**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, August 17, 2009

PAKATAN : RETAK MENANTI BELAH



Oleh Kazman Kamal
http://www.pemuda.com.my/

Shah Alam -- Pemuda UMNO akan terus mendedahkan kepincangan dan kerapuhan pakatan pembangkang dalam siri-siri ceramah yang diadakan untuk dinilai oleh rakyat bagi memastikan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata parti pembangkang yang membentuk pakatan sekarang ternyata rapuh kerana masing-masing mempunyai ideologi yang bercanggah antara satu sama lain.

Tegasnya jika rakyat mahukan kestabilan dan keamanan, mereka harus menolak pakatan pembangkang yang ternyata tidak konsisten dan mempunyai pendirian yang berubah-ubah.

"Pemuda akan dedahkan pakatan pembangkang yang tidak konsisten agar rakyat boleh menilai supaya pada pilihanraya umum akan datang rakyat boleh membuat pilihan yang rasional.

"Kita akan bentangkan fakta. Satu ketika dulu BN ditolak rakyat dan kita sudah berubah dan telah perkuatkan diri kita tetapi pembangkang baru sahaja memerintah setahun lebih sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar", katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Pentas Pemuda, Ceramah “Pakatan : Retak Menanti Belah” di sini, Jumaat malam.

Jelas beliau lagi siri pendedahan melalui ceramah ini akan terus diadakan dengan tumpuan diberikan di kawasan-kawasan bandar serta negeri yang kini dikuasai parti pembangkang.

Sebelum itu ketika berucap pada program ceramah tersebut beliau telah mendedahkan pelbagai kepincangan dan kecelaruan yang berlaku dalam pakatan pembangkang ketika ini khususnya di Selangor.

Bermula dengan isu penjualan arak, penyalahgunaan peruntukan kawasan, penghinaan kepada agama Islam, sikap saling curiga di kalangan parti pembangkang, kegiatan maksiat dan kongsi gelap sehinggalah pengkhianatan yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat dan negara ini.

"Kita yakin selepas ini akan ada banyak lagi kepincangan dan pembohongan yang dilakukan pakatan pembangkang yang akan diketahui rakyat", ujarnya.

Dalam pada itu mengenai calon BN di Permatang Pasir, beliau berpendapat calon BN Rohaizat Othman mempunyai ramuan kejayaan yang mampu menarik sokongan pengundi khususnya golongan muda.

"Dia (Rohaizat) ada ramuan kejayaan, orang muda, dikenali pengundi, seorang peguam.

"Saya berharap penduduk Permatang Pasir akan memberikan peluang dan sokongan kepada Rohaizat untuk memberikan khidmat terbaik serta ikhlas kepada rakyat," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

ada TV, Radio, Surat Khabar tak cukup lagi penerangan? sudahlah...

Anonymous said...

heh.
taksub sangat dgn bangse.
tak kan ke mane.
sedar2 lah oiiii.