**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Saturday, March 7, 2009

SULTAN SELANGOR MURKA


* Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

~Utusan

Friday, March 6, 2009

HIDUP PAKATAN RAKYAT!


BERKAITAN kenyataan "Sidang DUN atas pokok pun sah" Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff berkata komen yang beliau berikan tidak disiarkan sepenuhnya oleh pihak media. Ini menyebabkan beliau dilanda kontroversi.

Diantara intipati komen beliau yang tidak disiarkan ialah sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.

Berkenaan adakah perkenan Sultan diperlukan? Beliau menjawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas was adjourned (ditangguhkan).

Berkenaan sidang tersebut sah ataupun tidak, Agus menjawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik.

Untuk menyelesaikan krisis ini Agus mencadangkan melalui dua cara. Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali, YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.

Walaubagaimanapun Agus menegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.

Kenyataan penuh Prof Madya Mohammad Agus Yusoff boleh dibaca disini.

NIZAR vs ZAMBRY KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Mahkamah Tinggi (bahagian rayuan dan kuasa khas) memutuskan isu-isu perlembagaan bagi menentukan menteri besar Perak yang sah akan ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Hakim Lau Bee Lan lebih senang perkara tersebut dirujuk terus kepada mahkamah tertinggi itu bagi mempercepatkan keputusan berhubung pergelutan politik di negeri itu antara Pakatan Rakyat dan BN.

Hakim juga meminta peguam kedua-dua pihak merumuskan soalan-soalan yang akan dibawa ke mahkamah tersebut.

AHLI PARLIMEN PAS BERCANGGAH PENDAPAT

Ahli Parlimen PAS di lihat tidak sekata di dalam isu penggunaan nama Allah. Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) ketika di Dewan Rakyat memberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Taib Azamudden yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Penjelasan anggota Parlimen Baling itu dilihat selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Terdahulu ketika membincangkan isu yang sama, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.

Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Thursday, March 5, 2009

UMNO PERLU WUJUD PASUKAN PERANG PSIKOLOGI

Barisan Nasional terutamanya Umno perlu mewujudkan pasukan perang psikologi bagi menangkis dakwaan negatif pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata selain itu, strategi, integriti dan kredibiliti parti perlu ditingkatkan bagi menarik perhatian rakyat.

"Masalah kita adalah kita benarkan persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap kita berpanjangan. Bila dah berakar umbi, lebih susah untuk kita keluar dari keadaan itu," katanya pada sidang media di Angkasapuri di sini.

Syed Hamid berkata pewujudan pasukan perang psikologi juga boleh mematangkan parti dan menangkis sebarang tanggapan negatif masyarakat terhadap parti.

"Apabila ada sesuatu yang berlaku mesti ada tindakan pantas yang akan menghilangkan dan meredakan persepsi yang salah terhadap kita".

"Kita lemah dalam bidang penerangan serta lemah dalam propaganda penerangan sedangkan parti pembangkang kuat dalam propaganda walaupun mereka tidak ada penerangan," katanya.

- BERNAMA

KETUA AMK KEPALA BATAS DISIASAT PKR

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, hari ini, berhubung pendiriannya menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak. - Foto Bernama


Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu berhubung dakwaannya baru-baru ini bahawa beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu menerima wang dari pengusaha kuari.

Amizudin diminta hadir pada Sabtu ini. Beliau membuat dakwaan tersebut melalui media pada 26 Februari lalu.Beliau memberitahu demikian hari ini ekoran kenyataan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berhubung perkara itu.

Zahrain dilaporkan menegur Amizudin kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Amizudin berkata, beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan melibatkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak

."Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita. Amizudin juga terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak disambung.

Amizudin berkata beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau telah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

~Malaysiakini

CABARAN BERAT DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Oleh: Badrul Hisham Abdul Aziz

Di utara semenanjung timbul cerita adanya suara sumbang terhadap Tuanku Sultan Kedah. Turun ke bawah sedikit di Pulau Pinang, kerajaan negeri itu telah menghantar notis kepada 60 pemilik premis perniagaan di Batu Feringghi supaya merobohkan bangunan masing-masing walaupun mereka telah bertapak di sana sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Di Perak pula tak sudah-sudah kecoh walaupun Sultan Azlan Shah supaya putuskan mengenai kedudukan kerajaan negeri itu.Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kerajaan negeri lama dibawah naungan DAP itu terus ingkar. Malah, Nizar masih mengaku tetap sebagai Menteri Besar dan akan hanya berundur jika mahkamah mengarahkan beliau berbuat demikian.

Speakar Dewan Undangan Negeri itu, V. Sivakumar cuba nak bagi lagi nampak kalut apabila menggantung Menteri Besar yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang EXCOnya. Selepas itu, tanpa mendapat perkenaan Tuanku Sultan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negeri, beliau mengarahkan pula sidang tergempar dewan Selasa lalu sehinggalah.Makanya sidang DUN bawah pokok adalah sebahagian dari drama itu.

Sehari sebelum sidang dewan dijangka diadakan, beliau memecat pula Setiausaha Dewan, dengan alasan tidak menjalankan tugas.

Juga berkaitan dengan negeri Perak, Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memutuskan untuk menyaman Sultan Azlan Shah kerana menurunkan Nizar dan menaikkan Dr Zambry.

Gambaran ini mungkin baru titik permulaan melibatkan sultan dan kesultanan Melayu. Yang mengecewakan ialah kebanyakan yang kelihatan mahu mencabar, derhaka dan berniat tidak baik terhadap institusi raja adalah bukan Melayu. Namun, mereka mungkin mempunyai alasan bahawa mereka menjadi pengikut sahaja kepada Nizar - pemimpin Melayu di Perak yang tidak mengendahkan titah perintah Tuanku Sultan Azlan Shah.

Nizar perlu ingat bahawa rakyat memilih beliau sebagai wakil di dewan undangan negeri sedangkan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar adalah kerana pekenan Tuanku dan peraturan negeri yang menyebut Menteri Besar hendaklah dari kalangan Melayu dan beragama Islam.

Lantaran itu, apabila Tuanku menitahkan Nizar meletakkan jawatan, beliau hendaklah melakukannya dengan rela hati kerana Sultan Azlan menggunakan peruntukan dan perlembagaan yang sama.

Tidak ada sebab untuk Nizar menunggu keputusan mahkamah kerana beliau diangkat menjadi Menteri Besar Perak bukan melalui institusi mahkamah.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa semakin banyak orang khususnya pemimpin bukan Melayu yang berani berlaga angin dengan Raja dan institusi Raja di negara ini. Jika dahulu Hindraf atau parti-parti politik pembangkang sekadar menentang kerajaan termasuklah demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan ganas, kini mereka lebih agresif dan berani sehingga berhadapan dengan Tuanku Raja-raja Melayu!

Adakah mereka menyangka hanya orang Melayu sahaja perlu hormat dan taat-setia kepada Raja semata-mata perkataan ’Melayu’ digunakan? Jika itulah sangkaan mereka, kelompok bukan Melayu berkenaan adalah silap dan jauh tersasar.

Ungkapan Raja Melayu digunakan membawa maksud Raja itu mesti dari kalangan Melayu. Ini bermakna Raja Kumaran, Rajasekaran, Rajakumar dan Uthyaraja atau Seriraja tidak menepati maksud tersebut! Ulam raja, burung raja udang dan raja buah juga tidak berkaitan.

Kedudukan Raja-raja Melayu adalah amat tinggi. Dalam Rukunegara sendiri, selepas prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, kedaulatan raja-raja dijelaskan melalui prinsip kedua iaitu Kesetiaan kepada raja dan negara.

Taat setia kepada raja amat tinggi kerana selepas raja barulah diikuti kesetiaan kepada negara. Oleh itu jangan kita tersalah tafsir kononnya kita taat kepada negara sedangkan kita tidak menghormati langsung Raja-raja yang ada.

Ini terbukti apabila Sultan Selangor menyatakan rasa amat kecewa Tuanku dengan gejala tidak hormat terhadap Sultan Perak. Walaupun luahan hati Baginda Sultan Selangor itu tersiar luas dan mendapat liputan besar-besaran, namun, rakyat jelata masih tidak mengambil endah. Ahad, Sultan Kelantan pula membuat teguran dan luah rasa Baginda.mengenai perpecahan yang berlaku pada umat Islam di negara ini.

Adakah perlu kesemua Raja Melayu bangkit menyatakan hasrat dan rasa isi hati masing-masing?

Di Perak, V. Sivakumar nampaknya “menjadi lebih raja’ daripada Raja yang ada. Beliau menggantung Menteri Besar dan enam EXCO daripada menghadiri sidang dewan, memecat setiausaha DUN dan mengadakan sidang DUN tanpa mendapat perkenan sultan.

Di Johor, Ketua Pembangkang dari DAP menyifatkan dasar bumiputera sebagai arpatheid dan Isnin, istilah itu bergema pula di Dewan Rakyat apabila disebut oleh Dr. P. Ramasamy (DAP Batu Kawan)

Dari demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, dewan undangan negeri dan Parlimen, malah ke peringkat istana, rakyat negara ini sudah amat berani memperlecehkan semua institusi berkenaan.

Puncanya…? Puncanya ialah keputusan pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008. Dalam pilihanraya tersebut, parti-parti pembangkang DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat berjaya menawan banyak kerusi sehingga gergasi-gergasi Barisan Nasional seperti Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas turut kecundang.

Kejayaan mereka memperoleh banyak kerusi Parlimen dan dewan undangan negeri sehingga berjaya pula menawan Selangor, Pulau Pinang dan Perak berpunca daripada kempen membenci kerajaan BN. Dan, pendokong kempen kebencian itu bukannya orang luar, tetapi orang Melayu sendiri!

Apabila Pulau Pinang dan Perak dikuasai DAP, nasib orang Melayu tidak terbela lagi. Kerana itulah ada arahan untuk merobohkan gerai yang sudah berusia kira-kira 30 tahun. Daripada 41 permohonan membalak diluluskan , pengusaha Melayu mendapat 11 sahaja

Di Selangor, projek ternakan babi mendapat perhatian utama walaupun kerajaan sebelumnya berbangga dengan masjid negeri dan pelbagai masjid baru lain yang telah dibina. Pendek kata, apa juga yang menyayat hati orang Melayu akan diberi keutamaan.

Inilah hakikat yang terpaksa dilalui apabila orang Melayu melalui UMNO yang menjadi teras dan tunjang keperkasaan BN dilihat dan ditanggapi sudah lemah. Kerana Melayu sudah lemah, orang lain mulai mempertikaian kedaulatan bahasa Melayu sehingga ada pula yang mencadangkan menaikkan martabat bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar.

Pergerakan Pemuda UMNO yang pernah diibaratkan sebagai harimau suatu ketika dahulu, kini boleh dipanggil ‘celaka’ sahaja kerana orang yang mengungkapkannya tentunya bertanya apa yang boleh Pemuda lakukan selain daripada menjerit dan tunjuk perasaan.

Di Parlimen, oleh kerana wakil-wakil UMNO sudah berkurangan, begitu juga dengan komponen lain, wakil-wakil pembangkang selalu mengambil kesempatan memperlecehkan mereka atau perjalanan dewan itu sendiri..

Pendek kata, dalam segala hal, termasuk berkaitan institusi kesultanan Melayu, pihak pembangkang dan penyokong-penyokong mereka mampu memperkotak-katikkan orang Melayu.

Di sinilah, UMNO yang menjadi tonggak perjuangan dan rujukan orang Melayu harus bangkit kembali. UMNO perlu mengembalikan keperkasaan, kekuasaan, kegemilangan dan kebolehpercayaan awam. Pandangan umum bahawa UMNO adalah lubuk kekayaan harus dikikis dan digantikan dengan projek pembangunan kemanusiaan dan ekonomi.

Kepercayaan umum bahawa menyertai Pergerakan Pemuda UMNO adalah ibarat menyertai institusi perniagaan juga harus diperbetul agar lebih banyak orang menyertainya untuk sama-sama berjuang.

Menyertai Pergerakan Wanita bukanlah lagi dilihat sebagai aktiviti masak-memasak dan kegiatan lawatan sambil belajar sahaja, sebaliknya hendaklah dijadikan pemangkin kemajuan meliputi pelagai bidang.

Lantaran itulah, mulai 24 Mac ini, melalui Perhimpunan Agung partinya, UMNO mempunyai peranan dan tanggungjawab yang amat besar. Perhimpunan Agung itu bakal menjadi medan mencari formula mengatasi masalah dan medan mengatur strategi membalas serangan dan maju ke depan.

Forum Perhimpunan Agung itu kelak juga seharusnya dapat mengembalikan era kegemilangan Pergerakan Pemudanya .Siapa yang bakal menjadi pengganti Hishamuddin kelak bukan persoalan utama. Sebaliknya, apa yang lebih penting ialah apakah perancangan ketua itu untuk mengembalikan martabat Pemuda dan keyakinan umum terhadapnya.

Begitu juga hasrat umum mahu melihat Pergerakan Puteri dan Wanita berganding bahu dan tidak lagi cakap tak serupa bikin atau lain di mulut lain di hati.

Puluhan calon yang bertanding untuk jawatan tertentu. Ini memungkinkan berlakunya berpuak-puak atau wujudnya kem-kem tertentu, dan sudah pasti banyak yang akan tewas daripada yang berjaya memegang jawatan.

Cabaran bagi mereka ini ialah untuk kembali bertaut membuktikan perpaduan, ikatan persaudaraan dan kesungguhan mereka demi kelangsungan UMNO dan orang Melayu. Ini amat penting kerana selesai sahaja Perhimpunan agung itu, mereka berhadapan pula dengan dua pilihanraya di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau Kedah. Ada kemungkinan akan berlaku juga di Bukit Lanjan di Selangor.

Sesungguhnya perjalanan dan pengisian Perhimpunan Agung UMNO itu nanti akan menjadi perhatian dan penantian umum. Mereka percaya, melalui perhimpunan itu, bukan sahaja akan berlaku peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, ia akan diiikuti dengan pelbagai perubahan dan tindakan sewajarnya bagi membendung segala macam perkembangan negatif yang sedang berlaku kini.

Benarlah UMNO parti orang Melayu, tetapi kehadiran parti keramat itu adalah sebagai tonggak BN yang meliputi kepentingan semua pihak.

Wednesday, March 4, 2009

INJUNKSI HALANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan, usaha sekumpulan ahli UMNO yang hendak mengambil tindakan injunksi bagi mengahalang Perhimpunan Agung UMNO tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan sedemikian dalam Akta Pertubuhan.

Malah beliau mengingatkan kumpulan berkenaan, berdasarkan perlembagaan UMNO, mana-mana ahli UMNO yang membawa perkara parti ke mahkamah akan gugur keahliannya secara automatik.

Berikut adalah jawapan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Kadar Ninam Shah dan Datuk Mazlan Harun:

Saya telah membaca kenyataan media yang telah dibuat oleh Datuk Kadar Ninam Shah dan juga Datuk Mazlan Harun di One World Hotel Bandar Utama, Petaling Jaya.

Mereka telah mempertikaikan berkenaan tuduhan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim dan surat yang telah dihantar kepada saya dan tuduhan ke atas Presiden dan Timbalan Presiden. Untuk makluman, saya telah menjawab pertuduhan tersebut dan Kapten (B) Datuk Zahar telah pun keluar dari parti sekali gus dipecat dari ahli UMNO. Justeru itu, tidak timbul seperti apa yang telah dibangkitkan dalam kenyataan media mereka.

Berkenaan laporan-laporan lain kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Lembaga Disiplin UMNO yang dituduh tidak mengambil sebarang tindakan, menunjukkan tuduhan terhadap kedua-dua pemimpin tertinggi parti bukan menjurus politik wang, jika ada unsur-unsur politik wang di mana peringkat sekalipun, sudah pasti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan.

Masalah ini wujud kerana persepsi UMNO sebuah parti korup sedangkan UMNO menjalankan amalan politik sihat. Mereka tidak ada hak untuk menekan supaya Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan sehingga kes-kes politik wang diselesaikan dan tidak ada peruntukan dalam Akta Pertubuhan dan Perlembagaan UMNO yang mengatakan Perhimpunan Agung UMNO tidak boleh diadakan melainkan masalah politik wang telah selesai.

Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya telah menyebut sekiranya ada laporan yang telah dihantar, yang menunjukkan penyelewengan berlaku, tindakan mesti diambil sebelum Perhimpunan Agung UMNO berlangsung. Jika ada sebarang penyelewengan berlaku, tidak semestinya Perhimpunan Agung UMNO dibatalkan.

Selain dari itu, saya ingin ingatkan kepada mereka tentang Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO yang menyatakan “mana-mana ahli yang membawa perkara parti ke mahkamah hilang keahliannya secara sendirinya”. Manakala, mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan, 1966 melarang mahkamah daripada mendengar apa jua keputusan parti (termasuklah tarikh Perhimpunan Agung) dan selepas 25 Mac, jika pemilihan tidak dijalankan, ianya telah melanggar peruntukan Akta Pertubuhan, 1966 dan Perlembagaan UMNO yang menyatakan bahawa pemilihan mestilah diadakan tiga tahun sekali (atau 18 bulan selepas tiga tahun).

Saya juga ingin menegaskan supaya, persepsi tentang seseorang calon itu tidak diterjemahkan kepada satu realiti.


~Agendadaily

SIDANG DUN BAWAH POKOK MALUKAN RAKYAT PERAK

Sidang DUN bawah pokok yang diadakan semalam mencetuskan insiden memalukan khasnya kepada rakyat Perak. Ramai beranggapan perkara tersebut telah membawa Perak ke zaman kerajaan Pasir Dua Butir.

Kita dengar apa kata rakyat Perak dalam ruangan "Apa Kata Mereka", KOSMO, rabu 4 Mac 2009 ~ "SEBAGAI rakyat Perak, saya malu dengan apa yang terjadi" YEOW JONG YAO, 20 Peniaga.

"SAYA yakin rakyat Perak akan membuka mata siapakah sebenarnya mereka ini" ZALI MAT SARIB, 40 Peniaga.

"DUN nampaknya bukan lagi institusi yang dihormati kerana dilangsungkan di bawah pokok" HUSNULL SHAHIMI, 18 Pelajar kolej.

"JIKA terus bermesyuarat di bawah pokok, bagaimana mereka mahu menyelesaikan isu-isu rakyat lain" R. SAGADEVAN, 19 Juruteknik Pendawaian.

TIGA PILIHAN RAYA KECIL SERENTAK

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh tersebut untuk kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Dalam pengumuman Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching hari ini, tarikh penamaan calon juga ditetap bersama dengan dua pilihanraya kecil di Semenanjung itu, 29 Mac.

Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

"ATAS POKOK PUN SAH"

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

"Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam.

SOALAN SAYA "Kalau bersidang atas pokok tu, agak-agak apa ya!? Memalukan!, tidak masuk akal atau hilang akal.

BOLEHKAH DERHAKA, CELUPAR, HINA ORANG DILAKUKAN ATAS NAMA DEMOKRASI?

“Saya tidak akan letak jawatan" " saya masih MB" "patik mohon sembah derhaka" "keputusan saya sebagai Speaker adalah muktamad" "sidang tergempar DUN Perak tidak perlu perkenan Sultan" "Pemuda UMNO celaka" "bumiputeraisme = apartheid".

Ungkapan-ungkapan di atas telah mewarnai suasana politik tanah air. Walaupun ada yang menganggap ungkapan berkenaan keras dan tidak sewajarnya dizahirkan, namun inilah budaya keterbukaan dan kebebasan yang cuba dipelopori.

Segalanya berselindung di sebalik nama demokrasi dan atas nama "mandat rakyat”. Maka tidak hairanlah ungkapan atau kenyataan yang dibuat seperti ini tidak menghiraukan langsung asas atau semangat sesuatu perkara itu diwujudkan di negara ini.

Segalanya bermula apabila Sultan Perak menitahkan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan ekoran beliau telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak setelah tiga ADUN kerajaan campuran ketika itu keluar parti masing-masing dan menyokong pembentukan kerajaan baru oleh Barisan Nasional (BN).

Sebagai tindak balas, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya mengajak rakyat berhimpun atas nama ‘selamatkan kuasa rakyat’.

Jika dilihat dalam soal perlantikan Menteri Besar, BN khususnya UMNO telah melalui banyak insiden dengan pihak Istana. Ada kalanya nama yang dicalonkan oleh parti ditolak oleh Istana. Atas nama ‘mandat rakyat’ atau ‘kami dipilih oleh rakyat’, UMNO boleh ‘mohon sembah derhaka’ macam yang dibuat oleh Nizar.

Namun sepanjang sejarah negara, tidak pernah rakyat diajak untuk ‘menyelamatkan kuasa rakyat’ hanya kerana tidak mendapat perkenan Istana atau kerana Istana telah membuat keputusan yang tidak sama dengan harapan serta cadangan parti.

Tetapi kini senario politik sudah berubah. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan apabila dititah meletakkan jawatan menurut peruntukan undang-undang tubuh negeri, boleh memohon sembah derhaka.

Ekoran kemelut itu, menyanggah pihak Istana seolah-olah sudah menjadi satu yang lumrah dengan berselindung diatas nama demokrasi dan mandat rakyat.

Terbaru, dalam soal memanggil sidang tergempar DUN Perak. Walaupun dalam undang-undang tubuh negeri itu menyebut dengan jelas sebarang sidang DUN yang hendak diadakan mestilah mendapat perkenan Sultan, Speaker DUN Perak meletakkan dirinya mengatasi segalanya apabila menyebut “sebarang tafsiran Speaker” mengenai Peraturan Tetap DUN adalah muktamad.

Inilah kehebatan kebebasan dan ketelusan yang dibawa oleh fahaman “menobatkan kuasa rakyat” dalam konteks negara yang diasas melalui persefahaman dan persetujuan meletakkan Institusi Raja sebagai ‘kuasa tertinggi’ yang perlu dirujuk dan dipatuhi.

Tanpa perlu merujuk tamadun pentadbiran negara yang telah wujud sejak Kesultanan Melaka 1411, persefahaman yang dibentuk sejak negara merdeka 62 tahun lalu kini seolah-olah diingkari.

Jika institusi tertinggi negara dan negeri kini dicabar, maka tidak hairanlah atas nama demokrasi dan kebebasan, celaan dan cacian dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri juga sudah menjadi satu kebiasaan.

Dengan berselindung di sebalik kekebalan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN, tuduhan dan kenyataan yang mengatasi undang-undang kini dijadikan ‘suara rakyat’.

Mengungkapkan perkataan ‘celaka’ atau menyamakan dasar untuk bumiputera dengan apartheid serta membuat tuduhan yang tidak dibuktikan, boleh diterima atas nama demokrasi dan mandat rakyat.

Namun apabila ada reaksi balas daripada pihak yang dituduh dan dihina, kumpulan yang menjunjung demokrasi ini, akan segera menyorok disebalik undang-undang minta diri mereka dilindungi.

Contohnya dalam isu Karpal Singh menuduh Pemuda UMNO celaka dan tanpa sebarang bukti menuduh Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya. Apabila sekumpulan Pemuda UMNO bertindak balas, mereka dituduh melanggar undang-undang.

Menariknya, tindakan Pemuda UMNO ini dikatakan tindakan yang ganas dan perlu dihukum.

Semua pihak memang setuju jika melanggar undang-undang perlu dihukum. Tetapi dalam prinsip keadilan, punca sesuatu kejadian juga tidak boleh diketepikan.

Walaubagaimanapun kehebatan kumpulan yang berselindung diatas nama demokrasi ini, mereka mempunyai senjata yang paling ampuh iaitu menyalahkan orang lain.

Buktinya, apabila insiden Karpal Singh berlaku di Parlimen, Anwar dalam komennnya di dalam Dewan Rakyat menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk keganasan.

Malah katanya, jika ada pihak dari partinya yang bertindak ganas, beliau tidak akan membela mereka.

Bagaimanapun semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, apabila ada sekumpulan penyokong PKR menyerang wartawan, Anwar dengan cepat mengatakan “ini adalah angkara provokasi BN”.

Maknanya kesimpulan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mhamad Nazri Abdul Aziz bagi menggambarkan mereka yang berselindung di sebalik nama ‘demokrasi dan rakyat’ ini amatlah tepat sekali.

“Apakah ketuanan rakyat bermakna mereka mahu kepada sistem republik,” tanya Nazri yang menyimpulkan bahawa derhaka, celupar, hina orang, semuanya boleh dilakukan atas nama demokrasi mengikut acuan mereka sendiri.

~Agendadaily

Tuesday, March 3, 2009

MAHKAMAH BENARKAN PERMOHONAN HALANG SIDANG DUN PERAK

Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) lain menghalang Speaker DUN, V Sivakumar, daripada memanggil sebarang sidang dewan tanpa perkenan Sultan Perak, termasuk sidang tergempar.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Rizwan Ibrahim, dalam kamarnya selepas mendengar permohonan panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar. Firoz berkata keputusan itu membawa kembali pentadbiran berlandaskan perlembagaan di Perak yang sekarang kucar kacir.

KEMARUK KUASA TAHAP MELAMPAU


Sidang DUN bawah pokok telah meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini.

Memetik kata-kata warisan2057 ~ Ini cuma bikin gelak. Sidang kumpul kanak-kanak PASTI pun nak mengadap Tuanku Sultan.

Kita nak cadangkan kat Nizar, kamu mengadap aje ler KARPAL SINGH, SINGH IS THE KING, manusia yang beria-ia nak jadi Raja. Pastinya Raja Singh akan ikut telunjuk kamu.

Persidangan ini adalah illegal kerana semua peraturan DUN tidak dipatuhi. Soal perkenan sultan, soal notis mesyuarat, soal quorum, soal penggantungan, semuanya dilanggar.

Ini adalah macam aksi Sidang Parlimen Kanak-kanak yang pernah di pengerusikan oleh Pakcik Jamal Pendek ! Ingat tak ?

Perbuatan REGIM PAS ini pasti akan ditertawakan oleh anak-anak PASTI. Syabas PAS kerana kanak-kanak pun boleh tergelak.

SIDANG TERGEMPAR DUN BAWAH POKOK

"SYABAS PAS KERANA TERUS-TERUSAN MENJADI BONEKA DAP, MENGAMALKAN LAW OF THE JUNGLE, MELETAKKAN UNDANG-UNDANG DI TANGAN SENDIRI DAN MERASAKAN MEREKA SEBAGAI ABOVE THE LAWS."


Perak menjadi tumpuan kali ini ekoran keputusan Speaker, V Sivakumar untuk meneruskan juga sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

10.49am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut aturan dan peraturan.

10.46am: Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

10.35am: Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker Sivakumar memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili speaker.Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Sivakumar. Thomas berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.

10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang tergempar DUN dibuka dengan bacaan doa.

10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan. Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

9.45am Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama. Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

9.30am menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.

9.20am Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

9.10am Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah.

9am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.

8.50pm: Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong.

8.30am: Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

8.15am: Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRUM) dan trak meriam air kelihatan di situ.Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berhimpun di bangunan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang untuk berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri sebelum jam 10 pagi sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar DUN. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Speaker V Sivakumar yang dijangka didengar jam 9 pagi di Mahkama Tinggi Ipoh.

~Malaysiakini

UMNO JANGAN DI GANGGU GUGAT

BERITA yang bertiup kencang semenjak petang tadi ialah kenyataan berhubung satu kumpulan di dalam Umno yang akan membuat injunksi di mahkamah bagi menghalang perhimpunan agung Umno diadakan pada Mac depan.

Khabar angin tersebut menyatakan injunksi itu akan dilakukan oleh seorang ahli UMNO yang bergelar Datuk dengan alasan yang belum jelas.

Satu sidang akhbar bagi menjelaskan perkara tersebut akan diadakan esok di Petaling Jaya pada pukul satu petang.

Sekiranya berita ini benar, saya percaya ianya tiada kena mengena dengan Pak Lah kerana Pak Lah telah awal-awal lagi menyatakan akan menyerahkan jawatan kepada DS Najib Razak pada akhir bulan ini.

Sehingga berita ini disahkan dan kita tahu niat disebaliknya, saya ingin mengingatkan mereka yang terlibat supaya jangan cuba mengganggu gugat UMNO.

UMNO tidak perlu berada di dalam keadaan krisis. UMNO perlu bersatu padu dan melakukan perubahan untuk terus membela agama, bangsa dan negara.

Dengan erti kata lain, momentum kebangkitan UMNO yang diperlihatkan di seluruh negara berasaskan peralihan kuasa tidak disekat dan di halang.

Monday, March 2, 2009

SIVAKUMAR KENA "CHECK MATE"

Tindakan Speaker Dap Dun Perak yang semberono akhirnya bertemu buku dengan ruas. Dia bermain politik sebagai Speaker dan berlagak lebih sudu dari kuah. Hasrat nya untuk mempertahankan Regim Pas akhirnya terkubur.

Sivakumar berhasrat hendak mengadakan Sidang Khas Dun untuk cuba memberikan nafas kepada MB Regim Pas boneka Dap. Ia terbantut.

Setiausaha DUN yang menjadi pemegang suratcara dan aturcara Dewan mengesahkan bahawa Sidang khas Dewan tidak mendapat perkenan DYMM Sultan untuk diadakan.

TPM DS Najib pula menyatakan tindakan Speaker DUN Perak nak adakan sidang tergempar adalah tak sah. Menurutnya lagi selagi mahkamah belum buat keputusan keatas dua kes berkaitan kerajaan negeri itu yakni kedudukan 3 ADUN negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan, selagi itu adalah mustahil Dun boleh bersidang.

Puncanya kerana tindakan ultravires Speaker Dap itu yang membuat keputusan penggantungan tiga orang ADUN itu di luar sidang Dewan.

Pejabat SUK Perak hari ini melengkapkan perintah Setiausaha Dun untuk tidak membolehkan sidang Dewan apabila mengumum pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN akan ditutup esok.

Tindakan demi tindakan ini merupakan pematuhan Rule of Laws seperti yang termaktub dalam Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Aturan Tetap DUN Perak.

Exco Perak Mohd. Zahir pula kemuka notis mahu merujuk Speaker DUN Sivakumar kepada J/Kuasa Hak dan Kebebasan atas alasan tidak hormati Sultan Perak.

Maka sudah jelas lagi bersuluh buku bertemu ruas. Siapa yang patuhi Rule of Laws, siapa yang mengikut rule of the jungle. Mr Speaker Dap, you are check mate !

Dipetik daripada ~ www.warisan2057.blogspot.com

SETIAUSAHA DUN PERAK PULA DI PECAT

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memecat Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu.

Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.

DRAMA DI PERAK SEMAKIN MENARIK


Drama di Perak semakin menarik. Perkembangan terbaru menyatakan kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan DUN Perak akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup. Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

KEMASKINI!!!~Ketua Polis Perak memberi amaran akan mengambil tindakan sekiranya perhimpunan haram diadakan di BangunanPerak Darul Ridzuan esok. ~Bernama SMS

KEMASKINI!!!~Berita ini saya petik dari blog penyokong PR~"Sidang DUN tu tetap jalan terus..jadi ler tu, sebab sidang DUN tak semestinya dibuat diBangunan SUK. Katanya boleh dibuat di rumah MB, ditepi rumah Zambry pun boleh.., depan Pej. Perhubungan Umno Negeri pun boleh, kalau kat Pejabat Pas lagi ler boleh, atau kat Kedai Nasi Ganja pun boleh..! Ahh...! Roti Canai unnek...! Teh Tarik unnek..hoi..! zambri, ini meja kasi lap dulu laa..!"

Kita tunggu besok kat mana sidang tersebut akan diadakan, mungkin tepi longkang depan rumah Nizar yang baru kot. Nasib baik mak aku tak baca, kalau dia baca tentu bergolek-golek dia ketawa!!! Macam ni orang pun ada dalam dunia ni!!!

RAZALI MINTA 700,000 PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS

Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu.

Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.

Katanya, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.

Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.

~Agendadaily

NOTIS RUJUK SIVAKUMAR KE JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN DUN

IPOH, 2 Mac (Bernama) -- Exco kerajaan negeri Perak Mohd Zahir Abdul Khalid hari ini menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V.Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu atas dakwaan salah laku.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada setiausaha politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir berkata notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN.

"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak. Kita sebagai anggota DUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah-bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.

Mohd Zahir berkata mengikut Artikel 47 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan perlembagaan serta undang-undang tertinggi di Perak, semua anggota DUN mengangkat sumpah antara lain untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Sultan Perak.

-- BERNAMA

SIDANG TERGEMPAR TETAP DIADAKAN

IPOH, 1 Mac (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini berkata sidang tergempar Dewan itu Selasa ini adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri petang ini yang mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Setiausaha DUN Perak itu juga berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Sivakumar sebaliknya menegaskan Abdullah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan beliau (Abdullah) adalah hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," katanya.-- BERNAMA

Sunday, March 1, 2009

SIDANG TERGEMPAR TIDAK SAH

Kemelut politik yang melanda negeri Perak, selepas Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri baru awal bulan lalu, terus berlanjutan.

Hari ini, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ni adalah tidak sah.

Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenanSultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

~Malaysiakini

Kita tunggu apa tindakan `kartun' Pakatan Rakyat seterusnya.

KENAPA MEREKA SEMAKIN BERANI?

Provokasi demi provokasi terus dilakukan. Bermula dengan Karpal Singh yang ingin mengheret Sultan Perak ke Mahkamah, isu pemuda UMNO `celaka’, speaker DUN Perak membelakangi Sultan dan yang terbaru menyamakan dasar-dasar membantu bumiputera dengan `aparteid’ terus dimainkan.

Sudah tentu provokasi-provokasi ini adalah keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang berfikiran waras. Soalannya kenapa mereka ini semakin berani?.

Adakah kerana keterbukaan kepimpinan Pak Lah? atau mereka mendapat sokongan pemimpin-pemimpin melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat? atau orang melayu dilihat berpecah belah dan berada di dalam kedudukan paling lemah dalam sejarah politik Malaysia?

Pada pandangan saya ketiga-tiga faktor tersebut menyumbang kepada `keberanian’ pemimpin-pemimpin bukan melayu Pakatan Rakyat.

Saya menyanjung tinggi kepimpinan Pak Lah. Bagi saya Pak Lah adalah antara pemimpin yang berhati mulia pernah dilahirkan oleh negara. Namun Pak Lah tidak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada seperti ISA untuk menyekat perkara ini. Sedar tak sedar kaduk sudah menaiki junjung.

Keterbukaan ini memberi peluang kepada DAP yang sememangnya mahu menafikan realiti sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan bagi mencapai cita-cita agung mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara republik dengan Anwar Ibrahim dicanang sebagai Presiden yang pertama untuk mendapatkan sokongan orang melayu.

Mereka berselindung disebalik kekebalan Parlimen, proses perundangan, perjuangan kesamarataan dan keadilan.

Yang malangnya perjuangan kesamarataan dan keadilan ini ditakrifkan mengikut kehendak mereka sendiri. Dalam erti kata lain hanya perkara yang menguntungkan mereka sahaja diperbesarkan. Mereka mahu lebih tetapi tidak mahu bertolak ansur apatah lagi memberi apa yang mereka ada.

Sebagai contoh mereka tidak menyokong sistem sekolah satu aliran dan menggunakan satu bahasa selain berdiam diri di dalam kesamarataan dan keadilan ekonomi yang berpihak kepada mereka.

Mereka seolah-olah seperti Yahudi yang akhirnya mengambil hak golongan majoriti seperti yang dialami oleh rakyat palestin.

Gerakan itu sudah bermula dan semakin jelas. Perkara ini di tambah dengan sokongan daripada pemimpin-pemimpin melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat yang dilihat berperanan sebagai `Yes man’.
Apabila Karpal Singh ingin menyaman Sultan Perak, pemimpin melayu pakatan rakyat dari atas hingga bawah menyokongnya termasuk pemimpin yang dekat dengan saya di sini iaitu Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato’ Kamarul Baharin Abbas.

Begitu juga apabila Karpal Singh mengatakan Pemuda UMNO `celaka’. Semua berkata `ya betul’ seolah-olah Karpal Singh adalah raja. `singh is king’.

Saya tidak tahu untuk mengelaskan pemimpin jenis apakah mereka ini? Bagi mereka matlamat perjuangan adalah `takhta’ semata-mata tanpa mempedulikan nasib bangsa dan negara.

Tepuk dada tanya iman!!!

"BUMIPUTERAISME = APARTEID" BIADAP

SEREMBAN 28 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid adalah biadab.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Cheng Hau tidak ubah seperti individu yang dangkal pemikirannya, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

‘‘Dia tahu ke apa itu aparteid. Kalau aparteid, hendak masuk ke bilik air pun tidak boleh. Naik bas, ke sekolah, bergaul dengan masyarakat, hendak dapatkan kerja semuanya tidak boleh. Peluang pun tidak ada.

‘‘Adakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang digubal oleh pakar-pakar pelbagai kaum hendak disamakan dengan aparteid,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pekerti, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, Pegawai Kewangan Negeri dan Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman.

Sehubungan itu kata Mohamad, amat wajar Cheng Hau memohon maaf kerana kata-kata berselindung di sebalik imuniti dalam Dewan Undangan Negeri boleh juga didengar oleh rakyat.

‘‘Kita sudah terlalu payah menyatupadukan rakyat sejak 52 tahun lalu dan kita sudah bina penyatuan yang baik. Jadi ingatlah, kalau hendak jadi pembangkang, jadilah yang baik,” katanya.

Sementara itu dalam majlis berkenaan Mohamad turut menyampaikan sumbangan untuk tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan lslamic Relief Malaysia (IRM).

Sumbangan sebanyak RM15,000 itu disampaikan bagi pihak Pekerti dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) cawangan Negeri Sembilan sebanyak RM8,000.

Sumbangan diterima oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

~Utusan