**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, September 30, 2009

UNTUK MAKLUMAT TERKINI PRK DUN BAGAN PINANG SILA KE www.dun31baganpinang.blogspot.com


Kerana kesuntukkan masa, saya tidak sempat untuk mengemaskini blog ini untuk sementara waktu. Oleh itu kepada semua pembaca blog ini, bolehlah melayari http://www.dun31baganpinang.blogspot.com/ untuk maklumat-maklumat terkini.
Kepada rakan-rakan bloggers, minta jasa baik kalian semua untuk link kan blog ini ke blog masing-masing.

Didalam blog khas tersebut, kita himpunkan lebih kurang 20 bloggers termasuk saya yang akan memberikan berbagai pandangan dari sudut-sudut yang berbeza.

Dan bagi mereka yang mempunyai akaun facebook, anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan PRK ini disini. http://www.facebook.com/roshatika .

Terima kasih.

Thursday, September 24, 2009

ISA.....YES OR NO?

Cerita tentang calon BN yang bakal diletakkan di PRK DUN Bagan Pinang nampaknya terus panas, lebih-lebih lagi selepas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa perlu memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk diletakkan bertanding di situ.

Kenyataan Mahathir itu dah tentulah ada kaitannya dengan ura-ura menamakan bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang pernah disabitkan oleh parti dengan politik wang sebagai calon. Seperti biasa, ada pendapat yang berbelah bagi dalam hal ini.

Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang awal-awal lagi tampil mempertahankan keputusan UMNO Bahagian itu menamakan Isa sebagai calon pilihan mereka. Beberapa pemimpin di peringkat pusat, termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Noh Omar pula berpendapat, calon yang bersih sahaja tidak cukup untuk menjamin kemenangan kerana apa yang lebih penting ialah kepimpinan dan penerimaan masyarakat setempat.

Lain pula halnya dengan seorang lagi Ahli MT, Datuk Saifuddin Abdullah yang senada dengan Mahathir. Kata Saifuddin, langkah memilih calon yang bersih akan membuktikan UMNO serius membina imej baru yang lebih berintegriti.

Tapi dalam banyak-banyak, pendapat Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan mungkin paling menarik untuk diperhatikan. Kata Ahmad, seorang pemimpin yang pernah bersalah akibat politik wang masih boleh diberikan peluang jika benar-benar insaf di atas perbuatan tersebut di samping telah menunjukkan kesetiaan kepada UMNO.

Dalam konteks jangka panjang, pandangan Mahathir dan mereka yang senada dengannya memang perlu dijadikan sandaran. Tapi dalam soal kerusi Bagan Pinang, kepentingan jangka pendek harus diseiringkan.

Sebab itu calon yang diletakkan mestilah menepati kemahuan setempat dan calon itu, sekiranya terpilih harus memastikan dia menjadi manusia yang baik, suci dan bersih. Soal dia pernah melakukan kesalahan adalah perkara yang lain.

Seperti kata Ahmad Maslan, yang penting ialah dia menginsafi kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi serta mempamerkan taat setia kepada parti.

Isa telah didapati bersalah dan telah pun dihukum oleh parti atas kesalahannya. Dia juga menjalani hukumannya dengan patuh. Jadi menutup terus peluang kepadanya bukanlah sesuatu yang wajar. Dia tidak boleh dihukum berterusan. Islam tidak menganjurkan tindakan seperti itu.

Masyarakat juga akan menjadi sangat bercelaru kalau setiap pesalah yang telah dihukum dan telah insaf terus disisihkan. Sesungguhnya, integriti tidak boleh dibina hanya dengan satu tiang, tetapi mestilah oleh banyak tiang. Dan kesediaan memberikan kemaafan haruslah dijadikan salah satu daripada tiang itu…

(http://depa-kata.blogspot.com/2009/09/isa-yes-or-no.html)

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....


Salam perjuangan, salam aidilfitri dan maaf zahir batin khasnya kepada semua pengundi yang berada di dalam kawasan N31 DUN Bagan Pinang.

Thursday, September 10, 2009

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN CALON DI BAGAN PINANG? SAH MEREKA TIADA CALON.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar adalah antara tiga nama telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PAS negeri itu malam tadi.

Menurut sumber, kebanyakan 25 ahli jawatankuasa bahagian, lebih cenderung untuk memilih Zulkefly untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Di peringkat PAS Pusat pun, ada harapan cerah beliau terpilih," kata sumber tersebut.

Sumber itu berkata pemilihan Zulkefly dianggap bersesuaian memandangkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man juga dipilih bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, ianya mengesahkan tanggapan penduduk disini bahawa PAS ketandusan calon tempatan yang boleh diketengahkan.

Apa kata kerusi N31 ini diberikan pada PKR atau DAP sahaja?

http://www.dun31baganpinang.blogspot.com/

Wednesday, September 9, 2009

SAPO YANG KAU POLUK NI NABIL?


Akhir-akhir ni asik cerito politik yor. Bosan pun ado...kelakar apotah laie. Jadi, sobolum blog ni tobakar dek paneh bonar, apo kato kito break kojap. Den nak cerito pasal sorang anak negori yang baru2 ni dah memonangi anugerah bintang paling popular surat kabar BH.

Den nak tanyo, apo masalah ekau ni sebonar eh Nabil oii? Sobolum ni ekau kato tak nyosa tepolok awek kau si Irma maso majlis anugerah popular. Lopeh kono balun kek orang ramai, tup2 ko mintak maap pulak dongan alasan konon eh tak sengajo.

Tapi bilo den nengok gamba kek bawah ni, nampak na ekau kan main sakan moluk pompuan. Tak nampak lak macam ekau tak sengajo maso bepoluk tu. Sapo lak yang kau poluk kali ni? Adokah gamba ini bukti bahawo kau memang spesis yang ketagih poluk pompuan?

Ekau jangan kasi malu anak negori Nabil. Sesuko hati lak nak poluk anak daro orang, pehtu bagi alasan tak sengajo. Den pun nak gak buek camtu kok boleh. Den akan bagi gak alasan yang den poluk semuo pompuan sobab tak sengajo.

Ni la masalah eh orang Melayu. Dapek hidup sonang skit...trus dilupokan asal usul dan adat resam. Jangan jadi cam pembangkang, bilo dah idup sonang...semuo dio nak hapuskan..DEB la, PPSMI la, AUKU la..Hak Istimewa Melayu la..sampai Rajo Melayu pun nak dihumbang dek pembangkang. Sok kok nyosa.

Den nak posan, kok ekau nak lamo hidup sonang macam sekarang, kono la jago tingkah laku tu. Jangan lak sampai den raso sogan lak nanti nak ngaku yang ekau ni orang kampung den. Jago skit hati orang2 yang nyokong dan mengangkek kau daripado sorang despatch sehinggolah berjayo jadi bintang tekonal. Kok ikut resmi pembangkang, jangankan bepolok, begamba bogel pun 'halal' kek mereka nun.

Lagi satu sebolum den telupo, den nak bagi amaran kek kau supayo jangan lak sok ekau ngengado poie poluk Brader Anwar Bin Ibrahim. Bukannyo apo, takut lak den kok sok kau kono buasir. Apo2 pun...lu pikir la sendiri.

Sila ke www.dun31baganpinang.blogspot.com untuk cerita-cerita terbaru PRK DUN Bagan Pinang.

(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)

Tuesday, September 8, 2009

"KAMI MAHU ISA DI BAGAN PINANG"


Pemimpin Umno Bahagian Telok Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata, Isa yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.

"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.

Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana BN telah tewas di tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.

"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan, malah majoriti perlu ditambah agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.

Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.

Friday, September 4, 2009

ADUN BAGAN PINANG MENINGGAL DUNIA

Saya dalam perjalanan ke KPJ Seremban untuk menziarahi Jenazah Allahyarham YB Azman, ADUN Bagan Pinang yang baru meninggal dunia sebentar tadi...Al-fatihah.