IPOH, 2 Mac (Bernama) -- Exco kerajaan negeri Perak Mohd Zahir Abdul Khalid hari ini menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V.Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu atas dakwaan salah laku.
Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada setiausaha politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.
Mohd Zahir berkata notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN.
"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak. Kita sebagai anggota DUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah-bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.
Mohd Zahir berkata mengikut Artikel 47 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan perlembagaan serta undang-undang tertinggi di Perak, semua anggota DUN mengangkat sumpah antara lain untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Sultan Perak.
-- BERNAMA

1 comment:
ha, laksanakan hukuman dengan segera.
Post a Comment