**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, July 7, 2009

BN PERLU MENANG UNTUK PENDUDUK MANEK URAI

Selama hampir 20 tahun PAS memerintah Kelantan, yang senang-lenang dan kaya-raya adalah pemimpin PAS. Rakyat Kelantan khasnya di kawasan pendalaman seperti Manek Urai hidup di dalam kemiskinan. Kerajaan PAS ternyata gagal menyelesaikan masalah kemiskinan yang melingkari kebanyakan penduduknya.

Inilah masa yang terbaik bagi penduduk Manek Urai memberikan isyarat bahawa mereka sudah jemu hidup di dalam serba kekurangan di bawah pemerintahan PAS yang langsung tidak menjaga kebajikan mereka.

Di bawah ini saya nyatakan beberapa alasan kenapa penduduk Manek Urai perlu menyokong BN pada PRK kali ini:-

BN membawa tema “Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan” yang akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat Kelantan khasnya penduduk Manek Urai. Tuan Aziz juga telah berjanji akan bekerja keras untuk membangunkan Manek Urai dan membantu penduduk Manek Urai seberapa daya beliau.

Sebagai permulaan baru BN untuk pembaharuan dan meneruskan pembangunan di Kelantan. Kita jangan terpengaruh dengan kata-kata hanya undi PAS akan masuk syurga. Sebenarnya undi BN pun akan masuk syurga sekiranya kita taat kepada suruhan Allah seperti yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri.

Manek Urai akan menjadi `kawasan angkat’ kerajaan persekutuan jika BN menang. Memang benar kerajaan negeri tidak terjejas sekiranya BN menang tetapi kita kena sedar penduduk Manek Urai yang akan berubah dan mendapat `durian runtuh’. Oleh itu berilah peluang untuk BN buktikan.

Kerajaan Pusat tidak anaktirikan rakyat Kelantan. Buktinya dalam RMK-9 Kelantan diperuntukkan RM7.6 billion. Kerajaan Persekutuan sebenarnya sayang kepada rakyat Kelantan dan berharap rakyat bersyukur dengan keadilan peruntukan yang disalurkan.

Isu royalti minyak yang dimainkan oleh PAS sebenarnya tidak berbangkit kerana kawasan tersebut adalah bertindih antara Malaysia, Thailand dan Vietnam. Oleh kerana bertindih, maka menjadi hak Kerajaan Pusat untuk menyelesaikannya secara rundingan.

Tiada pembangunan besar yang telah dilakukan oleh PAS selama hampir 20 tahun memerintah. Islam agama pembangunan. Oleh itu BN telah melaksanakan amanah untuk membangunkan insan, prasarana negeri dan negara. Apakah pembangunan yang telah dilakukan PAS?

BN telah menubuhkan agensi-agensi seperti KESEDAR, JPP, JKR, Pelajaran, kesihatan, penerangan, pertanian, veterinar, kebajikan masyarakat, MARA, TEKUN, Luar Bandar, koperasi dan lain-lain untuk membantu dan berjasa kepada rakyat.

Terbukti 52 tahun memerintah, BN telah berjasa kepada rakyat. BN = Bina Negara. UMNO = Untuk Membela Nasib Orang.

UMNO menyokong perpaduan dan menyedari perpaduan seagama dan sebangsa adalah amat penting untuk Negara ini. Perpaduan bangsa Melayu juga adalah penting untuk bangsa lain kerana akan mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi. Idea perpaduan ini telah disambut oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetapi ditolak oleh Nik Aziz yang lebih sanggup mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dan DAP.

Oleh itu kepada seluruh pengundi Manek Urai, berilah sokongan kepada Tuan Aziz yang merupakan anak jati Kuala Krai, pemimpin muda yang berkelulusan dan berpengalaman 12 tahun menjadi Pegawai KESEDAR yang telah membangunkan Manek Urai. Berilah peluang kepada BN untuk membela nasib penduduk Manek Urai.

No comments: