Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh tersebut untuk kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.
Dalam pengumuman Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching hari ini, tarikh penamaan calon juga ditetap bersama dengan dua pilihanraya kecil di Semenanjung itu, 29 Mac.
Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

2 comments:
BN kena menang sekurang-kurang dua pilihanraya kecil ini untuk menyekat kemaraan PR. Adakah ini boleh dicapai? Saya fikir boleh. Apa yang penting ialah BN harus bergerak sebagai satu parti dan membuang elemen2 negatif yang boleh menjejaskan peluangnya untuk menang.
Saya yakin BN akan menang di Batang Ai.
Di Bukit Gantang, bergantung kepada calon. Perkembangan terkini DS Najib yang mengesahkan calon tempatan yang disukai rakyat akan menjadi calon, memberikan gambaran positif kepada BN.
Itulah yang ditunggu oleh rakyat bukit gantang selepas beberapa lama kerusi tersebut diberikan kepada Gerakan dan PRU-12, calon dari luar bertanding.
Di Bukit Selambau, pandangan saya adalah 50-50 memandangkan MIC berada pada tahap paling lemah.
Post a Comment