**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, October 29, 2008

YB YANG PRIHATIN

"KEPERIHATINAN SEORANG YANG BERHORMAT"
YB AZMAN MOHD NOOR (ADUN BAGAN PINANG) SEMASA MELAWAT SEORANG PESAKIT DI HOSPITAL SEREMBAN

RUMAH TERBUKA MASIH BERJALAN

Walaupun syawal menuju penghujung tetapi amalan rumah terbuka masih berjalan. Gambar ini saya rakam semasa rumah terbuka Abang Malik dan Along Latifah. Kelihatan di gambar ialah Abang Malik sebelah kiri dan Tuan Haji Alias (AJK UMNO Bahagian) berkopiah.

Puan Hajah Kasinah Haji Tumin (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kg. Baru) sebelah kiri bersama Puan Hajah Rasiah di rumah terbuka tersebut

Turut memeriahkan majlis dari kiri ialah Isteri Komandan Kem Sunggala, Puan Hajah Kasinah, Puan Hajah Rasiah, Roshatika dan Komandan Kem Sunggala Lt. Kol. Razak

MAJLIS TAHLIL, BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

Majlis ini diadakan oleh pasangan En. Hasan Masuadi dan Puan Safiah Japilus yang akan mengerjakan ibadah Haji. Kelihatan di gambar ialah Puan Hajah Zaimah Zakaria (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bagan Pinang) bersama dengan Puan Safiah Japilus. Semoga pasangan ini dikurniakan haji yang mabrur. Insya-Allah

Majlis sedang berlangsung

Puan Safiah Japilus (kanan sekali) bersama dengan Puan Hajah Munah Sentut (Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bagan Pinang) dan Puan Normadiah Majid (kiri sekali)

Antara tetamu-tetamu yang hadir

Puan Hajah Munah Sentut, yang banyak jasanya kepada UMNO ini mewakili Pergerakan Wanita UMNO Bagan Pinang memberi sumbangan kepada Puan Safiah Japilus sambil di perhatikan oleh Puan Selamah Bidin


Saya mewakili Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bagan Pinang mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Pergerakan Wanita UMNO Bagan Pinang yang hadir ke majlis ini.


Saya juga menyeru supaya kita semua melupakan perselisihan faham dan perbezaan pendapat tetapi sebaliknya berganding bahu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan supaya usaha-usaha memperkasakan parti akan terus diperhebatkan.


Wednesday, October 22, 2008

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI TUAN HAJI JAMAL DAN PUAN HAJAH KHATIJAH

PASANGAN BAHAGIA, TUAN HAJI JAMAL ABD NASIR DAN PUAN HAJAH KHATIJAH DI MAJLIS RUMAH TERBUKA MEREKA

TUAN HAJI JAMAL DAN PUAN HAJAH KHATIJAH MESRA MELAYAN DUA ORANG TETAMU DARIPADA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN IAITU PUAN ZAUYAH BINTI ABU SAMAH DAN PUAN HAJAH ZAIMAH BINTI ZAKARIA


PUTERI KESAYANGAN TUAN HAJI JAMAL DAN PUAN HAJAH KHATIJAH


KAUM KELUARGA TAN SRI MOHD ISA YANG JUGA KELUARGA PASANGAN TUAN RUMAH INI


PUAN HAJAH KASINAH BINTI HAJI TUMIN, KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN KAMPUNG BARU


I ISTERI KEPADA SAUDARA NAJIB TAN SRI MOHD ISA (BERTUDUNG) YANG TIDAK KETINGGALAN MEMERIAHKAN MAJLIS INI

SUASANA MERIAH MAJLIS INI


Pandangan ikhlas saya tentang Tuan Haji Jamal ialah beliau seorang yang berilmu, mementingkan ciri-ciri kesempurnaan dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Beliau juga sentiasa menghadapi setiap masalah yang mendatang dengan berfikiran positif dan seingatan saya tidak pernah buruk sangka kepada sesiapapun.

Saya pernah menjadi setiausaha kepada beliau semasa beliau menerajui Persatuan Usahawan MARA Batu 4 Port Dickson. Beliaulah yang telah banyak mengajar saya tentang menguruskan persatuan dengan prosedur-prosedur yang betul.

Saya mendoakan semoga Abang Jamal dan Kak Tijah sentiasa beroleh kejayaan di dalam apa juga bidang yang diceburi.

Tuesday, October 21, 2008

YB AZMAN BERSAMA ANAK YATIM DI JAMUAN AIDIL FITRI PERSATUAN USAHAWAN D'MARA PANTAI SAUJANA

YB AZMAN BIN MOHD NOOR, ADUN BAGAN PINANG DI IRINGI PENGARAH MARA NEGERI SEMBILAN SEDANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

SERAMAI 70 ORANG ANAK YATIM SEKITAR DAERAH PORT DICKSON MENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA


ANTARA YANG TERAWAL TIBA IALAH PUAN ZAUYAH ABU SAMAH (KANAN SEKALI), AJK PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN


BERGOTONG ROYONG MENYIAPKAN KHEMAH DAN KERUSI MEJA


BERGOTONG ROYONG MENYIAPKAN JUADAH


MASAK RENDANG AYAM


MENYELERAKAN!

Saturday, October 18, 2008

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO TELOK KEMANG

KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG, PUAN HAJAH ROHANI BINTI YAACOB KETIKA BERGAMBAR DENGAN SAYA

MAJLIS TAHLIL SEDANG BERLANGSUNG


SUASANA MAJLIS TAHLIL


KETUA PENERANGAN PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG, PUAN HAJAH RASHIDAH BINTI HAJI SHUKRI


TIGA JELITAWAN AJK PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG YANG SENTIASA MESRA ALAM. DARI KIRI PUAN HAJAH ZAIMAH BINTI ZAKARIA, PUAN HAJAH KHATIJAH BINTI ISMAIL DAN PUAN ZAUYAH BINTI ABU SAMAH.


MASA MAKAN BERMULA


DIDEPAN SEKALI IALAH PUAN HAJAH ESAH BINTI ABD MAJID IAITU KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN TELOK KEMANG YANG JUGA MERUPAKAN IBU KEPADA BEKAS YB ADUN BAGAN PINANG SDR. FAIZAL RAMLI


PUAN ZAUYAH BINTI ABU SAMAH YANG JUGA KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN SRI PINANG

SETIAUSAHA KERJA YB ADUN BAGAN PINANG EN. ARSHAD (KIRI) BERSAMA SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG


PUAN HAJAH ROHANI BERSAMA SETIUSAHA PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN SRI PINANG, PUAN HANIZAH BINTI HAJI OMAR


PUAN NORLIZA BINTI BAHARIN, NAIB KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG


PUAN HAJAH ZAITON BINTI ANDEH, PENGERUSI TETAP PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG YANG MENJADI TUAN RUMAH KEPADA MAJLIS INI BERSAMA DENGAN SAYA


DUA ORANG CUCU KESAYANGAN PUAN HAJAH ROHANI JUGA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS INI


SAYA BERSAMA DENGAN PUAN HANIZAH BINTI HAJI OMAR

KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG


Thursday, October 16, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DUN BAGAN PINANG

YB. Azman bin Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang sedang memberikan ucapan perutusan Hari Raya.

Kain rentang mengalu-alukan kedatangan tetamu


Orang-orang kuat UMNO Cawangan Bagan Pinang yang bertungkus lumus membuat persiapan


Wakil Pergerakan Puteri UMNO bahagian yang sempat meninjau persiapan


Setiausaha kerja YB ADUN Bagan Pinang, En. Arshad begitu sibuk pada hari itu.


Memotong buah


Banyak lagi buah yang harus di potong


Kepenatan!


Dalam sibuk-sibuk, Puan Mastura sempat melayan anak lagi!

Makanan telah siap dihidangkan


Jangan berebut-rebut!

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI TAN SRI MOHD ISA

GAMBAR SAYA SEWAKTU MENGUNJUNGI RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI TAN SRI MOHD ISA YANG DISIARKAN OLEH SINAR HARIAN


MEMANG benar seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, beribu-ribu orang telah mengunjungi rumah terbuka Aidil Fitri Tan Sri Mohd Isa.

Mengikut sinar harian, perkara ini berlaku mungkin kerana penawaran diri Tan Sri Mohd Isa untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Tetapi bagi saya bukan setakat kerana perkara tersebut, tetapi lebih kepada kesedaran rakyat tentang pembohongan-pembohongan pemimpin parti pembangkang yang gilakan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadaikan maruah bangsa untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing.

Sekiranya pada PRU-12 yang lepas, orang melayu menjauhkan diri daripada UMNO tetapi pada Aidil Fitri tahun ini mereka telah mula kembali menyatakan sokongan dan taat setia kepada UMNO dengan memenuhi sebahagian besar rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin parti.

Ini adalah petanda baik kepada UMNO kerana rakyat telah mula sedar siapakah sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara.