**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, March 13, 2009

"TEMBOK RUMAH SAYA DI CONTENG" ~ ANGKARA SIAPA?


Hari ini dalam sejarah, tembok rumah saya telah di conteng. Persoalannya angkara siapa? Pada mulanya saya fikir mungkin perbuatan budak-budak nakal. Tapi bila diamati gambar yang dilukis ialah lambang sebuah parti politik.

Takkan budak-budak nakal minat dengan politik. Mungkin angkara `ah long' seperti yang selalu diceritakan diakhbar. Tapi tak mungkin, sebab saya tidak meminjam dengan `ah long' dan sudah tentu `ah long' tidak berminat untuk melukis lambang parti PAS.

Kalau bukan budak nakal? Bukan `ah long'? Jadi angkara siapa?

Setelah puas memikirkannya, saya membuat kesimpulan sendiri, kemungkinan ada orang yang tidak puas hati dengan blog yang saya kendalikan ini.

Faktanya gambar yang dilukis adalah lambang parti PAS. Mungkin ini kerja penyokong-penyokong fanatik PAS yang tidak puas hati dengan tulisan-tulisan saya.

Inilah nasib blogger berwajah seperti saya. Sekarang baru saya sedar kenapa blogger politik selalunya tidak berwajah.

Mungkinkah saya akan menerima ancaman yang lebih agresif? Semoga Allah melindungi saya.

Jadi saya nak tanya pendapat pembaca semua, adakah perlu saya membuat lapuran polis?

14 comments:

YB Raz Gothic said...

tak perlu..mungkin juga bukan dari parti pas..tak baik kita berburuk sangka sesama muslim..

serahkan semuanya pada Allah s.w.t

ADI JAGAT PUTRA said...

perlu.saudari kena buat laporan polis.ini satu vandelisme dikalangan penyokong PR

megat said...

apa nak buat..
dah ISLAM PAS ajar mcm tu..

Malaysian-2Day said...

sabar dan teruskan perjuangan anda! Mereka buat camtu sebab dah terdesak la tuh. Bila manusia di dalam kesempitan, mereka akan buat perkara2 BODOH seperti itu. PAS di dalam kesempitan sekarang..

TokMudim said...

Wow...tinggi betui tembok rumah tuan ni macam tembok Penjara Pudu..tak ada jiran ke... adale yang gatal tangan tu tengok tembok besor sesuai untuk conteng..

Say No to " Oral Sex".Respect your Wife.

Lawyer Garang said...

salam sis....,

jgn takut, kuatkan semangat. those yg buat tu semua i gerenti memang baka keturunan penakut, sebab tak berani nak face to face.

keep up yr gud blog, allah bersama golongan yg berani menyatakan yg benar

noorasikhin said...

Saudari Ros,

Anda sebenarnya tanpa sedar adalah penyumbang yg aktif dlm penulisan blog.

Sedar atau tidak,'kuasa'baru wanita telah lahir dlm ruangan blog!!

Anak sgt kreatif-kreativiti itukan satu kuasa.Kuasa untuk 'menakluk'!!

Ttg conteng-menconteng tu...saya rasa itulah kebiasaan dan amalan 'pihak yg satu lagi 'tu,yg mana mereka tidak dapat bentuk satu sikap yg bertanggung yg berkesan!!

Teruskan dgn penulisan anda..

Salam Setiakawan

Muhammad Azli Shukri said...

Tak mengapa, ini satu ujian dan cabaran. Dalam berjuangan ini perkara biasa.

Panglima Perang Cyber said...

jangan patah semangat...

apa apa hal contact Perak Bangkit..

serah kepada Allah dan berharap pada Allah.

Allah Maha Menjaga hamba2Nya...

abe MIE 'TERJAH' said...

dia suruh masuk PAS kot...

reez said...

Salam,

Jgn risau & takot dgn ancaman mereka ni semua. Apa yg penting, fakta² yg kita utarakan adalah benar.

Ini semua keje² org penakot. Mereka hanya berani baling dan sorokkn tgn.

Sy & sahatb BPN sentiasa menyokong blog saudari.

Dulu Kini & Selamanya UMNO

tokwan said...

Tokwan kesian kisah cucu..ingat nabi pun pernah kena conteng dengan najis depan rumah baginda.

tokwan harap jangan berundur..terus maju dengan yang MAHA PERKASA..

Parpu Kari said...

SAUDARI JANGAN RISAU, DAH MEMANG PERANGAI FUCKATAN RIOT HINA MACAM NI....KEKADANG TU BEBUDAK PKR BUAT NAK KENAKAN PAS...

LAPORAN POLIS ADLAH JALAN YANG BAIK JUGA..

CUBA BAYANGKAN KALAU MERKA TAU WAJAH SAYA KAN??

MUAHAHAHAHAHA

Sedingin Salju said...

Ha tak pa tak pa. Orang yang buat lagu ni, depa takut kejahatan depa terbongkar. kalau kita betoi, toksah dok takut, toksah dok hingak. Biak pi kat depa. Ni kes takut.