KHAIRY JAMALUDDIN boleh dilihat sebagai `popular’ dengan menghentam parti dan kerajaan yang di dokongnya. Beliau juga boleh untuk di lihat sebagai `hero' dengan menuding jari kepada pemimpin lain setiap kali parti dan kerajaan menghadapi masalah.
Selain daripada itu beliau juga boleh menulis surat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri yang lain menuntut ketidakpuasan hati, itu dan ini bagi meraih populariti.
Tetapi beliau lebih rela, mengambil pendekatan tidak `populis' dengan mempertahankan parti dan kerajaan pada setiap masa.
Sebab itulah di dalam program `Hujah’ tempoh hari, beliau di lihat tidak popular dengan mendapat tepukan hanya sekali, itupun bercampur ejekan.
Memanglah, perkara yang paling menarik di dalam politik adalah dengan membangkang. Lebih-lebih lagi sekiranya disulami dengan cacian dan fitnah. Sebab itulah ceramah `Mat Sabu' sentiasa dipenuhi pengunjung.
Persoalannya kenapa Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan tersebut?
Sebenarnya tanpa kita sedari, beliau telah menjadi lilin, mengenepikan kepentingan peribadi dengan mempertahankan parti dan kerajaan pada setiap masa.
Beliau rela di lihat tidak popular kerana menjalankan tanggungjawabnya.Sekiranya tiada Khairy Jamaluddin pada malam `Hujah’ tersebut berlangsung, UMNO dan kerajaan langsung tidak dipertahankan.
Beliau sedar dimana beliau berada. Beliau tahu menghormati pemimpin lain, tahu menghormati yang lebih tua dan beliau memahami apakah ertinya institusi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Sebab itulah beliau tidak mengambil jalan mudah untuk meraih populariti.
Oleh itu saya menyeru kepada semua perwakilan yang berada diluar sana supaya mempertimbangkan dengan fikiran yang waras sebelum membuat pilihan.
Berpijaklah di bumi yang nyata tanpa dipengaruhi persepsi semata-mata.
Memang menjadi hak perwakilan untuk memilih sesiapa yang mereka suka tetapi pilihlah pemimpin yang tahu di mana diri mereka berada, parti mana yang mereka wakili dan parti mana yang menyebabkan mereka menjadi pemimpin sekarang ini.
Salam Setiakawan.

7 comments:
inilah diri sebenar KJ ..kita kalau hendak menilai seseorang harus melihat kepada realti kehidupannya bukan persepsi negatif yang dituduh kepadanya .
harap Pemuda UMNO Teluk Kemang support YB KJ ..
Mungkin KJ tahu kalau ada sejuta orang yang bencikan kita, ada sejuta pula yang kasihkan kita.
Khairy telah membuktikan bahawa kekuatan yang beliau miliki bukanlah datangnya dari Pak Lah.
Khairy seolah-olah telah bersedia dengan pengumuman peralihan yang diumumkan oleh Pak Lah dan beliau sudah bersedia untuk membuktikan kepada semua bahawa beliau mempunyai pengaruh sendiri walaupun Pak lah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Jadi soal anak menantu sudah tidak menjadi persoalan lagi…
Sebagai NKP yang telah memimpin Pemuda UMNO selama beberapa tahun dan telah mengenali segala intipati dalam pergerakan tersebut , tidak ada sebab mengapa Khairy tidak boleh mengisi kekosongan yang akan dikosongkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan jika mengikut haraki , Khairy lah yang sepatutnya mengisi kekosongan itu.
Kita memerlukan seorang ketua pemuda yang berani lagi lantang di persada politik masa kini yang boleh membela nasib orang melayu… seorang ketua daripada golongan yang eklusif dan bangsawan yang sukar didampingi perlu di tolak untuk memimpin pemuda UMNO malaysia…
Hanya mereka yang pernah melalui kesusahan memahami jiwa rakyat kebanyakkan terutama melayu kita… Manifesto setiakawan yang diperkenalkan oleh Khairy, menggambarkan perjuangan persahabatan dengan tujuan utama untuk mengurangkan jurang antara akar umbi dan pemimpin.
Ayuh… marilah kita semua ketepikan sebarang tanggapan yang kurang elok terhadap beliau. Kita fikirkan secara rasional.
Beliau amat-amat berkemampuan untuk mengambil alih tugas yang bakal ditinggalkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Insya’ Allah sekiranya YB Khairy Jamaluddin berjaya dalam pemilihan kelak, Pergerakan Pemuda UMNO akan kembali perkasa dalam menjadi tulang belakang perjuangan UMNO itu sendiri.
HIDUP Khairy… teruskan perjuangan mu.. Allah bersama dengan mereka yang ikhlas… Selamat Berjaya dan selamat menjalankan tanggung jawab mu…
Salam Perjuangan
BJ
Perwakilan perlu banyak berfikir dan perlu banyak melihat dari segala sudut untuk memilih Ketua pemuda yang bakal memimpin sayap muda UMNO yang gah ini agar mereka benar-benar mendapat pemimpin yang benar-benar menepati ciri -ciri sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO. Pemuda UMNO yang bijak , berani dan mempunyai keyakinan untuk menghadapi segala cabaran yang akan dihadapi sebagai Ketua Pemuda UMNO. Pastinya perwakilan pemuda tidak akan membuat kesilapan dengan memilih kepimpinan yang lemah yang pasti akan mengadai maruah Pemuda itu sendiri.
Undilah KJ 03
Inilah pemimpin yang kita cari selama ini
Salam setiakawan
JANGAN TERSALAH PILIH!!
Memilih pemimpin teladan bukan sesuatu yang remeh!!Silap gaya kita akan tersimpang buat jangka masa yg panjang!!Kenali calon yg boleh dijadikan ikut-ikutan.Tapi bagaimana hendak dapatkan maklumat calon yg kita boleh rujuk?
Ini cadangan saya:
1)Buku/Rencana/blog dll
Ia menulis ttg kehebatan dan kejayaan calon berkenaan.Kaji dan pelajarilah!!
2)Temuramah/debate/hujah dll
3)Berjumpa dan bergaul -yg sudah berpeluang ini bonus buat mereka!!
4)Bertanya dari org lain
Tetapi pilihan saya pada pemimpin yg punya kemahiran 4M iaitu MEMBACA,MENDENGAR,MENULIS,MEMBENTANG!!
-membaca dan mendengar adalah kemahiran menerima maklumat.
-menulis dan membentang adalah kemahiran sampaikan idea!
Kita tak akn memiliki pemimpin yg sebenar jika punya sebahagian kemahiran diatas!!
Pada calon2 ys suka menunding jari,
apalagi yg boleh saya katakan kecuali..'Jangan salahkan keadaan,Buatlah perubahan'!!
Salam Setiakawan
maafkan saya jika pandangan saya agak berlainan.
pada saya membantah atau mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan bukanlah bererti kita tidak menyokong kerajaan..
ada ketika suara-suara membantah inilah sebenarnya yang sayangkan umno dan bn. kerana sayangkan umno dan bnlah beberapa cadangan yang tak sesuai pada ketika ini perlu diketepikan. dan rakyat sendiri sebenarnya tidak mahu ketua-ketua, ahli parlimen atau adun yang dipilih ada elemen 'yes boss'
Yang lebih penting adalah mendapatkan sokongan rakyat bukan untuk mendapatkan sokongan kerajaan.
Pemimpin yang dipilih adalah wakil suara rakyat dan pada masa yang sama berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.
Apabila memilih nanti, pilihlah dengan tenang. Jangan pilih dengan fikiran yang bercelaru.
Post a Comment