**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, August 1, 2009

TAK GENTAR DIHEMPAS BADAI.....


(UCAPAN PENANGGUHAN PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN BAGAN PINANG DI PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG)


Bismilahi Rahmani Rahim

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, diangkatkan pujian setinggi-tingginya ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan rahmat dari Nya jua, Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang dapat berlangsung dengan jayanya.

Pertama sekali saya ingin mengimbas kenangan duka keputusan Pilihan raya umum ke 12 yang lepas. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di dalam lipatan sejarah Parlimen Telok Kemang. Kita kehilangan Parlimen dan tiga DUN walaupun kita masih mampu mempertahankan dua DUN.

Sungguhpun perkara ini sangat mengecewakan kita, tetapi itulah hakikat yang perlu di hadapi. Keputusan tersebut sudah tentu memberikan keinsafan dan alasan untuk kita bermuhasabah.

Walaubagaimanapun, keputusan tersebut tidak sesekali melemahkan semangat kita.

Patah sayap bertongkat paruh
Patah paruh bertongkat siku
Patah siku bertongkat dagu
Patah dagu bertongkat kuku

Perjuangan mesti diteruskan. Semangat kita tidak pernah padam. Kita harus bekerja dengan lebih keras. Usaha dan tenaga harus digembeling dengan satu suara dan satu nada.

Wahai Serikandi Tiang Negara,
Bangkitlah dikau dari lena
Gempurlah ke medan juang

Berdepan cabaran tak goyah,
...Mengharung gelora tak rebah
Semangat lestari disemat,
...Pencak langkah tersisip azimat
Berpantang undur sebelum ajal,
...Berpantang syahid sebelum Jihad
Selangkah maju ke depan,
...Menoleh sekali pun jangan

Bangunlah...
Pemimpin wanita keramat

Wacanamu direnung
,...Lenggok lakumu ditenung
Tatkala pencakmu sumbang,
...Jangan sekali kau radang
Andaikata tersungkur,
...Jangan sekali kau lebur
Kuatkan tekad,
...Kuatkan kudrat
Mantapkan diri,
...Cekalkan naluri

Tak gentar dihempas badai

Untuk memenuhi tuntutan perjuangan merampas semula Parlimen Telok Kemang, saya mencadangkan:-

Yang pertama :- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang mestilah menjadi pencetus kepada kebangkitan GELOMBANG BIRU. Kita gegarkan Parlimen Telok Kemang.

Yang keduanya :- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang mestilah mewujudkan satu `kumpulan pemikir’ yang dapat merancang strategi GELOMBANG BIRU.

Kumpulan Pemikir yang dibentuk ini mestilah menyumbang dan mencerna idea kreatif dan kritis kearah memperkemaskan aktiviti-aktiviti parti sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Jadikanlah persidangan tahunan ini sebagai medan untuk kita menyusun kekuatan agar matlamat untuk menjulang martabat bangsa akan tercapai. Bersamalah kita bulatkan tekad, tingkatkan iltizam, bersatu memenuhi tuntutan perjuangan.

Letakkanlah kepentingan agama, bangsa dan negara di tempat yang teratas, Insya-Allah, perjuangan kita akan dimakbulkan Allah.

TANAH INI TANAH MELAYU
PEDAGANG DATANG INGIN BERNIAGA
SERAHKAN BUDI BUKAN TANAHMU
PERTAHANKAN NEGARA PERTAHANKAN HAK BANGSA

HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!

Wabilahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

6 comments:

Bro Jinggo said...

Wah hebat Wanita Umno Bagan Pinang nih...

Teruskan perjuangan...
TAK GENTAR DIHEMPAS BADAI

HIDUP UMNO! HIDUP KJ! 1MALAYSIA!

faizal said...

solatku,ibadatku,hidupku,matiku aku serahkan kepada Allah S.W.T

takbirrr..

mendokong Al-Quran sebagai perlembagaan

fendimalik said...

Saya cadangkan untuk Think tank parti peringkat telok kemang ini elok dikumpulkan ahli umno,anak-anak ahli umno dikalangan profesional untuk bersama membincangkan halatuju dan kerangka gerakan umno.Pastikan gerakan itu bersifat setempat.

Idea menubuhkan kumpulan pemikir itu memang menarik dan tepat pada masanya tetapi biarlah kumpulan pemikir untuk golongan yang mampu tampil dengan idea yang berdasarkan fakta dan emperical evidance bagi memastikan idea yang dijana itu benar-benar bernas dan mampu dilaksanakan.

Modal jangan risau kak..tok isa banyak duit..hahaha

Dari lepas pilihan raya saya tunggu..kata umno bagan pinang nak mengakar kembali..dah setahun lebih baru terfikir nak bentuk kumpulan pemikir..Camne ni kak?slow sangat..Ni umno bagan pinang..yang dikira town jugak..kot umno yang corok2 tu?

pada pengamatan saya gerak kerja keadilan n pakatan rakyat tampak lebih tersusun..Kalau tak silap beberapa minggu lepas pakatan rakyat buat bengkel 'menawan n9 pada PRU 13'

Akak tak risau ke?evn saya tak join mana-mana parti politik tapi saya yakin kalau umno masih dengan sikap macam ni..slow..tunggu la Umno di batu nesankan pada PRU 13.

Kalau akak minat nak tau idea saya untuk program anak muda inform saya k..

Anonymous said...

Umno patut bijak bila berbicara dengan akhbar tak boleh terlalu pro umno atau kutuk PR. pandai memanipulasikan keadaan sekitar. sekarang media bukan hanya akhbar. malah ada berbagai cara. unit pemikir cuma tanpa pengerak yang efektif tak berguna.
Bersama kita renung2kan

-eeyet

Senapang Patah said...

saya berharap blogger bpn dapat bincangkan mengenai isu ini Bloggers United patut beri amaran kepada Parpukari

Cik Non said...

Yes bagus, kalau takut dihempas badai jangan berumah di tepi pantai.