**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, July 8, 2009

PRK MANEK URAI : PAS TERUS BERKEMPEN CARA KOTOR

PAS yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam terus berkempen dengan cara yang kotor. Diberitakan mereka telah mengarahkan imam-imam masjid supaya menunjukkan kuasa dan mengugut anak mukim supaya mengundi PAS. Sekiranya tidak mengundi PAS maka imam tersebut tidak akan menjadi jurunikah kepada ahli mukim dan anak-anak penduduk selepas ini.

Mereka juga memberitahu pengundi bahawa sekiranya tidak mengundi PAS, maka mereka akan bangkit dari perkuburan Islam dan merangkak ke Perkuburan Kristian apabila meninggal dunia kelak.

Mereka juga begitu berkuasa sehingga boleh memberikan tawaran kepada pengundi sama ada mahukan syurga atau neraka. Bagi mereka menjual syurga dan neraka samalah seperti menjual ubi kayu di pasar malam. Kata kawan saya macamlah syurga dan neraka itu milik mak bapak mereka.

Selain daripada itu gambar Nik Aziz berdoa memenuhi kawasan Manek Urai. Macamlah dia seorang yang pandai berdoa. Ini menggambarkan sifat beliau yang takabbur.

Sementara itu, unit amal PAS berlagak lebih daripada pihak keselamatan. Kalau boleh polis pun mereka nak tangkap.

Yang terbaru, mereka sanggup menggunakan mahasiswi universiti tempatan untuk memujuk pengundi supaya mengundi PAS.

Sumber : www.manekurai2009.blogspot.com

7 comments:

politikusmengkritik said...

PAS akan menggunakan apa jua cara utk memancing undi..guna ISLAM sebagai platform untuk mereka memesongkan perhatian pengundi terhadap kelemahan mereka dalam 19 tahun memerintah kelantan....jika mereka menggantung byk banner yang memperlihatkan Nik Aziz berdoa...mudah sahaja bagi saya, doa tanpa usaha = sia-sia.....
namun PAS akan tersungkur satu hari nanti kerana keangkuhan dan matlamat perjuangan yang terpesong

Anonymous said...

Selepas ini mereka tak perlulah mengatakan BN memperkuda jentera kerajaan kerana mereka pun melakukanya. puak2 ini ckp saja pandai.

Anonymous said...

menarik sekali berita kali ini.

1. tak perlulah guna perkataan "pas yang mendakwa", kerana pas memang didaftarkan sebagai sebuah parti islam...

2. kempen kotor. bukankah negara kita ada undang-undang untuk membendung kempen cara kotor ni?

3. mengugut. jika benar berita hearsay)imam-imam masjid diarah mengugut, memang tidak layaklah mereka itu menjadi imam. buat aduan kepada pihak berkuasa, jangan dibiarkan saja...

4. merangkak dari kubur ke kubur? ajaran dari kitab mana pulak ni? baru kali pertama dengar. kena minta penjelasan ustaz.

5. tawaran syurga dan neraka? biar betul... merdeka dah lama... bab syurga dan neraka masih belum faham lagi? sedih sungguh. teruskan penerangan dan dakwah...

6. gambar berdoa? letaklah gambar doa orang lain, kalau tak selesa. tapi, betul ke letak gambar berdoa bermakna takabbur? kalau gitu, turunkan saja gambar tu, susah sangat ke?

7. unit amal berlagak? polis kan ada... pandailah mereka nak buat macam mana.

8. menggunakan mahasiswi untuk memujuk pengundi. habis tu, sapa lagi yang boleh diharapkan? tak cukup orang lah tu, agaknya!

Anonymous said...

Sebenarnya puak umno dah tak ada idea yang nak dihujahkan di Manek Urai lepas tu jadilah cerita yang macam ni. Puak umno mahu pun pemimpinnya masih lagi berfikiran kolot dengan hanya menghafal doa makan sudah cukup mengatakan mereka ni Islam. Umno ni memang patut di talqinkan lebih awal sebelum lebih banyak ahli-ahlinya yang hanya cenderong keduniawi sahaja...

Gedung Akal said...

PPSMI MANSUH 2012
Walaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh DIUBAH namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara.
Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan BAHASA DAN UMAT MELAYU -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika ini hanyalah muslihat maka Kami SEJUTA rakyat yang cintakan bahasa akan turun ke jalanan - tunggulah!
Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, berjiwa besarlah, hapuskan akal dan jiwa terjajah!

kif_0206 said...

Masyaallah..semakin terhakis akidah orang2 pas.

Jumayatara said...

Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK di Penanti, PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling rapat dengan anda.

3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.Lapor kepada polis.


5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.

6] Jika anda melihat perbuatan rasuah politik berlaku ditempat anda . Laporkan terus kepada polis.


7] Awas, UMNO parti rasuah. Jangan biarkan anda terperangkap dan terpedaya.



Selamat Mengundi