dalih dalam mencari penyelesaian terhadap masalah politik wang dengan cara melontarkan cadangan-cadangan pelik yang tidak masuk akal.

Beliau berkata ia hanya akan menambah kekeliruan dan rasa kurang yakin ahli terhadap kemampuan Lembaga Disiplin dalam menghadapi kemelut ini.

"Jika kedua-duanya, parti dan Lembaga Disiplin sudah tidak diyakini kemampuannya oleh ahli dan akar umbi, kepada siapa lagi kepercayaan dan keyakinan harus diberikan?

"Oleh itu Lembaga Disiplin harus benar-benar berani menyelesaikan masalah politik wang berdasarkan realiti yang ada jika benar-benar ikhlas untuk membantu UMNO bangkit semula, walau pun tindakan itu akan dianggap radikal", ujarnya.

Janganlah kata beliau kerana perut sakit lantas terus mengambil jalan pintas dengan cadangan supaya diharamkan makan dan minum. Ia tidak masuk akal.

"Berilah tumpuan supaya dicari punca penyakit dan rawatlah dengan cara yang sepatutnya.

"Kita berharap agar Lembaga Disiplin terhindar dari perlakuan sindrom penafian dengan cara mengalih isu dan masalah pokok yang harus mereka tangani", katanya.

Sementara itu seorang lagi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Md Jais Sarday pula berkata UMNO telah berdepan dengan pelbagai masalah sebelum ini dan setiap masalah mempunyai pendekatan yang tertentu termasuk politik wang.

Tegasnya lagi dalam isu politik wang ini ia bergantung kepada ahli UMNO itu sendiri.

"Sekiranya kita sebagai ahli parti mahu melihat UMNO stabil, UMNO diterima orang Melayu dan masyarakat khususnya, kita sendiri harus berubah tanpa mengorbankan mana-mana pihak.

"Ahli UMNO sendiri perlu sedar bahawa perjuangan UMNO satu ketika dulu diterima oleh rakyat disebabkan perjuangan kita menolak British, menolak penubuhan Malayan Union seterusnya perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu", katanya.

Rakyat pada ketika itu tambah beliau lagi melihat UMNO sebagai tiang dan payung untuk mereka berteduh dan dijadikan sandaran, tetapi tidak hari ini apabila orang Melayu melihat ada segelintir orang menjadikan UMNO sebagai alat untuk kepentingan diri sendiri dan kelompok tertentu.

"Kita perlu perubahan dan kesedaran yang tinggi namun membubarkan sayap UMNO bukanlah satu pilihan yang ada pada kita", ujarnya.

Seorang lagi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Azizi Datuk Seri Wan Mohamed pula mempersoalkan mengapa dikaitkan perjuangan generasi muda dan sayap-sayap dalam parti dengan politik wang.

"Adakah Tan Sri Tengku Ahmed Rathaudeen sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin parti di dalam kajian beliau telah membuat kesimpulan penglibatan generasi muda menyebabkan berlakunya politik wang sehingga tidak boleh dibendung lagi.

"Adakah dengan menghapuskan sayap Pemuda, Wanita, Puteri dan Biro Putera UMNO dapat menghalang permasalahan yang di belenggu oleh UMNO di ambang pemilihan parti Mac ini", soalnya.

Justeru tegasnya kenyataan Tan Sri Tengku Ahmed Rathaudeen bukan sahaja menyentuh hati generasi muda sekarang malah telah menidakkan peranan yang di taburkan oleh pemimpin muda Melayu sebelum ini seperti Kapten Hussein Onn, Tun Abdul Razak, Tun Sardon Jubir, Tan Sri Syed Jaafar Albar, Datuk Harun Idris, Datuk Senu, dan Datuk Suhaimi Kamaruddin dalam memperjuangan agama, bangsa dan Negara.

Beliau seterusnya mengingatkan pasca PRU-12, Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu telah menunjukkan peranan generasi muda dalam menentukan kerajaan yang memerintah hari ini di mana pengundi muda yang berumur di antara 21 hingga 40 tahun merupakan 48 peratus daripada jumlah pengundi dan ini tidak termasuk kaum wanita yang melebihi umur 40 tahun.

"Peranan kumpulan ini menjadi teramat penting sehingga di awal penubuhan parti UMNO, sayap-sayap parti telah ditubuhkan dan dipahatkan satu fasal penubuhannya di dalam pelembagaan parti di bawah Fasal 21", katanya.

Manakala bagi Marzuki Yahaya saranan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen tidak menepati aspirasi golongan muda.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata UMNO tidak boleh cuba lari dari masalah sendiri tanpa memikirkan masa depan parti secara keseluruhannya.

"Pemimpin vateran seperti beliau pastinya tidak lari daripada berpegang kepada asas perjuangan negara bangsa.

"Oleh itu, saya dan rakan-rakan menerima pandangan beliau itu sebagai cabaran akal untuk lebih ramai anak muda tampil mengemukakan cadangan dan mencari pendekatan baru

"Kita sebagai parti yang menjadi harapan negara sepatutnya menambah luas kaedah dan pendekatan supaya lebih ramai golongan muda mendapat peluang berjuang menerusi UMNO seperti memudahkan pendaftaran ahli menerusi alam siber, kaunter di pusat tumpuan ramai dan mungkin juga penubuhan gerakan cinta keamanan UMNO-BN", katanya.

Malah kata beliau lagi cabaran Yang Mulia Tengku telah membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk melihat berapa banyak pihak dan ramai daripada kalangan muda bersuara dan berbual kerana harapan dan keperihatinan mereka kepada UMNO.

~www.pemudaumno.org.my

ULASAN

Cadangan ini nampaknya seperti marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Pada pandangan saya pembubaran sayap tidak akan menyelesaiakan masalah politik wang, tetapi akan melemahkan lagi Parti keramat ini.

Sayap-sayap parti inilah sebenarnya menjadi tunjang kepada kekuatan parti. Mereka membentuk jentera yang di geruni pada setiap pilihan raya walaupun pada akhir-akhir ini di lihat sedikit goyah.

Sayap pemuda dan puteri dilihat sebagai saluran penting untuk mendekati generasi muda. Menyedari akan adanya 7 juta pengundi baru generasi muda pada PRU 13, maka tindakan memansuhkan sayap-sayap ini sudah tentu akan merugikan parti.

Sepatutnya sayap-sayap ini diperkasakan dan bukannya dimansuhkan.

PENGUNDI TIDAK SEHARUSNYA MENJADI MANGSA POLITIK PERIBADI SEMPIT ADUN BOTA


Oleh Haris Razali

Ipoh -- Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim seharusnya berpegang kepada prinsip dan mengutamakan kepentingan rakyat khususnya pengundi berbanding diri sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Perak, YB Zainol Fadzi Paharuddin berkata pengundi di kawasan Bota memilih beliau pada pilihanraya umum lalu atas tiket Barisan Nasional (BN) bukannya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah katanya calon PKR sendiri tewas di kawasan tersebut dengan majoriti lebih 2000 undi.

"Ini membuktikan pengundi Bota mahukan wakil rakyat BN bukan PKR. Jika beliau (Nasaruddin) mengatakan tindakannya sertai PKR untuk kepentingan pengundi jelas ia satu penipuan fakta.

"Kalau betul pengundi Bota mahukan PKR, beliau sepatutnya letak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberikan peluang kepada rakyat menentukan siapa pilihan sebenar mereka", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang bertindak keluar meninggalkan UMNO dan menyertai PKR Ahad lalu.

Tindakan itu menurut Nasruddin bagi menjaga kepentingan para pengundi dalam kawasan DUN Bota.

Zainol yang juga ADUN Sg Manik seterusnya berkata berdasarkan keputusan pilihan raya umum lalu jelas menunjukkan kawasan Bota yang berada dalam Parlimen Parit adalah kubu kuat BN.

Ini kerana tegasnya Parimen Parit termasuk dua DUN dalam kawasan tersebut iaitu DUN Bota dan DUN Belanja dimenangi oleh wakil BN.

"Kita melihat tindakan Nasaruddin ini tidak lebih sekadar satu tindakan orang yang kecewa dan tidak mempunyai jatidiri dalam perjuangan.

"Dia bertindak atas kepentingan peribadi dan rakyat khususnya pengundi Bota tidak seharusnya menjadi mangsa dalam percaturan politik sempit seumpama ini", ujarnya.

~www.pemudaumno.org.my

ULASAN

Saya sebenarnya jijik untuk menyebut nama ADUN Bota ini. Beliau sanggup mengkhianati mandat rakyat Bota demi kepentingan peribadinya.

Selepas kalah perebutan Ketua Bahagian dan tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra, beliau sanggup mengkhianati parti yang telah banyak berjasa kepada beliau.

Sekiranya betul beliau menerima habuan kerana melompat parti, kita menyeru kepada SPRM supaya menyiasat perkara ini.

Kepada penduduk Bota yang berasa tertipu dengan tindakan ADUN ini, marilah bersama-sama kita mendesak ADUN ini supaya meletak jawatan dan bertanding semula di bawah PKR sekiranya beliau benar-benar anak jantan.

Kepada wakil rakyat lain yang ingin `berhijrah', silakanlah, UMNO tidak memerlukan `kudis-kudis' ini. Lebih baik kita berhadapan dengan musuh yang nyata daripada membiarkan mereka menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut.

TIGA `BANDAR POLITIK WANG' UMNO

Muda Mohd Noor

TEMERLOH, bandar ikan patin, dijadikan lokasi strategik agen-agen politik wang dalam Umno untuk mengatur strategi kempen pemimpin nasional yang berebut jawatan dalam pemilihan parti Mac depan.

Menurut sumber, bandar itu dipilih sebagai tempat pertemuan pemimpin-pemimpin Umno bagi mewakili tengah Pahang yang merangkumi bahagian-bahagian Maran, Jerantut, Bera dan Kuala Krau.

KUANTAN pula dijadikan lokasi mobilisasi sokongan perwakilan- perwakilan timur Pahang dan RAUB bagi barat Pahang.

Kata sumber, mereka berkumpul di tempat-tempat tertentu di bandar Temerloh pada hari yang telah ditetapkan.

"Pemimpin luar Pahang yang ingin melobi perwakilan-perwakilan Umno Pahang Tengah perlu bertemu di Temerloh. Mereka menghulurkan wang kepada agen-agen untuk diagihkan kepada perwakilan.

"Banyak tempat yang boleh dijadikan tempat bertemu seperti restoran, resort dan hotel tertentu," kata sumber dalaman parti itu lagi yang enggan dikenali.

"Mereka daripada pelbagai golongan, ada yang bekerja sendiri, penganggur dan sebagainya.

"Kegiatan agen-agen politik berkumpul ini berlaku sejak bulan Oktober lagi iaitu sebaik sahaja mesyuarat Umno bahagian bermula.

"Mereka bukan menjadi agen untuk seorang dua sahaja tetapi semua orang yang mahu menggunakan khidmat mereka.

"Sumber itu diminta mengulas penangkapan beberapa individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terlibat dalam politik wang menjelang pemilihan Umno.

Sumber itu berkata, identiti agen berkenaan sukar dikesan kerana mereka hanya berhubung dengan individu tertentu sahaja.

"Malah calon yang hendak bertanding tidak mengenali agen berkenaan dan kerana itu mereka terpaksa menggunakan orang tertentu di tempat berkenaan.

"Calon hanya memberi ucapan berkempen kepada agen berkenaan supaya memanjangkannya kepada perwakilan bahagian," katanya.

Menurut sumber itu lagi, agen ini mempunyai "kaki" mereka sendiri di setiap bahagian di Pahang. Dengan ini, katanya, mereka boleh mengatur pertemuan dengan agen-agen di bahagian tersebut dengan mudah.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Datuk Mohd Hamdan Sudin ketika dihubungi berkata, ramai pemimpin politik dari seluruh negara berkunjung ke Temerloh terutama pada hari minggu.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada agen-agen politik bergiat di bandar tersebut.

~Malaysiakini

ULASAN

Pada pandangan saya politik wang ini boleh berlaku di mana-mana selagi perjuangan mereka-mereka yang terlibat berkiblatkan material. Oleh itu kesedaran perlu dipupuk kepada semua ahli UMNO supaya menghayati semula perjuangan UMNO yang diasaskan dengan darah, keringat dan air mata semata-mata untuk agama, bangsa dan negara.

Friday, January 23, 2009

SELEPAS WISEL PENAMAT DIBUNYIKAN

Ramai orang meminta saya membuat ulasan tentang tuduhan yang mengatakan bahawa saya seorang yang elitis, tidak mesra rakyat dan sombong. Bahkan sepanjang tempoh kempen, saya dihujani oleh soalan yang sama saban hari oleh media. Sehingga kadang-kadang saya berada di dalam keadaan yang sungguh sukar iaitu terpaksa membela diri saya sendiri.

Apakah benar saya seorang elitis? Saya dilahirkan di Kg Tanjung Surau Pasir - disebuah rumah kayu yang di sewa oleh Mak dan Ayah. Mengikut keterangan kelahiran saya, rumah berkenaan beralamat di 297, Kg Tanjung, Kuala Terengganu. Sehingga hari ini, rumah ini masih wujud. Yang jelas, saya tidak dilahirkan di mana-mana hospital. Saya tidak pernah bersekolah tadika - terus ke darjah satu ketika usia 7 tahun. Dan saya ke sekolah menaiki beca bersama-sama Abang dan dua sepupu saya. Ya, empat orang dalam satu beca. Hatta semasa Ayah menjadi Pegawai Daerah Kemaman pun saya masih menaiki beca kesekolah. Hanya apabila saya di Tingkatan Satu saya menaiki bas sekolah yang tentunya bermacam warnanya kerana tidak ada lagi keseragaman warna oren pada masa itu.

Saya masih lagi ingat, kapalterbang pertama yang saya naiki sepanjang hayat saya ialah penerbangan ke London dengan British Airways pada 29 September 1980. Oleh sebab saya diterima lambat oleh MARA untuk membiayai pinjaman saya ke Britain di dalam jurusan undang-undang, saya hanya terbang seorang diri. Tidak ada peers kerana mereka telah terbang terlebih awal. Tidaklah perlu saya sebutkan disini bahawa saya terbang kelas ekonomi. Sampai di London Heathrow, saya seperti rusa masuk kampung - terlonta-lonta mencari jalan ke Bryanston Square tempat di mana Malaysia Hall ada pada masa itu. Tidak ada pegawai MARA yang tunggu di lapangan terbang. I guess they thought, well if he could make his way to London, he must surely be able to locate where Malaysia Hall was.

Apakah saya elitis sekarang? Barangkali kita harus bertanya kepada Rajan yang menjadi tukang gunting rambut saya di Jalan Thambosamy. Kedainya lebih kurang 10 kaki x 10 kaki. Mempunyai empat kerusi dan jarang benar penuhnya kerana sukar untuk menggunting rambut empat orang sekali gus di dalam kesempitan ruang yang sebegitu. Rajan akan mengesahkan bahawa selama empat tahun saya mula tinggal di Kuala Lumpur semenjak dilantik sebagai Setiausaha Politik disitulah tempat saya bergunting rambut. Dua kali sebulan. Hatta selepas saya menjadi Timbalan Menteri, saya tidak bertukar tempat saya bergunting rambut, walaupun saya tahu, pengawal peribadi saya merasa resah setiap kali saya ke situ.

Atau kita boleh bertanya Encik Annuar. Tuanpunya warong kari kepala ikan di belakang TMC Bangsar. Apabila ada sidang di Parlimen, saya akan mencari kawan-kawan untuk makan di situ. Bukan restoran, bukan warung - tetapi hanya kerusi dan meja di bawah pokok. Yang pasti tidak ada kipas atau hawa dingin. Dan saya amat merasa at home apabila Encik Annuar membawa sotong goreng dan kari kepada ikan merah atau jenahak. Cuma barangkali Encik Annuar akan terkejut kerana TImbalan Menteri pun boleh makan di situ. Atau tanya Encik Razali tuanpunya warong di Jalan Pulau Kambing, tempat saya menikmati sarapan apabila saya balik ke Kuala Terengganu pada hujung minggu.

Apakah saya tidak mesra rakyat? Sila tanya Encik Yusof dibelakang rumah saya di Jalan Ibrahim, Kuala Terengganu. Dia akan memberitahu kita bahawa tiap-tiap tahun saya akan mengumpul jiran saya yang tidak bernasib baik untuk membantu mereka menyambut hari raya. 70 hingga 80 orang dari warga emas kepada OKU akan dibantu. Saya tahu ada yang mengalirkan air mata semasa menerima bantuan itu - sebab saya sendiri yang memberikannya. Apabila Mak meninggal, saya meminta isteri saya meneruskan tradisi membaca Yasin yang melibatkan orang-orang kampung termasuk yang mengunjungi Darul Fitrah - satu pertubuhan kebajikan di kampung saya. Sekali sekala, saya juga meminta dijemput rakan-rakan arwah Mak untuk turut serta. Atau barangkali, balu kepada arwah pemandu saya boleh memberitahu bantuan bulanan yang saya sumbangkan kepadanya untuk menanggung anak-anak yatim. Saya juga pastikan bahawa anak-anak arwah AJK saya yang meninggal dunia juga mendapat bantuan untuk menyambut Hari Raya tiap-tiap tahun.

Apakah saya sentiasa meninggi diri? Barangkali pengawal di Masjid Negara boleh juga memberitahu bahawa saya sentiasa membawa kereta sendiri untuk solat subuh dan sunat terawikh kerana dia lah yang menunjuk tempat yang sesuai kepada saya untuk memarkir kereta saya. Atau kakitangan MAS, AirAsia dan Firefly juga boleh mengesahkan bahawa kadang-kadang walaupun semasa menjadi Timbalan Menteri, saya membuat daftar masuk sendiri.

Ada orang mengatakan bahawa saya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan arwah Dato’ Razali. Jarang yang tahu bahawa saya mengenali arwah semasa beliau menjadi Pengetua di Maktab Perguruan Batu Rakit (sekarang Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail) di mana saya di minta untuk memberikan syarahan undang-undang tentang keadaan dimana seorang guru boleh merotan murid. Mungkin guru-guru di Terengganu masih ingat dengan Program Generasi Prihatin. Tun Daim yang meminta saya menggerakkan program ini bersama-sama dengan rakan-rakan lain termasuk Dato’ Azalina yang menjadi Ketua Puteri pada masa itu. It became an instant hit. Siapa yang membantu kami? Arwah Dato’ Razali, yang pada masa itu menjadi Pengarah Pelajaran Negeri. Semasa kami menjadi Timbalan Menteri, saya bersama-sama dengannya berusaha untuk mewujudkan kadet AADK di sekolah-sekolah menengah bagi melahirkan kaunselor muda yang akan menasihatkan rakan sebaya mereka tentang bahaya dadah. Saya harap pengganti kami di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri akan terus memberikan program ini ruang untuk dijadikan kenyataan.

Sahabat-sahabat saya hairan kenapa baru sekarang saya memilih untuk menjawab tuduhan-tuduhan ini? Kenapa tidak semasa kempen pilihanraya kecil baru-baru ini? Jawapannya ialah kenapa perlu saya membela diri saya kepada pertuduhan yang tidak berasas? Kenapa perlu saya memuliakan sampah sarap hanya kerana saya hendak membela diri saya? Keluarga saya tahu bahawa pertuduhan itu tidak betul. Jiran-jiran saya tahu. Dan yang paling penting, kalau dibumi tiada yang menghargai - tentunya di langit ada Yang Maha Mengetahui.

Saya tahu dari sudut psikologi adalah lebih mudah untuk mewujudkan sokongan massa dengan permainan emosi negatif yang diasaskan kepada ketakutan, kemarahan dan rasa meluat. Tetapi saya menjanjikan dari awal untuk menggerakkan kempen yang positif - yang berasaskan kepada harapan, sikap pemurah dan mawaddah. Saya mungkin tidak berjaya sekarang tetapi biarlah ianya menjadi asas kepada gerakan kita dimasa depan.

Harapan Generasi Baru, Sandaran Generasi Dulu.

Daripada : www.wanahmadfarid.com

BOHONG : DR KHIR `TUNJUK BUKTI' DAN DESAK KHALID KOSONGKAN JAWATAN MB...

Oleh: ROSLAN BIAN

Jika semalam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dana anak syarikat kerajaan negeri digunakan membayar 46 ekor lembu korban yang dihantar ke parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur tetapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Khamis menunjukkan salinan surat mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berbuat demikian.

Surat Pejabat Menteri Besar bertarikh 27 November lalu itu ditujukan kepada Pengurus Besar PKNS dengan lampiran senarai 46 surau dan masjid di Bandar Tun Razak untuk program korban yang disahkan dengan tandatangan Khalid, sebagai ahli parlimen kawasan itu bertarikh 22 November.

Di bahagian bawah surat pejabat itu, ada catatan tangan mengarahkan SIC (Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd- anak syarikat milik penuh PKNS) supaya membuat pembayaran dan bertarikh 28 November.

Bagi Dr Mohamad Khir, tiada ungkapan lebih wajar ditujukan kepada Menteri Besar itu selain menyifatkan Khalid seorang pembohong, penipu serta seorang yang sentiasa berdolak dalih.

"Kita kesal dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh Khalid yang mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa lembu dihantar ke kawasan itu ( Bandar Tun Razak), dan tidak ada arahan berhubung pembayaran RM110,400 itu,” tegas beliau.

Menurut mantan Menteri Besar Selangor itu, beliau ada bukti dokumen menyatakan ada arahan supaya SIC membuat pembayaran tersebut. Bercakap pada sidang media di Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam, pagi Khamis, Dr Mohamad Khir berkata, beliau juga mempunyai salinan invois dan resit pembayaran bagi pembelian lembu-lembu korban bertarikh 16 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, perbuatan dan kenyataan Khalid sebagai selain penipuan dan pembohongan juga bertentangan dengan janji pakatan rakyat akan memastikan ketelusan dalam kerajaan di bawah pentadbirannya. "Saya tak nampak ini ketelusan, ini ketipuan (penipuan)," katanya. Jelas beliau,

Sultan Selangor sebelum ini pernah bertitah mengarahkan supaya hasil kerajaan negeri tidak disalurkan untuk kegunaan pihak luar dan perbuatan Menteri Besdar itu nyata bertentangan dengan titah sultan. Sehubungan itu, beliau mendesak Abdul Khalid mengosongkan kerusi menteri besar sehingga selesai siasatan.

Tindakan itu juga katanya, selari dengan saranan dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mana-mana pemimpin parti san kerajaan pakatan rakyat yang terbabit siasatan rasuah hendaklah digantung tugas. Katanya, ini bukan kali pertama Khalid berbohong tetapi dalam isu pembelian kereta Toyota Camry, Menteri Besar itu juga berbuat demikian.

“Pada 12 Disember, beliau menafikan kerajaan negeri ada atau mahu membeli kereta itu tetapi kita dapat maklumat kenderaan itu sudah dibeli sebelum tarikh tersebut. Menurut Dr Mohamad Khir, apabila kereta itu diterima kerajaan negeri awal Januari lalu, Khalid berkata harga bagi 10 unit adalah RM1.3 juta atau RM130,000 se buah tetapi akhirnya beliau kata harga sebenar bagi 15 buah kereta lebih RM2.32 juta.

Pada sidang media itu juga beliau mahu seorang Exco yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan menghalang tugas penjawat awam pihak berkuasa tempatan.

“Saya bimbang kerana ada saksi bimbang ke hadapan kerana Exco itu masih bertugas dan menjaga pihak berkuasa tempatan,” katanya sambil berharap Exco terbabit turut digantung tugas sehingga perbicaraannya selesai.

http://www.agendadaily.com/

ISU LEMBU KORBAN : SIAPA INGIN KHALID PERBODOHKAN...

Siapakah yang ingin diperbodohkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa serta dana kerajaan negeri Selangor membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bagi kawasan parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur?

Adakah Menteri Besar itu ingin memperbodohkan wartawan, rakyat Selangor serta pengundi-pengundi di Bandar Tun Razak ataupun dirinya sendiri?

Apa yang pasti ketika menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan yang dikemukakan Gerakan Anti Korupsi (GERAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid cakap berpusing-pusing mengenai perkara tersebut.

Beliau yang mengakui ada penghantaran lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak menganggap isu itu kecil, tidak tahu siapa yang membuat pembayaran malah mendakwa tidak tahu wujudnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) yang membayar RM110,400 harga haiwan tersebut.

SIC adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang di pengerusikan sendiri oleh Khalid. Pasti sesuatu yang mustahil sebagai pengerusi, beliau tidak mengetahui kewujudan SIC yang sudah membuat pembayaran sebanyak itu kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang membekalkan lembu-lembu korban pada Aidil Adha lalu.

Beliau sebaliknya berkata, pemberian lembu-lembu korban itu adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu PKNS yang mahu mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Disember.

"Saya ingin menjelaskan bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya kepada sekumpulan wartawan yang menunggu lebih empat jam bagi sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di Shah Alam, Rabu.

Khalid juga menegaskan, dana anak syarikat kerajaan negeri termasuk PKNS tidak akan digunakan keluar daripada Selangor.

Sama ada beliau tahu atau buat-buat tidak tahu, enam anak syarikat di bawah PKNS adalah PKNS Engineering & Construction Berhad, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad, De Palma Management Services Sdn Bhd, Worlwide Holdings Berhad serta SIC.

Apakah enam syarikat ini adalah sama seperti dimaksudkan Khalid sebagai syarikat yang mengagihkan haiwan itu atas dasar program khidmat sosial syarikat korporat?

Sekiranya benar, bererti memang benar pembiayaan lembu itu menggunakan wang syarikat di bawah anak kerajaan negeri sekaligus membenarkan dakwaan GERAK berlaku aliran dana kerajaan Selangor keluar dari sempadan negeri tanpa mengikuti prosedur urusan kewangan yang betul. Untuk rekod, amalan mengagihkan lembu korban kepada masjid di Seluruh Selangor sebelum kerajaan negeri itu ditadbir pakatan PKR, DAP dab PAS dibiayai oleh Perbadanan Permodalan Negeri Selangor (PNSB).

Bagaimanapun tahu lalu, PKNS diarah memikul tanggungjawab itu.

PKNS pula yang mempunyai ‘ enam anak’ syarikat meminta ke semuanya menyediakan peruntukkan membeli kira-kira 370 ekor lembu daripada PKPS yang beharga RM2.400 seekor.
Bagaimanapun difahamkan, selain jumlah itu ada arahan supaya 46 ekor lembu dihantar ke parlimen Bandar Tun Razak.

Kesemua anak syarikat dikatakan enggan membuat pembayaran kepada PKPS setelah menyedari bekalan bukan untuk kegunaan di Selangor.

Akhirnya, SIC yang mana salah seorang pengarahnya ada Pemangku Pengurus Besar PKNS Datin Paduka Low Siew Moi sudah menjelaskan bayaran kepada PKPS.

Terdahulu, GERAK ketika membuat aduan kepada SPRM Selangor meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Terpulang semua pihak menilai penjelasan Khalid dalam isu tersebut. Sikap beliau pusing sana atau pusing sini menjawab pelbagai isu di Selangor sudah cukup difahami oleh petugas media di negeri itu.

Contohnya dalam isu pembelian Toyota Camry menggantikan Proton Perdana bagi kegunaan Exco, Khalid pada 12 Disember menafikan kerajaan Selangor sudah membuat keputusan membeli kenderaan itu.

Seperti laporan akhbar, katanya katanya kerajaan negeri hanya sedang mengkaji dan meneliti model-model kereta termasuk Toyota dan Honda tetapi pada 9 Januari kereta Toyota Camry 2.4 sudah diterima kerajaan negeri.

Khalid berkata, harga 10 kereta itu hanya RM130,000 seunit beerti harga 15 unit sebanyak yang diterima ssepatutnya kira-kira RM1.9 juta.

Beberapa hari kemudian Khalid mengakui harga kesemua kenderaan itu RM2.32 juta bermakna harga bagi setiap unit adalah melebih RM154,000

Sumber : Agenda Daily

Thursday, January 22, 2009

MB SELANGOR DIDESAK BERUNDUR SEMENTARA

SHAH ALAM: Kerajaan pembangkang Selangor mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan sementara jawatan Menteri Besar sehingga siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri berjumlah RM110,400 selesai.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menggeledah Pejabat Menteri Besar dua hari lalu dan sehingga siasatan selesai, Abdul Khalid mesti melepaskan semua jawatan yang dipegangnya

SALAH GUNA WANG RAKYAT TERBONGKAR : SELEPAS CAMRY, LEMBU PULA JADI MANGSA

Shah Alam -- Belumpun reda isu kerajaan pakatan pembangkang di Selangor membeli Toyota Camry bagi kegunaan anggota Exconya yang dianggap membazir wang, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar.

Laporan itu dibuat olehGerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) di pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam, Rabu oleh Pengerusinya Mohd. Nazree Mohd. Yunus. Ia diserahkan pada Pengarah SPRM Selangor Mohd Shamsudin Yusof.

Laporan itu mendakwa Khalid menggunakan kedudukannya mengarahkan supaya 46 ekor lembu korban yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk di Selangor dihantar ke kawasan parlimennya Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Khalid turut memenangi kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Menurut laporan Agendadaily kesemua haiwan bernilai kira-kira RM110,000 adalah sebahagian 400 ekor lembu yang diperuntukkan kepada masjid di seluruh Selangor bagi ibadah korban pada sambutan Aidil Adha lalu.

Program agihan lembu korban itu dibiayai oleh beberapa anak syarikat negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Difahamkan, pembayaran bagi membekalkan 46 ekor lembu ke kawasan parlimen Tun Razak dibuat oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) anak syarikat di bawah PKPS.

Secara tidak langsung, Khalid dipercayai menggunakan kedudukannya mengarah wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membayar harga haiwan korban itu bagi kegunaan rakyat luar negeri itu.

Mohd. Nazree dalam sidang media selepas laporan itu berkata, GERAK mendesak Khalid melepaskan jawatannya bagi membolehkan SPRM menyiasat kes itu.

"Sebelum ini beliau pernah mengarahkan seorang pegawainya di Pejabat Menteri Besar melepaskan jawatan kerana dipercayai terbabit dalam usaha mengumpul dana bagi sambutan 100 hari pakatan rakyat mentadbir Selangor," katanya.

Beliau berkata, Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawabannya dalam kes penyelewengan wang kerajaan dan rakyat Selangor ke pihak tidak berkaitan.

GERAK juga katanya akan memohon perkenan menghadap Sultan Selangor bagi menyerahkan memorandum meminta Khalid digantung tugas atau digugurkan jika beliau enggan bertanggungjawab dalam kes ini.

www.pemudaumno.org.my

Tuesday, January 20, 2009

SAYANGKAN PARTI....DITEGUR DAN DIBETULKAN...

Selepas PRU-12 dan Permatang Pauh, sekali lagi rakyat bersuara di Kuala Terengganu. Sama ada suka atau pun tidak, itulah kenyataan yang harus diterima dan dihormati.

Walaubagaimanapun persoalan yang harus dirungkai adalah kenapa rakyat terus-terusan menolak Barisan Nasional?

Ramai yang berpendapat bila sesebuah perjuangan itu telah tersasar jauh dari matlamatnya, lambat laun gelombang perubahan pasti akan berlaku. UMNO yang diasaskan perjuangannya untuk agama, bangsa dan Negara, sekarang dilihat berkiblatkan material.

Kalau dulu pejuang-pejuang bangsa mencurahkan keringat, air mata dan darah tetapi sebahagian pemimpin sekarang dilihat begitu rakus mengumpul kekayaan. Mereka hidup di dalam dunia tersendiri dan `kelas’ tersendiri sehingga sukar di dekati rakyat.

Perkara ini bukan sahaja berlaku diperingkat atasan tetapi telah menular ke bahagian dan cawangan. Pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan dan bahagian dilihat rakyat terlalu sombong dan ego sehingga memburukkan imej parti.

Sebahagian daripada mereka sebenarnya tidak lagi menjadi aset kepada parti, malah menjadi liabiliti kepada parti kerana terlibat dengan gejala rasuah dan sebagainya. Mereka-mereka inilah sebenarnya memberi beban dan persepsi negatif terhadap parti dimata rakyat.

Selama seminggu saya di Kuala Terengganu, memang banyak kelemahan-kelemahan jentera BN yang dipertontonkan. Yang paling ketara ialah jentera-jentera BN daripada luar seperti datang `makan angin’ kerana mereka banyak menghabiskan masa di hotel-hotel walaupun tidak dinafikan ada sebahagian yang dilihat berkerja bersungguh-sungguh memenangkan parti.

Jentera daripada luar tidak digunakan secara yang maksima dan saya mencadangkan untuk pilihan raya kecil di masa hadapan supaya jentera daripada luar ini tidak ditempatkan di hotel-hotel tetapi ditempatkan dirumah-rumah pengundi supaya mereka boleh menerangkan dasar-dasar kerajaan yang mesra rakyat dengan lebih berkesan. Semoga beberapa hari mereka bersama pengundi, akan mewujudkan kemesraan dan membuka pintu hati pengundi menyokong BN.

Saya juga sempat berjumpa dan berbual dengan beberapa kumpulan pemuda yang memakai atau membawa lambang pembangkang. Tanya saya “kenapa adik menyokong pembangkang?”. Jawab mereka “Macam mana kami nak sokong BN, nak masuk UMNO pun diorang tak kasi?”. Saya Tanya “Siapa yang tak kasi?”. Jawab mereka lagi “Pemimpin-pemimpin UMNO kat cawangan lah”.

Jadi saya membuat kesimpulan, itulah antara sebab kenapa generasi muda tidak menyokong BN. Mereka di sekat, dihalang dan tidak dialu-alukan untuk menyertai UMNO. Oleh itu mereka mengalih menyokong pembangkang yang menyebabkan hampir semua saluran generasi muda di menangi PAS di Kuala Terengganu.

Inilah antara `penyakit-penyakit’ UMNO yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemimpin peringkat tertinggi.

Pintu UMNO haruslah dibuka seluas-luasnya. Semestinya tidak ada golongan yang mendominasikan parti dan menyekat kemasukan mereka yang lain lebih-lebih lagi golongan professional dan intelektual.

Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian juga mestilah dilakukan dengan cara yang lebih demokratik. Menyediakan senarai nama atau `chai dan’ akan lebih menjauhkan ahli daripada parti.

Kecenderungan mewariskan jawatan kepada ahli keluarga dan sahabat handai walaupun tidak layak juga mesti dijauhi supaya ahli-ahli lain tidak merasa terpinggir dan tidak dipedulikan.

Akar umbi adalah tunjang kepada kekuatan parti. Tiada gunanya Presiden dan ahli majlis tertingginya dilihat begitu teguh tetapi di cawangan keadaannya begitu rapuh.

Oleh itu saya ingin cadangkan, sekiranya UMNO ingin distrukturkan semula, ianya harus bermula daripada peringkat cawangan. Walaupun seekor ikan busuknya bermula daripada kepala tetapi sepohon pokok akan tumbuh menghijau sekira akarnya di baja.

Walaupun siapa dia sekarang sama ada presiden parti atau ahli majlis tertinggi, sudah tentu dia juga bermula sebagai ahli biasa di cawangan. Pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan dan bahagianlah yang berhubung terus dengan masyarakat.

Selain daripada itu usaha-usaha merakyatkan pembangunan dan pentadbiran harus diteruskan supaya pembangunan dan pentadbiran yang dijalankan benar-benar memberi faedah kepada rakyat.

Akhir kata, inilah masanya untuk kita bermuhasabah, sekiranya kita sanggup menerima hakikat kelemahan kita dan memperbetulkannya, sudah tentu rakyat akan kembali menyokong kita di dalam pilihan raya yang akan datang.

Jangan berputus asa, sebaliknya terimalah kegagalan ini sebagai memberi ruang untuk kita menilai semula dan memperbaiki kesilapan.

SELAMAT BERJUANG!!!

Sunday, January 18, 2009

BN AKAN SUSUN SEMULA IMEJ PARTI BAGI MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT

Barisan Nasional menerima kekalahan calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan perasaan terbuka kerana percaya pada prinsip demokrasi selain menghormati pilihan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bukan bermakna akan melemahkan iltizam dan semangat BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat tetapi akan melipat gandakan usaha memberi khidmat bakti kepada rakyat.

“BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk menyusun semula imej parti dan dasar serta pendekatan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Saya amat yakin, kesudahannya rakyat akan merasakan BN masih parti terbaik memimpin negara kita,” katanya.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN berkata demikian pada sidang media di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman, selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi.

Wan Ahmad Farid pula meraih 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata, BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap UMNO dan BN.

"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN memandang serius keputusan itu dan akan mengkaji secara mendalam hala tuju UMNO dan BN.

Beliau bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk menentukan punca kekalahan namun sepertimana biasa BN akan melakukan kajian terperinci.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna rakyat menolak BN, beliau berkata: "Ini hanya pilihan raya kecil. Semestinya ia satu tamparan kepada kita (BN) tetapi kita akan terus berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan tawar hati dengan keputusan ini.

Najib menolak andaian bahawa rakyat kini tidak lagi mahukan BN apabila parti itu kalah dalam dua pilihan raya kecil termasuk di Permatang Pauh pada Ogos tahun lalu.

"Kita pernah kalah dulu (Permatang Pauh) tetapi kita akan sifatkan ini sebagai satu pengajaran yang harus kita timba hikmah dari kekalahan ini (di Kuala Terengganu) untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan lebih positif lagi," katanya.

"Ia satu tamparan, tetapi hakikatnya ialah BN masih berkuasa di Terengganu," katanya.

Sementara itu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika ditemui para wartawan berjanji bekerja lebih keras bagi memastikan pengundi-pengundi yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, mengubah fikiran dan mengundi parti itu di masa depan.

Beliau turut berterima kasih kepada pengundi-pengundi BN walaupun jumlah diterimanya tidak cukup untuk memastikan beliau menang bagi mengekalkan kerusi yang dimenangi Datuk Razali Ismail pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut kerana diberikan kepercayaan oleh majoriti pengundi bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat dan selamat jalankan tugas sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu,” katanya.

Bekas senator dan timbalan menteri dalam negeri itu turut berterima kasih kepada jentera BN dalam dalam dan luar Terengganu yang membantunya berkempen.

“Saya tahu mreka sudah kerja kuat dan keras tetapi akhirnya rakyat yang buat keputusan dan rakyat harus terima,” ujarnya.

Saturday, January 17, 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL KUALA TERENGGANU

9.30pm: RASMI - PAS Menang PRK Kuala Terengganu - PAS (32,883), BN (30,252), Bebas (193)

9.20pm: Tidak Rasmi - PAS Menang.

9.10pm: Terkini - PAS (32,393 ), BN (29,969), Bebas (191). Sumber ~ Malaysiakini

8.55pm: Terkini - PAS (28,249), BN (26,498), Bebas (160). Baki 9,000 undi sedang di kira, PAS mendahului 1,751 undi. Sumber ~ Malaysiakini.

8.08pm: Pengiraan terkini: PAS (23,640 votes), BN (21,614), Bebas (136). Baki 30% undi sedang di kira. PAS mendahului 2,026 undi. Sumber ~ Malaysiakini.

7.05pm: PAS (14,802 votes), BN (14,644). PAS mendahului 158 undi. Sumber ~ Malaysiakini.

6.40pm: Pengiraan tidak rasmi: Daripada 14,370 undi yang telah di kira, BN mendahului dengan 259 undi. Baki 80% undi sedang di kira. Sumber ~ Malaysiakini.

PROSES PENGUNDIAN LANCAR...30% KELUAR MENGUNDI SEHINGGA JAM 11 - AGENDA DAILY

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu hari Sabtu berjalan lancar sebaik sahaja pusat pembuangan undi dibuka jam 8 pagi. Sehingga jam 11 pagi, hampir 30 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar telah pun membuang undi masing-masing. Kedua-dua calon yang bertanding iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah pun membuang undinya di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Beliau yang tiba kira-kira jam 7.50 di pusat pengundian berkenaan menjadi orang pertama membuang undi di pusat berkenaan. Manakala calon PAS, Abdul Wahid Endut juga keluar seawal jam 8.00 pagi dan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga. Sehingga jam 12 tengahari, proses pengundian berjalan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Friday, January 16, 2009

PERUTUSAN CALUN BARISAN NASIONAL


Keindahan demokrasi berparlimen di negara ini bermakna tiap-tiap seorang daripada pemilih berdaftar berhak untuk memilih wakil kita ke Dewan Rakyat. Kuasa yang istimewa ini terletak di tangan tuan-tuan dan puan-puan.

Setiap dari kita mungkin seorang pengundi yang hanya mempunyai satu undi, tetapi yakinlah satu undi itu mempunyai kesan yang sangat besar ertinya kepada masa depan Negara kita yang kita cintai ini.

Saya tidak menjanjikan langit dan bumi, bulan, bintang dan matahari. Tetapi saya menawarkan diri untuk berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan menjadi suara tuan-tuan dan puan-puan di dalam Dewan Rakyat kelak. Falsafah saya ialah kecil kepada orang besar, amat besar ertinya kepada orang kecil.

Oleh itu saya berazam untuk membawa suara rakyat Kuala Terengganu. Saya bertekad untuk menjadi harapan kepada generasi baru. Saya beriltizam untuk menjadi sandaran kepada generasi terdahulu. Saya komited untuk menjadi wakil rakyat kepada semua - tanpa ada sempadan bangsa, agama dan budaya.

Bantulah saya untuk membantu tuan-tuan dan puan-puan ke arah membawa Kuala Terengganu yang lebih gemilang. Untuk itu, pada 17 Januari 2009 ini marilah kita bersama-sama mengundi Barisan Nasional.

Selamat Mengundi!

Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu

UNTUK PENGUNDI DI KUALA TERENGGANU...MASIHKAH KAU INGAT?











BUKTI KEGAGALAN-KEGAGALAN PAS

BENGKEL MOTOSIKAL BERSAMA JUARA KEBANGSAAN DAPAT SAMBUTAN HANGAT


Oleh Adnil Mohd

Kuala Terengganu -- Hampir 500 penunggang motosikal di kawasan ini tidak melepaskan peluang untuk bersama Juara Expert Cub Prix Kebangsaan, Wazi Abd Hamid yang mengadakan Bengkel Motosikalnya di sini, hari ini.

Bengkel Motosikal tersebut yang dianjurkan Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Jenteranya ternyata mendapat sambutan khususnya di kalangan penunggang muda yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama juara kebangsaan tersebut.

Selain mendapatkan khidmat penyelenggaraan, penunggang motosikal yang datang ke bengkel tersebut juga turut mendapatkan khidmat nasihat baik dari segi cara pengendalian motor hingga ilmu untuk menjadi juara.

Menurut Wazi menerusi program yang dianjurkan Pemuda BN ini beliau bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dengan penunggang muda motosikal terbabit malah yang lebih penting mengingatkan mereka agar tidak terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti berlumba haram.

Beliau yakin program seumpama ini serta pelbagai lagi aktiviti yang pernah dianjurkan kerajaan akan menyemarakkan lagi minat golongan muda dalam bidang permotoran.

“Ini adalah satu program sihat yang sesuai untuk golongan muda terutama menghindarkan mereka daripada gejala negatif”, katanya.

Bengkel motosikal ini dibuka kepada orang ramai sehingga Jumaat ini.

www.pemudaumno.org.my

Thursday, January 15, 2009

PILIH PAS, YANG UNTUNG WAHID YANG RUGI RAKYAT


Oleh Adnil Mohd

Kuala Terengganu -- Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin meminta pengundi di sini tidak membuat pilihan yang silap yang akhirnya akan merugikan mereka sendiri.

Tegasnya pengundi seharusnya mempertahankan keistimewaan kawasan ini yang sentiasa mendapat perhatian baik dari kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat.

Beliau menambah tidak ada kawasan lain di negara ini yang seistimewa Kuala Terengganu kerana dua orang pemimpinnya berada di dalam kabinet persekutuan.

"Arwah Datuk Razali dulu adalah Timbalan Menteri Pelajaran, manakala Datuk Wan Farid adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Kini kawasan ini kembali kosong bila Datuk Razali sudah tiada dan Datuk Wan Farid letak jawatan senator untuk bertanding di sini.

"Justeru pengundi kena buat pilihan yang betul kerana jika Datuk Wan Farid menang, beliau telah dijanjikan jawatan Timbalan Menteri. Ini bermakna kawasan ini akan terus mendapat perhatian kerajaan negeri dan pusat.

"Sebaliknya jika undi Pas yang untung Wahid Endut (calon Pas) kerana dia akan dapat elaun sebagai wakil rakyat Wakaf Mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu", katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan pengundi-pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri Ladang di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi pengundi khususnya golongan muda juga tidak seharusnya lupa pada sejarah pemerintahan Pas pada tahun 1999.

Banyak kelemahan dan kezaliman berlaku katanya berbanding pembangunan dan pembelaan rakyat terutama untuk golongan muda.

"Ini tidak sepatutnya kita lupa. Pilihanraya ini biarpun dinamakan pilihanraya kecil tetapi ia sebenarnya memberi makna yang besar kepada masa depan rakyat di kawasan ini.

"Jangan buat pilihan yang merugikan kita", ujarnya.

www.pemudaumno.org.my

PANAS...PANAS...HUSAM MUSA SENDIRI DEDAHKAN PAS TAHU `PERANGAI' SEBENAR ANWAR DAN CUMA NAK `KUDAKANNYA'

Oleh: ROSLAN BIAN

Orang ramai terutama pengundi sekitar Kampung Kubang Parit dalam kawasan Wakaf Mempelam Kuala Terengganu bukan sahaja dikejutkan kandungan surat ‘damai’ Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Muhamad tetapi pendedahan bagaimana nawaitu PAS mahu memperkudakan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ pada ceramahnya di situ Rabu malam, bersumpah pernah memberitahu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa beliau keluar parti Keadilan kerana Anwar lakukan perkara yang tidak boleh diterima Islam.

Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.

“ Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.

“Saya bagi tahu kalau saya terus membantu beliau (Anwar) jadi pemimpin, saya berdosa besar. Saya tak nak bagitahu yang lain kerana tak mahu aibkan orang,” ujar Ezam dalam ceramahnya sebelum mendedahkan kandungan surat ‘damai’ Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

“Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan...nak tahu apa jawapannya, Husam kata “ kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia,” katanya.

Ezam berkata, beliau terkejut kenyataan itu yang keluar daripada Naib Presiden PAS.

Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Cabaran itu ekoran kenyataan terbaru pemimpin kanan PAS itu semasa kempen pilihanraya kecil ini mendakwa Ezam masuk UMNO kerana hendak cari makan.

“Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Dia ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya,” tegasnya.

Menurut Ezam, sebelum ini beliau tidak mahu sentuh perkara itu tetapi beliau cukup terguris dengan tuduhan dibuat oleh Husam yang menjejaskan kredibilitinya.

“ Dia tahu sebab saya keluar Keadilan tetapi mungkin kerana terpengaruh janji Anwar nak bagi jawatan menteri atau apa, dia sanggup buat kenyataan saya masuk UMNO kerana nak cari makan.

“Kerana Husam sudah mencabar maruah saya, dengan lafaz sumpah saya tadi, saya cabar beliau, dua malam lagi supaya turun Kuala Terengganu dan buat sumpah nafikan kenyataan saya ini,” ujarnya.

Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ‘ pusing keliling’ seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.

“Kalau nak perang, kita perang. Kerana apa, kerana Anwar juga kata saya jadi alat pada UMNO. Saya bukan diperalatkan tetapi dulu Anwar peralat saya untuk bebaskannya,”.

“Tetapi untuk agama dan bangsa saya, saya rela diperalatkan malah seluruh nadi, denyut jantung dan darah saya rela,” tegasnya.

Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.

Menurut Ezam lagi, selepas membaca kandungan surat Anwar kepada Dr Mahathir, beliau mencabar PAS menyatakan prinsip dengan membuat keputusan segera meninggalkan Anwar kerana daripada surat itu, jelas Anwar pemimpin paling hipokrit pernah dilahirkan dalam negara.

“Dan kalau PAS tak berani buat keputusan prinsip itu, rakyat dan pengundi Kuala Terengganu harus buat keputusan pada Sabtu ini buat keputusan tolak pemimpin hipokrit itu serta parti yang bersekongkol dengannya termasuk PAS,” katanya.

Mengenai surat Anwar yang diserah padanya pada 8 September,1998 itu untuk disampaikan kepada Dr Mahathir sebenar adalah untuk mendedahkan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu bersikap hipokrit dan munafik yang berbahaya kepada negara.

Menurut Ezam, surat berkenaan adalah untuk menunjukkan betapa hipokritnya sikap Anwar yang pada ketika yang sama mengutuk Dr Mahathir kerana dipecat tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya menulis surat nak berdamai dengan Dr Mahathir.

“Ini surat dibuat selepas dia dipecat dan kritik hebat Dr Mahathir. Daripada surat ini, seluruh rakyat boleh menilai jenis pemimpin apa Anwar Ibrahim ini,” katanya. Menurut Ezam bekas bosnya itu adalah jenis yang boleh bercakap dengan Lim Kit Siang lain dan kemudiannya cakap lain dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Katanya, surat itu sudah dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri selepas terlewat sampai untuk menyerahkan surat berkenaan.

Ezam menegaskan, selepas 17 Januari ini beliau akan ke seluruh negara melakukan perhitungan dengan Anwar bersama kawan-kawannya dengan surat ini dan beberapa kotak-kotak tersebut yang belum selesai.

Menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu, Ezam berkata, beliau menyimpan salinan surat berkenaan setelah mula timbul rasa curiga dengan tindak tanduk Anwar.

Beliau turut menjawab kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar kononnya Anwar akan membongkar surat Ezam kepada Perdana Menteri yang meminta jawatan politik sebelum masuk UMNO.

Ezam menafikan ada membuat surat memohon jawatan atau secara lisan berbuat demikian.

Ezam turut mencabar Anwar meletakkan jawatan daripada politik jika selepas tujuh hari beliau gagal meunjukkan surat berkenaan.

“Saya juga cabar dalam tempoh kempen pilihan raya Kuala Terengganu, Anwar tunjukkan surat itu. Kalau ada, saya akan berhenti politik. Tetapi selepas 7 hari jika dia tak buat juga, saya cabar dia lepaskan jawatan daripada politik,” katanya.

“Kalau dia ada maruah , dia mesti letak jawatan. Kalau dia tak buat, jatuhlah maruah dia kerana berbohong,” tegas Ezam yang percaya Anwar tidak pernah menjawab isu yang dibangkitkan termasuk ketika berkempen di Permatang Pauh.

www.agendadaily.com

SURAT ANWAR BERTULIS TANGAN KEPADA DR MAHATHIR


YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya.

Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan.

Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Azizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.

8 September 1998

Sumber: Agendadaily

PEMBANGKANG TERUS BERGELUT KEPINCANGAN DALAMAN DI KUALA TERENGGANU


Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Usaha Pas dan sekutu pakatan mereka mengalih perhatian rakyat khususnya pengundi di sini daripada isu sebenar kepincangan mereka yang kini dilanda konflik dalaman serta kegagalan memenuhi janji pilihan raya ternyata tidak berjaya.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki berkata sehingga kini pihaknya mendapati pengundi di kawasan ini tidak terpedaya dengan segala usaha Pas dan rakan pakatan mereka itu.

Ini katanya lagi ditambah pula, Pas yang sedang menghadapi dilema besar apabila berdepan dengan tekanan dan dominasi Dap terhadap isu-isu orang Melayu, tanah dan agama.

Malah Dap jelas beliau terus menerus menyerang Pas berhubung isu hudud dan penubuhan negara Islam.

"Pelbagai janji pakatan pembangkang kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 belum sempurna, namun tekanan dan dominasi Dap mendorong kerajaan-kerajaan negeri pakatan mengutamakan kepentingan sesama mereka.

"Di Selangor janji bantuan RM50 bagi setiap pelajar Tadika dimungkiri atas alasan hendak bersiap sedia dengan menghadapi suasana ekonom. Tetapi kerajaan negeri itu membeli kereta mewah Toyota Camry untuk menggantikan Proton Perdana yang masih boleh digunakan. Demikian juga halnya di Perak", katanya kepada laman web Pemuda di sini, hari ini.

Tegasnya lagi tindakan Dap menekan Menteri Besar Selangor dan Perak itu, juga jelas berlaku ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak diberi keutamaan di dalam isu-isu Bumiputera dan Islam.

Malah tambah beliau Kerajaan Pulau Pinang lebih sibuk berbelanja memasang nama jalan pelbagai bahasa dan akan membeli kereta mewah Toyota Camry daripada menghulur bantuan kepada ibu bapa membiayai persekolahan.

"Oleh sebab itu, Pas dan sekutunya kini ketandusan isu ketika berkempen di Kuala Terengganu dan mula membuat tuduhan melulu mengkritik pembangunan yang dibawa Kerajaan BN dan tanpa gentar berbuat dosa memfitnah calon BN.

"Kini mereka menyerang dan mengutuk calon BN dan keluarganya pula", ujarnya.

www.pemudaumno.org.my

Wednesday, January 14, 2009

ERTI MERAKYATKAN PEMBANGUNAN DAN PENTADBIRAN

RUSLAN ABDUL RAHMAN

‘Rakyat,’bukanlah suatu perkataan yang asing bagi kita semua. Sejak dahulu lagi kita pernah mendengar, ‘sekolah rakyat, bank rakyat, balai rakyat, bahkan kini pula berbagai-bagai jurusan dijenamakan dengan perkataan ‘rakyat.’

Merakyatkan seni, merakyatkan ekonomi, merakyatkan sukan dan sebagainya. Kita semua adalah rakyat sebenarnya. Bagaimanapun istilah rakyat dalam konteks yang difahami ramai ialah golongan bawahan atau rakyat biasa yang taraf hidupnya agak miskin atau sederhana.

Apa yang jelas “rakyat’ tidaklah merujuk kepada golongan elit atau bangsawan, walaupun sebenarnya golongan itu adalah komponen rakyat juga. Pendekatan dan fokus kepada rakyat adalah menjadi cita-cita dan harapan pemimpin yang tulus dan berjiwa rakyat.

Lebih-lebih lagi kalau pemimpin itu lahirnya dari kalangan rakyat, yang memahami pahit-getir kehidupan, susah-senang sebuah perjuangan untuk kelangsungan hidup, tentunya perjuangan demi untuk rakyat menjadi keutamaan.

“Saya pernah hidup susah…saya pernah jual kuih..saya pernah mencari ubi gadung dalam hutan ketika tiba musim hujan, makan lempeng…semua itu perkara biasa kerana ketika itu kehidupan memang susah,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam satu wawancara dengan media sebaik dilantik menjadi Ketua Kerajaan Terengganu.

Justeru itu kita lihat, bagaimana pendekatan dan fokus beliau kepada rakyat dalam setiap pembangunan mahupun pengurusan pentadbiran beliau. Pengalaman beliau dalam pentadbiran awam, pernah menjadi penolong pegawai daerah dan pegawai pentadbir tanah digabungkan dengan pengalaman pahit getir kehidupan di zaman kanak-kanak, lalu terbina dalam dirinya iltizam yang tinggi untuk ‘MERAKYATKAN PEMBANGUNAN’ dan ‘MERAKYATKAN PENTADBIRAN.’

Merakyatkan pembangunan sudah sering diperkatakan iaitu setiap pembangunan mahu dipastikan mendatangkan faedah yang maksima kepada rakyat. Tidak mahu sama sekali dibuat pembangunan yang tidak menguntungkan apa-apa kepada rakyat sehingga mencetus kemarahan dan menoktahkan sokongan rakyat kepada parti pemerintah.

Pentadbiran bukan sekadar mentadbir secara rutin, menjalankan tugas-tugas di jabatan atau agensi dan kemudian dibayar gaji atau upah. Pegawai dalam bidang pentadbiran bukanlah beerti mengejar pangkat dan kedudukan; ia bukanlah mahkota, melainkan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan itu adalah semata-mata untuk membantu rakyat.

Demikian yang diharapkan oleh Dato’ Ahmad Said. Terengganu era baru di bawah kepemimpinannya meletakkan rakyat sebagai keutamaan, rakyat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Terengganu. Renunglah petikan ucapan Dato’ Ahmad ketika berjumpa kakitangan perkhidmatan awam Kerajaan Negeri pada 17 April 2008, di Wisma Darul Iman.

“Apa yang kita (kakitangan perkhdimatan awam) lakukan akhirnya hendaklah dikembalikan kepada rakyat. Kita hendak MERAKYATKAN PERKHIDMATAN kita, kita hendak MERAKYATKAN apa juga PEMBANGUNAN yang kita lakukan.”

Di sini bermaksud, pentadbiran mesti dipermudahkan untuk rakyat. Pentadbiran mesti bersifat menolong rakyat, pentadbiran beroreantasikan faedah dan kepentingan rakyat. Justeru itu pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam perlulah juga berjiwa rakyat, bukan sahaja pemimpin atau ahli politik yang perlu berjiwa rakyat.

Bolehlah dicadangkan dibuat satu slogan ‘merakyatkan pembangunan dan pentadbiran’ di akhir surat rasmi yang di tulis oleh jabatan-jabatan di Terengganu, guna mengingatkan semua tentang tugas dan peranan mereka kepada rakyat. Ketuanan rakyat atau people’s supremacy adalah suatu era baru Terengganu yang dicetuskan oleh pemimpin yang dilahirkan dari perkampungan nelayan Kijal Kemaman.

Ia tidak lain ialah Dato’ Ahmad Said. Di kedai kopi, merata ceruk pekan dan kampong, rakyat menyebut-nyebut namanya dengan senang sekali iaitu “Mat Said’ yang cukup sinonim sekali nama itu dengan rakyat Terengganu.

www.umno-terengganu.net

PAS DICABAR BAWA USUL HUDUD KE PARLIMEN

Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Pas dicabar membawa usul Hudud ke Parlimen untuk dibahaskan selain menggubal enakmen kanun jenayah syariah (Hudud & Qisas ) di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bagi membuktikan kesungguhan parti berkenaan memperjuangkan isu terbabit.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata cabaran terbabit adalah untuk melihat sejauh mana keikhlasan Pas khususnya penerimaan rakan-rakan mereka yang lain seperti DAP dan PKR.

Tegas beliau jika Pas tidak berani membawa perkara itu di Parlimen dan tidak menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor dan Perak, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas lebih takutkan DAP dan PKR daripada Allah s.w.t.

"Saya cabar mereka buat perkara ini. Jika mereka takut, bererti Pas mengabdikan diri kepada manusia DAP serta PKR dan bukannya Allah s.w.t. Mereka jangan berdolak dalih lagi.

"Kepada pengikut Pas, sedarlah mereka sebenarnya ditipu bulat-bulat oleh pucuk pimpinan mereka khususnya pelaksanaan hukum hudud yang selama ini hanya digunakan Pas untuk menagih sokongan orang Melayu", katanya ketika berceramah di Peti Undi Losong Masjid di sini, Selasa malam.

Dalam ceramah itu juga, Afandi turut membangkitkan tentang soal dosa dan pahala yang dibawa pucuk pimpinan Pas ketika berkempen di sini.

Kata beliau dalam soal berkenaan, mengundi BN bukanlah berdosa kerana parti berkenaan telah banyak menaburkan jasa dan berbakti kepada rakyat.

"Sebagai contoh siapakah yang telah buat sekolah, buat jambatan, bina hospital, bantu orang miskin, bela nasib orang kurang upaya dan sebagainya.

"Inilah parti yang kita perlu sokong kerana yang jelas dan nyata BN telah banyak berjasa kepada rakyat.

"Kita nak tanya pengikut Pas…Apakah jasa yang telah dilaksanakan oleh Pas yang hanya tahu membuat fitnah, mengkafirkan orang UMNO dan memecahbelahkan rakyat", ujarnya.

www.pemudaumno.org.my

SERAMAI 3250 RANGKAIAN RAKAN SEBAYA JEJAK PENGUNDI MUDA SOKONG BN


Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Pemuda UMNO yakin Program Jejak Rakan Sebaya yang berjaya menjejak 3250 pengundi muda sejak dilancarkan seminggu lalu akan menjadi rangkaian penting untuk terus menjejak pengundi golongan terbabit bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada 17 Januari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata seramai 3250 yang berjaya dijejak ini akan membentuk rangkaian untuk mengajak rakan-rakan sebaya dengan mereka memberikan sokongan kepada calon BN.

Jelasnya lagi rangkaian ini bukan sekadar mengajak rakan mereka mengundi BN malah turut memberi pelbagai penerangan khususnya membongkar pembohongan pembangkang khususnya Pas.

"Kita yakin sokongan golongan muda ini akan terus meningkat seperti mana yang telah kita perolehi pada pilihanraya umum lalu.

"Pada pilihanraya umum lalu ternyata kita mendapat sokongan pada saluran tiga dan empat. Kita harap momentum ini akan berterusan dan diterjemahkan kepada bentuk undi pada hari pengundian nanti", katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penutup Program Jejak Rakan Sebaya di Kompleks Belia dan Sukan di sini, Selasa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Sabri Alwi, Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki dan pemimpin-pemimpin peringkat cawangan di Kuala Terengganu.

Hishammuddin seterusnya berkata jentera Pemuda ketika ini berada pada landasan yang terbaik dan akan terus memperhebatkan kempen menjelang empat hari sebelum hari pengundian.

Tegasnya lagi jentera Pemuda tidak akan menggunakan pendekatan menyerang peribadi sebaliknya menyatakan segala fakta berkenaan pembohongan dan putar belit pembangkang.

"Banyak fakta yang akan kita bongkar dan perjelaskan kepada pengundi khususnya kegagalan Pas ketika diberi peluang memerintah negeri ini dahulu.

"Kita akan peringatkan rakyat bahawa Pas yang ada hari ini tetap Pas yang sama ketika memerintah dahulu. Apa yang berubah sekarang ialah prinsip perjuangan mereka seperti yang dikatakan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa Pas adalah parti Kluk Klek", ujarnya.

Selepas program tersebut Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut melancarkan kempen riben biru yang dipasang di kenderaan sebagai simbolik keamanan dan sokongan kepada BN

www.pemudaumno.org.my

Tuesday, January 13, 2009

ALIRAN SOKONGAN PENGUNDI MUDA TERUS CONDONG KEPADA BN

Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Pemuda UMNO yakin aliran sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN) akan berterusan pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Justeru jelas beliau pihaknya akan berusaha memastikan sokongan golongan berkenaan bukan sahaja kekal malah dipertingkatkan bagi memastikan kemenangan calon BN.

"Sokongan golongan ini dapat dilihat berdasarkan statistik lalu yang menyaksikan banyak saluran tiga dan empat di beberapa peti undi dalam kawasan itu dimenangi oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail.

''Malah ada peti undi walaupun saluran satu dan dua kita kalah tetapi tiga dan empat kita menang. Ini menjadi satu petanda dalam suasana pilihan raya umum yang lalu bahawa kita sudah ada sokongan pengundi muda", katanya selepas melancarkan Rakan Muda Sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I di sini, Ahad.

Tambah beliau lagi tidak ada sebab mengapa golongan ini menolak BN berdasarkan apa yang telah dilakukan kerajaan BN khususnya di kawasan ini.

"Banyak yang telah kerajaan BN lakukan dan laksanakan dan jika kalau kita betul-betul mendekati pengundi muda di Kuala Terengganu, tidak ada sebab mengapa trend ini tidak dapat diteruskan," ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dilakukan Pemuda setakat ini.

Tambahnya apa yang dilakukan jentera bukanlah semata-mata hendak memenangkan calon tetapi perjuangan untuk memastikan kesinambungan dasar-dasar yang telah terbukti berjaya di Terengganu khususnya pendidikan dapat diteruskan.

www.pemudaumno.org.my

KLUK-KLEK, KLUK-KLEK, KLUK-KLEK DI KUALA TERENGGANU


Oleh Adnil Mohd

Kuala Terengganu -- Di sebalik kemelut pelaksanaan hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang, Pas ternyata terpaksa menagih sokongan DAP untuk meraih undi khususnya di kalangan pengundi Cina.

Keadaan ini sekaligus membuktikan Pas sebenarnya tidak berdaya untuk mempertahankan perjuangan Negara Islam yang sebelum ini menjadi prinsip utama parti itu.

Walaupun tidak dinafikan DAP mampu menarik undi kaum Cina melalui kempen perkaumannya namun sebahagian besar pengundi termasuk di kalangan ahli Pas sendiri mula sangsi dengan prinsip perjuangan Pas.

Pas parti “Kluk Klek” sudah menjadi buah mulut pengundi di sini.

"Di kampung-kampung Pas terus melaungkan prinsip perjuangan Negara Islamnya tetapi bila bersama DAP nada itu bertukar lain.

"Nampaknya label Pas parti Kluk Klek sudah menjadi bahan jenaka di sini", luah seorang pengundi, Rahman Mohamed, 42 di sini.

Jelasnya Pas sebenarnya cukup terdesak kerana dalam ghairah menagih undi orang Melayu, Pas juga sedar undi kaum Cina juga cukup penting bagi memastikan kemenangan calonnya.

"Memang saingan cukup sengit. Setiap undi penting dan ini yang sedang dilakukan Pas. Sebab itu mahu tidak mahu Pas terpaksa tagih sokongan DAP", ujarnya.

Namun bagi seorang penyokong Pas, Mohd Reza Razali, 34, pula yakin apa pun label yang diberikan terhadap Pas termasuk Pas parti “Kluk Klek” tidak akan menjejaskan peluang Pas untuk menang di sini.

Katanya memang perkara ini menjadi buah mulut tetapi ia tidak sampai menjejaskan peluang Pas.

"Tak nafikan ada juga undi yang lari tapi pada masa yang sama Pas juga boleh mencuri undi penyokong BN menerusi isu-isu yang dicanangkan", ujarnya.

Bagi seorang peniaga di Pasar Payang, Rosnah Mahmud, 35, pula berkata sikap Pas ini sebenarnya bukan baru buat penduduk di sini.

Jelasnya Pas memang tidak berpegang pada prinsip perjuangan Islam dan ini sudah terbukti sepanjang pemerintahan Pas lalu.

"Rakyat masih ingat cara Pas memerintah dulu. Lain yang Pas cakap lain yang dibuat. Siapa buat fatwa kafir, siapa yang janji nak laksanakan hukum Islam.

"Sekarang Pas berubah lagi, bukan sahaja berkawan dengan DAP tapi sanggup mengenepikan hukum hudud yang dikatakan sekarang bukan lagi keutamaan Pas. Orang dah tahu dah Pas parti Kluk Klek", katanya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas sebagai sebuah parti “kluk-klek” ekoran pendirian parti itu yang sering berubah-ubah khususnya dalam soal hudud.

Menurutnya ideologi perjuangan mereka yang didokong selama ini seolah-oleh tenggelam timbul mengikut gendang yang dipalu oleh rakan-rakan mereka di dalam pakatan rakyat.

"Perkara ini terbukti menerusi pertikaian terbaru berhubung isu berkenaan di kalangan pakatan rakyat setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedia melaksanakan hukum berkenaan jika memerintah negara kelak.

"Namun kenyatan tersebut berubah menerusi kenyataan beberapa pemimpin tertinggi mereka yang lain setelah diasak oleh DAP. Ada yang kata Pas sanggup tunggu 30 tahun untuk memerintah dan hudud bukanlah keutaman parti terbabit", ujarnya.

www.pemudaumno.org.my