**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, March 20, 2009

TUN TAK PERLU KECAM ALI DAN MOHD TAIB

Tun hari ini mengeluarkan kenyataan supaya Lembaga Disiplin tidak mempedulikan rayuan yang dibuat oleh Mohd Ali Rustam. Beliau juga meminta supaya Mohd Ali melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Selain daripada itu Tun juga mengeluarkan kenyataan menghina Mohd Taib sebagai seorang yang tidak boleh membaca dan bercakap Bahasa Inggeris sehingga membuat kesalahan di Australia.

Kenapa Tun begitu lantang?. Tidak cukup lunyai lagikah parti kesayangan orang melayu ini?

Tun juga menyatakan sokongan terbuka kepada Muhyiddin. Apa tujuannya?

Saya tidak mahu mempertikaikan Muhyiddin. Dia adalah pemimpin UMNO yang harus dihormati. Tetapi siapa Tun untuk mengajar perwakilan memilih calon itu dan calon ini.

Tun harus sedar, dia tiada kena-mengena lagi dengan UMNO, Beliau bukan lagi pemimpin atau ahli UMNO. Cukuplah apa yang Tun telah lakukan kepada UMNO selama ini.

Jangan dipecahbelahkan lagi UMNO dengan melaga-lagakan pemimpinnya. Ahli UMNO sudah bosan dengan permainan politik Tun.

Tidak sedarkah Tun, apabila Tun turun dari takhta UMNO, rakyat meraikannya dengan memberikan kemenangan besar kepada BN, tetapi Tun tidak puas hati. Tun kata kemenangan besar tersebut tidak baik untuk kerajaan.

Pada PRU-12, Tun menyerang BN habis-habisan, Segala pembaharuan yang dilakukan Pak Lah, Tun perlekehkan. UMNO Tun telanjangkan. Kenyataann-kenyataan Tun telah digunakan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Tun sengaja mengaitkan budak tingkat 4 yang begitu `berkuasa’ keatas kerajaan. Tun ingin menjatuhkan Khairy. Persoalannya kenapa?

Sekarang jelas, Tun sebenarnya ingin menjadikan anak Tun sebagai Ketua Pemuda UMNO. Tun berhajat melihat anak Tun meneruskan kesinambungan kuasa.

Rakyat dan ahli UMNO tidak boleh ditipu selamanya. Bila sampai masanya mereka akan bangkit. Mereka telah muak berada dibawah kepimpinan Tun selama 22 tahun. Rakyat tidak sanggup lagi menanggung beban yang telah ditinggalkan oleh Tun.

Kenapa Tun sanggup menggadaikan rakyat? Berapa lama lagi rakyat dipaksa untuk membayar tol?

Sedarkah Tun, sudah berapa lama kerajaan pimpinan Pak Lah terpaksa berkerja keras menguruskan masalah yang ditinggalkan Tun.

Sekarang ini pula Tun dengan muka tak malu ingin mengajar perwakilan memilih calon-calon kegemaran Tun. Orang melayu sudah cukup bersabar dengan Tun. Jangan sampai satu lagi parti serpihan UMNO ditubuhkan kerana Tun.

Perwakilan UMNO yang terdiri dari generasi millennium, bukannya bodoh lagi, mereka menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti.

Oleh itu mereka berhak memilih pemimpin yang mereka suka.

8 comments:

Anonymous said...

Pukimak kau!
Siapa kau yg nk komen ttg TDM..
Ptuih!!!!
Tak sedar diri tu siapa..
Nk bandingkan kau dgn TDM..jauh langit dengan bumi!

Anonymous said...

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dalam kelambu aje. Terlalu banyak jasa tun atas kau minah... tak yahlah cakap...ngabihkan beras jer..

Anonymous said...

Pendek akal blogger ni... kalau Taib Taik jadi TPM... UMNO bleh bungkus... Dahla x panai BI, tranfer duit juta-juta.. guna dana kerajaan utk beli sokongan orang kampung.. x sedar diri... walaupun hanya perwakilan je yang bleh pilih... tp kalau pilih yang busuk... tggu jela GE13... UMNO akan dibakulsampahkan.. sekian..

Anonymous said...

Memang betul pun...Tun Kaki Belit...

Ni nak suruh pulak Firaun Kecik jadi pemimpin.

Sebab Tun Belit ni lah UMNO rasuah dan Malaysia kucar kacir...asyik bergaduh hal politik jer...

Belit oh belit

add

Anonymous said...

Kepada TUN,

- Kelak nanti majoriti rakyat tidak akan menyokong pada pemimpin atau bekas pemimpin yg bersifat 'desperado'.memburukkan imej pemimpin lain.

-Tun cuba mewujudkan pengaruh,tapi...pengaruh itu tidak akan kekal lama.Pasti niatnya akan dicurigai satu hari nanti.

-Tun semakin menggelabah..dan sebab itulah isu2 dibangkitkan bagi tujuan melemahkan calon lain.

-Apakah sifat ini memberi kepentingan pada parti?Sudah tentu tidak!

-Sudahlah Tun,amalkan sifat musyawarah,yg selalu diamalkan dlm BN/UMNO.Buatlah spt 'menarik rambut di dlm tepung'.Tegur secara rasional dan bijaksana.

-Tun janganlah menggunakan taktik mengapi-apikan org itu dan ini....tetapi berselindung disebalik demokrasi,hak asasi manusia,kebebasan bersuara bla,bla...

-Kata2 dan dakyah2 yg 'disemai' oleh TUN sebenarnya telah berjaya melahirkan 'golongan' yang benci pada pemimpin,biadap,tiada kesetiaan dan jati diri!!!!

-Tun dah tak sabar-sabar mahu 'teamnya'mengambil alih pentadbiran kerajaan!Sabarlah,biarlah ianya berlaku dengan kaedah berhemah!!

-Tun sebenarnya telah mewujudkan permusuhan sesama sendiri,mengotorkan 'kejernihan' yg telah lama wujud.

-Tun tak perlulah kecam org lain kerana boleh jadi yg dikecam itu lebih baik dari diri kita.

-Saya rasa Tun kalau tiada kepentingan,sudah tentu beliau tidak akan bercakap terang-terangan.Maknanya Tun berniat,dan hanya Tun yang tahu apa yg didlm hatinya.

Anonymous said...

jgn pendek akal..kau tanya semua org umno tun is the best...bukan pak lah tak bagus tp kurang sgt...telus yg bawa pupus pak lah tu..ada org baik yang bodoh bengong..jd cr yang pandai dan bagus dan terbagus memimpin negara...

Anonymous said...

Boleh pakai lagi ke orang tua tu? Memamng benar dia telah banyak berjasa dulu, tapi jasa-jasanya dulu juga yang menghantui UMNO sekarang. Ide penswastaan ide Tun. Ide baik mengurangkan bebanan kerajaan dalam memakmurkan negara dan memberikan keselesaan kepada rakyat. Tetapi hari ini ide yang sama mencengkam rakyat. Lebuhraya bertol, Penjana Kuasa bebas (IPP), penswastaan air, Pos Malaysia dan banyak lagi. Rakyat masih membayar untuk semua ide ini hingga ke hari ini. Memang benar kita perlu membayar untuk keselesaan tetapi sampai bila kita perlu lakukan.

Mengapa nak perli Muhammad Mohd Taib tak pandai cakap Inggeris? Dulu masa Mad Taib MB Selangor zaman Tun jadi PM, tak komen sebegitu pun. Malah diberi pujian berjaya membangunkan Selangor sebegitu maju. He might not speak good English, tetapi keikhlasan dan rendah diri beliau jelas. Komitmennya terhadap parti boleh dibanggakan. Ini atas pengalaman peribadi saya bersama beliau dalam banyak pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini.Tun Ghafar Baba dulu tak mahir juga berbahasa Inggeris, kenapa Tun jadikan beliau TPMnya juga? Mungkin kerana Tun Ghafar komited kepada parti dan perjalanannya, dan Tun Mahathir boleh memberi tumpuan kepada perjalanan kerajaan.

Nampak sangat Tun Mahathir ni sokong Muhyiddin. Apakah Muhyiddin telah/boleh memberi jaminan kepada Tun Mahathir bahawa jambatan bengkok igauan Tun Mahathir yang dibatalkan Pak Lah akan akhirnya direalisasikan apabila Muhyiddin menjadi TPM? Siapa sebenarnya untung jika jambatan ini dibina? Kontraktor dan pemegang konsesi juga yang untung. Siapa yang akan membayar kosnya? Rakyat juga yang akan membayar. Perlukah rakyat membayar Harga yang terlalu tinggi hanya untuk self pride.

Kita perlu sedar dan ingat bilakah bermulanya Mahathir menghentam kerajaan Pak Lah? SEJAK PAK LAH MEMBATALKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK DARI JB KE SINGAPURA CETUSAN DAN ILHAM MAHATHIR.Bukan Tun seorang sahaja, malah bekas SU Politiknya pun turut sama. Persoalan besar: MENGAPA? ADA KEPENTINGAN PERIBADI, KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN(KRONI)?

Kritikan dan kecaman yang tiada hentinya inilah yang telah memberi keputusan buruk kepada BN dalam PRU12. Ingat 'half past six' cabinet. Sebahagian besar kabinet Paklah adalah diwarisi dari kabinet Tun. Tidakkah half past six pada masa itu?

Kebelakangan ini Tun M nampaknya gemar mencela individu-individu yang sebelum ini beliau sendiri memuji termasuk Dato Najib.

Saya tidak berniat untuk tidak menghormati Tun atas jasa-jasa baiknya tetapi saya juga tidak sanggup berdiam diri dan hanya melihat tindakan dan perlakuan yang terus menerus memusnahkan kredibiliti parti saya walaupun sememangnya ia sudah goyah.

Anonymous said...

Orang ni kelihatan terdesak apabila melihatkan orang2 dolah bodohwi bakal kalah dlm pemilihan umno minggu dpn..:)
shame on you!