**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, July 22, 2009

BLOGGER SEMUA CAKAP JE LEBIH, TAPI PENAKUT.....


Podah chit !!!

Penakut atau dayus atau cakap tak serupa bikin ?

Itu persoalan yang aku ingin timbulkan kepada semua blogger. Baik yang disebelah sana atau yang di sebelah sini.

Seorang cina mati membunuh diri,gegak gempita seluruh dunia blogger. Kesemua blog berebut melapor dan mengulas perkara tersebut.

Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan.

Apabila aku memulakan langkah menyiarkan berita seorang gadis melayu,Wan Siti Farihan mati terjatuh dari kediamannya,hanya beberapa orang blogger sahaja yang turut sama menyahut langkah aku. Aku cukup sedih dan kecewa.

Kita semua cakap ja lebih,cakap berdegar-degar,cakap berkobar-kobar,tapi tak boleh diharap untuk membela nasib bangsa sendiri.

Kalau kita semua tak bela nasib bangsa sendiri,siapa yang lagi yang boleh diharapkan.

Kita semua selalu bercakap, kami sanggup berjuang lah, membela bangsa lah, itu lah, ini lah, bla,bla,bla...Tetapi tiada apa lagi yang boleh dibuktikan setakat ini. Nah ! sekarang masanya. Buktikanlah !!!

Sehingga sekarang kematian Siti Fariha masih misteri. Siapa yang boleh membela nasib arwah dan keluarganya.

Kalau kita semua ini blogger-blogger bersatu untuk 'spin' cukup-cukup isu ini,maka media masa akan mula perkatakan juga isu ini. Bila media masa dah mula perkatakan,ianya akan mendapat perhatian pihak berkuasa dan rakyat seluruh negara. Barulah dunia tahu bahawasanya ada juga melayu yang mati jatuh bangunan (bukan bunuh diri).

Harus diingat,bukan semua rakyat Malaysia melayari internet. Banyak lagi rakyat yang dikampung dan di desa yang tidak melayari internet. Mereka hanya bergantung kepada TV dan suratkhabar.

Mulai sekarang aku cabar semua blogger untuk menghangatkan isu ini. Jika gagal,maka tak payah bercakap lagi selepas ini. Itu tandanya blogger tak boleh diharap.

Jika berjaya,tandanya blogger memang berkuasa untuk jayakan sesuatu. Tunjukan kepada masyarakat dan pemimpin bahawasanya mereka tidak boleh main-main dengan dunia blog. Barulah mereka semua buka mata.

Sama-sama kita tekadkan hati dengan misi KEADILAN UNTUK SITI FARIHAN.

Dipetik daripada :
www.ruangbicarafaisal.com

7 comments:

rezqeen hill said...

Saya setuju !

Mohd Afdzal Mokhtar said...

salam bro..rilex bro..jgn mara2..nnt cepat tua...wlaubgaimanapun,aku stuju ngan ko....

Suara Siswa said...

salam,

http://mysuarasiswa.blogspot.com/

Detguaq said...

Bunyi macam diktator jer.... atau bunyi macam putus asa? Ajaklah dengan cara yang rasional, cara yang penuh hikmah. Benih yang dicambah bukan semua boleh idup. Anak leli yang dibela dalam kolam kanvaspun banyak yang mati dari idup.

Itulah lumrah. Tetapi bagi kes ini, aku turut bersimpati, simpati pertama sudah tentu kpd gadis ini yang entah apa sebab sebenar dia jatuh dan meninggal, sebab ke2 seperti ngko juga, kenapa tiada perhatian dari elitis kedua-dua pihak.

Tetapi untuk menarik perhatian org lain diluar bagi sama2 menjunjung kes ini tanpa nilai komersial amat payah, tiada yang sensasi.

Bagi aku blogger bebas untuk pilih isu apa yg ndak di utarakan, payah juga kalu nak paksa.

ikhlas.

Anonymous said...

Kematian Allahyarhamah takde kaitan dgn politik, so tak hebohlah....lainlah kalau kematian beliau selepas disoalsiasat HEP universiti ataupun SB atau SPRM sendiri, sudah tentu kecoh seluruh malaya. tidak ada peristiwa yg berlaku sebelumnya yg meragukan pihak polis, berbeza dgn kes Teoh yang berlaku semasa@selepas soalsiasat pihak berkuasa. keadaan kecoh jugak pasti akan berlaku kalu kes sedemikian terjadi kpd azmin ali,lim kit siang, manoharan @ karpal singh, so tak payah lah dok mainkan isu perkauman melayu cina india kat sini...

Anonymous said...

Setuju....
Cino, koling mati siap tubuh suruhanjaya lagi. Student melayu yang malang ni, ape cer...? Al-Fatihah buat Wan Siti Farihan.

mail lambong said...

salah BN sendiri kerana tidak mendesak dan melihat isu ini penting.
pakatan rakyat nampak isu teo itu penting kerana untuk kepentingan politik mereka.janganlah ikut budaya yang tidak elok.yang elok kita ikut yang buruk kita tinggalkan.

walau apapun yang penting kita sebagai umat islam seelok-eloknya sedekahkan al-fatihah untuk mangsa(siti farihan).
biar lah si mati aman di sana.jangan lah kita menyusahkan si mati dengan meraung-raung dan meratapi kematian beliau, semoga allah mencucuri rahmat keatas beliau-amin