**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, July 27, 2009

KHAIRY JAMALUDDIN - SATU ENIGMA


Saya selalu menyatakan ada dua jenis pemimpin politik, satu jenis pemimpin politik ialah yang banyak menghabiskan masa untuk menghadiri program-program parti, mereka ini sentiasa berada ditempat yang betul pada masa yang tepat, dimana sahaja Boss berada, dia akan muncul.

Satu jenis lagi pemimpin adalah individu yang banyak membaca dan berusaha untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran, mereka ini selalunya nampak serius dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersosial.

Walaupun kedua-dua mereka jenis pemimpin ini penting tetapi bagi saya mesti ada keseimbangan, malangnya di Malaysia ahli politik yang paling berjaya adalah mereka dari golongan yang pertama, dimana mereka tak banyak buat kerja tetapi selalu pandai muncul tepat pada masanya, iaitu bila Boss ada.

Khairy Jamaluddin merupakan ahli politik kelas kedua iaitu individu yang banyak membaca, rajin memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran, tetapi malangnya ini juga merupakan sifat-sifat yang kurang disenangi kerana beliau kurang menghabiskan masa untuk bersosial dengan ahli parti, pergi karaoke, bawa ahli pergi makan lewat malam dan bersuka-ria.

Budaya memilih pemimpin yang hanya pandai berada pada tempat yang betul pada masa yang tepat akan merugikan parti, bangsa dan negara. Dan kesediaan untuk pemimpin memberi lebih banyak ruang kepada ahli sebegini akan membentuk satu budaya yang tidak akan mengalakkan lebih ramai ahli yang mempunyai kemahiran, ilmu dan perwatakan yang serius dan berfokus meluangkan masa untuk berjuang bersama parti.

Hari ini kalau kita lihat balik barisan kepimpinan yang berada dihadapan , kita boleh menilai jenis pemimpin yang diberi tempat. Kalau kita hendak melihat pemimpin politik seperti saudara Khairy Jamaluddin diberi tempat kita harus menuntut satu perubahan sikap, sesuai dengan saranan Dato’ Seri Najib untuk menilai kemampuan mengikut pencapaian KPI.

Malangnya ahli-ahli parti sendiri tidak menilai mengikut presatasi kerja, mereka lebih suka ikut kriteria pemimpin yang dapat bersosial dan bergembira bersama. Saya tidak hairan kenapa ada pemimpin politik tertentu tidak mahu budaya memilih peimipin mengikut syarat MERIT atau kualiti kerja, kerana saya faham mereka ini tidak mahu ada cabaran, dan mereka ini lebih sedar siapa diri mereka dalam cerminan diri mereka.

Khairy Jamaluddin akan tetap menjadi perhatian bukan hanya kerana beliau merupakan enigma tetapi kerana beliau meletakkan ‘standard’ untuk pencapaian yang sentiasa menjadi halangan kepada pemimpin yang hanya pandai berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Kenapa saya mengelar Khairy Jamaluddin seorang enigma?Kerana hingga ke hari ini, ramai masih bertanya-tanya siapakah Khairy Jamaluddin yang sebenarnya.

Belum pun soalan ini terjawab sepenuhnya, sudah ada musuh yang membuat andaian tanpa merujuk kepada sebarang penilaian berasaskan bukti. Tetapi yang nyata beliau seringkali membuat lawan politiknya cemas, beliau mempunyai ramai yang mengkagumi kebolehannya.

Suka atau tidak, lawan atau kawan, kebolehannya tidak dipertikaikan; lawan politiknya hanya merujuk kepada usia dan pengalaman sebagai alasan melawan.

Sayang kerana beliau tak pandai berada ditempat yang betul pada masa yang tepat.

Namun syukur, beliau tidak perlu.

- From KJFC's Guest Columnist, Sdr. Stephen Doss.

7 comments:

ratuayu said...

Tahniah, tulisan yang baik. Saya selalu ikuti bolog ini. Saya dah paut kat blog saya. yang saya bila lag nak paut. tak acilah. cian saya.

jurirakyat.blogspot.com

YANG GAMBI said...

Salam,

Satu pandangan yang bagus, keikhlasan dan kejujuran dalam memperjuangakn UMNO amat diperlukan dan bukan untuk dinilaikan, hanya Allah sahaja yang maha mengetahwi.

Kebenaran pasti terserlah walau pun pahit bagi yang mnerima....

fendimalik said...

yup..saya setuju dgn akak kali ini..Saya kagum org umno yang intelektual..Dato Saifuddin,Sanusi Junid antara tokoh intelek yang pernah saya dengar ucapan mereka.

Kj ni sejarah nya pengagum Datuk seri Anwar kan kak.Anwar banyak membaca dan berguru dgn tokoh ilmuan hebat.Cuma Kj kene menampakan imej yang lebih bersih coz ada kata-kata dia ni kaki perempuan n botol..tak tau la...Tapi tok isa merapu..suh tokmisa baca buku banyak sikit kak eh..hahhaa

fendimalik said...

kak tgk blog saya ni..ada gmbar pak najib kesayangan...komen ckit kak..www.pandangansisi-fendimalik.blogspot.com

kunyiil said...

laaa ingatkn taksub pd nabi...
hihihihhi snggh jap..

Dr Azman said...

Saya memang setuju dengan tulisan yang ditulis menerangkan siapa Y.B KJ yang sebenarnya kerana dia merupakan pemimpin masa depan yang akan terus memimpin untuk masa depan bangsa yang lebih gemilang

Salam Perjuangan

faizal said...
This comment has been removed by the author.