**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, August 10, 2009

PM ARAH SIASAT KENYATAAN HINA KAUM DAN AGAMA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat kenyataan pemimpin parti pembangkang yang didakwa menghina kaum dan agama lain sehingga boleh menyebabkan ketegangan antara kaum.

"Dalam apa-apa pun, kita ada undang-undang, dan salah satu daripadanya adalah undang-undang hasutan. Dan hasutan ini bukan sahaja menghala kepada kepada Islam, tetapi semua agama dan kaum dalam negara kita.

"Kalau kita menghina yang boleh menyebabkan ketegangan kaum, maka tindakan boleh diambil mengikut undang-undang hasutan di negara kita," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Teringgi BN di ibunegara hari ini.

"Dan saya berharap pihak berkuasa akan menyiasat dan sekiranya didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini, maka tindakan perlu diambil kepada sesiapa pun yang melakukan perkara yang boleh dikaitkan dengan perbuatan hasutan," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang didakwa menghina Islam. Najib yang juga pengerusi BN berkata, beliau belum melihat tulisan dalam blog tersebut tetapi siasatan harus berdasarkan laporan dan tindakan yang akan diambil sekiranya mempunyai asas.

4 comments:

PAKCIK said...

Minta saudara PARPUKARI atau KHAIRY Jamaludin gi report ko polis..

dok pon saman je...

Unknown said...

Makanya berhati hatilah memberikan Status Kewarganegaraan kepada orang Asing...China yg datang dari tanah besar pada tahun 1950an ini susah juga mau d kata2i..Kerana mereka juga mengikuti memerdekakan Negara ini.Tetapi inilah satu Hakikat yg WAJIB Pemimpin Melayu khasnya UMNO yg Powerfull fikirkan sebaik baiknya...Jangan Lentak ja bagi Taraf Kewarganegaraan dan May Kad Malaysia mcm memungut daun Getah d dalam Estate saja. Sama ada pendatang itu beragam Islam atau sebaliknya...Jangan GADAIkan "HAK"2 orang Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak kepad Pendatang dari Philipine,Indonesia,Pakistan dan India Musli tu.....

mail lambong said...

tinggal harapan je lah pak sulaiman....

ramai pemimpin UMNO buat duit melalui jalan tersebut.

satu kepala 5000 ribu..100 kepala dah berapa..


hapus UMNO negara aman.

kuat UMNO negara tergadai

Anonymous said...

Meng'ISA'kan mereka yang mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan awam adalah jalan terbaik. Mengapa tangguh-tangguh lagi. Gunakan lahhh.....orang diatas juga yang mulakan....jgn kuasa wang menghakiskan tindakan....nanti melayu berkubur tanpa nisan...............