**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, February 28, 2009

SEKARANG SIVA PULA `KING'

KUANTAN, 28 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit."Tak boleh (adakan sidang DUN), sebab ada tindakan mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Speaker DUN Perak, V.Sivakumar semalam yang berkata sidang tergempar DUN Perak akan diadakan pada 3 Mac ini.Ditanya sama ada sidang DUN itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuhkan, Najib berkata: "Apa apa pun kita tunggu keputusan mahkamah dulu, kita kena 'establish' dulu kerajaan Perak dari segi perlembagaan.

"Pada 13 Feb lepas bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

Walau apapun, Najib berkata yang penting ketika ini ialah kerajaan negeri Perak yang baru ditubuhkan itu memberi perhatian dan tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat."Yang mustahak kita beri tumpuan kepada kerja, untuk berkhidmat kepada rakyat, dalam konteks Perak ini, kita kena turun padang, kena tunjukkan kerajaan baru di Perak ini, kerajaan mesra rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Turut hadir majlis itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Di TAIPING, Zambry berkata tindakan Sivakumar itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan peraturan Perintah Tetap persidangan itu.

Katanya terdapat peruntukan peraturan yang terkandung dalam Perintah Tetap dewan yang jelas menunjukkan sebarang persidangan yang mahu diadakan di DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu."Dia (Speaker) boleh kata dan baca ikut Perintah Tetap (perkara) 8, 11.

Cuba dia baca betul-betul dan lihat pula Perintah Tetap (perkara) 36, baca dan sebagainya. Ini tidak, dia ikut suka hati dia saja."Jadi dia buat peraturan ikut peraturan dia sendiri, suka hati dia apa yang dia nak buat.

Dia merasakan bahawa tindakan dia mahu mengatasi Sultan dan sebagainya...ada orang kata 'Singh is King' tapi tak tahulah kalau ada yang kata 'Siva is King'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi piliharaya kecil Parlimen Bukit Gantang di sini Changkat Jering di sini hari ini.

Katanya beliau yakin Sivakumar mengetahui tindakannya bertentangan dan tidak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada tetapi masih mahu bertindak 'ikut suka hatinya'.Zambry berkata sejak dari mula apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, setiap tindakan yang dibuat oleh Sivakumar didapati bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri kerana beliau membuat tafsiran sendiri terhadap setiap peraturan yang ada.

Katanya seorang Speaker sepatutnya bersifat objektif dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambilnya serta mengetahui garis panduan dan peraturan-peraturan yang ada."Apa yang dilakukan sebelum ini (ialah) untuk cuba menghalang perlantikan menteri besar yang dilantik dan diperkenan oleh Sultan Perak.

Jadi sepatutnya dia perlu bersifat objektif dan tahu peraturan yang ada dan tidak mengejutkan kita apabila membuat tindakan. Selepas ini saya yakin mungkin dia akan membuat bermacam-macam lagi mengikut suka hati dia," katanya.Zambry juga menyifatkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar itu seperti cerita 'kartun' kerana dalam masa yang sama Sivakumar menggantungnya dan enam Exco kerajaan negeri dan tiga Adun bebas yang didakwa Sivakumar telah meletak jawatan juga tidak akan diberi notis hadir.

Ketika ditanya sama ada beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan menghadiri persidangan itu, Zambry berkata: "mereka patut faham bahawa ia tidak mengikut perlembagaan. Paling penting anda tanya mereka, sama ada apa yang dilakukan mereka betul atau salah, anda tanya mereka".

Semalam, Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada Selasa ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.Sivakumar memberitahu pemberita di sini bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.-- BERNAMA

PULAU PINANG MULA BERGOLAK

Salah satu premis yang bakal di roboh

Selepas Perak, Kedah dan Selangor, politik Pulau Pinang juga sudah mula bergolak. Pulau Pinang yang dilihat `aman’ sebelum ini sudah menerima tempiasnya. Rata-rata rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lepas sudah mula rasa tertipu.

Suara-suara sumbang rakyat mengkritik kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah mula kedengaran. Antara isu yang dibangkitkan ialah janji untuk menghapuskan tol Sungai Nyior. Janji ini dibuat di dalam manifesto pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana termakan janji ini rakyat negeri Pulau Pinang telah menghadiahkan Pulau Mutiara kepada DAP dan Pakatan Rakyat.

Walaubagaimanapun `nasi sudah menjadi bubur’, `sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Mereka perlu menunggu sehingga PRU-13 untuk memperbetulkan keadaan.

Selain daripada itu, selepas setahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Ketua Menterinya terpaksa mengakui, kerajaan Pakatan Rakyat gagal untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu.

Saya tidak mahu mendengar alasan ketua menteri kerana kegagalan tersebut. Bagi saya kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Rakyat Pulau Pinang boleh menilainya sendiri.

Kepincangan kerajaan negeri Pulau Pinang ini semakin terserlah apabila kira-kira 500 pekerja industri pelancongan di Batu Ferringhi akan kehilangan mata pencarian berikutan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan arahan meroboh premis perniagaan milik 80 pengusaha yang telah dimajukan sejak 30 tahun yang lalu.

Notis mengosongkan premis yang beroperasi sepanjang pesisir pantai sejauh lima kilometer dari kawasan Hotel Rasa Sayang hingga ke Hotel Bayview Beach Resort itu dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut pada 16 Februari lalu.

Pengerusi Badan Bertindak Pelancongan Batu Ferringhi, Shahul Hamid Hameed Sultan mendakwa, mereka dimaklumkan bahawa arahan tersebut datangnya dari pejabat ketua menteri.

"Tidak tahu apa yang kami hendak buat selepas ini setelah mata pencarian kami mahu dirampas. Kerajaan negeri kata mahu bantu, mahu tolong kami. Apa ini, mana janji-janji dulu? Tindakan ini benar-benar tidak adil, kejam dan satu penganiayaan," katanya.

Lebih menghangatkan politik Pulau Pinang ialah dakwaan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Shabudin Yahya yang mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama.

Walaupun ketua menteri menafikan, tetapi Shabudin berkeras mengatakan beliau mempunyai bukti.

Daripada perkembangan terkini iaitu ketua menteri ingin menyaman Utusan Malaysia yang menyiarkan berita tersebut dan juga Shabudin, ianya jelas menunjukkan keresahan ketua menteri itu sendiri.

Friday, February 27, 2009

SEKIRANYA HILMI SAKSI, SIAPA SUSPEKNYA?

Masih banyak persoalan yang menjadi tanda tanya di dalam skandal gambar bogel Elizabeth Wong. Yang mengejutkan cerita ini tidak akan berakhir dengan Hilmi. Mengikut lapuran Malaysiakini, Hilmi akan dipanggil sebagai saksi dan bukannya suspek. Jadi siapa suspeknya?

"Buat masa ini, dia (Hilmi Malek) hanya sebagai saksi. Setakat ini, dia belum (jadi) suspek lagi," kata Datuk Muhammad Sabtu Osman, ketua polis Kuala Lumpur ketika ditanya sama ada lelaki awal 30-an itu satu-satunya suspek dalam kes itu.

Mengikut lapuran itu juga setakat hari ini polis telah mengambil keterangan daripada 14 orang berhubung kes tersebut. Walaubagaimanapun identiti individu-individu terbabit tidak di dedahkan.

Sumber: Malaysiakini

SIVAKUMAR MASIH BERMAIN DENGAN API

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini. Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

KEMASKINI!!!~ Sidang tergempar DUN Perak ini diberitakan tidak mendapat perkenan Ke Bawah Duli Sultan Perak. Semua ADUN BN dilaporkan akan memboikot sidang tersebut.

KEMASKINI!!!~ POWER IS CORRUPT, Absolute power will corrupt absolutely. Apa yang dilakukan oleh Sivakumar Speaker DAP di DUN Perak adalah corruption. Abuse of power tu corruption lah.
Sivakumar salah gunakuasa kerana dia membuat keputusan bahawa tiga orang Adun telah meletakkan jawatan. Sedangkan ketiga-tiga Adun itu telah menafikannya.

Tuanku Sultan Perak sendiri telah membuat 'inquiry' dalam hal ini dan membuat keputusan yang mereka tidak meletakkan jawatan. Namun Siva sangat besar kepala. Dia fikir kuasa dia sebagai speaker lebih besar dari kuasa Sultan.

Sivakumar menyalahgunakan kuasa yang kedua apabila dia menggantung 7 orang keanggotan Adun Perak termasuk MB Dr Zamry Kadir. Siva tak ikut Peraturan Tetap Sidang Dewan dengan membuat keputusan itu diluar sidang dewan. Dia tidak boleh gantung Anggota Dewan tanpa sidang Dewan. Itu basic rule.

Siva juga telah mencabar institusi Raja Melayu apabila dia menggantung keanggotaan Dr Zamry, orang yang Tuanku perkenan sebagai MB yang baru yang sah.

Sivakumar melaksanakan kuasanya dalam kedua-dua perkara ini secara bad faith. Hasrat Siva adalah hendak menggurangkan bilangan sokongan BN di Dun Perak secara penggantungan keahlian.

Yang terbaru Siva panggil Sidang DUN secara tergesa-gesa. Tindakan Siva ini telah menimbulkan rasa resah dan gelisah di kalangan rakyat Negeri Perak. Resah gelisah ini boleh menggangu ketenterman awam. Ini boleh mengancam keselamatan dalam negeri.

Ada beberapa pilihan yang ada pada Dr Zamry sebagai Menteri Besar. Pilihan yang terbaik adalah untuk memohon injunksi di mahkamah untuk menghalang sidang DUN dari diadakan. Asas permohonan adalah untuk mahkamah putuskan mengenai kedudukan Ahli Dewan yang digantung oleh Siva.

Next step adalah untuk Dr Zamry 'remove' Speaker yang salah gunakan kuasa dan yang tidak bertanggungjawab ini.

Dr Zamry berhadapan dengan kengkagan masa. Cuma pesan saya naik lah pesawat kebangsaan MAS, yang pasti pesawat ini tidak akan 'delay' berbanding dengan pesawat yang satu lagi.

~www.warisan2057.blogspot.com

SAYANGNYA NIZAR PADA CAMRY

Walaupun Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10.

Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis-majlis penerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas.

KEMASKINI!!!~Sah dia beruk dapat cincin. Itu lah ayat yang terbaik untuk Nizar, bekas MB Perak.

Semasa jadi MB dia telah salah guna kuasa dengan meluluskan kepada orang bukan Melayu tanah ' freehold' 999 tahun. Kelulusan ini bertentangan dengan Kanun Tanah Negara kerana dalam KTN hanya menyebut soal 'leasehold' 99 tahun bukan 999 tahun.

Kini lepas terlucut jawatan sebagai MB, dia terus salahguna kuasa apabila masih menggunakan kereta Camry yang dia gunakan dulu sebagai MB. Dia Adun, mana dia layak dapat kereta rasmi.

Syabas Dr Zamry, MB baru yang masih terus bersabar dengan karenah kebudak-budakan Nizar ni. Cuma ramai rakyat yang dah mula bercakap, nape Dr Zamry ni penakut sangat. Teragak-agak nak buat keputusan !

Rule by law Dr Zamry. But don't abuse the laws. Gunakan undang-undang sepenuhnya untuk orang yang sudah salah guna kuasa ini.

Rakyat naik meluat dengan perangai Nizar ni, terus lepas bebas. Dia seperti 'above the laws'. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera. Jangan bila orang dah pijak kepala kita baru kita tergadah.

~http://warisan2057.blogspot.com/

KENAIKAN TOL DITUNDA

Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.

Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata kenyataannya berhubung perkara tersebut dibatalkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara yang sama dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5.30 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

PEMBANGKANG JANGAN BERSORAK DULU

Semalam Perdana menteri meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang telah diumumkan kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama dari Pattaya, Thailand.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," beliau dipetik berkata di sela-sela program Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean hari ini.

Oleh itu pembangkang janganlah bersorak dulu. Fikirlah kesusahan rakyat dengan kenaikan tersebut dan bukannya bergembira kerana dapat `menangguk di air yang keruh'.

Mereka sebenarnya bukan mempedulikan kesusahan rakyat, sebaliknya bersorak kerana dapat dijadikan bahan kempen mengelirukan rakyat.

Kalau kita masih ingat, beberapa minggu lepas apabila ada ura-ura harga gula akan dinaikkan, mereka juga bersorak gembira. Mereka tidak mempedulikan kesusahan peniaga-peniaga kecil terutama sekali penjual kuih-muih yang banyak menggunakan gula.

Bagi mereka kenaikan tersebut memberi peluang untuk mereka menghentam kerajaan BN.

Kepada PKR Telok Kemang, ubahlah mentaliti kamu semua. Jangan menjadi `talam dua muka'. Kerana anda telah dipilih oleh rakyat Telok Kemang, maka sama-samalah dengan kerajaan di parlimen mencari jalan menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh negara.

Sementara itu di Pulau Pinang Penduduknya terutama pengguna Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth masih menunggu janji manis kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menghapuskan tol Sungai Nyior.

Janji ini dibuat di dalam manifesto pilihanraya umum yang lalu. Dek kerana termakan janji ini rakyat negeri Pulau Pinang menghadiahkan Pulau Mutiara kepada DAP dan Pakatan Rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini dikritik hebat dalam isu tol sebaliknya telah mengambil langkah proaktif dengan menghapuskan dua tol iaitu di Plaza Salak Jaya di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) menghala ke Kuala Lumpur di New Pantai Expressway (NPE).

Rakyat tidak boleh ditipu selama-lamanya!!!

Thursday, February 26, 2009

SYABAS PEMUDA HARAPAN BANGSA


Saya ingin mengucapkan syabas kepada Pemuda UMNO diatas semangat keberanian menegakkan kebenaran dan mempertahankan maruah bangsa.

Pemuda UMNO bukanlah `kambing' tetapi `Harimau'. Oleh itu `mengaumlah' seperti `harimau' dan bukannya `mengembik' seperti `kambing'.

Sudah tentu rakyat Malaysia yang berfikiran waras akan berbangga dengan anda semua. Syabas! Syabas! Syabas!

GAMBAR-GAMBAR KARPAL SINGH DI KEPUNG PEMUDA UMNO

Gambar ~ Malaysiakini

KARPAL SINGH HAMPIR CELAKA


Kerana mulut badan binasa. Gara-gara menuduh Pemuda UMNO celaka, pengerusi DAP Karpal Singh, petang Khamis hampir menerima padah apabila sekumpulan pemimpin UMNO Selangor menghalang beliau masuk ke bangunan Parlimen selagi belum minta maaf.

Insiden kekecohan itu berlaku di pintu masuk lobi menara bangunan Parlimen kira-kira jam 2.30 petang apabila 13 ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri itu sudah bersedia setengah jam sebelum itu menunggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sampai bagi sessi petang sidang Dewan Rakyat.

PEMUDA UMNO MENGECAM DAN MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA UCAPAN KARPAL SINGH


Kenyataan Akhbar Saudara Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Dan Ahli Parlimen Rembau Pada 26 Februari 2009 Di Dewan Banquet, Bangunan Parlimen.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan yang dibuat oleh YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP, dalam Dewan Rakyat semalam.

Tuduhan beliau bahawa Pemuda UMNO bertanggungjawab atas kiriman peluru pistol padanya adalah satu tuduhan liar, gila dan berniat jahat serta telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli Pemuda UMNO Malaysia.

Perkataan celupar, kesat dan “unparliamentary” yang diguna dan dilontarkan kepada Pemuda UMNO juga membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang tidak bertamaddun, tiada adab, kesopanan, kelas dankualiti.

DAP sering membangkitkan isu “Parlimen kelas atau tahap dunia pertama”. Namun, tindakan Pengerusinya itu jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen yang langsung tiada kelas.
Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda UMNO, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan.

Kami tidak akan membuangkan masa dengan meminta beliau memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda UMNO cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal.

Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa tindakan ahli-ahli kita yang telah membuat laporan polis terhadap Karpal yang berjumlah lebih dari 100 laporan, mencerminkan perasaan majoriti rakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak ke mahkamah.

Sebagai seorang peguam terkenal, Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda UMNO ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pemuda UMNO juga mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis berkenaan yang dibuat sebelum ini.

Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda UMNO yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat. Pemuda UMNO tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kemaslahatan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan.

Sumber : REMBAU.NET

PENYOKONG-PENYOKONG RASUAH MB SELANGOR


(Gambar-gambar ~ Malaysiakini)

Malaysiakini melaporkan wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak yang menerima 46 ekor lembu korban daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan terhadap beliau yang didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan Selangor untuk tujuan tersebut.

Kira-kira 60 orang (enam puloh orang sahaja!!!) menyertai perhimpunan tersebut di hadapan Pejabat Khidmat Komuniti ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pertanyaan saya: Bagaimanakah wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak boleh bersekongkol dengan perbuatan rasuah Menteri Besar Selangor???

KENYATAAN PELIK KHALID IBRAHIM

Oleh: ROSLAN BIAN

Para wartawan yang menghadiri sidang media Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam agak terkejut bila beliau memberi gambaran seolah-olah Sultan Selangor ‘memberi restu’ berhubung isu lembu korban dan pengunaan kenderaan peribadi.

Ini kerana semua orang tahu kedua-dua kes tersebut akan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pejabat Peguam Negara tidak lama lagi setelah mendapati ada bukti kukuh untuk mendakwa.

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Ahmad Said Hamdan kepada para wartawan Jumaat lalu.

Lagipun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor setelah Khalid mengadap Sultan Selangor pada sebelah pagi jelas menyebut baginda Sultan tidak dapat memberi sebarang pandangan berhubung dengan isu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kerana kes itu masih dalam siasatan polis.

Soalnya jika dalam Isu Elizabeth Sultan Selangor tidak mahu campurtangan bagaimana Menteri Besar itu boleh kata baginda menitahkan demikian. Maka ada yang bertanya apakah Khalid cuba ‘bersihkan diri’ dari kedua-dua kes dengan memberi gambaran seumpama itu.

Dalam sidang akhbar berkenaan Khalid berkata beliau menghadap Sultan Selangor, pagi tadi dan memberi taklimat kepada baginda mengenai hal ehwal pentadbiran termasuk derma lembu dan tuntutan selenggaran kereta persendirian.

"Tuanku Sultan Selangor menyatakan pendirian tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi," katanya.

Khalid menjelaskan, beliau juga memaklumkan kepada baginda bahawa beliau mengikuti proses undang-undang yang telah ditetapkan.

"Mengenai isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan tidak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Tun Razak," katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapat penjelasan suruhanjaya itu berikutan kenyataan Ahmad Said.

Dalam pada itu, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) kerana membuat tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan di media.

Menurut Khalid, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pengerusi GERAK terhadap dakwaannya itu sebelum tindakan tersebut.

Dalam sidang akhbar berkenaan Khalid juga memberitahu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada rabu bersetuju memutuskan Elizabeth meneruskan cuti sementara menunggu siasatan polis terhadap penyiaran gambar separuh bogelnya selesai.

Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan membuat keputusan yang adil serta mengambilkira kepentingan rakyat khasnya dan negeri Selangor amnya seperti dititahkan Sultan Selangor.

Dalam satu kenyataan pagi Rabu, Sultan Selangor menyerahkan kepada Abdul Khalid untuk memutuskan kedudukan Elizabeth yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

~Agendadaily

GERAK CABAR MB SELANGOR SAMAN

Jika tindakan GERAK untuk menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan integriti dalam pentadbiran kerajaan dilihat sebagai musuh, saya tak tahu nak kata apa lagi. Kalau Tan Sri Khalid nak saman saya, saya cabar dia buat demikian.

Itu komen Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK), Mohd Nazree Mohd Yunos mengenai hasrat Menteri Besar Selangor itu untuk menyaman beliau kerana didakwa membuat tohmahan dalam isu kereta Lexus dan lembu korban membabitkannya.

Selain itu Mohd Nazree bertanya, atas asas apa Khalid mahu menyamannya atau GERAK kerana kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu menjelaskan ada bukti kukuh salah guna kuasa oleh Menteri Besar itu.

“Tugas kita serah laporan kepada SPRM berdasarkan bukti dan dokumen yang diperolehi supaya disiasat. Kalau tak betul, SPRM boleh bersihkan dia tetapi setakat ini Ketua Pesuruhjaya agensi itu kata ada bukti kukuh,” katanya.

Menurut Mohd Nazree, beliau tidak akan memberi penjelasan seperti diminta Khalid berhubung isu itu kerana penjelasan dan laporan sudah dikemukakan kepada SPRM.

~Agendadaily

Wednesday, February 25, 2009

"SINGH IS KING"

Mungkin hanyalah satu gurauan tetapi itulah kata-kata yang keluar dari mulut Karpal Singh di dewan Rakyat petang tadi, "Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King," kata Karpal yang mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.

Perkara ini tercetus bila Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan beliau menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pergerakan Pemuda UMNO kerana marah berhubung 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.

"Barangkali ini jadi satu rekod dalam dunia," katanya.Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini. "Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut.

Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," katanya menyebabkan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh menyatakan sedemikian tanpa bukti.

"Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya," katanya meneruskan perbahasan sebelum keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan perkataan itu lagi ."Bukit Gelugor boleh teruskan ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini sepatutnya tidak dipakai YB," kata Wan Junaidi.

Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh Wan Junaidi.

Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang.

Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh (Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak ada taring.

~Sumber: BERNAMA

"KETUANAN MELAYU = RAJA-RAJA MELAYU" "KETUANAN RAKYAT = REPUBLIK?"

Isu mencabar institusi Raja-Raja Melayu ekoran polemik politik yang melanda negeri Perak semakin jelas matlamat sebenarnya. Jika Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, kini anaknya Gobind Singh Deo yang merupakan Ahli Parlimen Puchong pula mencadangkan agar Perdana Menteri dipilih secara langsung oleh rakyat.

Termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri adalah terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong setelah baginda berpuashati bahawa seseorang Ahli Dewan Rakyat tersebut memperolehi sokongan majoriti di dewan itu.

Cadangan itu yang dibuat melalui soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendapat reaksi keras daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan cadangan Gobind itu mengesahkan bahawa pembangkang memang memperjuangkan ketuanan rakyat.

“Dia kata saya menghasut sebenarnya soalan dia yang menghasut kerana dalam perlembagaan kita perlantikan Perdana Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, maka cadangan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat itu sebenarnya hendak mengalihkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Sebab itu saya kata mereka ini memperjuangkan ketunanan rakyat".
"Kita kata ketuanan Melayu bukan kerana Melayu itu lebih besar daripada Cina dan India tetapi kerana ketuanan Raja-Raja Melayu yang telah memerintah di tanah ini lebih daripada lebih 100 tahun yang lalu dan telah membentuk ketamadunan".

"Jadi yang dia sakit hati pasal apa kerana soalan dia yang meyakitkan hati sebenarnya," kata Nazri.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat ekoran soalan Gobind yang membawa kepada beliau menyifatkan pembangkang memperjuangkan ketuanan rakyat.

Beberapa Ahli Dewan Rakyat telah membangkitkan peraturan mesyuarat yang menyifatkan Nazri menghasut. “Apakah ketuanan rakyat bermakna mereka mahu kepada sistem republik,” tanya Nazri.

Malah menjawab tuduhan bahawa beliau menghasut, Nazri berkata “dia yang menghasut kerana dia hendak menghapuskan hak Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri . Dia yang mahu mengalihkan kuasa melantik Perdana Menteri daripada Agong kepada rakyat.

Dia yang sebenarnya menghasut, jadi tak salah saya kata dia perjuangkan ketuanan rakyat”. Dengan itu jelasnya, Gobind tidak boleh mendakwa beliau membuat hasutan kerana sebenarnya dialah yang menyakitkan hati rakyat.

~Agendadaily

TERSERAH KEPADA MB


SULTAN Selangor hari ini menyerahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri bagi memutuskan kedudukan ADUN Bukit Lanjan,Elizabeth Wong.

HAKIM KES NIZAR SAMAN ZAMBRY TARIK DIRI

Seperti yang dijangka Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof yang pernah bergiat dalam parti PAS hari ini menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Tuesday, February 24, 2009

ADUN BATANG AI PULA MENINGGAL DUNIA

Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi pada usia 53 tahun.

Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat.

Dengan kematian mendiang, DUN Batang Ai akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak belum melepasi tiga tahun atau dua pertiga daripada tempoh penggal DUN Sarawak.

~Agendadaily

AHLI PAS MASUK UMNO PETANDA BAIK BAGI BN

TAIPING 23 Feb. - Penyertaan beramai-ramai bekas ahli Pas ke dalam UMNO memberi petanda awal bahawa Barisan Nasional (BN) bakal mencapai kejayaan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang yang akan berlangsung 7 April ini.

Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau yakin dengan sokongan yang diterima itu, hasrat BN untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan terbabit akan dapat direalisasikan.

''Ini merupakan permulaan yang baik bagi BN kerana yang masuk ini adalah terdiri daripada mereka yang bukan dipaksa atau sengaja dibuat-buat cerita tetapi timbul kerana keikhlasan mereka sendiri," katanya kepada pemberita di sini lewat petang semalam.

Terdahulu, beliau menerima borang keahlian menyertai UMNO daripada 70 bekas penyokong Pas di Kampung Changkat Iboi iaitu antara kawasan kubu kuat Pas di Bukit Gantang.

Melihat sambutan yang diterima pada majlis tersebut, Zambry yakin, lebih ramai pengundi akan memberi sokongan kepada UMNO dan BN pada pilihan raya kecil itu nanti.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar berkata, sekiranya BN menang, kerajaan akan berusaha menyelesaikan masalah-masalah tempatan yang berbangkit.

Sementara itu, beberapa bekas penyokong Pas ketika ditemui menjelaskan, mereka bertindak keluar daripada parti tersebut kerana kecewa dengan sikap para pemimpinnya.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Cawangan Changkat Iboi, Ibrahim Ahmad, 62, berkata, dia kesal apabila masjid sering dijadikan tempat untuk menyerang' peribadi orang lain.

''Imam masjid pun dilantik dari kalangan orang luar, bila berlaku perkara-perkara yang memerlukan nasihat tertentu, dia tak ada," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Beliau yang telah menjadi ahli Pas sejak 1960-an itu, perjuangan politik pemimpinnya yang sanggup membelakangkan kaum sendiri turut mendorong dia mengubah fikiran.

Seorang lagi bekas ahli Pas, Zainal Shaari, 59, berkata, isu janji yang tidak dikotakan menjadi alasan utama mendapa dia tidak mahu terus menyokong parti tersebut.

''Cara mereka (pemimpin Pas) yang sanggup ikut sahaja apa yang dikata oleh DAP itu yang saya tak setuju. Selain itu, tiada apa pun pembangunan yang dibawa mereka," katanya.
~Utusan

Monday, February 23, 2009

PAS SELANGOR MINTA KHALID JAGA IMEJ KERAJAAN NEGERI

PAS Selangor menyatakan pendirian bahawa MB Selangor perlu mengambil langkah-langkah munasabah bagi menjaga imej kerajaan negeri. Parti itu juga meminta Khalid supaya tidak menganggu proses undang-undang sekiranya kes salah guna kuasa didakwa di mahkamah.

Walaupun parti itu mengutuk usaha menumbangkan kerajaan negeri dengan berselindung disebalik isu-isu berkaitan, PAS negeri itu bagaimanapun mengalu-alukan usaha penguatkuasaan undang-undang termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala aduan berkaitan integriti dan amanah.

Parti itu juga meminta SPRM dan Peguam Negara bertindak dengan penuh kewibawaan dan darjah profesionalisme yang tinggi.

Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali meminta Abdul Khalid mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan pimpinan PAS negeri bagi menerangkan kedudukan sebenar.

Sumber: Agendadaily

Sunday, February 22, 2009

NIZAR MENJADI BAHAN KETAWA RAKYAT PERAK

Rakyat Perak ketawa melihat telatah Datuk Seri Nizar. Walaupun Tuanku Sultan telah menitahkan beliau meletakkan jawatan dan melantik menteri besar baru, tapi dia masih mendakwa jadi Menteri Besar.

Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat melaungkan tidak perlu turun dari kerusi MB kerana dia dipilih oleh rakyat. Kenapa mereka berselindung diatas nama rakyat? Adakah rakyat yang memilih beliau menjadi MB?

Mereka sebenarnya terkeliru atau saja-saja buat keliru atau sengaja mengelirukan mata rakyat dengan alasan tersebut.

Sebenarnya sistem demokrasi di negara kita, rakyat cuma memilih wakil rakyat untuk kerusi DUN dan kerusi parlimen. Rakyat tidak mengundi untuk memilih Menteri Besar atau Perdana Menteri.

Menteri Besar ditentukan oleh Sultan atau Raja bagi setiap negeri manakala Perdana Menteri ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong berasaskan parti yang mendapat suara majoriti.

Oleh itu benarkah seperti yang dilaungkan Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat, Tuanku Sultan Perak telah mengambil hak rakyat? Sudah tentu tidak sama sekali.

Tuanku Sultan tidak memecat Nizar sebagai ADUN Pasir Panjang yang dipilih oleh rakyat, sebaliknya Baginda menitahkan Nizar meletakkan jawatan Menteri Besar yang menjadi hak mutlak perlantikkannya oleh Tuanku Sultan. Itupun sebab Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa majoriti di DUN Perak.

Nizar sepatutnya tidak menderhaka atau membuat kecoh, sebaliknya berusaha mendapatkan semula sokongan seberapa ramai ADUN BN menyokongnya dan kemudian meminta perkenan Tuanku Sultan melantiknya semula sebagai Menteri Besar.

Cara yang Nizar lakukan ini sebenarnya memalukan dirinya sendiri dan akan menjadi bahan ketawa sehingga ke anak cucu.

Bukan mustahil selepas ini rakyat yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lepas akan beralih menyokong BN kerana bosan dengan gelagat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan bukan mustahil juga selepas ini beberapa lagi YB pakatan Rakyat akan menyeberangi sempadan.

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

"MOHON DERHAKA" ATAU "MOHON AMPUN"

Isu "mohon derhaka" ini terus dimainkan oleh Pakatan Rakyat. Mereka nampaknya cuba menegakkan benang basah apabila cuba mempertahankan kata-kata Datuk Seri Nizar "mohon derhaka" kononnya sebagai bahasa istana tatkala ingin menyatakan sesuatu yang tidak sependapat dengan Tuanku Sultan.

Saya cuba mencari perkataan tersebut, sama ada pernah di ucapkan sebelum ini. Jawapannya tidak pernah. Bahasa yang sepatutnya digunakan ialah "mohon ampun" kerana pantang orang melayu menderhaka kepada sultan.

Lebih-lebih lagi mengugut untuk menyaman sultan dengan alasan yang cukup kabur dan penuh pertikaian. Setakat mengutuk UMNO dan BN itu perkara biasa, tetapi apabila mereka berani bertindak menderhaka kepada sultan maka `cukuplah' kita melayan orang jenis ini.

Selayaknya mereka dikenakan ISA sebagai pengajaran di atas perbuatan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Tuanku Sultan Perak telah bertindak secara berhemah dan mengikut lunas undang-undang serta amalan demokrasi. Memang berat untuk menerima hakikat kejatuhan tetapi itulah yang telah ditakdirkan.

Mereka sepatutnya menerima takdir tersebut tanpa meracau bagai orang mamai kerana perbuatan tersebut memperlihatkan mereka hilang pedoman dan rendah akal budinya.

AKHIRNYA NIZAR ANGKAT BENDERA PUTIH

Berita dari Ipoh menyatakan hari ini bekas MB Nizar melangkah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar. Itulah yang sepatutnya dilakukan sejak dulu.

Datuk Seri Nizar sepatutnya tidak terikut-ikut politik `degil' Anwar. Datuk Seri bernaung di bawah PAS dan bukannya PKR. Ingat, jangan kerana perangai Datuk Seri dan penyokong-penyokong Datuk Seri memberikan imej negatif kepada kepimpinan ulamak.

Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur, parti PAS yang terpalit ta**nya.

PKR SENDIRI INGIN JATUHKAN KHALID?

Cerita bertiup kencang ada `anai-anai' dalam PKR sendiri yang `baling batu sembunyi tangan' bagi menjatuhkan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Itulah kisah yang sedang diperkatakan disebalik kontroversi dakwaan salah guna kuasa isu Lexus dan lembu membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta isu gambar separuh bogel Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.

Tohmahan terhadap BN serta UMNO yang menjadi `dalang' hanya skrip untuk menutup cerita lain yang lebih menarik dan sedang berlegar di kalangan pemimpin PKR di Selangor?.

Angin juga bertiup kencang mengatakan ADUN Bukit Antarabangsa akan menggantikan Khalid sebagai MB Selangor yang baru. Ada juga kemungkinan Dr. Hassan Ali akan menjadi MB baru apabila PAS menyertai BN.

Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

KHALID ANGKUH

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim angkuh apabila menyifatkan beliau bukanlah manusia yang boleh digertak di dalam isu penyalahgunaan kuasa menggunakan wang kerajaan untuk pembelian lembu korban dan penyelenggaraan kereta miliknya.

Pada saya Tan Sri tidak perlu untuk mengalihkan perhatian rakyat. Isu sekarang bukannya gertakan tetapi yang sebenarnya adalah masalah penyalahgunaan kuasa.

Rakyat telah muak berada di bawah pentadbiran Tan Sri yang berhadapan dengan berbagai-bagai skandal.

Sekarang kalau Tan Sri rasa tidak sesuai menggunakan perdana atau camry, Tan Sri boleh balik ke dunia korporat. Rakyat tidak akan mempertikaikan apa kereta yang Tan Sri gunakan.

Tetapi bila Tan Sri berada di dalam bidang politik, Tan Sri sudah menjadi milik rakyat dan menjadi hak rakyat untuk mempertikaikan apa yang Tan Sri lakukan.

RAFIDAH vs SHAHRIZAT

Semenjak semalam beberapa sms saya terima daripada rakan-rakan bloger dan aktivis wanita UMNO yang bertanyakan kenapa tiada ulasan daripada saya berkenaan pertandingan diantara Tan Seri Rafidah dan Datuk Seri Shahrizat bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Jawapan saya senang, saya adalah bloger yang membawa bendera parti. Tugas utama saya adalah untuk menyerang pakatan rakyat dan bukannya untuk mengulas pertandingan sesama sendiri.

Bagi saya kedua-dua pemimpin ini banyak jasanya kepada parti. Kedua-duanya saya sayang. Tetapi bagi memenuhi kehendak demokrosi kita perlu menghormati pertandingan ini.

Yang penting sesiapa sahaja yang menang perlu memulihkan perpaduan dalam pergerakan wanita kerana tanpanya Wanita ibarat kehausan dan kehabisan kekuatan.

Selebihnya kita serahkan kepada kematangan perwakilan untuk membuat pilihan. Selagi kempen dijalankan secara berhemah dan tertib ianya tidak akan memecahbelahkan pergerakan wanita.

Saturday, February 21, 2009

BOLEH DARURAT DI PERAK?

Tiga kesalahan besar V. Sivakumar boleh membawa kepada pengisytiharan darurat di Perak.

Pertama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Kedua, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh mendahului keputusan mahkamah.

Ketiga, beliau membelakangkan DUN Perak itu sendiri.

"Sepatutnya beliau tunggu keputusan mahkamah. Apabila beliau lakukan tiga perkara itu, beliau perlu sedar bahawa ia mengundang pelbagai kemungkinan selepas ini.

"Saya berbincang dengan ramai peguam, kita lihat situasi di Perak boleh menjuruskan kepada pengisytiharan darurat seperti berlaku di Sarawak dan Kelantan dulu, situasi politiknya mirip dengan di Perak."

Demikian pendapat pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berhubung keputusan Sivakumar kelmarin menggantung dan melarang Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri Sidang DUN.

"Walaupun ia bukan sesuatu yang diharapkan, namun itu boleh berlaku berdasarkan situasi politik di Perak sekarang," katanya.

Menurut Salleh, dari segi kesalahan Sivakumar itu, pertama beliau tidak menghormati Sultan Perak apabila menganggap tidak sah Zambry mengangkat sumpah ketika Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar.

"Sedangkan pelantikan Zambry adalah keputusan Sultan Perak yang sah mengikut perlembagaan negeri itu dan ini diakui ramai pengamal undang-undang.

"Saya percaya, Dr. Zambry boleh memohon semakan kehakiman daripada mahkamah kerana tindakan Speaker itu agak jelas menimbulkan persoalan," jelasnya.

Menurut Salleh, kesalahan kedua, Sivakumar subjudis disebabkan keputusan penggantungan itu dibuat ketika terdapat permohonan di mahkamah meminta deklarasi berhubung status Nizar sebagai Menteri Besar.

"Kesalahan ketiga pula Sivakumar buat keputusan di luar Sidang DUN.

"Sedangkan majoriti pengamal undang-undang berpandangan bahawa keputusan Speaker mesti dibuat ketika sidang DUN berlangsung," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Salleh menambah, apa yang terbaik dalam hal ini ialah menunggu terlebih dulu keputusan mahkamah berhubung permohonan Nizar sebelum bertindak sebegini.

Katanya, namun, Sivakumar telah mendahului mahkamah dan tindakan yang beliau perlu sedar bahawa ia boleh mengundang pelbagai kemungkinan selepas ini.

Sumber: Utusan online

SIAPA BOLEH, SIAPA TAK BOLEH.....?

Oleh: Kamarulzaman Kamdias

1. Dalam ramai-ramai orang yang lompat, lompat siapa dikira sah dan lompat siapa dikira batal?

2. Dalam ramai-ramai orang buat maksiat, maksiat siapa yang dibolehkan?

3. Dalam banyak-banyak sedekah, jenis sedekah mana yang paling ‘syok’ dalam dunia?

4. Dalam banyak-banyak skandal seks, skandal seks siapa yang mendapat sokongan kuat akar umbi?

5. Dalam banyak-banyak kes liwat, kes liwat mana yang paling glamour?

6. Dalam banyak-banyak kes jenayah curi, penjenayah mana yang paling mendapat simpati?

7. Dalam banyak-banyak parti, parti mana yang sering mempertahankan penjenayah?

8. Dalam ramai-ramai perasuah, perasuah mana yang mendapat pembelaan rakyat?

9. Dalam ramai-ramai pemfitnah, pemfitnah mana yang paling diterima rakyat?

10. Dalam banyak-banyak putar alam, putar alam mana yang paling dipercayai?

11. Dalam banyak-banyak tertuduh, tertuduh mana yang dianggap hero rakyat?

12. Dalam banyak-banyak ulamak, ulamak mana yang sekejap dianggap wibawa, sekejap dianggap telah diperalatkan?

13. Dalam banyak-banyak fatwa Mufti Dato Harussani, fatwa mana yang paling tidak popular?

14. Dalam banyak-banyak pesalah, pesalah mana yang dianggap betul dan benar memanjang?

15. Dalam banyak-banyak kes berbogel, kes mana yang perlukan pembelaan? Apakah beza di antara berbogel dan dibogelkan?

16 Dalam banyak-banyak pemimpin, pemimpin mana yang sering melepaskan diri dengan cara menuduh setiap dosa dan kesilapan diri atau pemimpin partinya adalah angkara konspirasi lawan?

Pembayang jawapan boleh diambil dari kisah dongeng ulamak yang berfatwa, “tidak boleh kencing mengadap kiblat”. Bila diri sendiri didapati kencing mengadap kiblat, maka fatwa baru dikeluarkan, “dibolehkan mengadap kiblat, asalkan ‘anunya’ mengarah ke tempat lain”.

Jawapannya terpulang dan semua betul, asalkan ia ditafsir ikut nafsu dan kepentingan kelompok sendiri…

~http://www.kkamdias.blogspot.com/

Friday, February 20, 2009

KHALID AKAN DIHADAP KE MAHKAMAH

PANAS...PANAS...Salah guna kuasa MB Selangor. Berita terbaru dari Agenda daily menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membawanya ke muka pengadilan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika memaklumkan perkara itu berkata, Khalid akan didakwa berhubung dengan salah guna kuasa yang membabitkan penyelenggaan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban.

Menurut beliau, kertas siasatan mengenai perkara berkenaan telah pun siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut dalam waktu yang terdekat.

Sementara itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan menyiasat dakwaan salah guna kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata dakwaan kes salah guna kuasa terhadap Sivakumar itu akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009. "Jika benar terdapat penyalahgunaan kuasa SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya ~ Bernama.

Thursday, February 19, 2009

"IF YOU ASK ME AGAIN, I SMASH YOUR HEAD"

"... if you ask me again, I smash your head". Itulah reaksi Tian Chua apabila ditanya oleh wartawan Agendadaily adakah beliau merupakan bekas teman lelaki Elizabeth.

Isu penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong makin hangat apabila beberapa blog mula menyiarkan pelbagai berita mengenai kehidupan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Ini termasuklah dakwaan yang menyebut Elizabeth memang suka bertukar-tukar teman lelaki. Tidak terlepas, ada blog mendakwa Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua adalah bekas teman lelaki Elizabeth.

Sementara itu Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ketika mengulas mengenai laporan blog-blog berkenaan, berkata, jika benar Elizabeth mempunyai kehidupan sosial yang begitu, beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima perletakan jawatan ADUN Bukit Lanjan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Elizabeth hari ini berlepas ke luar negara bagi mencari ketenangan.

~Sumber: Agendadaily

ELIZABETH TETAP LETAK JAWATAN EXCO DAN ADUN

Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan kenyataan terbaru Elizabeth hari ini, maka ia bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bukit Lanjan.

Sumber: Malaysiakini

HILMI KUDA `TROJAN'

Penyokong-penyokong PKR seboleh-bolehnya ingin mengaitkan skandal gambar bogel Elizabeth adalah angkara jahat BN. Sekarang mereka sedang memukul gendang, Hilmi adalah kuda `trojan' BN yang dihantar untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Berpijaklah dibumi yang nyata. Gunalah akal yang waras. Bukankah gambar tersebut dirakam sebelum Elizabeth menjadi wakil rakyat. Jangan cuba mengaburi mata rakyat. Rakyat sekarang bukan bodoh lagi. Mereka menilai setiap isu yang berlaku.

Tidak cukup dengan perkara tersebut, mereka juga mencurigai PAS Selangor yang diketuai oleh Dr. Hassan Ali kerana mengeluarkan kenyataan bahawa BN tidak berada dibelakang skandal ini.

Saya tidak mahu mengulas panjang. Rakyat boleh menilai sendiri. Mereka sanggup memutarbelitkan sebarang isu, semata-mata untuk menutup kerendahan moral masing-masing.

Ingat pemimpin jatuh kerana tiga TA ~ takhTA, harTA dan waniTA.

DARI BUKIT ANTARABANGSA KE BUKIT LANJAN

Oleh: Badrul Hisham Abdul Aziz

Tanggal 6 Disember 2008, peristiwa tanah runtuh terjadi di Bukit Antarabangsa , Selangor, di pinggir ibukota Kuala Lumpur. Kejadian yang menyayat hati itu meragut lima nyawa dan memberi kesan fizikal dan psikologi kepada ribuan penduduk terlibat dan jiran-jiran berhampiran yang turut terperangkap kerana jalan penghubung telah terputus.

Hingga hari ini, masih terasa bahangnya termasuk trauma di kalangan para mangsa yang kehilangan rumah dan harta benda masing-masing. Bukit itu mencatat sejarah hitam bagi akhir tahun 2008.

Tanggal 6 Februari 2009 pula, berlaku satu lagi runtuhan - kali ini bukan di ibukota atau Selangor, tetapi di Perak. Kejadian berlaku di sebuah bukit juga iaitu Bukit Chandan, Kuala Kangsar apabila kerajaan campuran barisan pembangkang runtuh di istana dan Barisan Nasional (BN) kembali mengambilalih tampuk pemerintahan negeri dengan upacara mengangkat sumpah Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang kesebelas.

Peristiwa Bukit Chandan bermula dengan kekecohan apabila pada 1 Februari, Speaker negeri itu V. Sivakumar memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi dari Behrang, kedua-duanya dari PKR meletakkan jawatan.

Penasihat PKR dan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan dekat Bukit Mertajam pada hari berkenaan memberitahu beliau tidak tahu menahu mengenai perkembangan itu.

Namun, tiga jam kemudiannya, kedua-duanya Jamaluddin dan Osman menafikan perkara itu sebaliknya mereka mengumumkan meninggalkan PKR. Kerajaan PKR-PAS-DAP di Perak semakin goyah apabila ADUN Bota yang meninggalkan UMNO beberapa hari sebelumnya untuk menyertai PKR kembali ke pangkal jalan.

Kerajaan rapuh itu terus tumbang pada 5 Febrauari apabila timbalan speaker iaitu ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas bersama-sama rakan yang melompat dan berikrar menyokong BN.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor , Karpal Singh yang tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Perak itu naik angin dengan titah Sultan Perak yang mahu Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan bersama-sama barisan EXCOnya.

Beliau mencabar keputusan Sultan perak dan mahu menyaman Baginda, namun, Nizar dan Anwar cepat-cepat menafikan mereka mahu berbuat demikian seperti yang didakwa oleh Karpal.

Ekoran tindakan Karpal itu, kemarahan rakyat jelata, khususnya orang Melayu bukan lagi setinggi bukit, tetapi menggunung tingginya. Lantaran puluhan tunjuk perasaan dan laporan polis dibuat di seluruh negara.

Dalam kesibukan peralihan kuasa di Perak, pada 9 Februari, meletup pula berita mengenai Ahli Parlimen Bukit Gantang , Roslan Saharum, 50, yang meninggal dunia. Pada hari yang sama, di Kedah, ADUN Bukit Selambau meletakkan jawatan. Pilihanraya kecil di kedua-dua bukit ini akan diadakan pada 7 April nanti.

Tatkala semua pihak memperkatakan pelbagai perkara mengenai pilihanraya Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tercetus pula isu baru di Bukit Lanjan , Selangor.

Gambar-gambar seksi dan seksa ADUN kawasan berkenaan, Elizabeth Wong telah beredar dan dilaporkan oleh pihak media pada 16 Februari. Hari ini wakil rakyat yang juga EXCO negeri berusia 37 tahun dan masih bujang itu menawarkan perletakan jawatannya sebagai wakil rakyat demi nama baik PKR.

Kisah Bukit Lanjan ini kini menjadi lucuan kerana bukit itu diberikan dua nama baru oleh kalangan aktivis politik iaitu Bukit Telanjang dan Bukit Lenjan.

Pihak pembangkang terus menuduh BN terlibat dengan kerja-kerja jahat menyebarkan gambar-gambar Elizabeth, tetapi mereka, termasuk Anwar terlupa, sebagai bekas pembantu khas isterinya Datin Seri Wan Azizah, tidak mungkin anak dara berkenaan mempelawa dan membawa pulang orang BN, apatah lagi UMNO ke rumahnya di Bukit Gasing .

Perkembangan-perkembangan mengenai pelbagai bukit ini, khususnya peristiwa di Bukit Gasing, pastinya menyebabkan fikiran Anwar dan Wan Azizah berpusing ligat macam gasing juga.

Kedua-dua mereka yang tidak lama dulu berpindah dari kediaman lama di Bukit Damansara ke rumah baru di Bukit Segambut untuk mencari ketenangan, tentulah tidak dapat tidur lena memikirkan perjalanan hidup dan kelangsungan barisan pembangkang yang kini melalui pelbagai rintangan dan cabaran yang berbukit-bukit.

Para pegawai dari Bukit Aman pula telah memulakan siasatan mereka mengenai adegan panas di Bukit Gasing. Begitu juga mengenai perkembangan di Bukit Chandan. Bagi Anwar, selepas leburnya bukit kuasa mereka di Perak, kekhuatirannya tentulah tertumpu ke Bukit Megawati di Selangor pula. Rakannya, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bermastautin di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di bukit itu juga kini ibarat sedang melalui belantara yang berbukit-bukit.

Nak dipertahankan sangat EXCOnya dari Bukit Lanjan itu, takut nanti beliau sendiri di telanjangkan di Bukit Megawati itu dan terpaksa bernaung di kampung halamannya yang berhampiran Bukit Melawati di Kuala Selangor.

Jikalah katakan Khalid terpaksa turun dari Bukit Megawati, tentulah ada yang meneropong dari satu bukit lain dengan harapan mengunung. Bukit manakah agaknya tu ?

CERITA DISEBALIK GAMBAR BOGEL ELIZABETH WONG

Jelas sekarang, skandal gambar bogel Elizabeth adalah bukan angkara jahat BN. Teman lelaki Elizabeth yang dikatakan merakam gambar tersebut juga sudah diketahui. Namanya Hilmi Malek seorang ahli PKR di Bahagian Pandan dan bekas PA Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Walaubagaimanapun masih banyak persoalan yang belum terjawab. Antaranya ialah adakah Hilmi yang menyebarkan gambar tersebut?. Atau adakah ianya kerana masalah perebutan jawatan di dalam PKR itu sendiri?. Dan tidak kurang juga menarik untuk diketahui ialah kenapa Hilmi memutuskan hubungan dengan Elizabeth?.

Saya tidak mahu membuat spekulasi walaupun telah banyak diceritakan di dalam blog-blog yang lain seperti disini. Kita tunggu polis menyelesaikan siasatan dan mungkin banyak lagi perkara yang mengejutkan akan terbongkar.

Yang pasti antara penyebabnya ialah kerana `cinta beberapa segi' Elizabeth dan kemungkinan melibatkan kepimpinan tertinggi PKR.

Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya.

Wednesday, February 18, 2009

MB PERAK DAN 6 EXCO DIGANTUNG : SATU LAGI EPISOD KOMEDI PAKATAN RAKYAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, berkata tindakan speaker Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya dari menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan berkuatkuasa serta merta sebagai satu episod `komedi' yang tidak masuk akal dan berkelakuan mempersenda dewan berkenaan.

Pergolakan terbaru dalam kemelut politik Perak ini tercetus selepas speaker memutuskan bahawa Zambry dan enam exconya telah menghina DUN.

"Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu."

"Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini.

"Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri.-- BERNAMA

KEDUDUKAN ELIZABETH MINGGU DEPAN

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau dan ahli Exco lain akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada 25 Februari ini berhubung kedudukan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong .

Abdul Khalid berkata, pertemuan dengan Sultan Sharafuddin itu bagi memaklumkan situasi sebenar selain mendapatkan panduan dan nasihat baginda berhubung isu itu, sebelum kerajaan negeri membuat keputusan muktamad. Katanya, walaupun beliau sudah menerima surat daripada Elizabeth yang menawarkan diri untuk melepaskan semua jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan, keputusan sama ada menerima atau sebaliknya hanya diputuskan selepas menghadap Sultan Selangor.

Beliau berkata, sehingga tarikh itu Elizabeth dibenarkan bercuti selama sebulan iaitu tempoh yang dibenarkan untuk seorang Exco, berkuat kuasa Isnin lalu dan tugasnya dipangku semua Exco. "Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan Tuanku berada di luar negara dan bersedia berjumpa dengan saya dan Exco minggu depan.

"Kerajaan negeri berharap pertemuan ini menghasilkan keputusan terbaik untuk Selangor. Kerajaan negeri menghormati kebebasan bersuara semua pihak tetapi ia mesti berlandaskan fakta dan beretika," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini, petang tadi.

~Berita Harian

Kita tunggu apa keputusan Khalid Ibrahim apabila terkena batang hidung sendiri. Adakah ini satu lagi isu moral yang BERIMAN???

TEMAN LELAKI ELIZABETH SAH MELAYU ISLAM

TEKA TEKI TERJAWAB...Khabar angin yang mengatakan bekas teman lelaki Elizabeth Wong adalah lelaki Melayu Islam ternyata benar. Persoalan itu terjawab apabila pejabat khidmat wakil rakyat ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan mengesahkan lelaki itu bernama Hilmi.

Bagaimanapun, lelaki tersebut yang merupakan pembantu khas kepada ahli parlimen Hee Loy Sian sudah berhenti sejak Januari lalu. Menurut Loy Sian lelaki terbabit pernah bertugas dengannya selama sembilan bulan.

“Sekarang saya tak tahu beliau di mana.,” katanya sambil menyifatkan kes itu adalah soal peribadi diantara lelaki berkenaan dengan Elizabeth. Pengesahan itu sekaligus menimbulkan persoalan adakah mereka bersekedudukan ketika gambar Elizabeth dirakam di rumahnya di Bukit Gasing.

Sementara itu Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo' Lo' Ghazali berkata sekiranya benar bekas teman lelaki Elizabeth Wong itu seorang pemuda Melayu beragama Islam dan terbukti bersekedudukan, lelaki itu bukan sahaja mesti dihadapkan di makhkamah sivil tetapi juga di mahkamah syariah.

"Kita tidak boleh menerima hubungan tanpa ikatan sah," katanya. Beliau diminta mengulas persoalan kemungkinan teman lelaki ADUN Bukit Lanjan yang merakam gambar separuh bogel tersebut tinggal bersama Exco kerajaan negeri Selangor itu.

~Sumber : Agendadaily

TEMAN LELAKI ELIZABETH DIPANGGIL BERI KETERANGAN, KHALID SAMAN KHIR TOYO

SHAH ALAM 18 Feb. — Teman lelaki anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel wanita itu hari ini.

“Teman lelaki wakil rakyat itu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita selepas merasmikan program Bengkel Khas Majikan Kerajaan (PDRM) 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata polis menerima dua keping gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu dalam bentuk kepingan dan cakera padat daripada seorang wartawan Malay Mail. “Dua wartawan Malay Mail dan dua wartawan The Sun telahpun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung (laporan berita) pengedaran gambar berkenaan,” katanya.

Eliza, 37, yang juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri Selangor, semalam menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet. — Bernama

Sementara itu di Shah Alam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan dua saman terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Saman tersebut difailkan oleh peguam plaintif, S.N. Nair pada pukul 12.15 tengah hari.

Kedua-dua saman tersebut dibuat berhubung perkataan yang didakwa memfitnah Abdul Khalid seperti yang disiarkan dalam laporan akhbar mengenai pembelian 46 ekor lembu korban dan 15 kereta Toyota Camry.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif tidak menyatakan berapakah jumlah pampasan yang diminta dan sebaliknya memohon mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Selain itu, plaintif memohon injunksi untuk menegah Mohd. Khir yang juga merupakan defendan daripada melafaz, bercakap, menulis atau menerbitkan artikel yang memfitnahnya. - Utusan

ADA CERITA LEBIH BESAR DI SEBALIK GAMBAR BOGEL ELIZABETH WONG?

Isu ADUN PKR Bukit Lanjan Elizabeth Wong tidak terhenti setakat penyebaran gambar bogel yang didakwanya dirakam secara curi. Tiada sesiapapun yang waras fikirannya merestui perbuatan rakam curi yang diistilahkan Eliza ‘menceroboh privasinya’.

Adalah difahamkan kepimpinan tertinggi PKR terutama Anwar Ibrahim bingung memikirkan bagaimana untuk menangani kes Eliza ini tanpa melondehkan pekong yang bakal ‘meletup’.

Buat sementara ini mereka boleh menghalakan tuduhan ianya adalah angkara jahat BN. Namun tidak berapa lama lagi orangramai akan mula sedar apakah isu sebenar disebalik gambar bogel tersebut.

Sudah tentu ianya bukan sekadar gambar tetapi lebih melibatkan soal moral wakil rakyat PKR tersebut kerana pemuda yang dikatakan bekas teman lelakinya yang merakamkan gambar tersebut ialah seorang pemuda Melayu Islam.

Lebih membingungkan mereka ialah pemuda tersebut dikatakan aktivis PKR dan berkhidmat sebagai pembantu kepada seorang ahli parlimen PKR di Selangor. Benarkah namanya Helmi dan merupakan Ketua AMK Petaling Jaya Utara?.

Kalau betul bagai dikata sudah tentu kes ini boleh diklasifikasikan sebagai bersekedudukan diantara seorang wanita bukan Islam dengan lelaki Islam.

Jadi bagaimana mereka nak rasionalkan hal ini di kaca mata orangramai dan para penyokong mereka khususnya yang beragama Islam. Dan bagaimana pula PAS ingin mempertahankan Eliza kelak.

Itulah sebabnya sidang akhbar Eliza tidak ada sesi soal jawab. Beliau takut untuk bersoal jawab dengan para wartawan bagi mengelak identiti teman lelakinya diketahui ramai.

~Sumber: Agendadaily

Tuesday, February 17, 2009

ANWAR TOLAK PERLETAKAN JAWATAN ELIZABETH

TERKINI!!! Berita Harian online menyatakan Penasihat Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak perletakan jawatan Elizabeth Wong sebagai Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

Beliau sebaliknya meminta Elizabeth yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya dalam internet supaya berehat dan memikirkan semula hasratnya itu.

SAH!!! Bapak Borek Anak Rintik.

SAH...PILIHANRAYA KECIL DUN BUKIT teLANJANg

SAH Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah meletakkan jawatan ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermakna satu lagi pilihan raya kecil akan menyusul. Beliau membuat pengumuman itu didalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya jam 11 pagi ini

Diketika yang sama berbagai spekulasi berlegar tentang siapakah teman lelaki misteri yang didakwa mengambil gambar Wong di rumahnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Sumber-sumber PKR memberitahu ada kemungkinan Pemuda tersebut adalah seorang pemuda Melayu. Jika betul cerita ini, ianya akan menjadi kes serius kerana boleh dituduh bersekedudukan.

Sementara itu berita yang saya petik dari blog Anti PKR menyatakan kes Elizabeth Wong ini hanyalah satu permulaan. Akan ada banyak lagi pembongkaran sensasi berkenaan harta, kereta, projek, wanita dan kisah silam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan didedahkan satu persatu.

Memang benar mereka tidak perlu menunggu sehingga 50 tahun untuk menunjukkan `belang' mereka yang sebenar.

Monday, February 16, 2009

PENGAKUAN GAMBAR BOGEL : PEMUDA DESAK ADUN BUKIT teLANJANg LETAK JAWATAN


Oleh S.A Najmuddin

Shah Alam -- Pemuda UMNO negeri ini mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletakkan jawatan Exco kerajaan negeri dan Adun serta merta ekoran penyebaran gambar bogel beliau yang kini tersebar luas.

Ketua Pemudanya, YB Abdul Shukor Idrus berkata pengakuan Exco berkenaan bahawa gambar tersebut sememangnya gambar beliau amat memalukan institusi kerajaan negeri khususnya rakyat di negeri berkenaan.

Justeru beliau secara terbuka menyarankan Adun berkenaan bertanggungjawab dan tidak berdolak dalih dengan melepaskan kedua-dua jawatan terbabit kerana ianya melibatkan isu moral.

"Pengakuan daripada tuan punya badan sudah membuktikan segala-galanya dan tidak perlu lagi berdolak dalih dalam soal ini. Kita bukannya mahu mencari isu murahan untuk memburukkan kerajaan negeri, tetapi ini adalah soal moral.

"Dan kita juga bukan mahu mengambil kesempatan untuk mencipta krisis politik baru di negeri ini, tetapi atas dasar tangungajawab untuk memastikan hanya Adun yang benar-benar bertanggungajawab dan bermoral sahaja dipilih di dalam struktur kerajaan negeri", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas pengakuan terbuka Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bahawa gambar bogelnya yang tersebar di internet adalah gambar beliau.

Ekoran itu, beliau telah membuat aduan polis di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam. Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu, kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya sewaktu beliau sedang tidur.

Shukor yang juga Adun Kuang seterusnya berkata isu ini adalah isu kedua selepas seorang lagi Exco kerajaan negeri, YB Ronnie Liew yang kini berdepan dengan dakwaan menghalang penjawat awam ketika melakukan serbuan rumah urut negeri itu tahun lalu.

"Nampaknya soal moral telah menghantui kepimpinan Pakatan Rakyat. Jika situasi seumpama ini berlaku terhadap kerajaan pimpinan UMNO, berdegar-degar kenyataan dikeluarkan termasuk dalil-dalil daripada kepimpinan Pas.

"Kita nak tengok dan lihat apa pula dalil Pas dalam soal moral seumpama ini. Adakah berdiam diri atau sebaliknya", kata beliau.

~www.pemudaumno.org.my

GAMBAR BOGEL PULA!!!

Nampaknya Khalid Ibrahim tidak akan sunyi dengan berbagai skandal di bawah negeri naungannya. Sekiranya minggu lepas digemparkan dengan skandal seks ADUN Pelabuhan Klang, hari ini pula digemparkan dengan isu gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

Inilah akibat sekiranya anak-anak buah di pilih secara `tangkap muat' dan sekarang beliau `pening' untuk menguruskan kerendahan akhlak anak-anak buahnya.

Berita yang dipetik daripada Agendadaily menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengaku gambar bogel yang tersebar kini adalah gambarnya.

Beliau yang pernah menjadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuat laporan polis hari ini.

Kini timbul desakan agar beliau meletak jawatan kerana moralnya dipertikaikan. Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong.

Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan lanjut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco Negeri rabu ini.

Sunday, February 15, 2009

RAKYAT BIADAB : SULTAN SELANGOR MURKA

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru Perak baru-baru ini.

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan Istana Alam Shah pada hari Jumaat.

Dalam kenyataan tiga muka surat itu seperti dilaporkan Bernama, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-Raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa rasa kecewa dan dukacita dirasai baginda lebih-lebih lagi kerana Sultan Azlan adalah ayahanda saudara baginda dan keluarga diraja kedua-dua negeri mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

Menurut baginda, Sultan Azlan Shah dikenali sebagai seorang tokoh yang tinggi ilmu serta berpengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman sesuai dengan kedudukan Sultan Perak itu sebagai bekas Ketua Hakim Negara.

"Sultan Azlan Shah serta keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat sehingga kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan kepada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit," titah Sultan Sharafuddin.

Menurut baginda, apa yang berlaku di Perak sejak seminggu lalu, amat membimbangkan sesiapa pun "yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama".

"Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, barulah kita kenal siapa kaca, siapa permata. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar," titah baginda.

Sultan Azlan Shah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru 6 Februari lalu apabila kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat dan Pas kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin dan penyokong pakatan tersebut.

Pada hari Zambry mengangkat sumpah memegang jawatan pada Jumaat lalu, penyokong parti berkenaan mengadakan demonstrasi jalanan berhampiran Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, sehingga menghalang kenderaan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dilaporkan "mohon derhaka" kepada Sultan Perak apabila permohonannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak diperkenan Sultan Azlan Shah manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh, menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana mahu menyaman Sultan Azlan Shah.

Sultan Selangor bertitah, kegawatan ekonomi yang semakin meruncing di peringkat global dan serantau menuntut rakyat memantapkan perpaduan walaupun berbeza pendirian. "Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana," titah baginda

Saturday, February 14, 2009

KENYATAAN BIADAB AHLI PARLIMEN PKR TELOK KEMANG MENYOKONG KARPAL SAMAN SULTAN

KESABARAN kita ada titik noktahnya. Ketenangan pagi ini telah di cemari apabila membaca kenyataan biadab Ahli Parlimen PKR Telok Kemang, YB. Dato’ Kamarul Bahrin Abbas yang menyokong Karpal Singh menyaman Sultan Azlan Shah.

Kenyataan tersebut berbunyi “Saya ucapkan syabas kepada Karpal Singh! Semangat macam inilah yang kita perlukan. Tanpanya, tanpa seseorang yang berani seperti beliau, mencabar kesahihan isu yang sedang berlaku sekarang ini. Selagi itulah UMNO akan mengganas. Teruskan dengan memfailkan saman itu kerana selagi kita membiarkan perkara-perkara sebegini selagi itulah UMNO tidak akan sedar………… Teruskan dengan memfailkan saman & kita lihat sama ada langit itu tinggi ataupun rendah”. Kenyataan penuh boleh dirujuk disini.

Kenyataan ini secara rasminya mengikut rentak yang telah dicanangkan oleh Anwar Ibrahim iaitu 'MENGISTIHARKAN PERANG' terhadap Tuanku Sultan Azlan Shah.

Berselindung disebalik perundangan konon. Bukankah matlamat sebenarnya ialah untuk memulakan 'percikan-percikan api' bagi membenarkan satu gerakan REVOLUSI MENJATUHKAN SULTAN-SUTAN MELAYU!!!.

Memang benar Anwar Ibrahim telah menyemai semangat 'ketuanan rakyat' yang digembar-gemburkan sebagai satu platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan menggunakan slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT’.

Sebenarnya ia membayangkan cita-cita Anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DALAM ERTI KATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN REPUBLIC OF MALAYSIA'.

Anwar Ibrahim adalah merupakan anak melayu yang pertama menyokong agenda menarik balik kuasa raja-raja melayu pada tahun 1993. Gertakan Anwar yang pada waktu itu merupakan Naib Presiden UMNO untuk mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja menyebabkan seluruh sultan-sultan melayu terpaksa tunduk di tangan Anwar

Dan kerana gertakan maha hebat inilah Anwar Ibrahim berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO setelah imejnya menumbangkan raja-raja melayu terbukti berhasil.

Anwar Ibrahim telah menyambung usaha-usaha `regim’ kafir untuk menghakis kedaulatan raja-raja melayu. Anwar Ibrahim dan 'ketuanan rakyat' telah berjaya menyambungkan semula idea 'malayan union' iaitu satu konsep total menghapuskan hak Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini.

Persamaan konsep 'malayan union' dan 'ketuanan rakyat' ini telah diimplementasikan di Penang dengan penghapusan DEB sehari selepas kemenangan DAP. Hari ini di Perak mereka telah memulakan langkah-langkah implementasi ke arah menjahanamkan maruah Ke Bawah Duli Sultan Azlan Shah.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh umat melayu khasnya yang berada di bawah Parlimen Telok Kemang...AYUH! BANGKIT DAN PERTAHANKAN SULTAN AZLAN SHAH HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di Parlimen Telok Kemang BANGKITLAH DARI KELESUAN INI. AYUH!!! PEMUDA HARAPAN BANGSA, SRIKANDI TIANG NEGARA, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERSATU HATI MEMBULATKAN TEKAD, MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENDIRIAN AHLI PARLIMEN PKR TELOK KEMANG INI YANG MENYOKONG KARPAL SINGH MENYAMAN SULTAN AZLAN SHAH.

Kepada semua Mujahiddin Melayu di Telok Kemang, SEDARLAH, RAJAMU SEKARANG SEDANG DIPIJAK DAN DIHINA.

DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU…..DAULAT TUANKU

POLITIK `DEGIL' ANWAR MENGUASAI PAS

Melihat kepada gelagat bekas menteri besar Perak dan pengikut-pengikutnya, jelas politik `degil’ Anwar telah berjaya meresap dan menguasai PAS.

Tanyalah pemimpin PAS yang terdahulu bermula daripada Dr. Burhanuddin Helmi sehinggalah kepada TG. Haji Abd. Hadi, adakah mereka mengajar pengikut mereka menderhaka kepada raja? Sudah tentu tidak. Kepimpinan ulamak di dalam PAS menyanjung Ke Bawah Duli Tuanku.

PAS pernah kecundang di Kelantan dan Terengganu. Tetapi pengikut mereka tidak turun ke jalanan melakukan demonstrasi dan keganasan. Malah pertukaran kerajaan berjalan dengan licin. Tidak kedengaran menteri besar tidak mahu turun dari takhta, kediaman dan kenderaan rasmi tidak mahu dipulangkan. PAS secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan yakin kepada qada’ dan qadar.

Tetapi kenapa kekecohan demi kekecohan berlaku di Perak, sedangkan menteri besarnya juga adalah daripada PAS? Perkara ini dikatakan bermula apabila kumpulan erdogan iaitu penyokong-penyokong Anwar Ibrahim berjaya menyusup masuk ke dalam PAS secara besar-besaran selepas Anwar di pecat pada 1998 dan sekarang mereka hampir-hampir menguasai PAS. Kumpulan ini tidak mendengar nasihat daripada kepimpinan ulamak tetapi menerima nasihat daripada Anwar Ibrahim. Itulah yang terjadi di Perak, Nizar mendapat nasihat terus daripada Anwar Ibrahim.

Pertentangan diantara kepimpinan ulamak dan kumpulan erdogan di dalam PAS semakin ketara. Perebutan mengemukakan calon daripada kumpulan masing-masing sudah kelihatan. Bermula di Kuala Terengganu, kepimpinan ulamak berjaya meletakkan calon mereka yang menyebabkan kumpulan erdogan dikatakan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kempen. Pertentangan ini akan berterusan di Bukit Gantang.

Kejatuhan Nizar di Perak adalah satu lagi tamparan kepada kumpulan erdogan. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu nampaknya sudah tidak berbaloi kerana mereka telah kehilangan satu negeri. Kejatuhan Perak ini mestilah diletakkan di atas bahu Anwar Ibrahim. Seperti kata Karpal Singh Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah kerana Anwar mempromosikan lompat parti secara keterlaluan dan Anwar perlu bertaubat.

Inilah pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, pemimpin bukan Islam meminta pemimpin Islam bertaubat. Nampaknya Karpal lebih jujur (sekurang-kurangnya untuk kes lompat parti ini) dan politik DAP lebih licik. Mereka berani menarik `hand break’ apabila merasakan politik mereka terancam.

PAS seharusnya belajar dari DAP dan seharusnya bertindak dengan lebih berani di dalam membuat keputusan politik yang melibatkan orang melayu dan Islam. Perjuangan PAS tidak akan kemana selagi berada di dalam Pakatan Rakyat. Apakah yang boleh PAS harapkan dengan cita-cita PKR `dari Permatang Pauh ke Putrajaya' dan politik `Malaysian Malaysia’ DAP. Baliklah kepada perjuangan asal bak kata pepatah `carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula’.

Sekiranya dulu PAS menerima pelawaan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor, sudah tentu kekecohan di Perak ini tidak akan berlaku. UMNO bersedia merendah diri dengan menawarkan jawatan Menteri besar kepada PAS kerana UMNO tidak rela DAP berkuasa di dua negeri tersebut. UMNO tidak rela melihat orang melayu diperkotak-katikkan.

Berpijaklah dibumi yang nyata. Bertindaklah untuk agama dan bangsa.