**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, June 30, 2009

PRK MANEK URAI : SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

Saya sekarang berada di PRK Manek Urai. Insya-Allah perkembangan terkini dari sini akan saya muatkan untuk tatapan pembaca-pembaca yang berada diluar sana.

Saya akan berada disini sehingga hari penamaan calon dan Insya-Allah selepas itu akan diganti dengan rakan-rakan bloggers lain.

Melihat keadaan penduduk yang berada di kawasan ini, membuatkan hati saya menangis. Memang betul tanggapan saya, PAS adalah sebuah parti yang hanya tahu mengadakan ceramah-ceramah kosong. Kebajikan penduduk langsung tidak dijaga, malah kemiskinan mereka dieksploitasikan untuk kepentingan politik mereka.

Berbalik kita kepada isu tuduhan TG Nik Aziz bahawa UMNO adalah parti ajaran sesat. Disini saya ingin tegaskan, yang sebenarnya sesat ialah Parti PAS. Kalau anda berada di negeri serambi Mekah ini, sebenarnya mereka sudah tidak hairan dengan tuduhan dan perkara pelik yang terkeluar dari mulut Menteri Besar Kelantan tersebut.

Diantaranya ialah:-

1. Pernah pada suatu ketika dahulu TG Nik Aziz mengeluarkan fatwa haram menanam pokok tembakau, dengan alasan merokok adalah haram, tetapi kerana orang Bachok yang merupakan penyokong 'kuat' PAS adalah penanam tembakau dan takut hilang undi maka 'fatwa' tu di'senyapkan'. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

2. Pernah TG Nik Aziz mengeluarkan fatwa haram membaca talkin di kubor, kerana perbuatan tersebut adalah 'bidaah', SEMUA perkara Bidaah adalah Sesat. Tetapi kerana takut hilang undi kumpulan PONDOK maka fatwa karutnya 'SENYAP'. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

3. Pernah TG Nik Aziz berkata boleh berkawan dengan Syaitan, yang kita semua tahu dalam Al-Qur'an ada menyatakan "Minta jauh (berlindung) dari syaitan yang direjam". Disini TG Nik Aziz jelas `melawan' Tuhan, MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

4. Baru-baru ini pula TG Nik Aziz marah kepada Presiden PAS Al-Fadhil Tuan Guru Hj.Ab.Hadi Awang kerana hasrat TG Haji Hadi untuk berbaik dan berdamai dengan UMNO, tetapi kerana dendam kepada UMNO beliau menyuruh Timbalan Presiden PAS, Al-Fadhil Ust Nasharuddin meletakkan jawatan kerana menyokong TG Haji Hadi.

Semua ini terbina atas perasaan "al-'adawah wal baghdha' " iaitu dendam dan permusuhan yang menebal di hatinya. Ini jelas berlawanan dengan perintah Allah SWT yang menyuruh orang-orang Islam agar berbaik-baik. Dan juga berlawanan dengan Sabda Nabi Muhammad SAW "sesungguh orang-orang Islam itu bersaudara". Jelas Nik Aziz melawan Tuhan dan Rasul. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

5. TG. Nik Aziz juga adalah penipu...dia mengajar dan menyuruh pengikut-pengikutnya agar jangan berebut harta dunia tetapi dia sendiri kaya raya, anak dia kaya raya, saudara mara dia kaya raya, pengikut-pengikut dia kaya-raya, isteri dia pun mempunyai stesen minyak petronas kat Pulau Melaka, juga kaya.. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

6. Rasulullah SAW menyuruh patung-patung dibuang dan diruntuhkan. Semasa Rasulullah SAW memerintah Mekah dan Madinah, patung-patung tidak kira kecil atau besar diruntuhkan tetapi sejak Tok Guru PAS menjadi Menteri Besar Kelantan, patung (berhala) semakin banyak dan besar. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

7. Sebenarnya banyak lagi dalil-dalil KESESATAN yang akan didedahkan kelak. Tunggu ya!

PRK MANEK URAI : KEMEGAHAN TUAN GURU NIK AZIZ

Berhala tertinggi di Asia yang baru siap di bina di negeri Serambi Mekah yang diperintah kerajaan PAS. Syiar apakah ini?

tengok!! tingginya mengatasi pokok kelapa dan lebih menyedihkan lagi mengatasi ketinggian kubah masjid di Seluruh Negeri Cik Siti Wan Kembang. Adakah ini suruhan Allah?

Gambar daripada ~ http://manekurai2009.blogspot.com/

Monday, June 29, 2009

PRK MANEK URAI : HATI LUKA SEORANG ANAK MUDA

Menurut blog http://manzaidiamn.blogspot.com/ pada postingnya semalam, 28 June 2009 beliau memaparkan luahah hati daripada seorang tetamu yang menamakan dirinya sebagai ANONYMOUS. Kata Manzaidi, setelah membacanya, beliau tergerak untuk memaparkan artikel ini kepada pembaca setia blognya. Baginya, ia wajar diambil iktibar mengenai apa yang dilalui saudara kita ini. Selamat membaca.Hati luka seorang anak muda.

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran PAS di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat. Setentunya keluarga kami adalah penyokong PAS yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin PAS yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi. Inilah yang menyedihkan kami. Selama PAS bertapak di Kelantan, setahu saya PAS tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan PAS adalah kerajaan yang bersih. Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah. Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.

2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan PAS mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah PASyang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan. Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok.

Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara. Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih. Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat. Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan.

Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala. Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009.

Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun. Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam. Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta.

Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas. "Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. PAS telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata.

Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam. Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong PAS kerana tok sami mereka berpesan jika PAS menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi. Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami.

Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas. Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-
tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu. Terlalu ramaikah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?.

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu. Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid. Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan PAS terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini?. Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian. Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya.

ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama. Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah PAS Kelantan.

Saya benci apabila PAS bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP? DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya? SEJARAH... Belajarlah sejarah. Lagi buktinya? Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya. YA ALLAH sesungguhnya aku kelu. Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku.

Satukanlah mereka Ya Allah. Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu. Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan? Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam. Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah... Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.

PRK MANEK URAI : PENJUAL IKAN vs PENGURUS KANAN

Calon BN daripada UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat adalah dipilih berdasarkan selera pengundi serta perubahan yang sedang dilakukan parti bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Perlu ditegaskan bahawa tidak berlaku `cah keting’ kerana Tuan Aziz diterima semua pihak samada diperingkat bahagian ataupun pemimpin tertinggi parti.

Beliau juga diterima masyarakat setempat kerana sering berurusan dengan mereka sebagai Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Tuan Aziz adalah anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerana dibesarkan di kawasan ini, beliau memang tahu kehendak penduduk disitu.

Anak seorang guru ini berkahwin dengan Suzana Husin yang juga seorang guru mempunyai rekod perkidmatan yang cemerlang, berpengalaman dan yang lebih penting beliau bukan PENJUAL IKAN.

Pemilihan calon yang berkebolehan dan layak adalah penting supaya `tragedi memalukan' yang berlaku di DUN Perak tidak berulang apabila pengundi-pengundi memilih `beruk-beruk' menjadi anggota dewan.

PAS AKAN DIHUKUM PENGUNDI MANEK URAI

LEE KUAN YEW.....BAGUS


Berkecai harapan orang melayu/Islam. Sudah muktamad kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS TG Haji Hadi ditolak oleh partinya sendiri selepas menerima `nasihat’ daripada PKR dan DAP.

Beginikah tindak-tanduk `parti Islam’ yang dikatakan boleh menjadi alternatif kepada orang melayu/Islam selepas UMNO?. Apa yang boleh orang Melayu/Islam harapkan dari sebuah parti yang tidak boleh membuat keputusan sendiri untuk agama dan bangsanya?

Berkecailah harapan kita untuk melihat dua parti terbesar orang melayu dan Islam di negara ini duduk semeja berbincang. Begitulah juga perasaan pengundi-pengundi di Manek Urai yang selama ini mengharapkan UMNO-PAS boleh duduk semeja dan bersatu padu.

Sebab itulah saya berani mengatakan, pengundi-pengundi di Manek Urai yang hampir 100% melayu/Islam akan menghukum PAS. Mereka akan mengajar pemimpin-pemimpin PAS yang lebih senang `berpeluk cium’ dengan DAP tetapi menolak perpaduan sesama Islam yang dituntut oleh agama.

Pemimpin-pemimpin PAS tidak pernah belajar dari MCA dan DAP. Pemimpin MCA dan DAP sanggup mengenepikan emosi kepartian untuk duduk berbincang bagi kepentingan bangsa mereka. Mereka menggunakan berbagai persatuan yang berasaskan pendidikan dan perniagaan seperti Dong Jiao Zhong bagi menjalin sefahaman demi menjaga dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Cina.

Pemimpin-pemimpin PAS juga sepatutnya malu kepada pemimpin-pemimpin India yang berada di dalam MIC, DAP, PPP atau PKR. Mereka akan berganding bahu memperjuangkan nasib bangsa mereka walaupun berlainan parti.

Kenapa PAS masih membiarkan diri mereka dikuasai dendam dan sentimen politik? Kenapa mereka sanggup melanggar tuntutan agama? Jawapannya kerana mereka lebih senang untuk menjaga hati DAP dan PKR dari menjaga hati saudara sesama Islam.

Memang benarlah, PAS selalu membuat keputusan yang melukakan hati orang melayu. PAS tidak boleh memaafkan UMNO tetapi sanggup bersama DAP yang terang-terang menenentang Negara Islam. PAS tidak sanggup untuk bersemuka dengan UMNO tetapi TG Nik Aziz boleh menyambut Lee Kuan Yew.

Malah TG Nik Aziz sanggup menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat `ayah Pin’. Cubaan memberikan gambaran bahawa orang Islam lain tidak berpegang dengan anutan Islam adalah petunjuk jelas kerendahan tahap pemikiran menteri besar Kelantan tersebut.

PAS merasakan mereka semakin kuat, tetapi secara realitinya semakin ramai orang melayu/Islam yang kecewa dengan parti tersebut. Mereka jangan berangan untuk menang lebih besar di Manek Urai dan PRU-13 kerana hati bangsa melayu/Islam sudah mula terluka. Hati bangsa Melayu/Islam mudah tersentuh dengan isu bangsa dan agama.

PAS tunggulah masa untuk ditendang keluar dari pakatan selepas PRU-13 apabila telah lemah dan tidak memenangi banyak kerusi. Sesungguhnya ujian Allah itu datang dalam berbagai situasi.

Tepuk dada tanya Iman.

Sunday, June 28, 2009

UMNO PILIH TUAN AZIZ DI MANEK URAI

Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, di pilih sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Friday, June 26, 2009

PERUTUSAN PUAN HAJAH ZAIMAH ZAKARIA SEMPENA PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN BAGAN PINANG - BERSATULAH BANGSAKU


Bismilahi Rahmani Rahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bangsa Melayu hari ini berada di persimpangan yang amat menggerunkan. Orang Melayu hari ini sedang duduk di dalam satu dilema yang mengerikan. Benarkah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri, akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini.

Mungkinkah pada akhirnya Melayu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan hanya terkandung dalam cerita hikayat-hikayat lama? Kalau tidakpun, jenis Melayu yang bagaimana yang akan menjadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa? Akan berakhirkah perbalahan sesama Melayu ini? Mungkinkah pada akhirnya orang Melayu akan menggigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan satu kuasa bukan Melayu yang tidak peduli kepada melayu lagi.

Pada 63 tahun lepas, Inggeris telah menubuhkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada residen. Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan UMNO telah berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja melayu.

Tetapi pada hari ini usaha-usaha untuk menyambung semula idea Malayan union iaitu satu konsep total untuk menghapuskan hak melayu dan Islam telah dimulakan semula oleh pemimpin parti pembangkang. Mereka telah menyemai semangat 'ketuanan rakyat' yang digembar-gemburkan sebagai satu platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan menggunakan slogan 'kuasa kembali kepada rakyat’.

Persamaan konsep 'malayan union' dan 'ketuanan rakyat' ini telah diimplementasikan di Pulau Pinang dengan penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehari selepas kemenangan DAP. Hari ini di Perak pula mereka telah memulakan langkah-langkah implementasi ke arah menjahanamkan maruah Ke Bawah Duli Sultan Azlan Shah.

Sebenarnya tindak tanduk pemimpin pembangkang ini membayangkan kepada kita cita-cita agong mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara republik.

Oleh itu bersatulah seluruh umat melayu. Perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu dalam Perlembagaan negara.

Walaubagaimanapun kita menyedari, perjuangan ini bukannya mudah. Usaha dan tenaga harus digembeling dengan satu suara dan satu nada bak puisi Siti Zaleha Hashim.

Pelayaran ini bukannya mudah
Hari-hari hitam yang dilalui
Detik-detik putih yang ditempuhi
Datang dan pergi
Namun api yang menyalakan semangat
Tiada pernah padam
Biar siang ataupun malam
Pelayaran ini kau (aku) teruskan
Dan alam pun melihat kerlipan bintang-bintang

Apa yang berlaku pada hari ini menuntut kita ahli-ahli UMNO untuk bekerja keras. Piihan Raya Umum ke-12 yang lepas sudah cukup memberikan kita keinsafan. Oleh itu kepada seluruh kepimpinan UMNO, sama ada diperingkat tertinggi dan juga akar umbi, penuhilah tuntutan kepimpinan ini umpama ungkapan melayu:

Menjadi pemimpin ia pilihan
Budi mulia dada beriman

Janji diisi amanah dijalankan
Terhadap rakyat belas kasihan
Terhadap negeri penuh perhatian.

Maruahnya nampak bertuah badan
Ke mana pergi jadi teladan.

Letakkanlah kepentingan agama, bangsa dan negara di tempat yang teratas, Insya-Allah, perjuangan kita untuk memperkasakan bangsa dan membina peradaban gemilang akan dimakbulkan Allah.

Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat srikandi membela negara

Dengan harapan itu, jadikanlah persidangan tahunan ini sebagai medan untuk kita menyusun kekuatan agar matlamat untuk menjulang martabat bangsa akan tercapai. Bersamalah kita bulatkan tekad, tingkatkan iltizam, bersatu Memenuhi Tuntutan Perjuangan.

Demi agama, bangsa dan negara aku rela BERJUANG,
Mengembalikan MARUAH dan bangsa TERBILANG.

Salam Perjuangan,

(HAJAH ZAIMAH BINTI HAJI ZAKARIA ANS, PMC, PJK)
Ketua,
Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN BAGAN PINANG 2009

Bil: (23) dlm wubp 09 16 Jun 2009

Semua AJK Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang
Semua Ahli Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang

Cik/Puan,

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN BAGAN PINANG 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan fasal 14:3:2 Perlembagaan dan Peraturan Persidangan, maka Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang akan diadakan pada:-

Tarikh : 26 Jun 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : TABIKA KEMAS Bagan Pinang.

2. Oleh yang demikian, sesuai dengan fasal 12:4:1 Perlembagaan, cik/puan adalah dijemput menghadiri Persidangan Tahunan tersebut.

3. Kerjasama dan keperihatinan puan berkenaan perkara diatas didahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.


BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT


Adalah saya dengan hormatnya,



(ROSHATIKA BINTI HAJI ABU BAKAR)
Setiausaha,
Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang

s.k

1. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang

2. Pen. Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang

3. Setiausaha UMNO Cawangan Bagan Pinang

Friday, June 19, 2009

MEREKA LEBIH SENANG BERKAWAN DENGAN `SYAITAN'


Sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS petang semalam membuat kenyataan di lobi Parlimen mengisytiharkan menolak kerajaan perpaduan.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Kenyataan bersama tersebut ditandatangani sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan iaitu Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Saya tahu ilmu agama saya terlalu cetek jika dibandingkan dengan nama-nama yang tersebut diatas, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan TG Nik Aziz. Tetapi saya tidak pernah hipokrit di dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Saya juga mengerti betapa Islam melarang umatnya berpecah belah, sebaliknya menyuruh supaya bersatu-padu.

Pada hari jumaat yang mulia ini, saya ingin menyeru kepada mereka semua terutama TG Nik Aziz supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan tidak mendengar bisikan `syaitan' yang sentiasa ingin melihat kita berpecah belah. Perpaduan umat adalah dituntut dan selaras dengan kehendak Islam.

Thursday, June 18, 2009

SHAHRIZAT JEMPUT MUSLIMAT PAS RUNDING PERPADUAN

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan menghantar surat esok kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Saleh untuk menjemput beliau bagi memulakan rundingan mengenai kerajaan perpaduan.

Shahrizat melahirkan harapan agar Nuridah menerima jemputan itu dan meletakkan ideologi politik di belakang untuk mengatasi krisis politik yang dihadapi negara ketika ini.

"Wanita ada cara tersendiri untuk menangani isu ini. Saya berharap Ustazah Nuridah akan menerima jemputan saya untuk bertemu dan mengetepikan ideologi politik dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi kemelut politik."

Ada di kalangan pembangkang yang ingin mengadakan perbincangan ini tetapi ada juga yang tidak mahu perkara ini berlaku. Nampaknya seperti mereka bermain sandiwara (drama) tetapi sebenarnya bagi wanita tidak ada yang susah sangat.

"Walaupun belum tentu kami dapat menyelesaikan kesemua masalah, tetapi kalau dalam tiga hingga empat isu itu pun sudah bagus. Islam harus bersatu dan mesti kekalkan perpaduan yang ada," katanya.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata rundingan ini dimulakan atas dasar Muslim ke Muslim sebelum memperluaskan termasuk bukan Islam terutamanya sejak idea ini dimulakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Ditanya jika parti komponen BN lain dan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain, beliau berkata ia "kemudian".

Bagaimanapun, dalam beberapa minit selepas Shahrizat mengadakan persidangan akhbar itu di Parlimen, 10 anggota Parlimen PAS termasuk wanita mengadakan persidangan akhbar dengan mengatakan mereka enggan mengadakan sebarang rundingan perpaduan dengan Umno.

"Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh kepada keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan BN, termasuklah konsep kerajaan perpaduan," kata mereka.

Persidangan akhbar itu yang diketuai Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata mana-mana anggota PAS yang mahu berunding berkaitan kerajaan perpaduan hendaklah berbuat demikian di luar parti.

Antara anggota Parlimen PAS yang hadir pada persidangan akhbar itu ialah wakil dari Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf, Titiwangsa (Dr Lo'lo Ghazali) dan Shah Alam (Khalid Abdul Samad).Sebelum itu dalam persidangan akhbar yang lain, Siti Zailah membuat kenyataan yang jelas bahawa Dewan Muslimat menentang idea untuk sebarang rundingan mengenai kerajaan perpaduanMuktamar PAS ke-55 baru-baru ini dengan sebulat suara tetap mahu bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno-BN.

"Dewan Muslimat Pas MPP dan Anggota Parlimen Muslimat PAS faham dengan kecelaruan yang sedang berlaku di kalangan ahli-ahli akar umbi serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS."Kami menyeru ahli dan penyokong PAS supaya tenang dan jangan cemas dengan usaha pihak yang ingin memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan perpaduan PAS."Kami juga ingin menyeru kepada semua pemimpin PAS supaya tidak membuat kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama," kata Siti Zailah.-- BERNAMA

Wednesday, June 17, 2009

TALIBARUT DAP YANG SEPATUTNYA KELUAR PAS

TG Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang disifatkannya boneka UMNO meninggalkan parti itu dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Nampaknya TG Nik Aziz lebih rela menghalau orang nombor dua PAS tersebut kerana ingin memuaskan nafsu `gila kuasa’ pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.

TG Nik Aziz sebagai seorang muslim yang baik sepatutnya bercakap benda yang baik dan lebih baik berdiam diri jika ingin bercakap perkara yang buruk.

Idea mewujudkan kerajaan perpaduan diantara PAS dan UMNO adalah perkara yang baik dan selaras dengan kehendak Islam.

Islam tidak pernah menggalakkan umatnya berpecah belah tetapi menyuruh mereka bersatu padu.

Agama, bangsa dan Negara mestilah didahulukan dan bukannya parti.

Sepatutnya talibarut DAP yang keluar PAS!

Tuesday, June 16, 2009

MEMALUKAN!

Beliau berjaya membuktikan:-

i. Kedegilannya;

ii. Sah sifat derhaka tegarnya;

iii. Tak tahu malu;

iv. Tak tahu adat;

v. Suka mengenepikan peraturan;

vi. Suka angkat tangan (gambar dalam paper dari dahulu sampai sekarang adalah gambar beliau mengangkat tangan);

vi. Terbukti kebiadapan dan keangkuhannya;

vii. Happy go lucky (berteriak sambil tersenyum);

viii. Banyak lagi la.....

~ http://c-bok.blogspot.com/

BUDAYA RIMBA PAKATAN PEMBANGKANG


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap perbuatan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan di Dewan Rakyat sebagai cubaan membawa budaya rimba pakatan pembangkang Perak di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Mohammad Nizar langsung tidak menghormati Dewan Rakyat dengan bertindak demikian.

''Dia langsung tidak menghormati dewan selain cuba membawa budaya rimba pakatan pembangkang Perak ke dalam Dewan Rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai insiden kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Khairy, Nizar juga cuba mendapatkan publisiti murahan melalui tindakan tersebut.

''Kalau tidak setuju bahas sahajalah dengan tertib semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat," tegasnya.

Sunday, June 14, 2009

LANTIK CHIN PENG PENASIHAT PKR

Anwar sudah terlalu melampau!!!!. Membenarkan Chin Peng pulang samalah seperti mencurahkan cuka keatas luka.

Anwar sudah kemaruk kuasa dan sanggup melakukan apa saja termasuk bersekongkol dengan komunis bagi mencapai impiannya untuk menguasai negara.

Anwar juga sudah terlalu terdesak sehingga terpaksa mengenepikan bangsa sendiri untuk meraih simpati. Beliau sedar tidak mendapat sokongan melayu, jadi terpaksa menimbulkan isu Chin Peng ini sebagai survival politik terakhir untuk mencari sokongan kaum Cina.

Inilah wajah sebenar Anwar yang selama ini kononnya membela Melayu. Yang sebenarnya, beliau bukan lagi berjiwa melayu. Jiwa melayunya sudah tertutup.

Oleh itu saya bersetuju benar dengan Senyum Kambing supaya Anwar melantik saja Chin Peng menjadi Penasihat PKR.....Supaya kita boleh lawan secara berdepan.

Friday, June 12, 2009

PAS KELANTAN SEMAKIN TERPINGGIR


PAS Kelantan yang memang diketahui menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim dan sanggup `berpeluk cium' dengan DAP tetapi menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO saranan TG Haji Hadi semakin hari semakin terpinggir.

Anak didik TG Nik Aziz iaitu Husam Musa yang ditonjolkan sebagai teraju utama penyokong Anwar Ibrahim di dalam PAS tewas jawatan Timbalan Presiden kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang juga merupakan penyandang jawatan tersebut.

Manakala Mohd Amar Nik Abdullah yang juga merupakan exco kerajaan negeri Kelantan pula tidak terpilih menduduki jawatan Naib Presiden. Kekalahan Nik Amar ini menyebabkan PAS Kelantan tidak mempunyai wakil yang menduduki kerusi Naib Presiden.

Semalam pula TG Haji Hadi tidak melantik semula Datuk Kamaruddin Jaafar iaitu Ahli Parlimen Tumpat yang memang diketahui sebagai proksi Anwar di dalam PAS sebagai Setiausaha Agung, sebaliknya melantik orang kanannya Datuk Mustafa Ali.

Begitu juga nasib yang menimpa Datuk Anuar Tan iaitu seorang lagi exco Kerajaan Negeri Kelantan yang kalah di dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Puast dan tidak termasuk di dalam senarai yang dilantik seperti yang diumumkan semalam. `Hilangnya’ Datuk Anuar Tan dari jawatan ini telah menyebabkan tidak adanya pemimpin berbangsa Cina yang berada di dalam saf kepimpinan tertinggi PAS.

Ramai penyokong PAS dan pemerhati politik sebenarnya tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku di dalam PAS?. Adakah semua ini berlaku secara kebetulan?.

Pada pandangan saya, tindak-tanduk PAS Kelantan sejak akhir-akhir ini akan dihukum pengundi Manek Urai pula. Saya yakin pengundi Manek Urai yang 99% adalah melayu tidak akan merestui PAS bersekongkol dengan DAP.

TUGAS BUDAK PAS BAGAN PINANG?

Inilah tugas budak PAS DUN Bagan Pinang. Sebelum ceramah, pasang khemah dan susun kerusi. Selepas ceramah, sapu dan angkat sampah.
TETAPI.....YANG MALANGNYA.....
Kuasa dan kedudukkan..... SEMUA ORANG PKR yang pegang.....

Saturday, June 6, 2009

HUSAM BUNGKUS

Nasharuddin Mat Isa berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas menewaskan dua pencabar lain, Husam Musa dan Mohammad Sabu. Nasharuddin memperoleh 480 undi manakala Husam (281) dan Mohammad Sabu (261).

Sementara itu Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih sebagai Naib Presiden Pas pada Muktamar Ke-55 parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.

KERAJAAN PERPADUAN : HADI DAN HUSAM TIDAK SEHALUAN


Cakap siapa yang harus didengar? Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

Katanya hasrat itu digagaskan selepas pilihan raya umum Mac lepas dengan tujuan mencari jalan kompromi dalam pembentukan kerajaan pada ketika itu dan ia diterima secara positif bukan sahaja dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang malah pemimpin Umno sendiri.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang ditonjolkan akan memenangi jawatan timbalan presiden PAS dari kumpulan pro-Anwar menegaskan pendiriannya bahawa parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno sepertimana kerjasama yang dipraktikkan oleh PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.

Ini kerana, katanya melalui kerjasama sedemikian, PAS tidak akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan itu, malah ia juga tidak akan mendapat kerusi yang lebih daripada Umno.

Husam yang bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan kali ini, berkata beliau juga menolak sebarang idea penggabungan dengan Umno kerana pemimpin PAS sudah tentu tidak akan menjadi perdana menteri.

Pertanyaan saya kepada Husam pula ialah, adakah PAS akan menjadi parti yang dominan di dalam Pakatan Rakyat dan sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara, adakah pemimpin PAS yang akan menjadi Perdana Menteri?

Jawapannya sudah tentu tidak. PAS hanya digunakan untuk memecah-belah undi Melayu/Islam bagi kepentingan pihak lain.