



I
ISTERI KEPADA SAUDARA NAJIB TAN SRI MOHD ISA (BERTUDUNG) YANG TIDAK KETINGGALAN MEMERIAHKAN MAJLIS INI


Pandangan ikhlas saya tentang Tuan Haji Jamal ialah beliau seorang yang berilmu, mementingkan ciri-ciri kesempurnaan dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Beliau juga sentiasa menghadapi setiap masalah yang mendatang dengan berfikiran positif dan seingatan saya tidak pernah buruk sangka kepada sesiapapun.
Saya pernah menjadi setiausaha kepada beliau semasa beliau menerajui Persatuan Usahawan MARA Batu 4 Port Dickson. Beliaulah yang telah banyak mengajar saya tentang menguruskan persatuan dengan prosedur-prosedur yang betul.
Saya mendoakan semoga Abang Jamal dan Kak Tijah sentiasa beroleh kejayaan di dalam apa juga bidang yang diceburi.
No comments:
Post a Comment