**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, March 11, 2009

APAKAH PETANDANYA APABILA PAK LAH JUMPA ANWAR?

Saya bersetuju dengan warisan2057, pertemuan Pak Lah dan Anwar tiada yang peliknya. Bumi Malaysia bukannya luas, mana-mana kita pergi pasti terserempak dengan kawan lama atau lawan politik.

Seperti yang diketahui Pak Lah memanglah rapat dengan pentadbir sekolah-sekolah pondok. Beliau adalah cucu kepada Abdullah Fahim. Abdullah Fahim lahir dan dibesarkan di Mekah yang kemudiannya berhijrah ke Malaysia.

Beliau adalah seorang Ulama dan ahli falak terkenal yang mencadangkan tarikh keramat 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan negara. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Mufti negeri Pulau Pinang.

Beliau aktif berpolitik dan pernah jadi Pengerusi Biro Dakwah Umno. Beliau juga adalah salah seorang pengasas penubuhan Parti PAS. Itu sebabnya sukar bagi PAS untuk `kelentong' Pak Lah kerana dalam diri Pak Lah ada darah perjuangan PAS.

Saya percaya pertemuan itu adalah tidak disengajakan. Itulah uniknya politik Malaysia, walau bagaimana benci sekali pun, kita tetap bertegur sapa. Hubungan silaturrahim tidak harus diputuskan.

Oleh itu tidak ada yang pelik akan berlaku. Anwar akan terus menghadapi tuduhan liwat kali ketiga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pak Lah tidak akan masuk campur kes Anwar dengan pembantu peribadinya itu.

Itu masalah peribadi dan Anwar kena selesai sendiri di Mahkamah.

5 comments:

nenaSSedap said...

Memang tak pelik...tapi yg pelik kenapa Pak Lah pergi ke majlis sekolah pondok yang ajarannya telah di fatwakan sesat oleh Allahyarham Mufti Selangor yg dulu? Tak buat homework ke Pak Lah? Tidur? Cucu ulama tak mesti mewarisi warak & iman datuknya,kerana iman tidak boleh di warisi. Seperkara lagi, jika tidak mahu di fitnah, kenapa dekati fitnah? Pak Lah memang seronok jd PM & tak mo turun ni...Pak Lah+Anwar=Politik Binatang!

Panglima Perang Cyber said...

yer...kita tak perlu berspekulasi atas pertemuan mereka berdua.

Jika hendak dibuat sesuatu rancangan sulit rasanya banyak lagi tempat lebih sesuai.

TokMudim said...

Ooi Kulup nenaSSedap.

Hang jangan gabra..ni perjumpaan terbuka saja nak bagi gempak kat Najib.

Najib tak makan gempak...hang jangan gabral

Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda

Panglima Perang Cyber said...

Apa agenda mereka ye ?

dijemput bermaulid ke atau ?

yang jelas untung Anwar jika gambar ni disebarkan.

untuk menakutkan Najib agar tidak lagi percaya pelan peralihan kuasa.

sedangkan Pak Lah berulang kali kata Najib bakal PM menggantikannya.

juga untuk menutup kes Liwat Anwar yang baru dipindah ke Mahkamah Tinggi. Taktik memang berkesan dan berjaya setakat ini.

Kena ingat gambar ini dirakam oleh Sayuti Omar, seorang penulis pro Anwar yang sangat jelas.

Itu pendapat 2sen saya...

Sedingin Salju said...

Hampa ni memang bodoh. Hampa tak percaya kat Allahkah? Bukankah tuhan itu maha berkuasa dan maha mengetahui? Bukankah semua umat islam itu bersaudara? Kenapa mesti buat spakulasi sebegini?

kalau Anuar nak buat spakulasi, biak pi kat dia pasai dia memang lagu tu dah. Tidak ada yang lebih berkuasa melainkan tuhan yang maha esa.