**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, August 4, 2009

ROYALTI MINYAK HANYA GIMIK POLITIK PAS


PAS tidak harus mempolitikkan isu royalti minyak dan gas. Dari sudut undang-undang dan moral, ia bukan hak kerajaan Kelantan. Apa lagi dari sudut politik Kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti itu seperti Terengganu, Sarawak atau Sabah.

Kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih di bawah perjanjian perairan antarabangsa yang turut melibatkan Thailand dan Vietnam.

Isu royalti minyak ini bukan perkara baru. Ianya pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pemimpin PAS. Terbaru, ia dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa ketika Dewan Undangan Negeri bersidang pada akhir Jun 2009.

Pemimpin PAS boleh mendakwa itu dan ini kepada penyokong taksub mereka tetapi mereka tidak boleh berbuat begitu kepada Kerajaan Malaysia. Apatah lagi kepada Kerajaan Thailand dan Vietnam.

Pemimpin PAS Cuma tahu beberapa perkara berkenaan royalti tersebut tetapi mereka tidak mengetahui bahawa lokasi pelantar minyak di Teluk Siam tersebut sebenarnya tiada kaitan dengan Kerajaan Kelantan.

Mereka seharusnya membuka peta Asia Tenggara yang menunjukkan kedudukan Teluk Siam dan mengukur jarak antara Kelantan, Thailand dan Vietnam. Siapa yang paling dekat?

Mereka juga sebenarnya kurang arif dengan undang-undang laut antarabangsa. Mereka perlu tahu, zon maritim dibahagikan kepada tiga kategori:-

Kategori Pertama: Dari jarak 0 batu hingga 3 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Kelantan. Tiada minyak dan gas disini.

Kategori Kedua: Dari Jarak 3 batu hingga 200 batu nautika – tertakluk dibawah bidang kuasa/hak kerajaan Persekutuan. Ia dipanggil Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE).

Kategori Ketiga: Jarak lebih daripada 200 batu nautika – dipanggil perairan antarabangsa yang menjadi milik bersama Malaysia, Thailand dan Vietnam. Kawasan ini terletak dalam kawasan tuntutan bertindih tiga Negara ini.

Ternyata, pemimpin PAS tidak memahami atau buat-buat tidak faham tentang keadaan ini bagi membuat tohmahan kerajaan persekutuan menzalimi rakyat Kelantan.

2 comments:

Anonymous said...

orang PAS tahu ape pasal maritime law ni...sekolah darjah 6 udah le...tak payah sekolah tinggi tinggi...tu pasal kerja jual ikan pun boleh jadi ADUN...agak agak macam mane lah mamat jual ikan ni nak berbahas kat dewan nanti ....terkulat kulat le gamaknya...

mail lambong said...
This comment has been removed by the author.