Pemimpin Umno Bahagian Telok Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata, Isa yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.
"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.
Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana BN telah tewas di tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.
"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan, malah majoriti perlu ditambah agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.
Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.
"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.
Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata, Isa yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.
"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.
Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana BN telah tewas di tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.
"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan, malah majoriti perlu ditambah agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.
Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.
"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.
30 comments:
1 - Saya sokong Tan Sri Isa sebagai calon N31, beliau berpengalaman luas dan disenangi rakyat.
2 - Elak parti lawan serang peribadi calon BN.
3 - Mantapkan jentera perang saraf atau penerangan.
4 - Selamat Berjuang.
- MS -
sokong
Tan Sri Isa memang mampunyai sokongan kuat akar umbi UMNO. Tapi bagaimana dengan pengundi Bagan Pinang yang lain? Saya bimbang pihak PR akan menggunakan isu politik wang ketika pemilihan UMNO dulu dan isu-isu lain sepanjang beliau menjadi MB N. Sembilan dulu. Perlu di fikirkan calon baru, muda, bersih dan tiada isu yang boleh dibangkitkan oleh PR. Oleh kerana majoriti pengundi muda pada kali ini, maka saya berpendapat calon muda perlu diberi peluang. Jangan pisang berbuah 2X seperti di KT dan PP. Meletakkan Tan Sri Isa lebih banyak negatif daripada yang positif. PR juga kan memainkan isu ketandusan calon baru yang berwibawa dalam UMNO untuk diketengahkan. Kebanyakkanya hanya calon recycle.
Salam Bagan Pinang,
Tak kira siapa calon asalkan BN boleh menang dan menambahkan majoriti bagi mengembalikan imej BN dari persepsi buruk dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Kalau Tan Sri Isa,, tak timbul ke isu beliau adalah bekas seorang pemimpin yang digantung jawatan kerana rasuah politik ???????
Buatlah pertimbangan sewajarnya dengan waras bukan dengan emosi..
1. Kalau Tan Sri Isa Samad bertanding saya sokong. Kalau nak di bandingkan dengan pemimpin dari pembangkang yang ada tu bersih ke? rasanya lagi haprak.
2. Rasuah politik tidak timbul, kalau Tan Sri menjadi pemimpin Idola rakyat di Bagan Pinang , apa salahnya gula Melaka akan rasa coklat.
3. Penting bagi umat UMNO bersatu padu hialng kan rasa hasad dan dengki, Jatuh menjatuh sesama sendiri. Dari kaca mata saya UMNO sering tewas bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi tikam menikan sesama sendiri.
4. Seperti di Pematang Pasir siapa yang tahu cerita-cerita peribadi calon berkenaan? kalau tidak adanya musang berbulu ayam dan hantu makan telor yang dengki membocorkan rahsia. Ini lah kelemahan Orang UMNO.
5 Cadangan Wanita UMNO pun harus diambil perhatian sekiranya calon tersebut tidak dapat mengatasi gaya kepimpinan Tan Sri Isa maka lupakan sahaja.
6. Selamat berjuang UMNO tetapi kalau kalah di bagan Pinang pertanda buruk di PRU 13. Elakan saling berdengki.
saya rasa UMNO membuat kesilapan besar sekiranya meletakkan Tan sri Isa samad sebagai calon
pihak-pihak tentera begitu meluat dengan karektor isa..
Pasti keburukan peribadi beliau diserang dengan hebat semasa berkempen nanti.
banyak peluru yang disimpan oleh pihak lawan untuk menembak keperibadian calon harapan anda itu..
hanya jauhari mengenal manikam
Salam, kawan menyokong pandangan UBP, untuk mencapai kemenangan, UMNO perlu mencalonkan seorang yang bersemangat juang, bukan lari dan berselindung dari penipuan diri sendiri....
apo laiee. lotakkan sapo sapo, BN kalah lagi la.....
doremonnnnnn...mana giant dan nabita? jom kita pergi mandi kat pantai port dikson
salam 1 malaysia..
cukup2 nak ISA lagi... bagila orang muda pula... anaknya pun ok...
lagi satu, dah terbukti ISA tu digantung kerana rasuah... politik wang... nanti kata PR serang peribadi pulak..
bagila orang lain... 1 malaysia kan. calon wanita boleh, MCA pun ok, MIC pun ok..
doremOn kat sini.....kalau mandi kat port dickson...naik keter pi bagan pinang...agak2 sempat kering tak ayaq laut kat badan tuh otromen taro?..hahahahah....lotak isa kalu..alamat...jahanam laa bagan pinang..jgn jadi bodo oihhh...jgn jadi bodoooo....jgn jadikan kesilapan dulah bedawi amik masuk mat taib (mike tyson) berulang
Saya sebagai anak muda menyokong tan sri isa samad kerana beliau orang yang berpengalaman luas.malah menang sebagai naib presiden dan bersedia menerima hukuman dan setia kepada parti
Strength
1. Anak tempatan disenangi warga Bagan Pinang dan dihormati.
2. Berpengalaman
3. Banyak jasa kpd penduduk port dickson.
Weakness
1. PR akan mengorek segala keburukan Isa Samad semasa beliau menjadi MB.
2. PR akan menggunakan isu. kronisma bagi menyerang Isa Samad.
3. PR akan menggunakan isu politik wang untuk menyerang Isa Samad sbg pemimpin yang korup.
4. Isa Samad juga pernah di kaitkan dengan artis. PR akan memainkan isu ini bagi menyerang peribadi Isa.
5. PR akan mengatakan UMNO ketandusan pemimpin.
Oleh Itu,
Carilah pemimpin yang;
1. Tiada sebarang isu peribadi yang boleh serang oleh pembangkang.
2. Muda, berpendidikan dan dinamik.
3. Anak tempatan dari Bagan Pinang.
3. Disenangi oleh semua orang tak kira melayu, cina dan india.
Sekain, selamat meilih.
saya rasa Najib (anak Isa Samad) lebih sesuai ditaruhkan sbg. calun PRK Bagan Pinang. Sebab;
1. dia masih muda
2. berpendidikan (saya tak pasti lulusan mana)
3. boleh tumpang populariti bapanya
4. tidak ada isu peribadi (sepatutnya ler sebab masih muda)
5. boleh mendapat sokongan pengundi muda (pengundi tua tak perlu bimbang ler sebab boleh kata semua dah sokong BN)
adakah rakyat masih mahukan ts isa..kami sentiasa menyokong hasrat rakyat..
ts isa pon masih berbISA...
junkopile
Kalau ini lah calunnya...
bat69
Salam...
Kami mahu mansuh ISA
Salam..
PR lawan gan askar ke di Bagan Pinang ?
UMNO KENA LAH REVAMP SIKIT..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU & BUMIPUTERA...2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90%MIM DLM PEJABAT KERAJAAN..,,3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA di USA,Tony Blair di UK dan Kevin Rudd di Australia.
KITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA >3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE??? TAK ADA PEMIMPIN MUDA YG BERWIBAWA KE???
Jadi UMNO perlu tukar image,REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn di Japan,India,Taiwan,Germany, Australia dll...
Dah berlaku pun di Jepun,minggu lepas,apabila parti LDP,yg telah memerintah 54 tahun telah kalah kpd
parti alternatif,DJP.yg baru 11thn.
Tan Sri Isa Samad patut jadi COACH,
mentor dan penggerak utama untuk calun muda,yg berwibawa(mcm dlm World Cup,coach semua 50an keatas,
manakala pemain 20-35tahun)...
KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH...SUKA???
Allah Yang Maha Mengetahui akan sesuatu...jangkauanNya lebih jauh dan mendalam...Sebagai manusia, bangkai gajah pun dapat disorokkan..tapi pada Allah....tiada satupun dapat disorokkan dan terlepas dari pengetahuanNya.
Ya Allah....kurniakan pemimpin yang ikhlas di Bagan Pinang...lindungi masyarakat dari kaum musyrik dan hipokrit...yang melalaikan orang dengan harta dan kekayaannya.
Kepada MU , kami berserah......Allah hu akbar, Maha suci Allah.....
sebagai pengundi kelas pertengahan saya bersetuju sangatlah tun isa samad dicalunkan pada pk dun bpinang.kita semua lupakan dosa yang telah beliau lakukan dahulu.itu antara tun isa dengan allah,biar beliau sendiri jawab.pada saya kita perlu berikan tun isa peluang kedua untuk beliau perbaiki kesilapannya.apa bezanya tun isa dengan seorang bekas banduan,dengan seorang penagih dadah,dan dengan entah apa-apa lagi.yang penting kita beri tun isa peluang kedua buatnya andai kata umno bahagian telok kemang tidak punya calun-calun yang sesuai.bagi saya bab memilih pemimpin ini adalah satu pekara yang berat ianya bukan semudah mebeli barang dipasar.maksud saya biarlah seorang yang benar-benar memahami agama,berilmu,dihormati,merendah diri,dikasihi,amanah,bertanggungjawab,sanggup terima teguran atas kesilapan yang dilakukan,tidak berdendam,tidak mementingkan diri dan kerabat,mengutamakan hak mengikut hukum,sanggup korban masa untuk rakyat,tidak kira masa demi untuk rakyat,tidak mengharapkan sebarang ganjaran atau habuan, pendek kata rela untuk "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi"dengan rakyat dun bagan pinang.kalau sanggup layaklah seorang itu dipilih menjadi pemimpin.bagi saya untuk memilih calun bukanlah sekadar tangkap muat sahaja,kita perlu memilih seorang yang benar memahami mengapa beliau dipilih sebagai calun? adakah beliau benar-benar sanggup memikul amanah dan tanggungjawab sekirannya menang dalam pilihanraya?jangan bila dah jadi adun kelak beliau bersikap dan berbuat seperti mantan-mantan adun yang lalu jarang-jarang turun padang?.bagi saya untuk memilih pemimpin biarlah dia itu seorang yang bertaqwa,takutkan Allah,berlaku adil bila memimpin,ikhlas dan yang paling penting setiap keputusan dan perbuatan hendaklah berpandukan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH mengikut alquran dan sunnah rasulullah s.a.w.dan ini lah yang dikatakan berjaya didunia dan berjaya diakhirat bukan cemerlang,gemilang,terbilang.bagi saya untuk apa cemerlang didunia sekiranya perintah Allah kita tidak taati,untuk apa gemilang didunia jika segala larangan Allah kita tidak patuhi dan untuk apa terbilang didunia jika sesama islam kita musuhi,sesama kita berdengki,sesama kita membenci,sesama kita memfitnah,sesama kita berbalah,sesama kita caci-mencaci,sesama kita tuduh-menuduh,sesama kita tipu-menipu,sesama kita tak nak mengalah dan tak nak mengaku salah, bila dah buat salah semua orang salah dan jadi semua serba salah.cakap itu ini pun salah.siapa yang salah .... fikirkanlah!!!!
UMNO harus memilih calon yang benar2 tepat...bukan stkt disenangi oleh kepimpinan UMNO bahagian, malahan oleh para pengundi DUN Bagan Pinang...Jadikan kekalahan lalu seperti di Permatang Pasir sebagai iktibar...
Tan Sri Isa mmg seorang pemimpin yang amat hebat...Namun, UMNO harus memikirkan segalanya pro dan kontra...
Salam Perjuangan
pandangan saya cukuplah sudah zaman TS Isa Samad - kata pemimpin vateran UMNO nak bg peluang, klu isa jadi calon ni apa cerita?... peluang harus diberikan kepada calon lain terutama daripada pemuda...
yg nak sangat TS Isa ni org2 UMNO berjawatan di cawangan & bahagian betul tak? sbb dulu TS Isa jaga perut & periuk nasik serta jawatan korang...
sedar sikit golongan marhaen & ahli biasa UMNO dah meluat, benci & boring dgn TS Isa... apa dia dah buat pd NS selain jual N9 pd dato Gan... * bikti tanah kat bandar baru nilai semua milik TS Gan melaui BBN holding... tu tak termasuk skandal rasuah, pecah amanah, projek babi dan lain-lain lagi... alamat klu dia calon akan dikorek satu persatu oleh Pembangkang... menyebabkan calon bodoh pembangkang pun boleh menang penangan bahana keburukan TS Isa dimata pengundi nanti...
kalau TS Isa naik percaturan politik UMNO akan lemah d N9 yelah kan dia tak sebulu dgn Tok Mat (MB)... buat apa nak bagi TS Isa jalan lagi untuk menggugat perpaduan UMNO N9... percayalah kalau dia jd calon & menang... dia akan berusaha menapak mendaki tangga kepimpinan UMNO... so bijak la sikit... x payah bg dia jd calon... matikan terus karier politik TS Isa samad sekarang ini juga...
buat apa bela pemimpin yg akhirnya mendatangkan liabiliti keburukan kepada umno...
lu fikirla sendiri...
http://idealismalaysia.blogspot.com
Itu la ORANG UMNO yg tak sedar diri lagi,kenapa mereka tak faham yang rakyat sekarang MEMBENCIKAN orang yang di SABITkan dengan RASUAH..
Jikalau UMNO tak mahu malu maka pilihlah CALON yg BERSIH DARI SEGI IMEJ DAN AKHLAK..
Terima kasih diatas khdmat Md Isa tetapi jikalau UMNO masih memilih Md Isa seolah-olah memilih bagi CALON PAS menang FREE .
Adakah UMNO tak belajar daripada kesilapan piliharaya yg baru lepas..??
Dahulu rakyat UNDI PARTI tetapi sekarang rakyat undi tengok ORANG dan PARTI..
Jikalau UMNO mengikut rasa maka binasa lah seperti LDP di JEPUN.
Jangan kerana kamu UMNO Bagan PINANG syok sendiri maka UMNO secara keseluruhan akan berkubur..
Walaupun kamu rasa MD ISa tak bersalah tetapi PERSPEKTIF RAKYAT bukan UMNO lain.. jikalau masih bangga dengan keahlian UMNO yg ramai kenapa UMNO/BN tetap kalah di4 negeri dan banyak kerusi PARLIMEN??
Mcm NABIL cakap "Lu pikirla sendiri"
jikalau nak tgk UMNO tumbang di kubu kuat maka letak la Md Isa
sangat setuju!
akum...
pada pendapt saya, tan sri isa samad adalah calon tbak utk dun bagn pinang.. bila dkatakan kononnya rekod buruk oleh tn sri isa disebabkan politik wang, itu adalah alasan semata-mata.. kerana nyamuk seekor kenapa kelambu yg nk dbakar, dlm perhimpuan agung umno yg lalu, ramai calon yg dsabitkan keslahan oleh lembaga disiplin, tp mngapa hukumannya x sama dgn tn sri isa samad?? sedangkan disabitkan kesalahan yg sama.. ini menunjukkan ada politik trsndiri dlm umno sblm ini.. harap2nya sekarang dh ok... biarlah tn sri isa mendapat keadilan yg secukupnya dgn mencalonkan dan mrnyokong beliau pada prk d bagan pinang.. saya percya, rakyat bagan pinang mahupun yg muda dan yg senior akan memberi sokongan padu pada beliau...
sewaktu beliau mjadi mb n9, bn menang bersih 100% d semua adun dan parlimen.. rekod baiknya akan dkenang oleh semua.. insyaAllah prk bagan pinang, barisan nasional akn ttp memerintah dgn mencalonkan TAN SRI ISA SAMAD... INSYAALLAH...
sedangkan anwr yg masuk keluar pnjara pn boleh berangan nk jd pm, ni kan pula tan sri isa pulak x leh btanding...
cube la pikir....
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!!
Memang betul ahli ahli UMNO Teluk Kemang menyokong TS Isa sebagai Calon di Bagan Pinang. Berapa kah jumlah pengundi dari ahli UMNO di Bagan Pinang? Saya berpendapat pengundi pengundi di Bagan Pinang yang bukan dari UMNO ingin melihat calun yang dipilih oleh BN mesti mempunyai integeriti yang tinggi dan tidak korupsi.Yang akan menentukan kemenangan calun di Bagan Pinang bukan ahli ahli UMNO
Maka saya berharap Bhg Umno Telok Kemang mesti bersikap professional dan fikirkan tentang ketahanan parti UMNO bukan pesonaliti. selamat berjuang. KOLzakiraine.
Post a Comment