**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, September 10, 2009

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN CALON DI BAGAN PINANG? SAH MEREKA TIADA CALON.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar adalah antara tiga nama telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PAS negeri itu malam tadi.

Menurut sumber, kebanyakan 25 ahli jawatankuasa bahagian, lebih cenderung untuk memilih Zulkefly untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Di peringkat PAS Pusat pun, ada harapan cerah beliau terpilih," kata sumber tersebut.

Sumber itu berkata pemilihan Zulkefly dianggap bersesuaian memandangkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man juga dipilih bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, ianya mengesahkan tanggapan penduduk disini bahawa PAS ketandusan calon tempatan yang boleh diketengahkan.

Apa kata kerusi N31 ini diberikan pada PKR atau DAP sahaja?

http://www.dun31baganpinang.blogspot.com/

15 comments:

faizal said...

maaf jika komen saya tidak mnyenangkan hati rakan-rakan..

jika dilihat kepada calon-calon PAS..

kemungkinan besar jika pengundi memilih faktor calon yang bersih,sahsiah,berkarisma dan berhemah.

saya dapati kelebihan pasti terletak pada ke semua calon yang saudari katakan..

saya dapat rasakan kali ini BN menghadapi laluan yang amat sukar kerana BN sendiri tidak mempunyai calon yang bermutu kecuali BN meletakkan calon dari wanita.

jika calon wanita UMNO kemungkinan peratusan nya meningkat sedikit berbanding calon-calon lain yang saya kira amat teruk dan banyak isu.

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

salam....

Walaubagaimanapun UMNO kena kerja kuat baru boleh capai kemenagan jangan jadi macam lepas2 akibat tidak puas-hati tidak membantu calon yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan

Anonymous said...

Apa kata, letak calon MCA atau MIC macam blogger cakap tu... Apa pun BN kena kerja keras untuk menang walau dengan apacara sekalipun.

Anonymous said...

DAP dan PKR bukanlah suci
Guan eng dan anwar menangi
Dulu dipenjara jadi penghuni
Terpulanglah kepada pengundi

Canggih kaum wanita promosi
Konon bakal calonnya mewangi
Sapa pun yang najib pilih nanti
Biarlah wanita terakhir namai

serling
11.09.09
jumaat

serling said...

DAP dan PKR bukanlah suci
Guan eng dan anwar menangi
Dulu dipenjara jadi penghuni
Terpulanglah kepada pengundi

Canggih kaum wanita promosi
Konon bakal calonnya mewangi
Sapa pun yang najib pilih nanti
Biarlah wanita terakhir namai

Mamak Penang said...

Bila-mana Hj.Abdul Hadi telah bersetuju menjadikan Anwar sebagai ketua Pembangkang; sempadan Islam dan moraliti, Parti Islam Pas telah terkubur. Pragmatisme Islam Pas tanpa moraliti tidak sama sekali mewujudkan kejayaan politik di negara ini; malah akan menghancurkan negara ini di tangan imperilis Amerika dan sekutunya seperti berlaku kepada Negara-negara Islam di serata dunia sekarang.

Parti Pas ini mengaburkan mata orang Islam dengan dasar Negara Islam dalam pada itu untuk bukan Islam dengan mengatakan Hak persamaan. Pas juga tersentak dengan dasar negara Islam yang lama menjadi Impian seperti Republik Islam Iran yang penuhi dgn kontravesi rasuah telah menyebabkan niat parti pas telah terkubur.Parti Pas cuma gunakan parti PKR untuk tujuan politik mereka. Tapi yang paling menguntungkan perpecahan Melayu Islam diantara UMNO dan PAS ialah parti DAP..UMNO perlu perhatikan cara parti PAS "brandingkan IKON" melalui agama. UMNO perlu berusaha kerah "rebrandingkan" semula semua pemimpin UMNO melalui kesedaran Islam.Rakyat negara ini memerlukan politik ritual (keagamaan) kerana poltik fahaman feudal, komunis, liberasima dan kapatlisma telah gagal menentukan rakyat kecapi kebahagian.Wassalam.

Detguaq said...

Walauun pada pehitungan pihak-pihak UMNO disana menampakkan calon ini seperti lekeh, tetapi janganlah memperlekehkan peluang mereka.

Amat penting sekali UMNO untuk menang bagi memulihkan semangat BN secara keseluruhannya. Jangan tersalah pilih calon, nanti pengundi balon, baru nak mintak tolon!!!!

INGATLAH wahai UMNO Bagan Pinang, kemenangan diN31 amatah didambakan oleh UMNO dan BN sebagai pemangkin semangat!!!!

Anonymous said...

Siapa yang kekurangan calon ni. UMNO atau Pakatan? geli hati bila baca tajok posting ni ... UMNO tak kekurangan calon ker? tolong jawab sat? Kenapa masih nak guna calon kitar semula Isa Samad pendek tu. Tolong jawab????

Anonymous said...

aku pun geli hati jugak..haha hampa memang tak sedaq diri..mangkok ayun punya geng amno takkan nak pilih isa samad lagi...

Alias Mohd Yusof said...

DENGAN hampir 40% pengundi di Bagan Pinang adalah terdiri dari bukan Melayu, adalah amat sukar untuk PAS menang dalam PRK Bagan Pinang nanti.

Bertambah sukar lagi kerana di sana terdapat 4600 pengundi pos yang kebiasaannya trend undi pos akan berpihak kepada UMNO. Sudah tentu majoriti pengundi pos ini adalah juga orang Melayu. Oleh itu berapa peratus sajalah lagi orang Melayu yang tinggal yang akan mengundi PAS setelah ditolak pengundi pos ini.

Oleh itu di Bagan Pinang, PAS sangat bergantung kuat kepada undi dari orang bukan Melayu bagi memenangkan calon mereka.

Di PRK Manek Urai terdapat lebih 95% pengundi Melayu Islam, namun PAS masih terkial-kial untuk menang, apatah lagi kalau di Bagan Pinang ini yang jumlah orang bukan Melayu hampir 40% dari bilangan pengundi.

Nampaknya UMNO berada dalam keadaan yang begitu selesa sekali, UMNO tak perlu berhempas pulas untuk menang di Bagan Pinang.

UMNO tak perlu belanja besar untuk mengadakan projek ‘mee segera’ di Bagan Pinang. Apa yang perlu UMNO lakukan hanyalah cukup dengan menggunakan media perdana sebaik mungkin untuk menjauhkan orang bukan Melayu dari PAS.

Melalui media perdana UMNO akan mengambil peluang untuk melakukan perang saraf dengan menggambarkan PAS sebuah parti politik Islam yang ekstrim. Hukum Hudud dan Negara Islam ala PAS sudah tentu akan dimainkan semula oleh UMNO menjelang pilihanraya ini.

Kalau kita menggunakan strategi yang bijak, adalah tidak sesuai untuk pihak PR menurunkan calon PAS bagi mewakili mereka dalam PRK di Bagan Pinang ini. Calon yang mungkin lebih sesuai ialah dari parti PKR.

Parti PKR adalah parti yang sederhana yang boleh diterima oleh orang bukan Melayu dengan baik berbanding parti PAS. Peluang untuk PR menang di Bagan Pinang lebih cerah jika membenarkan calon dari parti PKR bagi mewakili PR bertanding di situ.

Tetapi apalah yang PR boleh buat, sudah tentu parti komponen dalam PR tidak mahu menyinggung perasaan parti PAS untuk mengusulkan cadangan ini.

Tentulah parti PKR tidak berasa selesa dan tidak manis kalau mereka meminta kepada PAS supaya calon PR yang bertanding di Bagan Pinang untuk kali ini diberikan kepada parti PKR. Semuanya ini terpulang kepada budibicara parti PAS sendiri.

Parti PAS tidak harus melihat kepada keuntungan jangka pendek sahaja dengan terus berkeras untuk mengekalkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang. PAS patut melihat kepada keuntungan jangka panjang, keuntungan kepada PR secara keseluruhannya.

Bagi PAS kemenangan mungkin tidak begitu penting, bagi mereka perjuangan itulah yang lebih penting. Tetapi kita kena ingat juga, kalau kita hendak berjuang, strategi pun mesti ada juga.
Kalau PAS betul-betul hendak melihat PR menang dalam PRK Bagan Pinang ini, tentulah parti PAS tidak menolak untuk memberi peluang kepada parti yang lain dalam PR untuk mewakili kawasan itu.

Semasa berlaku tsunami politik pada pilihanraya 2008, PAS tidak dapat memenangi kawasan Bagan Pinang, apa lagilah bila keadaan gelombang tsunami politik yang semakin reda sekarang ini. Parti PAS kenalah mengambil kira perkara ini, ia boleh dijadikan alasan kuat kenapa PAS harus memberi peluang kepada parti komponen yang lain dalam PR untuk bertanding di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Kita begitu yakin, PAS sukar untuk memenangi PRK Bagan Pinang ini. Kekalahan PAS di Bagan Pinang bukan sahaja akan melemahkan moral parti PAS tetapi juga ia turut memberi kesan yang negatif kepada persepsi orang ramai kepada PR itu sendiri.

PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya sangat penting bagi menentukan nasib masa depan BN dan PR, sehingga kepentingan parti bukanlah lagi menjadi suatu keutamaan dalam PRK Bagan Pinang ini.

PemudaRasah said...

Walaupun pakatan rakyat akan berhadapan dengan jentera BN, saya yakin pakatan akan berjuang habis-habisan. Dijangkakan golongan muda sekali lagi akan melakukan perubahan yang drastik untuk menumbangkan UMNO di Bagan Pinang. Cukuplah UMNO BN menguasai negara ini selama 52 tahun kerana golongan muda mahukan politik baru dan harapan baru untuk negara yag kita cintai ini.

anakbukitgantang said...

salam,
saya berdoa org melayu cepat tersedar dari buaiyan mimpi ngeri ini

jika lambat maka simulation worst case scenario ini mungkin jadi kenyataan-nauzubillah

undi UMNO bermakna kesimanbungan kepada usaha mensejahterakan rakyat malaysia

lihat ulasan saya dalam artikel ini

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/2013-back-to-future-simulation-on.html

Nor Azman bin Sukerman said...

Apa pun keadaannya tidak siapa Kuala Trengganu gagal dipertahankan oleh U-BN. Jadi, Kuala Trengganu adalah motivasi paling kuat untuk PR berusaha menawan Bagan Pinang, tambahan pula kawasan itu dikelilingi oleh PR dan ahli parlimennya pun dari PR iaitu PKR. 2333 bukan angka mustahil untuk dirobek menjadi majoriti 65 untukPR menang. U-BN, silalah teruskan gungkan harta kerajaan untuk memutarbelitkan fakta dan kelirukan rakyat kerana rakyat tak memaafkan U-BN walau pun di hari raya kerana _-BN terlalu jahat.

Anonymous said...

kalau BN ambil isa pun,
sah BN takda calon.
haha

mengata dulang paku serpih
mengata orang dia yang lebih.

Anonymous said...

boleh tak bagi tau, kenapa Guan Eng pernah dipenjara...?