Monday, August 31, 2009
Wednesday, August 26, 2009
Friday, August 21, 2009
ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIR...
Andai aku tahu ini Ramadan terakhir, tentu solatku akan aku kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu', tubuh dan kalbu bersatu memperhambakan diri mengadap Rabbul Jalil dan menangisi kecurangan janji, "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam].
Andai aku tahu ini Ramadan terakhir, tidak akan aku sia-siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja, di setiap kesempatan juga masa yang terluang, alunan Al-Quran bakal aku dendang dan bakal aku syairkan.
Andai aku tahu ini Ramadan terakhir, tentu malamku aku sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail dan bertahajjud, mengadu, merintih dan meminta belas kasih, "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu, tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"
Andai aku tahu ini Ramadan terakhir, tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang, mari kita meriahkan Ramadan, kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan.
Andai aku tahu ini Ramadan terakhir, tentu aku bakal menyediakan zahir dan batin, mempersiap diri rohani dan jasmani, menanti-nanti jemputan Izrail, di kiri dan kanan, lorong-lorong redha Ar-Rahman.
Duhai Ilahi, andai ini Ramadan terakhir bagiku, jadikanlah ia Ramadan yang paling bererti, paling berseri menerangi kegelapan hatiku, menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi, semoga bakal mewarnai kehidupanku di sana nanti.
Namun teman, tak akan ada manusia yang bakal mengetahui, apakah Ramadan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya, yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha, bersedia dan meminta belas dari Nya.
Andai benarlah ini Ramadan terakhir buat diriku MAAFKANLAH SEGALA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN TERHADAP KALIAN SEMUA.
Wednesday, August 19, 2009
PRK PERMATANG PASIR : MORAL MEREKA LEBIH TERUK
Rohaizat sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu syarikat guamannya. Sebaliknya kes terbabit melibatkan rakan kongsinya dan sudah diselesaikan. Rohaizat tidakpun dituduh di mahkamah.
Moral mereka sebenarnya lebih teruk. Mereka lebih hebat dengan kes-kes moral ini.
Kes Anwar Ibrahim, tak perlulah saya ulas. Sampai besok pagi pun tak habis.
Kes ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong hebat dengan gambar-gambar separuh bogel dan tinggal bersekedudukan dengan teman lelaki melayu/Islam iaitu seorang ahli PKR.
Kes ini disenyapkan apabila Elizabeth berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz. Bertaubatlah katakan?
Kes Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Abdul Rashid Rahman yang panas baran sehingga isteri beliau Siti Rosmala Mohamed menuntut cerai.
Dalam perbicaraan kes perceraian tersebut, isteri beliau mendedahkan sering dipukul dan suaminya ‘hari-hari mahu’ walaupun dalam pantang.
Kita juga pasti ingat kes Mohamad Sabu dengan Norma, isteri orang di bilik 121 sebuah hotel di Kota Bharu.
Mat Sabu mengaku memang Norma datang berjumpanya di bilik hotel tersebut dengan alasan untuk memberi ubat kerana Mat Sabu sakit kepala. Tak ada ke orang lelaki yang boleh hantar ubat?
Namun parti itu tetap terima Mat Sabu hingga beliau sebelum ini dipilih Naib Presiden parti walaupun ada isu moral.
Terbaru kes perceraian ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dengan wanita Kemboja. selepas habis madu, sepah dibuang.
Yang menariknya, wanita itu menuntut harta sepencarian berjuta-juta ringgit. Dari mana harta berjuta ringgit itu datang? Hanya mereka berdua yang tahu.
Kesimpulannya, isu moral ini adalah ibarat mengata dulang paku yang serpih, mengata BN sebenarnya mereka yang lebih.
Monday, August 17, 2009
CERITA YANG PERLU ANDA TAHU
Beliau dulu seorang guru lulusan maktab dan pernah mengajar di sekolah rendah. Mula bergiat dalam PKN selepas kongres pertama PKN di Kemaman pada tahun 2000.
Dilantik oleh saifuddin nasution al-kataki sebagai exco pemuda. Ketua pemuda Ezam Md.Nor berada di dalam tahanan ISA pada masa itu.
Mamat ini ada menyimpan hati kepada Nurul Izzah yang pada masa itu belum berkahwin. Perkara tersebut diberitahu oleh beliau sendiri kepada beberapa exco pemuda pada masa itu.
Semua rakan-rakan exco tergelak besar mendengarnya,dan mereka berkata, cuba nasiblah. Beliau sering berada di sekitar rumah Anwar Ibrahim pada masa itu untuk mencuri perhatian Nurul Izzah.
Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk mengampu Wan Azizah. Tetapi sayang seribu kali sayang, semua usaha beliau gagal. Cinta tidak berbalas. Hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
Setelah gagal mendapat tempat di hati Nurul Izzah dan Nurul Izzah telah pun bertunang dengan suami beliau sekarang, maka mamat ini beralih arah pula kepada anak kakak Anwar Ibrahim (anak saudara anwar).
Namanya Erra. Setelah puas berhempas pulas berusaha mencari cinta maka akhirnya cintanya berbalas. Arwah Pak Lang (bapa erra) merestuinya, dan mereka berkahwin.
Tak dapat anak anwar pun tak mengapa, dapat anak buah pun jadilah. Asalkan keluarga Anwar. Kerana beliau memang hendak mencari jalan untuk rapat dengan Anwar Ibrahim.
Tetapi sayangnya, sehingga kini beliau masih belum menjadi perhatian Anwar. Anwar kurang berminat dengan beliau kerana personaliti kurang menarik. Anwar pernah kata kepada dia pendek dan juboq besar.
Tetapi mamat ini tidak putus asa, beliau berusaha mengubah wajah beliau agar lebih hensem dan berusaha mengecilkan punggung beliau.
Bab itu dia boleh ubah, tapi bab tak cukup inci sudah tentu tidak boleh diubah. Status terkini, mengatakan beliau masih belum mendapat tempat dihati Anwar.
Walaupun beliau berkahwin dengan anak buah Anwar, itu bukan lesen untuk beliau mendapat tempat di hati Anwar. Hanya orang-orang yang hensem dan mempunyai personaliti menarik sahaja yang boleh mendapat tempat di hati Anwar.
Jika kita lihat orang-orang yang rapat dengan Anwar semuanya hensem-hensem. Contohnya, Azmin Ali, Ezam, Anuar Shaari, Nik Nazmi, Saiful dan beberapa nama lagi. Kalau ada yang kurang hensem sedikit ialah saifuddin nasution al-kataki.
Sewaktu berkahwin, wang untuk urusan perkahwinan beliau kebanyakannya diberi oleh Ezam. Beliau juga pernah dihantar oleh Ezam untuk belajar di Korea.
Sewaktu di Korea, beliau ada menyimpan seorang perempuan Korea. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada rakan-rakan beliau dalam PKR dulu.
Katanya aku tak m*in dengan perempuan tersebut. Aku hanya buka baju dia dan bogelkan dia sahaja. Boleh percaya ke ni? Kucing mana yang tak nak makan ikan yang terhidang depan mata bang oii ...Ikan pula, bukannya ikan kembung atau ikan tongkol....ikan bawal putih bro... tak mungkin hanya lihat dan telan air liur sahaja.
Beliau juga pernah ada skandal dengan seorang perempuan Sarawak semasa p/raya negeri Sarawak sebelum ini. Perkara ini diceritakan oleh seorang pemuda PKR dari Petaling Jaya Selatan.
Pernah juga ada skandal dengan seorang perempuan di Negeri Sembilan. Maklumat ini saya akan dedahkan kemudian. Saya sedang kumpul. Saya pasti beliau akan nafikan semua ini di blog beliau selepas ini. Saya hanya tunggu penafian daripada beliau sahaja. Setakat nafi kosong semua orang boleh cakap. Kalau berani, naiklah Masjid Rembau dan bersumpah disana.
Jika blog beliau langsung tidak menyentuh apa yang saya kata ini atau memberi seribu satu alasan, maknanya perkara ini betul dan beliau takut untuk bermain dengan api kerana bimbang kelak akan membakar diri.
Tapi kalau dia rasa diri dia hero Rembau sejati, lebih baik beliau jawab apa yang saya katakan ini.
Mamat ini juga memang seorang yang gila glamour daripada dulu lagi. Setiap kali demontrasi di zaman reformasi dulu, beliau akan cuba sedaya upaya supaya beliau ditangkap oleh polis. Kerana beliau ingin mendapat publisiti dan dijulang sebagai hero.
Semasa PRU 2008, mamat ini dicalonkan di Rembau untuk berentap dengan KJ. Sebelum penamaan calon mamat ini sekali lagi mengejar glamornya. Beliau sms kepada semua orang termasuk semua media, yang beliau akan pergi menghadap Nik Aziz terlebih dahulu untuk memohon restu sebelum bertanding.
Alhamdulillah, dengan restu yang Nik Aziz beri, akhirnya beliau tersungkur di kaki KJ dengan majoriti 5,746 undi. Berkat sungguh restu tok guru ni.
Sewaktu kecoh-kecoh Ezam ingin kembali ke Umno pada tahun lepas, mamat ini sekali lagi cuba mencari glamour. Beliau mencipta isu kononnya beliau juga akan menyertai Umno bersama Ezam.
Perkara ini tersebar dengan luas. Blog beliau juga menyatakan yang semua aktiviti beliau dibatalkan.
Beliau sendiri yang sengaja mereka-reka cerita tersebut dan menyebarkan khabar angin. Beliau membuat supaya orang ramai tertanya-tanya dan bercakap yang beliau akan sertai Umno.
Rancangan beliau adalah, apabila Ezam sertai Umno dan beliau tidak akan turut sama. Beliau akan berlakon untuk hilang seketika.
Selepas beberapa hari beliau akan muncul kembali dan berkata,saya tidak akan sertai Umno walaupun diajak oleh Ezam. Dan beliau akan hentam Umno habis-habisan kononnya Umno tawar duit dan sebagainya kepada beliau tetapi beliau tetap kental dengan semangat perjuangan dan tidak akan meninggalkan PKR.
Pada masa itu beliau akan diangkat sebagai hero. Itulah rancangan beliau. Tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan kerana berjaya dihidu lebih awal dan berjaya dipatahkan oleh orang-orang Ezam.
Akhirnya tinggal beliau terkulat-kulat dengan rancangannya yang gagal.
Mamat ini memang pakar dalam mengejar glamour. Satu masa dulu di zaman reformasi, beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan web-web master beberapa buah laman web. Beliau akan berpakat dengan web master untuk menghentam diri beliau sendiri dan Ezam.
Kemudian beliau sendiri juga yang akan buat kenyataan untuk mempertahankan diri beliau dan Ezam. Maknanya sendiri hentam, sendiri jawab. Hebat tak lakonan beliau?
Sekarang ini beliau memang mencari seribu satu jalan agar nama beliau sering meniti di bibir mulut masyarakat.
Ini termasuklah tindakan membakar dokumen di depan Pejabat SPRM dulu. Pada hari berkenaan beliau memang sangat-sangat berharap agar beliau ditangkap oleh polis dan pasti akan dijulang sebagai hero oleh juak-juak PKR. Tetapi rancangan beliau tidak berhasil.
Sekarang mamat ini berkerja dengan KDEB di Selangor dengan gaji RM 13000 sebulan, dan juga menjadi proksi kepada Rosli Ibrahim (abang anwar) dalam pelbagai jenis perniagaan di Selangor.
Dulu pakai kereta Proton sahaja, sekarang dah bertukar kepada Merchedes.
Dalam blog dia daripada atas sampai ke bawah berjela-jela tulis pasal Umno rasuah. Tapi kalau dia yang buat begitu, bukan rasuah namanya, sedekah jariah namanya. Juboq sendiri basuh berak tak bersih, tapi dok sibuk intai juboq orang lain.
Untuk menjadi pejuang sejati sebenarnya kita tidak memerlukan lakonan, ianya lahir secara sendiri. Bukan semua orang yang boleh menjadi pejuang. Ianya perlu mempunyai aura.
Setakat lakonan badrul ini, hampas sahaja. Sebelum ini beliau memang ada bercita-cita untuk melawan samsul pendek sebagai Ketua Pemuda PKR, tetapi hasrat beliau terpaksa dibatalkan setelah Anwar Ibrahim membuat pindaan had umur ketua pemuda kepada 35 tahun.
Anwar tidak mahu melihat badrul atau samsul pendek menjadi KP. Oleh yang demikian,saya menyeru kepada sesiapa yang ada menyimpan rahsia tentang badrul@chegubard ini, sila kirimkan komen anda kepada saya.
Kepada yang tidak mahu komen mereka disiarkan sila beritahu kepada saya. Jika boleh sertakan nombor telefon sekali, agar senang bagi saya menghubungi anda. Kepada yang mahu komen disiarkan, tidak perlu beritahu apa-apa kepada saya. Saya akan lepaskan komen anda.
Saya tahu ramai orang yang tahu tentang perangai mamat ini. Beliau memang kaki betina daripada dulu lagi. Kepada perempuan-perempuan yang pernah menjadi mangsanya juga saya alu-alukan komen anda.
Saya berjanji akan merahsiakan identiti anda. Kita tidak mahu lagi musang berbulu ayam ini terus menipu masyarakat.
Dipetik daripada http://www.ruangbicarafaisal.blogspot.com/
(Kepada semua pembaca-pembaca blog ini supaya terus ke blog http://www.ruangbicarafaisal.blogspot.com/ untuk maklumat-maklumat yang lebih sensasi.)
PAKATAN : RETAK MENANTI BELAH
Shah Alam -- Pemuda UMNO akan terus mendedahkan kepincangan dan kerapuhan pakatan pembangkang dalam siri-siri ceramah yang diadakan untuk dinilai oleh rakyat bagi memastikan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata parti pembangkang yang membentuk pakatan sekarang ternyata rapuh kerana masing-masing mempunyai ideologi yang bercanggah antara satu sama lain.
Tegasnya jika rakyat mahukan kestabilan dan keamanan, mereka harus menolak pakatan pembangkang yang ternyata tidak konsisten dan mempunyai pendirian yang berubah-ubah.
"Pemuda akan dedahkan pakatan pembangkang yang tidak konsisten agar rakyat boleh menilai supaya pada pilihanraya umum akan datang rakyat boleh membuat pilihan yang rasional.
"Kita akan bentangkan fakta. Satu ketika dulu BN ditolak rakyat dan kita sudah berubah dan telah perkuatkan diri kita tetapi pembangkang baru sahaja memerintah setahun lebih sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar", katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Pentas Pemuda, Ceramah “Pakatan : Retak Menanti Belah” di sini, Jumaat malam.
Jelas beliau lagi siri pendedahan melalui ceramah ini akan terus diadakan dengan tumpuan diberikan di kawasan-kawasan bandar serta negeri yang kini dikuasai parti pembangkang.
Sebelum itu ketika berucap pada program ceramah tersebut beliau telah mendedahkan pelbagai kepincangan dan kecelaruan yang berlaku dalam pakatan pembangkang ketika ini khususnya di Selangor.
Bermula dengan isu penjualan arak, penyalahgunaan peruntukan kawasan, penghinaan kepada agama Islam, sikap saling curiga di kalangan parti pembangkang, kegiatan maksiat dan kongsi gelap sehinggalah pengkhianatan yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat dan negara ini.
"Kita yakin selepas ini akan ada banyak lagi kepincangan dan pembohongan yang dilakukan pakatan pembangkang yang akan diketahui rakyat", ujarnya.
Dalam pada itu mengenai calon BN di Permatang Pasir, beliau berpendapat calon BN Rohaizat Othman mempunyai ramuan kejayaan yang mampu menarik sokongan pengundi khususnya golongan muda.
"Dia (Rohaizat) ada ramuan kejayaan, orang muda, dikenali pengundi, seorang peguam.
"Saya berharap penduduk Permatang Pasir akan memberikan peluang dan sokongan kepada Rohaizat untuk memberikan khidmat terbaik serta ikhlas kepada rakyat," katanya.
Wednesday, August 12, 2009
DAIMLER WBV 37 - SAKSI CINTA ANWAR-SHAMSIDAR
Kita ada kereta Daimler, Tivolli Villa dan Bangsar Shopping Complex sebagai bukti cinta Anwar Ibrahim kepada Shamsidar Tahrin dan Sukma Dermawan serta ramai lagi.
Setiap rabu selepas Mesyuarat Kabinet sekitar jam 5.00 petang pasti akan ada sebuah kereta Daimler bernombor WBV 37 warna hijau, yang dipandu oleh Datuk Nalla mengambil Anwar Ibrahim yang masih lagi TPM pada masa itu.
Perjalanan mereka berdua ini tidak akan diiringi oleh seorang pun pengiring trafik atau anggota polis yang menjaga keselamatan TPM. Hanya mereka berdua sahaja. Alasannya adalah pergi bermain tenis.
Nalla akan memandu hingga ke Bangsar Shopping Complex, untuk menjemput Shamsidar di sana dan seterusnya dibawa ke Kondominium Tivolli Villas yang terletak tidak jauh dari situ.
Sepanjang perjalanan tersebut Nalla dapat melihat bagaimana mesra dan intimnya hubungan sepasang 'kekasih' memadu asmara di dalam kenderaan yang dipandunya.
Sesekali lidah mereka menjelir dan menyentuh satu sama lain. Amboi... bahagianya. Tetapi bila diatas pentas ceramah berpura-pura bersajak, bersyair dan menyanyi untuk Azizah ku sayang seorang saja.
Nurul Izzah, lihatlah betapa hipokritnya bapa kamu!
Mereka akan sampai di Tivolli Villas sekitar jam 5.30 petang,dan akan berada didalam kondo tersebut sehingga jam 7.30 petang.
Kebiasaannya mereka keluar apabila azan maghrib sedang dilaungkan. Sewaktu keluar Shamsidar pasti dalam keadaan keletihan. Apa mereka berdua buat didalam kita tidak pasti.
Mungkin mereka sama-sama mengemas rumah kot. Buang sawang, lap lantai, menyapu, mengecat, cuci air dalam tangki dan isi air baru dalam tangki.
Setelah segalanya selesai, Nalla akan menghantar Shamsidar kembali ke Bangsar Shopping Complex dan Azizan akan mengambil Shamsidar untuk dihantar pulang.
Nalla meneruskan perjalanan untuk menghantar Anwar pulang ke rumah beliau di Bukit Damansara. Sampai rumah,"pinggang abang sakit Zah, main tenis 16 set dengan Nalla hari ini, abang menang semua games".
Datuk Azmin tahu atau tidak hubungan Anuar dengan Shamshidar?. Tanya seorang rakan aku kepada Nalla. Jawab Nalla,"Dey thambi, mesti tahu punya lah". Duit punya pasal, Azmin sudah kelabu mata.
Azmin sudah dapat 200 juta dari Anwar, sambung Nalla lagi. Nalla berkata lagi, sebab itu saya pernah cakap dulu dalam satu ceramah "ini Azmin sama Anwar share bini".
Saya panggil dia saman sama saya, tapi sampai sekarang dia tarak berani saman sama saya. Apa pasal? Dia berani saman Muhyiddin, saman Khairy, saman Utusan Malaysia, saman sana, saman sini, tapi sama saya dia tarak berani saman.
Nantikan dalam posting yang akan datang, kisah Anwar lakukan hubungan seks dengan seorang pelacur dalam bulan puasa, kemudian bergegas ke masjid untuk solat terawih. Bila saya akan post, belum pasti lagi. Tetapi saya janji sebelum bulan Ramadhan yang bakal mendatang ini.
~Dipetik dari www.ruangbicarafaisal.blogspot.com
Monday, August 10, 2009
PM ARAH SIASAT KENYATAAN HINA KAUM DAN AGAMA
"Dalam apa-apa pun, kita ada undang-undang, dan salah satu daripadanya adalah undang-undang hasutan. Dan hasutan ini bukan sahaja menghala kepada kepada Islam, tetapi semua agama dan kaum dalam negara kita.
"Kalau kita menghina yang boleh menyebabkan ketegangan kaum, maka tindakan boleh diambil mengikut undang-undang hasutan di negara kita," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Teringgi BN di ibunegara hari ini.
"Dan saya berharap pihak berkuasa akan menyiasat dan sekiranya didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini, maka tindakan perlu diambil kepada sesiapa pun yang melakukan perkara yang boleh dikaitkan dengan perbuatan hasutan," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang didakwa menghina Islam. Najib yang juga pengerusi BN berkata, beliau belum melihat tulisan dalam blog tersebut tetapi siasatan harus berdasarkan laporan dan tindakan yang akan diambil sekiranya mempunyai asas.
Thursday, August 6, 2009
BIADAPNYA PEMUDA DAP - ZULKIFLI NOORDIN
KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Tuesday, August 4, 2009
ROYALTI MINYAK HANYA GIMIK POLITIK PAS
Kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih di bawah perjanjian perairan antarabangsa yang turut melibatkan Thailand dan Vietnam.
Isu royalti minyak ini bukan perkara baru. Ianya pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pemimpin PAS. Terbaru, ia dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa ketika Dewan Undangan Negeri bersidang pada akhir Jun 2009.
Pemimpin PAS boleh mendakwa itu dan ini kepada penyokong taksub mereka tetapi mereka tidak boleh berbuat begitu kepada Kerajaan Malaysia. Apatah lagi kepada Kerajaan Thailand dan Vietnam.
Pemimpin PAS Cuma tahu beberapa perkara berkenaan royalti tersebut tetapi mereka tidak mengetahui bahawa lokasi pelantar minyak di Teluk Siam tersebut sebenarnya tiada kaitan dengan Kerajaan Kelantan.
Mereka seharusnya membuka peta Asia Tenggara yang menunjukkan kedudukan Teluk Siam dan mengukur jarak antara Kelantan, Thailand dan Vietnam. Siapa yang paling dekat?
Mereka juga sebenarnya kurang arif dengan undang-undang laut antarabangsa. Mereka perlu tahu, zon maritim dibahagikan kepada tiga kategori:-
Kategori Pertama: Dari jarak 0 batu hingga 3 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Kelantan. Tiada minyak dan gas disini.
Kategori Kedua: Dari Jarak 3 batu hingga 200 batu nautika – tertakluk dibawah bidang kuasa/hak kerajaan Persekutuan. Ia dipanggil Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE).
Kategori Ketiga: Jarak lebih daripada 200 batu nautika – dipanggil perairan antarabangsa yang menjadi milik bersama Malaysia, Thailand dan Vietnam. Kawasan ini terletak dalam kawasan tuntutan bertindih tiga Negara ini.
Ternyata, pemimpin PAS tidak memahami atau buat-buat tidak faham tentang keadaan ini bagi membuat tohmahan kerajaan persekutuan menzalimi rakyat Kelantan.
Saturday, August 1, 2009
TAK GENTAR DIHEMPAS BADAI.....
Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, diangkatkan pujian setinggi-tingginya ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan rahmat dari Nya jua, Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang dapat berlangsung dengan jayanya.
Pertama sekali saya ingin mengimbas kenangan duka keputusan Pilihan raya umum ke 12 yang lepas. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di dalam lipatan sejarah Parlimen Telok Kemang. Kita kehilangan Parlimen dan tiga DUN walaupun kita masih mampu mempertahankan dua DUN.
Sungguhpun perkara ini sangat mengecewakan kita, tetapi itulah hakikat yang perlu di hadapi. Keputusan tersebut sudah tentu memberikan keinsafan dan alasan untuk kita bermuhasabah.
Walaubagaimanapun, keputusan tersebut tidak sesekali melemahkan semangat kita.
Patah sayap bertongkat paruh
Patah paruh bertongkat siku
Patah siku bertongkat dagu
Patah dagu bertongkat kuku
Perjuangan mesti diteruskan. Semangat kita tidak pernah padam. Kita harus bekerja dengan lebih keras. Usaha dan tenaga harus digembeling dengan satu suara dan satu nada.
Wahai Serikandi Tiang Negara,
Bangkitlah dikau dari lena
Gempurlah ke medan juang
Berdepan cabaran tak goyah,
...Mengharung gelora tak rebah
Semangat lestari disemat,
...Pencak langkah tersisip azimat
Berpantang undur sebelum ajal,
...Berpantang syahid sebelum Jihad
Selangkah maju ke depan,
...Menoleh sekali pun jangan
Bangunlah...
Pemimpin wanita keramat
Wacanamu direnung
,...Lenggok lakumu ditenung
Tatkala pencakmu sumbang,
...Jangan sekali kau radang
Andaikata tersungkur,
...Jangan sekali kau lebur
Kuatkan tekad,
...Kuatkan kudrat
Mantapkan diri,
...Cekalkan naluri
Tak gentar dihempas badai
Untuk memenuhi tuntutan perjuangan merampas semula Parlimen Telok Kemang, saya mencadangkan:-
Yang pertama :- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang mestilah menjadi pencetus kepada kebangkitan GELOMBANG BIRU. Kita gegarkan Parlimen Telok Kemang.
Yang keduanya :- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang mestilah mewujudkan satu `kumpulan pemikir’ yang dapat merancang strategi GELOMBANG BIRU.
Kumpulan Pemikir yang dibentuk ini mestilah menyumbang dan mencerna idea kreatif dan kritis kearah memperkemaskan aktiviti-aktiviti parti sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.
Jadikanlah persidangan tahunan ini sebagai medan untuk kita menyusun kekuatan agar matlamat untuk menjulang martabat bangsa akan tercapai. Bersamalah kita bulatkan tekad, tingkatkan iltizam, bersatu memenuhi tuntutan perjuangan.
Letakkanlah kepentingan agama, bangsa dan negara di tempat yang teratas, Insya-Allah, perjuangan kita akan dimakbulkan Allah.
TANAH INI TANAH MELAYU
PEDAGANG DATANG INGIN BERNIAGA
SERAHKAN BUDI BUKAN TANAHMU
PERTAHANKAN NEGARA PERTAHANKAN HAK BANGSA
HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!
Wabilahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.