**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, August 17, 2009

CERITA YANG PERLU ANDA TAHU


Nama mamat ni badrul hisham. Nama glamour dia chegubard. Mamat ini memang jenis seorang manusia yang gila glamour.

Beliau dulu seorang guru lulusan maktab dan pernah mengajar di sekolah rendah. Mula bergiat dalam PKN selepas kongres pertama PKN di Kemaman pada tahun 2000.

Dilantik oleh saifuddin nasution al-kataki sebagai exco pemuda. Ketua pemuda Ezam Md.Nor berada di dalam tahanan ISA pada masa itu.

Mamat ini ada menyimpan hati kepada Nurul Izzah yang pada masa itu belum berkahwin. Perkara tersebut diberitahu oleh beliau sendiri kepada beberapa exco pemuda pada masa itu.

Semua rakan-rakan exco tergelak besar mendengarnya,dan mereka berkata, cuba nasiblah. Beliau sering berada di sekitar rumah Anwar Ibrahim pada masa itu untuk mencuri perhatian Nurul Izzah.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk mengampu Wan Azizah. Tetapi sayang seribu kali sayang, semua usaha beliau gagal. Cinta tidak berbalas. Hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Setelah gagal mendapat tempat di hati Nurul Izzah dan Nurul Izzah telah pun bertunang dengan suami beliau sekarang, maka mamat ini beralih arah pula kepada anak kakak Anwar Ibrahim (anak saudara anwar).

Namanya Erra. Setelah puas berhempas pulas berusaha mencari cinta maka akhirnya cintanya berbalas. Arwah Pak Lang (bapa erra) merestuinya, dan mereka berkahwin.

Tak dapat anak anwar pun tak mengapa, dapat anak buah pun jadilah. Asalkan keluarga Anwar. Kerana beliau memang hendak mencari jalan untuk rapat dengan Anwar Ibrahim.

Tetapi sayangnya, sehingga kini beliau masih belum menjadi perhatian Anwar. Anwar kurang berminat dengan beliau kerana personaliti kurang menarik. Anwar pernah kata kepada dia pendek dan juboq besar.

Tetapi mamat ini tidak putus asa, beliau berusaha mengubah wajah beliau agar lebih hensem dan berusaha mengecilkan punggung beliau.

Bab itu dia boleh ubah, tapi bab tak cukup inci sudah tentu tidak boleh diubah. Status terkini, mengatakan beliau masih belum mendapat tempat dihati Anwar.

Walaupun beliau berkahwin dengan anak buah Anwar, itu bukan lesen untuk beliau mendapat tempat di hati Anwar. Hanya orang-orang yang hensem dan mempunyai personaliti menarik sahaja yang boleh mendapat tempat di hati Anwar.

Jika kita lihat orang-orang yang rapat dengan Anwar semuanya hensem-hensem. Contohnya, Azmin Ali, Ezam, Anuar Shaari, Nik Nazmi, Saiful dan beberapa nama lagi. Kalau ada yang kurang hensem sedikit ialah saifuddin nasution al-kataki.

Sewaktu berkahwin, wang untuk urusan perkahwinan beliau kebanyakannya diberi oleh Ezam. Beliau juga pernah dihantar oleh Ezam untuk belajar di Korea.

Sewaktu di Korea, beliau ada menyimpan seorang perempuan Korea. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada rakan-rakan beliau dalam PKR dulu.

Katanya aku tak m*in dengan perempuan tersebut. Aku hanya buka baju dia dan bogelkan dia sahaja. Boleh percaya ke ni? Kucing mana yang tak nak makan ikan yang terhidang depan mata bang oii ...Ikan pula, bukannya ikan kembung atau ikan tongkol....ikan bawal putih bro... tak mungkin hanya lihat dan telan air liur sahaja.

Beliau juga pernah ada skandal dengan seorang perempuan Sarawak semasa p/raya negeri Sarawak sebelum ini. Perkara ini diceritakan oleh seorang pemuda PKR dari Petaling Jaya Selatan.

Pernah juga ada skandal dengan seorang perempuan di Negeri Sembilan. Maklumat ini saya akan dedahkan kemudian. Saya sedang kumpul. Saya pasti beliau akan nafikan semua ini di blog beliau selepas ini. Saya hanya tunggu penafian daripada beliau sahaja. Setakat nafi kosong semua orang boleh cakap. Kalau berani, naiklah Masjid Rembau dan bersumpah disana.

Jika blog beliau langsung tidak menyentuh apa yang saya kata ini atau memberi seribu satu alasan, maknanya perkara ini betul dan beliau takut untuk bermain dengan api kerana bimbang kelak akan membakar diri.

Tapi kalau dia rasa diri dia hero Rembau sejati, lebih baik beliau jawab apa yang saya katakan ini.

Mamat ini juga memang seorang yang gila glamour daripada dulu lagi. Setiap kali demontrasi di zaman reformasi dulu, beliau akan cuba sedaya upaya supaya beliau ditangkap oleh polis. Kerana beliau ingin mendapat publisiti dan dijulang sebagai hero.

Semasa PRU 2008, mamat ini dicalonkan di Rembau untuk berentap dengan KJ. Sebelum penamaan calon mamat ini sekali lagi mengejar glamornya. Beliau sms kepada semua orang termasuk semua media, yang beliau akan pergi menghadap Nik Aziz terlebih dahulu untuk memohon restu sebelum bertanding.

Alhamdulillah, dengan restu yang Nik Aziz beri, akhirnya beliau tersungkur di kaki KJ dengan majoriti 5,746 undi. Berkat sungguh restu tok guru ni.

Sewaktu kecoh-kecoh Ezam ingin kembali ke Umno pada tahun lepas, mamat ini sekali lagi cuba mencari glamour. Beliau mencipta isu kononnya beliau juga akan menyertai Umno bersama Ezam.

Perkara ini tersebar dengan luas. Blog beliau juga menyatakan yang semua aktiviti beliau dibatalkan.

Beliau sendiri yang sengaja mereka-reka cerita tersebut dan menyebarkan khabar angin. Beliau membuat supaya orang ramai tertanya-tanya dan bercakap yang beliau akan sertai Umno.

Rancangan beliau adalah, apabila Ezam sertai Umno dan beliau tidak akan turut sama. Beliau akan berlakon untuk hilang seketika.

Selepas beberapa hari beliau akan muncul kembali dan berkata,saya tidak akan sertai Umno walaupun diajak oleh Ezam. Dan beliau akan hentam Umno habis-habisan kononnya Umno tawar duit dan sebagainya kepada beliau tetapi beliau tetap kental dengan semangat perjuangan dan tidak akan meninggalkan PKR.

Pada masa itu beliau akan diangkat sebagai hero. Itulah rancangan beliau. Tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan kerana berjaya dihidu lebih awal dan berjaya dipatahkan oleh orang-orang Ezam.

Akhirnya tinggal beliau terkulat-kulat dengan rancangannya yang gagal.

Mamat ini memang pakar dalam mengejar glamour. Satu masa dulu di zaman reformasi, beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan web-web master beberapa buah laman web. Beliau akan berpakat dengan web master untuk menghentam diri beliau sendiri dan Ezam.

Kemudian beliau sendiri juga yang akan buat kenyataan untuk mempertahankan diri beliau dan Ezam. Maknanya sendiri hentam, sendiri jawab. Hebat tak lakonan beliau?

Sekarang ini beliau memang mencari seribu satu jalan agar nama beliau sering meniti di bibir mulut masyarakat.

Ini termasuklah tindakan membakar dokumen di depan Pejabat SPRM dulu. Pada hari berkenaan beliau memang sangat-sangat berharap agar beliau ditangkap oleh polis dan pasti akan dijulang sebagai hero oleh juak-juak PKR. Tetapi rancangan beliau tidak berhasil.

Sekarang mamat ini berkerja dengan KDEB di Selangor dengan gaji RM 13000 sebulan, dan juga menjadi proksi kepada Rosli Ibrahim (abang anwar) dalam pelbagai jenis perniagaan di Selangor.

Dulu pakai kereta Proton sahaja, sekarang dah bertukar kepada Merchedes.

Dalam blog dia daripada atas sampai ke bawah berjela-jela tulis pasal Umno rasuah. Tapi kalau dia yang buat begitu, bukan rasuah namanya, sedekah jariah namanya. Juboq sendiri basuh berak tak bersih, tapi dok sibuk intai juboq orang lain.


Untuk menjadi pejuang sejati sebenarnya kita tidak memerlukan lakonan, ianya lahir secara sendiri. Bukan semua orang yang boleh menjadi pejuang. Ianya perlu mempunyai aura.

Setakat lakonan badrul ini, hampas sahaja. Sebelum ini beliau memang ada bercita-cita untuk melawan samsul pendek sebagai Ketua Pemuda PKR, tetapi hasrat beliau terpaksa dibatalkan setelah Anwar Ibrahim membuat pindaan had umur ketua pemuda kepada 35 tahun.

Anwar tidak mahu melihat badrul atau samsul pendek menjadi KP. Oleh yang demikian,saya menyeru kepada sesiapa yang ada menyimpan rahsia tentang badrul@chegubard ini, sila kirimkan komen anda kepada saya.

Kepada yang tidak mahu komen mereka disiarkan sila beritahu kepada saya. Jika boleh sertakan nombor telefon sekali, agar senang bagi saya menghubungi anda. Kepada yang mahu komen disiarkan, tidak perlu beritahu apa-apa kepada saya. Saya akan lepaskan komen anda.

Saya tahu ramai orang yang tahu tentang perangai mamat ini. Beliau memang kaki betina daripada dulu lagi. Kepada perempuan-perempuan yang pernah menjadi mangsanya juga saya alu-alukan komen anda.

Saya berjanji akan merahsiakan identiti anda. Kita tidak mahu lagi musang berbulu ayam ini terus menipu masyarakat.

Dipetik daripada http://www.ruangbicarafaisal.blogspot.com/

(Kepada semua pembaca-pembaca blog ini supaya terus ke blog http://www.ruangbicarafaisal.blogspot.com/ untuk maklumat-maklumat yang lebih sensasi.)

5 comments:

AbgTuah said...

SALAM PUAN ROSHATIKA..

ARTIKEL NI BAIK..SERONOK JUGA MEMBACANYA..CUMA PANJANG SANGAT..HEHE

TAPI BUKAN SAHAJA ARTIKEL YANG BAGUS..YANG NAK SAYA KETENGAHKAN ADALAH SEMANGAT TUAN PUNYA BLOG NI ..SEORANG PEJUANG HEBAT..TIDAK KETERLALUAN SAYA ANGGAP SEORANG SRIKANDI..

TERUSKAN PERJUANGAN WASSALAM..

mail lambong said...

ARTIKEL YANG BAIK..

begitu hinanya melayu islam di malaysia yaa...melayu islam yang lahirnya dari UMNO..besarnya di PKR

jika benar apa yang penulis sampaikan,saya berpandangan
ini adalah kesan dasar pendidikan negara yang mementingkan perpaduan berlandaskan sekular dan menolak islam.pelajar yang lahir daripada sistem ini akan rosak dari segi sikap termasuk orang UMNO sendiri walaupun mempunyai akedemik yang cemerlang.

sehinggakan islam dibeza-bezakan antara urusan dunia dan ibadah dan cara hidup.

saya menyeru baik PAS ataupun UMNO mahupun PKR yang muslim melihat isu dasar pendidikan seharusnya dikaji semula agar minda melayu islam diubah supaya menjadikan islam sebagai cara hidup..

senang cara...

semua perbuatan dan setiap nafas bersandarkan islam-AMIN

mail lambong said...

tq, saudari siarkan komen..

p/s..

harus diingat setiap perkataan dan perbuatan kita diperhatikan.jika fitnah alangkah berdosanya kamu.

adakah tulisan anda berpandukan fakta ataupun dengar cakap. jika bersandarkan dengar cakap maka berhati-hatilah kamu,pasti musibah akan melanda kamu akibat setiap perbuatan fitnah yang keji tersebut.

mail lambong said...

kesian pada penyokong dan pemimpin UMNO masih tidak sedar musibah yang akan melanda

masih syok menghentam lawan.

p/s..apa-apapun terjadi kita yang muslim tetap bersaudara.yang salah balik kepangkal jalan agar diberi petunjuk dan keberkatan di dunia dan akhirat.

Detguaq said...

Puak PIS, kalau hangpa dok kata kat orang, caci orang, hina orang, takpalah no? Maklumlah duduk bawah ketiak manusia Mak Som.

Tapi kalau orang lain dan-dan keluaq segala mak nenek hadis dan keluar segala ayat-ayat Al-Quran untuk kunci mulut orang.

faizal,

muslim pada Allah bermaksud pegang pada hanya satu tali, iaitu tali Allah agar tidak bercerai-berai.
Politik seperti kata Tok Pa hanyalah satu tarekat mencari pengaruh untuk berkuasa tak kira parti apa.

Kalau perpaduan yang anda semboyankan, perpaduan juga menjadi sambutan....SALAM.