**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, March 9, 2009

DEMONSTRASI PPSMI CEMAR IMEJ PEJUANG BAHASA TULEN


"Sudah terang lagi bersuluh", kehadiran pemimpin-pemimpin PKR dan PAS di perhimpunan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dieksploitasikan oleh parti pembangkang.

Berdasarkan apa yang berlaku, jelas tindak tanduk sebahagian daripada mereka bukan berasas kepada perjuangan bahasa mahupun pendidikan. Sebaliknya mereka cuba mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka.

Pejuang-pejuang bahasa tulen seperti Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA) Datuk Baha Zain telah diperalatkan dan terperangkap di dalam situasi ciptaan mereka ini.

Mereka bijak mengeksploitasi pejuang-pejuang bahasa tulen yang sebelum itu memberi jaminan mengadakan perhimpunan secara aman dan hanya beberapa orang sahaja akan ke Istana Negara menyerahkan memorandum bantah PPSMI kepada Yang di Pertuan Agong.

Oleh itu saya menyeru kepada pejuang-pejuang bahasa tulen supaya menjauhi kumpulan ini. Sekiranya mereka terus diperalatkan, lama-kelamaan imej mereka sendiri yang selama ini dipandang mulia oleh masyarakat akan tercemar.

4 comments:

kamal said...

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

Anonymous said...

Perjuangan GMP adalah perjuangan rakyat dan bukan perjuangan parti politik.

Umno tidak boleh lagi sekadar berjuang 'mempertahankan' agama, bangsa dan bahasa Melayu. Akibat daripada sikap mempertahankan inilah bahasa tidak maju.

Sepatutnya Umno bersikap memaju, mendaulat, memperkasa dan mengangkasakan bahasa Melayu. Dan bukannya mempertahankannya begitu sahaja.

Bolehkah Umno beri jaminan bahawa dengan PPSMI ini buku-buku sains dan matematik dalam bahasa Melayu akan terbela dan boleh didapati dengan mudah dan lebih daripada mencukupi untuk rujukan anak cucu nanti.

Anonymous said...

PPSMI jelas satu tindakan yang ambil cara mudah dan tidak ingin sahut cabaran sedikit susah.

Selain itu PPSMI juga telah ambil jalan singkat dan biadab terhadap bahasa Melayu sebenarnya. Sebab itu pejuang bahasa bertindak sedemikian.

Siri provokasi yang berterusan inilah mencetuskan perarakan GMP. Hukum ini adalah normal dan menepati kiraan.

Tai said...

Inilah kerja pembangkang yang memang mahukan melayu terus lemah dan lemah. mereka mahu melayu tidak tahu inggeris. Senanglah mereka nak kawal selia.