**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, July 27, 2009

KHAIRY JAMALUDDIN - SATU ENIGMA


Saya selalu menyatakan ada dua jenis pemimpin politik, satu jenis pemimpin politik ialah yang banyak menghabiskan masa untuk menghadiri program-program parti, mereka ini sentiasa berada ditempat yang betul pada masa yang tepat, dimana sahaja Boss berada, dia akan muncul.

Satu jenis lagi pemimpin adalah individu yang banyak membaca dan berusaha untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran, mereka ini selalunya nampak serius dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersosial.

Walaupun kedua-dua mereka jenis pemimpin ini penting tetapi bagi saya mesti ada keseimbangan, malangnya di Malaysia ahli politik yang paling berjaya adalah mereka dari golongan yang pertama, dimana mereka tak banyak buat kerja tetapi selalu pandai muncul tepat pada masanya, iaitu bila Boss ada.

Khairy Jamaluddin merupakan ahli politik kelas kedua iaitu individu yang banyak membaca, rajin memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran, tetapi malangnya ini juga merupakan sifat-sifat yang kurang disenangi kerana beliau kurang menghabiskan masa untuk bersosial dengan ahli parti, pergi karaoke, bawa ahli pergi makan lewat malam dan bersuka-ria.

Budaya memilih pemimpin yang hanya pandai berada pada tempat yang betul pada masa yang tepat akan merugikan parti, bangsa dan negara. Dan kesediaan untuk pemimpin memberi lebih banyak ruang kepada ahli sebegini akan membentuk satu budaya yang tidak akan mengalakkan lebih ramai ahli yang mempunyai kemahiran, ilmu dan perwatakan yang serius dan berfokus meluangkan masa untuk berjuang bersama parti.

Hari ini kalau kita lihat balik barisan kepimpinan yang berada dihadapan , kita boleh menilai jenis pemimpin yang diberi tempat. Kalau kita hendak melihat pemimpin politik seperti saudara Khairy Jamaluddin diberi tempat kita harus menuntut satu perubahan sikap, sesuai dengan saranan Dato’ Seri Najib untuk menilai kemampuan mengikut pencapaian KPI.

Malangnya ahli-ahli parti sendiri tidak menilai mengikut presatasi kerja, mereka lebih suka ikut kriteria pemimpin yang dapat bersosial dan bergembira bersama. Saya tidak hairan kenapa ada pemimpin politik tertentu tidak mahu budaya memilih peimipin mengikut syarat MERIT atau kualiti kerja, kerana saya faham mereka ini tidak mahu ada cabaran, dan mereka ini lebih sedar siapa diri mereka dalam cerminan diri mereka.

Khairy Jamaluddin akan tetap menjadi perhatian bukan hanya kerana beliau merupakan enigma tetapi kerana beliau meletakkan ‘standard’ untuk pencapaian yang sentiasa menjadi halangan kepada pemimpin yang hanya pandai berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Kenapa saya mengelar Khairy Jamaluddin seorang enigma?Kerana hingga ke hari ini, ramai masih bertanya-tanya siapakah Khairy Jamaluddin yang sebenarnya.

Belum pun soalan ini terjawab sepenuhnya, sudah ada musuh yang membuat andaian tanpa merujuk kepada sebarang penilaian berasaskan bukti. Tetapi yang nyata beliau seringkali membuat lawan politiknya cemas, beliau mempunyai ramai yang mengkagumi kebolehannya.

Suka atau tidak, lawan atau kawan, kebolehannya tidak dipertikaikan; lawan politiknya hanya merujuk kepada usia dan pengalaman sebagai alasan melawan.

Sayang kerana beliau tak pandai berada ditempat yang betul pada masa yang tepat.

Namun syukur, beliau tidak perlu.

- From KJFC's Guest Columnist, Sdr. Stephen Doss.

PEMUDA UMNO LAHIR BUKAN SEBAGAI PEJUANG JALANAN


Sabtu ini, penyokong Pro dan anti-ISA, masing masing akan berarak bagi menyatakan pandangan mereka mengenai ISA. Jelas kita akan sama-sama mengira berapa ramaikah penyokong Pro-ISA dan penyokong anti-ISA yang akan dikumpulkan. Apabila dua penyokong Pro dan anti-ISA berada di jalanan dan masing-masing akan cuba menunjukkan kekuatan masing-masing dan seandainya ada yang hilang kawalan, maka akan tercetuslah satu keganasan.

Yang susah adalah orang awam yang tidak berminat dengan politik, peniaga yang mahu mencari rezeki terpaksa menutup kedai yang merupakan punca rezeki mereka. Pelancong akan melihat betapa rakyat Malaysia yang mengamal budaya jalanan. Apakah dengan berdemonstrasi di jalanan akan mengubah keputusan kerajaan, Ini Malaysia dan bukannya Thailand atau Indonesia. Sejarah penunjuk perasaan kita belum sampai ke tahap yang mereka berani merengkok didalam penjara lagi. Mereka tidak mungkin memilih penjara apabila tidur malam di rumah dalam bilik berhawa dingin dan makan makanan yang lazat-lazat.

Apa keuntungan mereka ini berdemonstrasi melainkan menunjukkan ketidakmatangan mereka dalam mencari penyelesaian. Pastinya pihak Polis akan memberikan amaran dan pastinya yang bersalah akan ditahan dan direman beberapa hari. Siapa yang rugi. Pastinya juga kita tidak akan dapat memasuki Bandarraya minggu ini kerana sikap yang tidak bertanggungjawab mereka yang mahu melakukan demonstrasi ini. Siapakah mereka ini. Majoritinya yang akan berada di jalanan ini adalah bangsa Melayu.

Nampaknya Anwar Ibrahim tersenyum kerana budaya yang dipupuknya kini telah menular di kalangan orang-orang Melayu yang anti beliau sebelum ini. Jelas orang-orang ini juga yang mahu mencari penyelesaian dengan jalan yang lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini. Jika ini dilakukan setiap minggu. Siapa yang akan menanggung akibatnya nanti. Rakyat yang tidak berdosa, kerana ini akan meruntuhkan juga ekonomi negara dan membayangkan bahawa kerajaan kita sekarang tidak stabil.

Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang waras dan bijak. Kita bukan hanya mahu menjadi hero dijalanan. Pemuda bukan beridentitikan demonstrator jalanan. Pemuda bukan bangsat dan hingusan mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dij alan raya. Kami bersetuju dengan saranan Khairy Jamalauddin agar Pemuda jangan ikut serta dalam perhimpunan Sabtu ini, Khairy tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini, kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Tetapkan pendirian dan pastikan pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.

Nota : Tahniah kepada saudara Parpukari yang begitu hebat mengutuk saranan Khairy Jamaluddin kerana menghalang Pemuda untuk berdemonstrasi. Untuk pengetahuan saudara Parpukari. Jika anda merasakan bahawa anda hero kerana menjadi dalang kepada perarakan ini, kami hanya mengucapkan syabas kerana menggunakan jalanan sebagai jalan penyelesaian kepada sebarang kekalutan. Saya berharap dapat melihat gambar Parpukari tidur di bawah tayar Truck FRU seperti yang dilakukan oleh Tian Chua sebelum ini. Tapi biasa mamak ni penakut sikit , berani masa ramai saja.

kiriman Email: Zainuri (Ketua Pemuda UMNO Kelang)

Thursday, July 23, 2009

KJFC MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT


Khairy Jamaluddin Fan Club (KJFC) yang baru dilancarkan semalam di Laman Facebook diberitakan mendapat sambutan hangat. Sehingga berita ini ditulis seramai hampir 450 orang yang mempunyai akaun dengan Facebook telah menjadi ahli KJFC.

Melihat kepada sambutan hangat setakat ini, maka tidak mustahil sasaran awal 10,000 ahli akan dapat dicapai dalam masa terdekat.

Saya tertarik dengan kata-kata presiden Kelab ini bahawa penubuhan KJFC ini bukanlah kerana nama, harta atau wang berjuta tetapi adalah dari perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas.

Ianya adalah tanda sokongan berterusan kepada YB KJ. Apa juga badai, fitnah dan niat jahat pihak tertentu, bukanlah halangan kepada para penyokongnya untuk terus menyokong YB KJ demi melihat pemimpin muda ini terus gagah dipersada politik tanah air.

Yang menariknya ahli-ahli Kelab ini dapat berbincang dan memberi pandangan dalam apa jua isu dan YB KJ sendiri telah memberi pengakuan akan sentiasa aktif menyumbang kepada sebarang perbincangan dan menjawab sebarang pertanyaan yang diutarakan.

Sekiranya anda mempunyai akaun Facebook dan berminat untuk menyertai kelab ini, anda boleh pergi ke link yang saya sertakan di sini :- http://www.facebook.com/group.php?gid=134165467813&ref=nf

Terima kasih dan Salam Setiakawan.

Wednesday, July 22, 2009

BLOGGER SEMUA CAKAP JE LEBIH, TAPI PENAKUT.....


Podah chit !!!

Penakut atau dayus atau cakap tak serupa bikin ?

Itu persoalan yang aku ingin timbulkan kepada semua blogger. Baik yang disebelah sana atau yang di sebelah sini.

Seorang cina mati membunuh diri,gegak gempita seluruh dunia blogger. Kesemua blog berebut melapor dan mengulas perkara tersebut.

Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan.

Apabila aku memulakan langkah menyiarkan berita seorang gadis melayu,Wan Siti Farihan mati terjatuh dari kediamannya,hanya beberapa orang blogger sahaja yang turut sama menyahut langkah aku. Aku cukup sedih dan kecewa.

Kita semua cakap ja lebih,cakap berdegar-degar,cakap berkobar-kobar,tapi tak boleh diharap untuk membela nasib bangsa sendiri.

Kalau kita semua tak bela nasib bangsa sendiri,siapa yang lagi yang boleh diharapkan.

Kita semua selalu bercakap, kami sanggup berjuang lah, membela bangsa lah, itu lah, ini lah, bla,bla,bla...Tetapi tiada apa lagi yang boleh dibuktikan setakat ini. Nah ! sekarang masanya. Buktikanlah !!!

Sehingga sekarang kematian Siti Fariha masih misteri. Siapa yang boleh membela nasib arwah dan keluarganya.

Kalau kita semua ini blogger-blogger bersatu untuk 'spin' cukup-cukup isu ini,maka media masa akan mula perkatakan juga isu ini. Bila media masa dah mula perkatakan,ianya akan mendapat perhatian pihak berkuasa dan rakyat seluruh negara. Barulah dunia tahu bahawasanya ada juga melayu yang mati jatuh bangunan (bukan bunuh diri).

Harus diingat,bukan semua rakyat Malaysia melayari internet. Banyak lagi rakyat yang dikampung dan di desa yang tidak melayari internet. Mereka hanya bergantung kepada TV dan suratkhabar.

Mulai sekarang aku cabar semua blogger untuk menghangatkan isu ini. Jika gagal,maka tak payah bercakap lagi selepas ini. Itu tandanya blogger tak boleh diharap.

Jika berjaya,tandanya blogger memang berkuasa untuk jayakan sesuatu. Tunjukan kepada masyarakat dan pemimpin bahawasanya mereka tidak boleh main-main dengan dunia blog. Barulah mereka semua buka mata.

Sama-sama kita tekadkan hati dengan misi KEADILAN UNTUK SITI FARIHAN.

Dipetik daripada :
www.ruangbicarafaisal.com

SEMAKIN LAMA SEMAKIN HANYUT

ISLAM AJARAN ANWAR!!!?

Tuesday, July 21, 2009

BILA TOK GURU PAS NAK BAGI FATWA?

Apakah alasan yang Tok Guru PAS sedang fikirkan? Cepat! bagi fatwa sekarang!

Saturday, July 18, 2009

PRK MANEK URAI : PAS KELAM KABUT TUTUP KELEMAHAN


Dewan Pemuda PAS Kuala Krai semalam membuat laporan polis kononnya UMNO membeli undi pengundi luar dengan membayar elaun tambang. Mereka menuduh BN/UMNO melakukan perkara tersebut di sebuah premis KESEDAR di Sungai Peria.

Nampaknya PAS kelam kabut mencari alasan untuk memberitahu ahli mereka bahawa kemerosotan undi di Kuala Krai bukanlah berpunca daripada kelemahan kepimpinan mereka tetapi kerana taktik jahat UMNO.

Itulah kerja PAS, mereka tidak pernah mengaku kelemahan diri dan sentiasa menyalahkan dan menuding jari kepada pihak lain.

Untuk pembaca diluar sana, apa yang sebenarnya berlaku di Manek Urai ialah, rakyat sudah bosan dengan janji-janji PAS. Semuanya indah kata di bibir saja. Selama hampir 20 tahun memerintah Kelantan, mereka tidak melakukan apa-apa samada untuk agama atau rakyat.

Yang rakyat nampak ialah bukit-bukit digondolkan, tanah di bandar Kota Bharu bertukar status, isu Lembah Sireh, isu tanah nelayan Kuala Besar, berhala semakin bertambah, kuil Hindu di besarkan dan Pusat Injil diwujudkan.

Masjid? Cuma satu di Rantau Panjang dalam masa 20 tahun. Begitulah ajaran Islam PAS. Cakap lain! buat lain!.

Wednesday, July 15, 2009

PRK MANEK URAI : PENJUAL IKAN MENANG `NYAWA-NYAWA IKAN'


Saya sekarang dalam perjalanan balik ke Port Dickson. Saya menerima hakikat kekalahan tipis di Manek Urai (MU) tetapi saya meninggalkan MU dengan perasaan penuh bangga dan semangat baru kerana UMNO/BN kini kembali diterima rakyat.

Saya belum menerima analisa penuh keputusan PRK tersebut tetapi yang pasti, kita dapat menyaingi mereka di semua saluran termasuk pengundi muda yang mula berpihak kepada kita.

Seperti SMS daripada Eizwan Abdullah (Ketua Biro Unit Media Baru Pemuda UMNO Kelantan – http://www.eizwan.com/) yang baru saya terima sebentar tadi, kita akan teruskan semangat ini kerana sesungguhnya perjuangan ini tiada penghujungnya.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama baik kepada saya semasa di MU terutamanya Tun Faisal, Eizwan Abdullah, Che Soh, team penerangan UMNO Malaysia (Ai, Combi, Shidah), Kak Mimi (SUK Wanita UMNO Kelantan), unit IT UMNO Kelantan (Bob), rakan-rakan bloggers (RBF, Minaq Jinggo), Media massa (BH, Utusan, Star, Malaysiakini (Jimadie), Bernama) dan semua rakan-rakan bloggers di luar sana.

Tahniah juga daripada saya kepada SEMUA jentera BN yang begitu bersemangat sekali bekerja untuk Parti disini. Seperti kata Datuk Rauf malam tadi, kita jangan kecewa, Insya-Allah kita akan diberikan Allah kemenangan selepas ini.

Tuesday, July 14, 2009

KEPUTUSAN TERKINI DARI PRK MANEK URAI

Selepas kiraan semula, PAS menang dengan majoriti 65 undi. Jangan putus asa.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK MANEK URAI : BN MENANG


Keputusan tidak rasmi, BN Menang di PRK Manek Urai. Majoriti belum disahkan. Maklumat ini adalah dari Pusat Operasi BN.

Sila tunggu keputusan rasmi.

TERKINI DARI PRK MANEK URAI

Berbagai khabar angin tentang keputusan PRK Manek Urai sedang bertiup kencang di sini. Ada yang mengatakan BN menang dan ada yang mengatakan PAS menang.

Dari satu maklumat yang saya rasa boleh dipercayai mengatakan bahawa PAS sedang mendahului walaupun pengiraan masih lagi berjalan.

PRK MANEK URAI : 87.33% KELUAR MENGUNDI

Setelah semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang, kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Manek Urai.

PRK MANEK URAI : LEBIH 76% KELUAR MENGUNDI SEHINGGA 1 PETANG

Sehingga jam 1 petang tadi, kira-kira 76.4 peratus membabitkan 9,359 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

Pada pandangan saya, hasrat BN untuk melihat lebih 90% keluar mengundi akan tercapai. Ini menandakan peluang BN merampas kerusi ini semakin cerah.

Saya sebenarnya terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Untuk bergerak beberapa kilometer sahaja mengambil masa hampir satu jam.

Saya sekarang sedang menuju ke Pusat Operasi BN dan berita yang baru saya terima ialah dua orang ahli Puteri UMNO dikejarkan ke hospital kerana cedera di baling batu dan botol oleh penyokong parti PAS.

Saya akan cuba menghubungi Norashikin Abd. Rahman, Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan untuk maklumat lanjut.
Insya-Allah setibanya di Pusat Operasi saya akan memberikan berita selanjutnya.

PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR


Sehingga pukul 11 pagi, seramai 7,085 pengundi (57%) telah keluar mengundi. Sementara itu jalanraya utama Kuala Krai - Gua Musang mengalami kesesakan yang teruk dan pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya mengelakkan jalan tersebut.

BN UNTUK MANEK URAI

PASTI ADA KEJUTAN DI MANEK URAI


Semalam saya sempat ke Lata Pauh yang terletaknya rumah Negeri Sembilan. Di dalam perjalanan kesana saya sempat `minum' disebuah warung yang dipenuhi pelanggan. Dari percakapan mereka saya tahu mereka bukanlah pengundi tetapi `pelancong politik' daripada luar.

Diwarung tersebut saya sempat berborak dengan tuanpunya warung yang sememangnya merupakan seorang pengundi. Kalau seminggu lepas, pada kunjungan pertama nadanya begitu negatif tetapi pada semalam nadanya telah bertukar menjadi positif. Alasan yang beliau berikan untuk kemenangan BN ialah penduduk Manek Urai mahukan perubahan.

Janji-janji dan keazaman BN untuk membantu Penduduk Manek Urai tidak dapat ditolak oleh mereka. Contoh yang beliau berikan ialah pembangunan infrastruktur Manek Urai akan dimajukan sama seperti kawasan di mana BN mentadbir.

Pekan Manek Urai pula akan dinaiktarafkan. Sementara pelbagai kemudahan prasarana dan pusat pengajian sama ada tinggi ataupun separa tinggi akan dirancang untuk kemakmuran penduduk Manek Urai.

Peluang pekerjaan pula akan diperbanyakkan dan pusat dakwah Kelantan atau Pantai Timur akan dibuka di Manik Urai.

Dipendekkan cerita, Manek Urai akan menjadi `anak kesayangan' BN bagi membuka minda penyokong PAS bahawa selama ini mereka telah membuang masa dengan memberikan sokongan emosi kepada parti yang hanya tahu menjanjikan syurga.

CALON BN MANEK URAI DISENANGI RAKYAT





Monday, July 13, 2009

CALON PAS MANEK URAI DILARANG JUMPA MEDIA?

Calon PAS Abe Uji dikatakan tidak bijak, dan kerana itulah beliau tidak dibenarkan bercakap dengan media selepas penamaan calon.

Tindakan PAS tersebut jelas memalukan Abe Uji dan menghalang hak Abe Uji untuk menyatakan aspirasi atau cita-cita beliau memajukan Manek Urai.

PAS sebenarnya takut, Abe Uji membuat silap ketika bercakap dengan pemberita. Sekiranya beginilah `standard' Abe Uji, penduduk Manek Urai sebenarnya risau untuk memilih beliau menjadi wakil rakyat. Mereka takut Abe Uji hanya sekadar menjadi boneka.

Selain daripada itu mereka berkata, bagaimana Abe Uji akan berurusan dengan dunia luar khususnya yang menggunakan bahasa Inggeris kerana sudah pasti kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat tidak hanya berkisar di Manek Urai sahaja.

Abe Uji juga khabarnya dihalang dari berceramah. Sebenarnya PAS sedar Abe Uji kekurangan dari segi akademik, pengalaman dan juga tidak boleh berpidato. Tetapi kerana tiada calon lain yang layak mereka terpaksa juga menolak Abe Uji ke depan.

Oleh itu penduduk-penduduk Manek Urai perlu berani berubah. Jangan biarkan kumpulan yang tidak dapat menjanjikan apa-apa ini memperdayakan dengan janji undi PAS membawa ke syurga.

HUDUD : PENGUNDI MUDA PAS MANEK URAI KECEWA


Pengundi-pengundi muda PAS yang kecewa dengan kepimpinan tertinggi PAS yang sanggup berkompromi dalam soal hudud bagi memuaskan hati DAP, berjanji akan bekerja keras untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai bagi memberikan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin tertinggi mereka.

Berita ini saya terima sebentar tadi dari rakan-rakan blogger yang kini berada di peti-peti undi. Menurut mereka, protes ini sangat kuat sekali dan cukup merisaukan kepimpinan PAS.

Selain daripada itu mereka cukup kuat mempertikaikan kenapa PAS membuang slogan "membangun bersama Islam" dan digantikan dengan ''PAS for all".

Mereka bertanya adakah "PAS for all" bermaksud "PAS untuk semua termasuk DAP" yang terang-terang menolak negara Islam.

PRK MANEK URAI : ISTIKARAHLAH DEMI PENDUDUK MANEK URAI


Bagi yang mengundi esok, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka membuat (solat) istikharah. “Tidak salah memilih BN kerana BN mampu (membawa perubahan dan pembangunan)" .

Timbalan Perdana Menteri semalam turut mengulangi cabaran kepada kerajaan negeri pimpinan PAS untuk menyatakan apa yang mereka lakukan untuk pembangunan Islam dan ummah di negeri yang diperintahnya sejak 1990.

"BN kalah pun kita tetap bina 564 buah masjid di seluruh Kelantan," katanya. Kerajaan Persekutuan juga membina banyak kemudahan lain seperti sekolah, hospital untuk kemudahan rakyat.

Beliau meminta rakyat supaya tidak terlalu emosional dan terlalu mengagung-agungkan Nik Abdul Aziz kerana dia gagal menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin negeri.Sehingga hari ini PAS tidak mengumumkan secara jelas apa yang akan dilakukannya di Manek Urai jika memenangi pilihan raya itu.

Seperti biasa, PAS menekankan soal Islam yang dibawanya.Yang penting bagi PAS – Islam akan ditegakkan – soal mencari rezeki atau ‘untuk hidup’, pandai-pandailah rakyat menentukan nasib mereka.

Walaubagaimanapun dari pemerhatian saya, slogan “membangun bersama Islam” sudah tidak digunakan lagi di Manek Urai. Yang ada hanyalah slogan “PAS for All”. Adakah PAS sudah berkompromi dalam soal Negara Islam untuk memuaskan hati DAP?.

PRK MANEK URAI : HARTA NIK AZIZ BERNILAI RM10 JUTA

PENDEDAHAN HARTA NIK AZIZ DAN KELUARGA YANG BERNILAI RM10 JUTA
(SILA KLIK UNTUK BESARKAN)

PRK MANEK URAI : LEBIH 50% JANJI SOKONG UMNO


Tinjauan sikap yang dibuat oleh Wanita Umno menunjukkan lebih 50% daripada 12,293 pengundi Manek Urai akan mengundi calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Ketua Wanita Umno bahagian Manek Urai, Rohani Abdul Majid berkata, kira-kira 5,900 pengundi termasuk ahli Umno dan pengundi atas pagar, berjanji mengundi Tuan Aziz.

"Ini yang mereka janji kepada kita, tidak tahulah apa yang mereka cakap itu tidak betul. Tetapi dari reaksinya, ia tanda yang positif dan akan mengundi BN.

"Kita juga berjaya mendekati beberapa kawasan pengundi PAS". katanya ketika dihubungi hari ini.

PRK MANEK URAI : TERKINI! PENDEDAHAN HARTA NIK AZIZ DAN KELUARGANYA BERNILAI RM10 JUTA


Berita hangat yang sedang rancak dibualkan di Manek Urai sekarang ialah berkenaan PENDEDAHAN HARTA NIK AZIZ DAN KELUARGANYA YANG BERNILAI RM10 JUTA AKAN DIBUAT BERMULA HARI INI!!!.

Saya masih mencari maklumat, dalam bentuk apakah pendedahan tersebut akan dilakukan. Sama ada akan di dedahkan di ceramah-ceramah atau dalam bentuk lain.

Tunggu perkembangan seterusnya.

PRK MANEK URAI : KEMENANGAN MENANTI BN

PAS baru? Selepas berkawan dengan PKR dan DAP.


Selepas selesai mengikuti Wacana 1Malaysia selama 2 hari di PWTC, saya bergegas semula ke Manek Urai untuk menyambung perjuangan yang belum selesai. Insya-Allah saya akan berada di sini sehingga selesai hari pembuangan undi.

Banyak sekali perubahan yang berlaku di Manek Urai jika dibandingkan dengan beberapa hari yang lepas semasa saya meninggalkan Manek Urai.

Malam tadi saya terperangkap di dalam kesesakan jalan raya hampir satu jam di Sungai Sok yang terletaknya Pusat Operasi BN. Pusat Operasi pula penuh sesak dengan jentera BN yang datang dari seluruh pelusuk tanahair.

Pada pandangan saya, ini adalah perkembangan yang luar biasa. Semangat jentera BN berada dikemuncaknya. Hasrat untuk melihat kemenangan BN adalah cerah di Manek Urai. Itulahah telahan yang boleh saya buat setakat ini.

Malam tadi saya sempat juga ke peti undi Laloh, memang berbeza sekali berbanding beberapa hari yang lepas. Dikebanyakkan tempat poster-poster BN telah menenggelamkan poster-poster PAS.

Di kedai-kedai kopi, penyokong BN begitu ceria sekali. Kebanyakkan perbualan menjurus kepada BN akan memenangi kerusi DUN ini.

Bukankah itu menandakan PAS akan mendapat malu besar di Manek Urai? Sama-samalah kita tunggu kebangkitan gelombang biru rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Dikala Pusat Operasi BN mendapat sambutan hangat daripada jentera dan pengundi, markas-markas PAS pula kelihatan lesu. Ceramah-ceramah yang mereka anjurkan tidak mendapat sambutan.

Oleh itu mereka mengulang-tayang ceramah-ceramah pemimpin Pakatan songsang termasuklah ceramah Lim Guan Eng di skrin besar.

Inilah melayu/Islam yang tidak sedar diri. Mengaku memperjuangkan Negara Islam tetapi bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Negara Islam.

Thursday, July 9, 2009

PRK MANEK URAI : PAS RASUAH RM150.00 SEORANG



MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...

TEPUK AIR DI DULANG TERPERCIK MUKA SENDIRI...

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,BERCAKAP BOHONG,LAMA-LAMA PAS JADI PENCURI...

Itulah gambaran yang layak diberi kepada PAS. Selama ini habis segenap desa dan ceruk, PAS dok mengata UMNO rasuah. Tapi kalau mereka yang buat tak dinamakan RASUAH tetapi mereka namakan SEDEKAH/SUMBANGAN IKHLAS/ARMALAH.

Itulah PAS, lidah bercabang atau lidah setan.

Gambar diatas adalah sebagai bukti jelas. Semalam PAS buat satu majlis di Pasti Manek Urai Baru. Mereka memberikan RM150.00 kepada setiap pengundi yang hadir dan mereka gunakan nama anak-anak yatim.

Wang tersebut diisi di dalam sampul surat yang dipegang makcik tersebut. Makcik tu anak yatim juga kot....

KALAU UMNO MEREKA KATA RASUAH. KALAU MEREKA DIPANGGIL ARMALAH. DASAR SETAN.

Sumber : http://www.ruangbicarafaisal.com/

Wednesday, July 8, 2009

PRK MANEK URAI : PAS TERUS BERKEMPEN CARA KOTOR

PAS yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam terus berkempen dengan cara yang kotor. Diberitakan mereka telah mengarahkan imam-imam masjid supaya menunjukkan kuasa dan mengugut anak mukim supaya mengundi PAS. Sekiranya tidak mengundi PAS maka imam tersebut tidak akan menjadi jurunikah kepada ahli mukim dan anak-anak penduduk selepas ini.

Mereka juga memberitahu pengundi bahawa sekiranya tidak mengundi PAS, maka mereka akan bangkit dari perkuburan Islam dan merangkak ke Perkuburan Kristian apabila meninggal dunia kelak.

Mereka juga begitu berkuasa sehingga boleh memberikan tawaran kepada pengundi sama ada mahukan syurga atau neraka. Bagi mereka menjual syurga dan neraka samalah seperti menjual ubi kayu di pasar malam. Kata kawan saya macamlah syurga dan neraka itu milik mak bapak mereka.

Selain daripada itu gambar Nik Aziz berdoa memenuhi kawasan Manek Urai. Macamlah dia seorang yang pandai berdoa. Ini menggambarkan sifat beliau yang takabbur.

Sementara itu, unit amal PAS berlagak lebih daripada pihak keselamatan. Kalau boleh polis pun mereka nak tangkap.

Yang terbaru, mereka sanggup menggunakan mahasiswi universiti tempatan untuk memujuk pengundi supaya mengundi PAS.

Sumber : www.manekurai2009.blogspot.com

Tuesday, July 7, 2009

BN PERLU MENANG UNTUK PENDUDUK MANEK URAI

Selama hampir 20 tahun PAS memerintah Kelantan, yang senang-lenang dan kaya-raya adalah pemimpin PAS. Rakyat Kelantan khasnya di kawasan pendalaman seperti Manek Urai hidup di dalam kemiskinan. Kerajaan PAS ternyata gagal menyelesaikan masalah kemiskinan yang melingkari kebanyakan penduduknya.

Inilah masa yang terbaik bagi penduduk Manek Urai memberikan isyarat bahawa mereka sudah jemu hidup di dalam serba kekurangan di bawah pemerintahan PAS yang langsung tidak menjaga kebajikan mereka.

Di bawah ini saya nyatakan beberapa alasan kenapa penduduk Manek Urai perlu menyokong BN pada PRK kali ini:-

BN membawa tema “Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan” yang akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat Kelantan khasnya penduduk Manek Urai. Tuan Aziz juga telah berjanji akan bekerja keras untuk membangunkan Manek Urai dan membantu penduduk Manek Urai seberapa daya beliau.

Sebagai permulaan baru BN untuk pembaharuan dan meneruskan pembangunan di Kelantan. Kita jangan terpengaruh dengan kata-kata hanya undi PAS akan masuk syurga. Sebenarnya undi BN pun akan masuk syurga sekiranya kita taat kepada suruhan Allah seperti yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri.

Manek Urai akan menjadi `kawasan angkat’ kerajaan persekutuan jika BN menang. Memang benar kerajaan negeri tidak terjejas sekiranya BN menang tetapi kita kena sedar penduduk Manek Urai yang akan berubah dan mendapat `durian runtuh’. Oleh itu berilah peluang untuk BN buktikan.

Kerajaan Pusat tidak anaktirikan rakyat Kelantan. Buktinya dalam RMK-9 Kelantan diperuntukkan RM7.6 billion. Kerajaan Persekutuan sebenarnya sayang kepada rakyat Kelantan dan berharap rakyat bersyukur dengan keadilan peruntukan yang disalurkan.

Isu royalti minyak yang dimainkan oleh PAS sebenarnya tidak berbangkit kerana kawasan tersebut adalah bertindih antara Malaysia, Thailand dan Vietnam. Oleh kerana bertindih, maka menjadi hak Kerajaan Pusat untuk menyelesaikannya secara rundingan.

Tiada pembangunan besar yang telah dilakukan oleh PAS selama hampir 20 tahun memerintah. Islam agama pembangunan. Oleh itu BN telah melaksanakan amanah untuk membangunkan insan, prasarana negeri dan negara. Apakah pembangunan yang telah dilakukan PAS?

BN telah menubuhkan agensi-agensi seperti KESEDAR, JPP, JKR, Pelajaran, kesihatan, penerangan, pertanian, veterinar, kebajikan masyarakat, MARA, TEKUN, Luar Bandar, koperasi dan lain-lain untuk membantu dan berjasa kepada rakyat.

Terbukti 52 tahun memerintah, BN telah berjasa kepada rakyat. BN = Bina Negara. UMNO = Untuk Membela Nasib Orang.

UMNO menyokong perpaduan dan menyedari perpaduan seagama dan sebangsa adalah amat penting untuk Negara ini. Perpaduan bangsa Melayu juga adalah penting untuk bangsa lain kerana akan mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi. Idea perpaduan ini telah disambut oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetapi ditolak oleh Nik Aziz yang lebih sanggup mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dan DAP.

Oleh itu kepada seluruh pengundi Manek Urai, berilah sokongan kepada Tuan Aziz yang merupakan anak jati Kuala Krai, pemimpin muda yang berkelulusan dan berpengalaman 12 tahun menjadi Pegawai KESEDAR yang telah membangunkan Manek Urai. Berilah peluang kepada BN untuk membela nasib penduduk Manek Urai.

Sunday, July 5, 2009

PRK MANEK URAI : KERAJAAN KELANTAN TIDAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT

Pengundi di Manik Urai perlu menolak calon PAS dalam PRK Manek Urai sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah kerajaan negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pengundi Manik Urai perlu mengambil peluang ini memandangkan kerajaan negeri itu juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan dan hanya bergantung kepada peruntukan yang diberi kerajaan pusat.

"Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk. PRK Manik Urai ini peluang untuk rakyat beri isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi berterusan begini," katanya.

Beliau berkata tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah.

"Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta.

"Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta dia, dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 106 penerima yang terdiri daripada kumpulan sasar kementerian berkenaan di Kampung Laloh, di sini.

Saturday, July 4, 2009

PRK MANEK URAI : YA HABIBI YA MAULANA, ATAS TERTUTUP BAWAH TERNGANGA


Antara isu yang sedang hangat di PRK Manek Urai sekarang ialah BALAK ADALAH HAK RAKYAT DAN BUKANNYA HAK PEMIMPIN PAS.

Rupa-rupanya amalan rasuah dalam kerajaan Pas Kelantan lebih keji. Isu kronisme dan nepotisme betul-betul terkena batang hidung Pas sendiri. Sedang rakyatnya terbelenggu dalam kemiskinan, pemimpin Pas bersenang lenang hidup dalam timbunan wang hasil konsesi balak yang diperolehi. Inilah yang dikatakan kepimpinan ulama “pepat di luar rencong di dalam”.

Ini juga menunjukkan Pas tidak mementingkan nasib rakyat, sebaliknya mengutamakan kepentingan perut sendiri. Biarlah perut pemimpin Pas buncit dan boroi kerana terlebih makan manakala rakyatnya kebulur dalam kemiskinan. Kerajaan negeri meluluskan kawasan pembalakan secara berleluasa kepada lebih 100 syarikat konsesi pembalakan yang dimiliki pemimpin Pas termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta beberapa individu tertentu yang dipercayai rapat dengan pemimpin Kelantan termasuklah ahli keluarga mereka.

Adalah malang bagi rakyat Kelantan jika Islam yang mereka perjuangkan bersama Pas selama ini digunakan oleh pihak tertentu untuk memelihara kepentingan kepuakan. Berkuasanya Pas di Kelantan pada mata rakyat Kelantan adalah untuk menjadikan negeri itu makmur dan adil. Tetapi, selepas memperoleh kuasa, pemimpin mereka melupai sumpah dan perjanjian mereka untuk membela rakyat.

Dakwaan wujud pemberian balak yang tidak adil kerap diperkatakan berlaku di Kelantan. Dan setiap kali isu ini dibangkitkan, kerajaan negeri akan memberi pelbagai alasan bagi perbuatan mereka. Kerajaan Pas akan menuduh kerajaan Pusat sengaja membesar-besarkan isu itu. Lantas, mereka akan memutarbelitkan isu itu bagi membangkitkan kebencian rakyat terhadap Kerajaan Pusat.

Dalam isu balak ini, Pas terpaksa berbuat demikian untuk mengalih pandangan rakyat daripada bercakap mengenai kegagalan mereka memajukan rakyat Kelantan. Dengan meniup sentimen benci kepada Barisan Nasional dan Pusat, pemimpin Pas berjaya mengabui mata rakyat dan mereka akan mengatakan apa saja kekurangan serta kelemahan di negeri sebagai kesalahan Pusat.

Siri fitnah memfitnah dan tuduh menuduh di antara Ahli Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan dengan kerajaan negeri mengenai pemberian konsesi balak pernah memuncak pada 1993 membabitkan seorang tauke Cina yang lebih dikenali sebagai 'Raja Balak Haram'. Kerajaan negeri ketika itu mengesahkan sebahagian besar konsesi balak di Kelantan, dipercayai hampir 50 peratus daripada keseluruhan 12,000 hektar, diberi kepada tauke balak itu.

Namun, kerajaan negeri bertegas menafikan tidak ada pemimpin kerajaan negeri terbabit dalam pemberian konsesi itu. Kerajaan negeri mencabar Ahli Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu. Mereka bermati-matian menafikan pemberian konsesi oleh Jawatankuasa Tender Balak negeri tidak mengikut peraturan. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan sendiri tidak perlu baginya menjalankan siasatan terhadap jawatankuasa berkenaan.

Dengan perkembangan terbaru itu, Pas Kelantan haruslah membuktikan kebenarannya. Rakyat ternyata kesal dan terkilan dengan kepincangan jentera kerajaan Kelantan yang kerap melaung-laungkan pemerintahan beramanah. Tidak mustahil penyelewengan juga berlaku dalam pemberian beberapa kontrak lain yang membabitkan jumlah wang yang besar. Kini rakyat Kelantan menuntut penjelasan panjang lebar kerajaan negeri berhubung isu terbaru konsesi balak ini.

Tembelang perbuatan keji Pas ini telah dibongkar oleh ahli Pas sendiri. Jelas ramai ahli Pas dan pemimpin parti itu di peringkat bawahan semakin berani dan sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bersekongkol dengan kerajaan yang pincang dan melakukan penyelewengan. Mereka merasakan jika pemberian itu dibuat secara teratur mengikut sistem tender terbuka, kerajaan negeri boleh mendapat banyak hasil yang mana dapat dimanfaatkan untuk pembangunan rakyat. Sebaliknya, kini orang tertentu sahaja yang meraih keuntungannya.

Rakyat tentunya mahu pihak berkuasa seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) segera menyiasat dan membongkar penyelewengan yang didakwa. Pada masa yang sama mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mahupun dokumen tertentu, mesti tampil menyerahkannya kepada pihak berkuasa itu membantu siasatan. Kerajaan negeri pula mesti bersikap terbuka dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada BPR dan pihak berkuasa lain menyiasat. Ini juga bagi membuktikan apakah benar selama ini seperti yang selalu mereka dakwa, Pas sahaja yang mengamalkan pemerintahan bersih, tegas dan membanteras apa jua kemungkaran dan penyelewengan.

Jawapan yang paling tepat adalah, jika selama ini para pemimpin Pas begitu lantang bersuara, mencipta fitnah mengenai penyelewangan, kerajaan zalim, rasuah dan sebagainya rupa-rupanya tidak lebih hanya mendedahkan tabiat buruk diri sendiri. Hadirin yang datang ke ceramah mereka nyata terhibur mendengar cerita benar tentang kepincangan rumahtangga Pas.

Inilah yang dikatakan "Ya Habibi Ya Maulana, Atas Tertutup Bawah Ternganga”.

Friday, July 3, 2009

PAS PERLU KALAH DI MANEK URAI.....


Semalam saya sempat `berjalan-jalan’ ke beberapa kawasan peti undi seperti Laloh, Lata Rek, Manik Urai dan Manik Urai baru walaupun hujan lebat membataskan pergerakan saya.

Saya sempat singgah di beberapa kedai kopi yang dipenuhi pelanggan. Daripada cara berpakaian saya dapat mengagak parti mana yang mereka sokong.

Dengan bantuan suami yang memang berasal dari Kelantan, dapatlah saya berkomunikasi dengan penduduk setempat yang begitu pekat `loghat’ Kelantannya.

Secara keseluruhannya, mereka yang saya temui tidak dapat mengagak dengan tepat parti mana yang akan menang pada kali ini. Kebanyakkannya berkata peluang ialah 50-50.

Ramai juga pengundi di sini sebenarnya tidak peduli tentang parti. Kata mereka “PAS atau UMNO sama saja, dua-dua parti orang melayu beragama Islam”, tetapi kriteria calon yang akan menjadi pilihan.

Lalu saya mencelah, “kalau macam tu, sudah tentu Tuan Aziz yang akan menjadi pilihan”. “Nampaknya begitulah” kata mereka. Saya fikir mereka membandingkan latarbelakang akademik Tuan Aziz berbanding calon PAS.

Lagipun kata mereka Tuan Aziz lebih dekat dengan mereka. Sebagai seorang pegawai KESEDAR, beliau banyak membantu penduduk-penduduk di kawasan ini.

Daripada cerita yang saya dengar dari penduduk disini, Tuan Aziz tidak `kekok’ berdampingan dengan penduduk. Beliau akan sama-sama melapah lembu di kenduri-kendara, sama-sama melawat penduduk-penduduk yang `sakit demam’ dan yang terpenting deria hidungnya telah `imun’ dengan bau `pot getah’.

Selain daripada itu, yang begitu mengejutkan saya ialah apabila sekumpulan penyokong PAS yang saya kenali daripada cara berpakaian mereka, meluahkan PAS mesti dikalahkan di PRK Manek Urai kali ini.

Alasan yang mereka berikan ialah untuk menyedarkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Kenyataan-kenyataan keras dan tidak berlapik TG Nik Aziz seperti menyamakan UMNO dengan ajaran sesat ayah pin, komunis dan menolak perpaduan dengan UMNO telah melukakan hati penyokongnya sendiri.

Mereka dengan tegas menyatakan seandainya kekalahan Pas di Manek Urai boleh menghapuskan wabak, sindrom dan virus riak pemimpin tertentu PAS, maka membantu mengalahkan Pas adalah lebih baik dari membantu memenangkannya.

Sekiranya kumpulan ini terus dengan sikap tersebut dan dibantu dengan jentera UMNO/BN
yang bersemangat dan tersusun disini, saya berpendapat tidak mustahil UMNO/BN akan merampas semula kerusi DUN ini.

Wednesday, July 1, 2009

PENDUDUK MANEK URAI TIDAK PERLU ADUN TERPELAJAR?

Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan menyatakan penduduk di kawasan Manek Urai tidak memerlukan ‘wakil rakyat yang berpendidikan tinggi’. Sebab itulah mereka meletakkan Mohd Fauzi, seorang penjual ikan yang hanya berkelulusan SRP menjadi calon mereka berbanding calon BN Tuan Aziz yang berkelulusan Ijazah Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Betul ke?. Daripada tinjauan yang dibuat di kawsan Manek Urai ini, rata-rata penduduk berpendapat tahap pendidikan calon adalah penting. Pendidikan adalah sangat penting untuk memastikan pemimpin tersebut boleh berfikir secara matang, berilmiah dan mempunyai visi.

Kalau tidak penting ‘wakil rakyat yang berpendidikan tinggi’, kenapa pula Harakahdaily menyebut latarbelakang pendidikan tinggi yang dimiliki oleh adik-beradik Mohd Fauzi seperti Prof. Dr. Aminah yang merupakan pensyarah kanan di UKM.

Harakahdaily juga nampaknya malu dengan pekerjaan Mohd Fauzi apabila tidak menyebut pekerjaannya sebagai penjual ikan tetapi digantikan dengan ‘seorang peniaga’.

Dan sekiranya harakahdaily sendiri tidak yakin dengan taraf pendidikan dan pekerjaan calonnya, apakah penduduk Manek Urai masih mahu memperjudikan masa depan mereka dengan mengundi calon PAS tersebut?.

Tepuk dada, Tanya iman.

PRK MANEK URAI : CALON BN JAUH LEBIH BAIK

PAS telahpun lebih awal mengumumkan calonnya untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.41 DUN Manek Urai. 'Pujee Ikan' telah dinamakan sebagai calon mereka. Pada saya hanya ada 1 kelebihan calon PAS ini, yakni di semutarnya (serban) yang memang selama ini kononnya menjadi 'lambang' PAS untuk memperjuangkan 'Islam'nya. Saya tidak nampak ada kelebihan lain pada calon mereka kali ini.

Dari segi latar belakang pendidikannya, apa yang saya maklum beliau hanya belajar sehingga peringkat menengah rendah saja. Bermakna, SPM pun beliau tak sempat nak ambil! Macam mana seorang yang tiada kelulusan SPM, tapi nak dapat elaun dari kerajaan sehingga lebih RM6,000.00 (merujuk kepada elaun YB DUN)? Dari segi agama pula, saya maklum yang beliau memang tak ada pendidikan agama yang formal sehingga peringkat yang tinggi pun. Jadi, apa kelebihan yang beliau ada untuk menjadi seorang pemimin masyarakat..?

Dari segi lokaliti, beliau bukanlah seorang yang rapat dengan penduduk Manek Urai. Malah beliau bukanlah merupakan seorang pengundi di kawasan ini pun. Tak pernah pun dia menjenguk rakyat kawsan Manek Urai. Kalau adapun, mungkin untuk konco-konconya saja. Kalau 'alim ulama' PAS yang jenis macam ni, nak bertanding ceramah kampung-kampung boleh lah. Tapi mampukah beliau nak mentadbir dan mengurus sebuah kawasan yang mempunyai 12,293 pengundi tak termasuk yang belum layak mengundi..?

Berbeza sekali dengan calon kita yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan PM dua hari lepas. Tuan Aziz adalah seorang Pengurus Pemantauan KESEDAR, sebuah organisasi yang terlibat secara terus dengan penduduk kawasan selatan Kelantan, termasuklah Manek Urai. Beliau sememangnya sudah amat sinonim dengan penduduk kawasan ini.

Saya ada berjumpa dan berbual-bual dengan sejumlah penduduk dan pengundi Manek Urai. Kata mereka, pemilihan Tuan Aziz mewakili BN kali ini adalah amat tepat dan BN mempunyai peluang yang sangat cerah dalam PRK kali ini jika beliau dipilih menjadi calon. Ini menggambarkan pucuk pimpinan parti telah mendahulukan hasrat rakyat, yang mahukan beliau manjadi calon BN kali ini.

Tuan Aziz memang terkenal dengan sikap beliau sebagai seorang yang selalu ada bersama serta dekat dengan pengundi Manek Urai. Perwatakan beliau sebenarnya amat bersopan walaupun PAS dah mula memainkan isu bahawa Tuan Aziz sebagai seorang yang sombong. Saya sendiri sempat menjenguk semasa beliau sedang mengadakan sesi fotografi untuk poster pilihanraya, memang beliau tak pandai nak senyum.. Bukan sombong!

Penduduk Manek Urai amat mengenali beliau sebagai seorang yang mudah didampingi dan sentiasa mesra dengan masyarakat. Jasa beliau kepada masyarakat di Manek Urai melalui KESEDAR memang tak dapat dinafikan oleh sesiapa. Saya berharap agar penduduk Manek Urai memberi beliau peluang untuk berkhidmat dengan lebih berkesan atas kapasiti beliau sebagai YB Manek Urai bermula 14 Julai nanti.

Apa pun, semangat jentera BN kali ini memang berada pada tahap terbaik, dan kami yakin penuh bahawa kita akan mencapai kemenangan kali ini. Sesungguhnya, titik permulaan kebangkitan BN akan bermula di sini. Di MANEK URAI...! Sekian, jumpa lagi dilain masa...