**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, September 24, 2009

ISA.....YES OR NO?

Cerita tentang calon BN yang bakal diletakkan di PRK DUN Bagan Pinang nampaknya terus panas, lebih-lebih lagi selepas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa perlu memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk diletakkan bertanding di situ.

Kenyataan Mahathir itu dah tentulah ada kaitannya dengan ura-ura menamakan bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang pernah disabitkan oleh parti dengan politik wang sebagai calon. Seperti biasa, ada pendapat yang berbelah bagi dalam hal ini.

Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang awal-awal lagi tampil mempertahankan keputusan UMNO Bahagian itu menamakan Isa sebagai calon pilihan mereka. Beberapa pemimpin di peringkat pusat, termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Noh Omar pula berpendapat, calon yang bersih sahaja tidak cukup untuk menjamin kemenangan kerana apa yang lebih penting ialah kepimpinan dan penerimaan masyarakat setempat.

Lain pula halnya dengan seorang lagi Ahli MT, Datuk Saifuddin Abdullah yang senada dengan Mahathir. Kata Saifuddin, langkah memilih calon yang bersih akan membuktikan UMNO serius membina imej baru yang lebih berintegriti.

Tapi dalam banyak-banyak, pendapat Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan mungkin paling menarik untuk diperhatikan. Kata Ahmad, seorang pemimpin yang pernah bersalah akibat politik wang masih boleh diberikan peluang jika benar-benar insaf di atas perbuatan tersebut di samping telah menunjukkan kesetiaan kepada UMNO.

Dalam konteks jangka panjang, pandangan Mahathir dan mereka yang senada dengannya memang perlu dijadikan sandaran. Tapi dalam soal kerusi Bagan Pinang, kepentingan jangka pendek harus diseiringkan.

Sebab itu calon yang diletakkan mestilah menepati kemahuan setempat dan calon itu, sekiranya terpilih harus memastikan dia menjadi manusia yang baik, suci dan bersih. Soal dia pernah melakukan kesalahan adalah perkara yang lain.

Seperti kata Ahmad Maslan, yang penting ialah dia menginsafi kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi serta mempamerkan taat setia kepada parti.

Isa telah didapati bersalah dan telah pun dihukum oleh parti atas kesalahannya. Dia juga menjalani hukumannya dengan patuh. Jadi menutup terus peluang kepadanya bukanlah sesuatu yang wajar. Dia tidak boleh dihukum berterusan. Islam tidak menganjurkan tindakan seperti itu.

Masyarakat juga akan menjadi sangat bercelaru kalau setiap pesalah yang telah dihukum dan telah insaf terus disisihkan. Sesungguhnya, integriti tidak boleh dibina hanya dengan satu tiang, tetapi mestilah oleh banyak tiang. Dan kesediaan memberikan kemaafan haruslah dijadikan salah satu daripada tiang itu…

(http://depa-kata.blogspot.com/2009/09/isa-yes-or-no.html)

29 comments:

TokJanggut said...

Yes...Yes....Yes....Yes.....
Isa is coming....laju bang...Isa nak pancut ni.

voltaire said...

my oh my !

Anonymous said...

yes and no

Anonymous said...

The Bagan Pinang pemuda Umno just missed the fight. You guys should defense Md Isa when he was charged with the corruption....you guys is a bunch of loser.And why you guys comparing Md Isa and Tun Mahathir cases,that is totally different issues altogether!do your howework before you speak!.No point of fighting, cause damaged had been done.If Md Isa not selected what you guys can do ! I dare nobody will cling to Md Isa after that,The massage that UMNO top leaders want to deliver is simple....Sorry to say-Md Isa is no longer relevant to Umno leadership.This is the fact,Bagan Pinang should learn their lesson..UMNO must have an open minded in accepting new leaders,not just peoples who make more damages to the party..if you know what I mean,Look around in our DUN or Bahagian too many double faces,"kaki bodek","bodoh sombong" and office bearer who arrogant to peoples...

PEMUDA PARIT said...

btol la tu utk jangka masa pendek..tp kalo isu corruption tu d jadikan peluru hidup cam mana???

fikirkanlah.

Zainal A. Kasim said...

Salam,

Kenapa susah sangat nak faham dengan kepentingan calun yang bersih? Bagan Pinang sudah ketandusan pemimpin ke?

YANG GAMBI said...

Salam 'Idil Fitri,

Walau sesiapa pun, sama ada Tan Sri Isa sendiri sekali pun, kalau rakyat setempat menerima dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang tidak menjadi soal asalkan BN menang.....

Kalau hednak di ambil kira, pemimpin-pemimpin PAS DAP dan PKR juga tidak kurang isu, tetapi penyokong-penyokong tetap setia, kalaulah penyokong UMNO dan BN juga besikap begitu, amanlah jadinya......

Anonymous said...

alamakk ocal sepatutnya lebih arif sapa nak letak.. isu moral,,, no prob ler,, pmimpin pr lebih banyak prob moral,, org lih terima gak,,, apa pun tan sri and owg PD,,, lawan tetap awan,, jgn tangguh tetap tangguh ,,, cam kawan kita tuuu..

Anonymous said...

Saya adalah pengundi bagi PRK Bagan Pinang. Jika Tan Sri Isa dipilih sebagai calon? Hanya ini yang mampu saya katakan, "SAYA TIDAK AKAN BALIK MENGUNDI". Diharap DUN dan Bahagian ambil kira suara "SI PEMBERI UNDI" kecil ini.

Anak Jati Telok Kemang, N.9

Anonymous said...

Apasal la tak nak dengar cakap TDM,tak faham2....jangan banyak songel,sedangkan Pak lah dia turunkan ini pula Isa yg terkenal selalu akur dgn cakapnya dulu

Anonymous said...

If I was in Isa’s shoes, I would step down immediately and support another Umno candidate. I would want the party to not nominate me but instead campaign for someone else in the party who is more deserving and qualified,” said Dr Mahathir ----See what I mean !!! Md Isa is no longer relevant to Umno leadership.

Alizul said...

Sila baca pendapat saya mengenai issue Bagan Pinang ini di blog saya: http://alizul2.blogspot.com.

boyaijau said...

UMNO perlu melihat penerimaan "sokongan tempatan" kepada "calon yang dipilih" dan suara "akar umbi"...

x mau jadi macam "calon BN Dun Permatang Pasir, Penang- Rohaizat @ setiausaha UMNO Permatang Pauh" yang tidak diterima oleh pengundi "tempatan". Suara akar umbi mahukan "cikgu Zaidi @ ketua pemuda UMNO permatang pauh"...tetapi bila Rohaizat dicalonkan...awal-awal lagi, undi masyarakat "tiong hua" tidak memihak kepada Rohaizat, org2 kampung lebih selesa jika cikgu Zaidi dipilih sebagai calon BN DUN Permatang Pasir...mereka lebih selesa jika "cikgu Zaidi" dipilih sebagai calon BN..

dalam kontek Bagan Pinang pun sama jugak...BN perlu melihat kepada sokongan akar UMBI..kalau dikatakan Tan Sri Isa 'calon pilihan akar umbi' baik letakkan beliau sebagai calon..


pandangan,
boyaijau

Anonymous said...

salam perjuangan,

saya berasa jikalau Isa menjadi calon,tidak semestinya kemenangan dalam tangan.Di Permatang Pasir,calon BN lebih baik dan berpengalaman daripada calon Pas,tapi sebab sejarah hitamnya,kita kalah.

kalau Isa menang pun,sokongan BN akan terus berkurang,kesannya kekalahan pada pilihanraya umum akan datang.

Saya memohon UMNO Bagan Pinang TIDAK memilih Tan Sri Isa

Ryzal72 said...

Assalamualaikum,
Sekali lagi nak tergelak membaca pandangan si Mad Maslan. Betapa keciknya pemikiran KP Umno ini, dan sebab itulah kekalahan demi kekalahan ditanggung. Masa di Permatang Pasir di usyanya formula jam hehehhhee, sekarang nak bercakap oulak tentang keinsafan si bakal calon. Ingat mudahke nak tentukan keinsafan ni....memang betul kena peluru hidup lea nampaknya. Jika dibaca pemikian Tun M , jelas bahawa die meletakkan kepentingan PARTI melebihi kepentingan Isa mahupun juak2nya di Bagan Pinang/Teluk Kemang. Pemikiran makro dan makro dan benar sebagaimana kata Tun M, alanglah baiknya jika Isa memberi laluan dengan menyokong calon Umno yg lain untuk menang. Itu nampak lebih gentlemen dan lebih hebat, untung2 PM akan bagi sesuatu, manalah yang kita tahu kan. Berbalik kepada si Mad Maslan tadi....makanya sekali lagi dia BERJAYA MEMBUKTIKAN BAHAWA DIA SEBENARNYA TIDAK LAYAK MENJADI KP UMNO. Jadi KP fikrahnya mesti besar bro. Balik jaga FELDA adalah yang terbaik baginya. Moga PM sadar akan hal ini.Ikhlas

Anonymous said...

pada pendapat saya jika umno telok kemang masih mahu mencalonkan tan sri isa samad untuk prk tidak mengapa,kerana ianya terpulang kepada pengundi-pengundi dun bagan pinang untuk memilih siapa pemimpin pilihan mereka...tetapi umno perlu ingat bahawa seseorang yang pernah melakukan sesuatu kesalahan samada menyalahi hukum negara (hukum ciptaan manusia - pemerintah) dan hukum ALLAH SWAT dimana tiada siapa boleh mempertikaikannya dan dikecualikan darinya diatas dosa-dosa yang telah dilakukannya,melainkan hanya pelakunya bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.sudah menjadi kebiasaan dan adat dunia apabila induvidu,keluarga,pemimpin,perkampongan,kerajaan dan sebagainya melakukan sesuatu kesalahan yang kecil lebih lagi yang besar maka ianya akan menjadi bahan mulut dan cacian.umpamanya jika seseorang itu dahulunya bekas seorang penagih dadah,penjenayah,pengikut ajaran sesat dan sebagainya.berbanding apabila seseorang itu melakukan kebaikan walaupun kebaikannya itu melebihi kejahatan yang pernah dilakukan.masihkah kita semua ingat akan perpatah "bapak borek anak rintek"," bapa kencing berdiri anak kencing belari"," kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan",umpama langit yang dipandang dekat hendak dicapai tak dapat"," berkerat rotan,berpatah arang"," nila setitik rosak susu sebelanga","cakap senohong gelama ikan duri,cakap bohong lama-lama mencuri"," umpama menepok air didalam dulang"," umpama-siapa makan cili terasa pedasnya".renungkanlah....

faizal said...

YANG GAMBI said...

Salam 'Idil Fitri,

Walau sesiapa pun, sama ada Tan Sri Isa sendiri sekali pun, kalau rakyat setempat menerima dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang tidak menjadi soal asalkan BN menang.....

Kalau hednak di ambil kira, pemimpin-pemimpin PAS DAP dan PKR juga tidak kurang isu, tetapi penyokong-penyokong tetap setia, kalaulah penyokong UMNO dan BN juga besikap begitu, amanlah jadinya......
..................................

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, beliau menghargai pandangan Dr. Mahathir namun dalam masa sama berpendapat, soal kepimpinan calon perlu diberikan perhatian.

"Bagi saya, ia tidak menjadi satu masalah besar jika seorang calon itu hanya pernah diberikan hukuman mengikut disiplin parti dan tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.
..................................

JIKA BEGINI MENTALITI AHLI UMNO PATUT LAA UMNO PENUH DENGAN PEMIMPIN PEROMPAK ATAUPUN KEPALA PENYAMUN.

WALAU SEGELAP MANA PUN HATI AHLI UMNO TETAPI SAYA YAKIN ANDA PERCAYA DENGAN BALASAN DAN KETENTUAN ALLAH.

SEMOGA UMNO MERATAPI KESALAHAN DEMI KESALAHAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.


SATU PERKARA YANG DIMUSYKILKAN ADAKAH POLITIK WANG BUKAN KESALAHAN RASUAH.

ADAKAH RASUAH BUKAN JENAYAH?


JIKA BEGINI TAFSIRAN PEROMPAK DIANGGAP SUCI MAKA TIDAK HAIRAN LAH KENAPA RASUAH SUKAR DIBANTERAS DI MALAYSIA.

makcik bedah said...

makcik harap BN dapat memilih calun yg sesuai agar tragedi yang lalu di Dun yang lepas tidak berulang lagi..Belajar daripada kesilapan yang lepas..jangan pula belajar dari kesilapan tapi dalam masa yang sama masih tak serik buat perkara yang sama..Dengar la sama nasihat org lama,terutamanya daripada Mantan Perdana Menteri kita Tun M...takkan nak tunggu sampai Tun M takde,baru kita pakat2 nak hargai nasihat dia...dah terlambat dah masa tu...

BenciKorupsi said...

boto ko rakan2 donga ura2 setiausaha politik MB negeri kito yang tercinto ni,datuk firdaus harun jadi calon mengojot? yo ko? den donga2 lah.kalo yo,elok lah tu.tapi masalah eh luar kawasan.pening2.

BenciKorupsi said...

boto ko rakan2 donga ura2 setiausaha politik MB negeri kito yang tercinto ni,datuk firdaus harun jadi calon mengojot? yo ko? den donga2 lah.kalo yo,elok lah tu.tapi masalah eh luar kawasan.pening2.

BenciKorupsi said...

boto ko rakan2 donga ura2 setiausaha politik MB negeri kito yang tercinto ni,datuk firdaus harun jadi calon mengojot? yo ko? den donga2 lah.kalo yo,elok lah tu.tapi masalah eh luar kawasan.pening2.

Anonymous said...

kalau akar umbi umno yang mahukan Isa,maknanya mereka masih tidak faham apa itu POLITIK BERSIH.jadi,kalau UMNO dilihat nanti bermasalah,JANGANLAH SALAHKAN PEMIMPIN ATASAN seperti PAK NAJIB dan TDM....mahupun TPM.....kerana akar umbi UMNO sendiri yang GAGAL MEMILIH dengan tepat.jangan cerita lagi soal korupsi,jangan cerita lagi soal keberhasilan.

Anonymous said...

saya berani bersuara kerana saya biasa dlm jentera peringkat UMNO MALAYSIA..sebab itu betapa pentingnya bagi saya calon yang BERSIH.bukan cerita soal sudah insaf atau berubah???...tapi bagi saya sekarang,MEMBERSIHKAN SEMULA umno seperti saranan PENGERUSI TETAP UMNO MALAYSIA adalah lebih penting.kita tidak boleh membentuk susur galur korupsi dari bawah.akar umbi MESTI PAHAM.ADAKAH umno MEMANG KETANDUSAN seorang lagi yang lebih baik?????

Anonymous said...

saya berani bersuara kerana saya biasa dlm jentera peringkat UMNO MALAYSIA..sebab itu betapa pentingnya bagi saya calon yang BERSIH.bukan cerita soal sudah insaf atau berubah???...tapi bagi saya sekarang,MEMBERSIHKAN SEMULA umno seperti saranan PENGERUSI TETAP UMNO MALAYSIA adalah lebih penting.kita tidak boleh membentuk susur galur korupsi dari bawah.akar umbi MESTI PAHAM.ADAKAH umno MEMANG KETANDUSAN seorang lagi yang lebih baik?????

Anonymous said...

The BN Chief needed a strong back to put this man with a murky past on the right spot ie just a UMNO member.
This time proof softback .
Since this man with murcky past is a candidate fr the byelection,the chances of winning the other voters in all the Parlimens and sateassmblies of clean and untainted leadersip is flushed down to sea off ofPD.
Even if win the by,it means UMNO is not changed,will not change,winning seats will be 50 % or less in nex GE.
If lose this bylection,is proof of the prediction and show the forcast for the nex GE.
Too bad,BN had its chance to redeem,
Fcst that same result as in past byelects.
UMNO is on the road to an opposition party in nex electn.
all pple know now that opposition will use this byelect to finish and coup de grace.
Bookmakers will running lage stake.....
BN sori,but no apologies.
Mah Ngah Tong.

AhmadNifsu said...

Saya kata TIDAK. Kalau kita pilih orang yang ada kes, tentulah pembangkang banyak modal nak kena kan kita. saya pasti ramai yang sependapat dengan saya.

Anonymous said...

apapun umno yakin menang dengan undi pos...

triple_h said...

stupid voters vote for stupid candidates results in stupid leader... but stupid voters is so yesterday...

Pemburu Syahid said...

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus menjadi parti rasuah. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada penyelewengan. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Jika anda sayangkan UMNO, selamatkan UMNO daripada terus menerus dikotori oleh perompak harta rakyat. Anda mampu melakukannya dengan MENOLAK ISA SAMAD.

Pendek kata, UMNO akan mampu diselamatkan jika tiada lagi manusia seperti Isa Samad di dalam UMNO. Isa Samad hanya boleh dinyahkan daripada UMNO jika beliau kalah di Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Anda tidak perlu mengisi borang PAS tetapi anda mampu membersihkan UMNO dengan memBERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS.