**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, June 19, 2009

MEREKA LEBIH SENANG BERKAWAN DENGAN `SYAITAN'


Sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS petang semalam membuat kenyataan di lobi Parlimen mengisytiharkan menolak kerajaan perpaduan.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Kenyataan bersama tersebut ditandatangani sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan iaitu Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Saya tahu ilmu agama saya terlalu cetek jika dibandingkan dengan nama-nama yang tersebut diatas, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan TG Nik Aziz. Tetapi saya tidak pernah hipokrit di dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Saya juga mengerti betapa Islam melarang umatnya berpecah belah, sebaliknya menyuruh supaya bersatu-padu.

Pada hari jumaat yang mulia ini, saya ingin menyeru kepada mereka semua terutama TG Nik Aziz supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan tidak mendengar bisikan `syaitan' yang sentiasa ingin melihat kita berpecah belah. Perpaduan umat adalah dituntut dan selaras dengan kehendak Islam.

8 comments:

kumb@ng said...

so ape beza UMNO dengan MIC,MCA,PPP dan sewaktunya dengannya? adakah mereka2 semua ni malaikat?

nak tuduh pandang2. nak seru pun fikir2. ada sebab musabab mereka tolak. jangan bicara soal wajib kalau suruhan yang wajib pun ditinggalkan. laksanakan dulu apa Allah suruh laksana baru bicara pasal perpaduan.

jangan disaat kuasa mula nak runtuh, hilang kepercayaan baru pikir ini penting untuk melayu.

bagi mereka2 yang boleh berfikir secara rasional laungan kerajaan perpaduan ini semua ada UDANG DISEBALIK BATU!

ROSHATIKA said...

Salam kumbang,

T. kasih kerana tidak jemu-jemu memberika pandangan dalam blog akak.

UMNO memang 100% berbeza dengan MIC, MCA dan PPP kerana ahlinya melayu/Islam kecuali segelintir bumiputera di sabah.

Jangan emosional kerana akak hanya menyeru supaya umat melayu/Islam bersatu padu.

Bukankah ini dituntut oleh agama?

Pesan akak jangan berburuk sangka kerana Rasulullah tidak berburuk sangka sesama saudara seagama.

T. kasih

Anonymous said...

Saya dibesarkan didalam keluarga yang merupakan penyokong tegar PAS. Pintu rumah saya dicat dengan lambang PAS...dikabinet TV, Dinding rumah dan peti ais terpotret gambar "tok guru" Nik Aziz...saya disogok dgn kaset-kaset ceramah Nik Aziz, arwah Ust. Fadhil, Mat Sabu dan lain2. Malah saya dibawa bersama ke majlis ceramah atau program anjuran PAS. Di situlah saya "belajar" mengenai PAS...saya juga pernah dibawa ke Kelantan bertemu dgn "Tok Guru" ni...

Sebenarnya, dahulu saya memandang tinggi beliau sebagai tokoh agama di Malaysia walaupun beliau berada dipihak pembangkang. Namun, semakin hari, semakin hilang rasa kagum saya padanya. Dari tahun ke tahun, Nik Aziz mula merapu dan merepek dgn "fatwa2"nya yang konstroversi dgn muamalah Islam yg saya pelajari. Saya tidak puas hati, memandangkan ilmu agama saya agak cetek berbanding Nik Aziz, saya kerap bertanya dgn Ustaz2 yang setanding ilmu dgn Nik Aziz. Ada dari mereka lulusan Azhar, Madinah, Scotland dan mahir dgn "kitab-kitab kuning" dipondok2. Adalah amat memeranjatkan saya apabila mereka sependapat dengan saya. Dan kini, hasilnya...saya sudah kurang hormat kepada Nik Aziz. Jika hormat pun, saya hanya hormat beliau sebagai saudara seIslam dan insan yg lebih tua dari saya. Ilmunya tidak lagi saya kagumi apabila "fatwa2"nya lebih berbau politik berbanding hakikat ilmu dan muamalah yg diseru oleh agama kita. Itulah Nik Aziz yg saya kenal sekarang. Seorang politician dan beliau tidak lagi layak berdiri sebagai seorang ulama. Dr. Harun Din pernah memberitahu bahawa "seorang ulama yang menceburi bidang politik maka hilanglah ciri dan label ulama yg ada padanya".

Saya juga terperanjat dgn akhlak Nik Aziz apabila menghalau Ust Nasha keluar dari PAS. Apakah ini akhlak yg Rasulullah ajar padanya? Setahu saya, Baginda Rasulullah tidak begitu akhlaknya! Kenapa tidak disuruh juga Hj. Hadi keluar PAS? Kenapa pula perlu ada double standard? Sedangkan yg lebih vokal dalam mengutarakan idea ini ialah Hj Hadi! Nik Aziz takut ke hak halau Presiden?

Demikianlah jika sudah berkawan dengan "syaitan", orang yg bersatu di dalam jemaahnya pun dihalau! Mungkin baginya Nasha, Hadi, Mustapha Ali itu "munafik". Tapi munafikkah seseorang itu yang menganjurkan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia??? Haru biru betoi...

Anonymous said...

saya sokong seruan perpaduan ini. tapi saya khuatir sama ada mereka mengetahui kehadiran blog ini. mesej perlu sampai kepada sasarannya.

Aspirasi said...

Nik Aziz sebenarnya dah dirasuk setan erdogan... kesian kat orang tua tu..

siapa sayangkan nik aziz pisahkan dia dengan kumpulan erdogan...

ROSHATIKA said...

Anon 3.41,

InsyaAllah dari komen-komen yang saya terima, saya tahu ada pemimpin PAS yang baca blog ni.

PaKMie said...

Salam...

Skrg sdh jelas kepada kita siapa pengkianat utk melayu bersatu di negara ini.Melayu itu Islam, agama Islam menuntut umatnya bersatu padu. Ayat suci al-quraan menjadi pegangan dan perdoman yang Allah turunkan kpd umatnya dimuka bumi ini.

Hari ini sdh jelas kpd kita kesanggupan Nik Aziz bersekongkol dengan 'Syaitan', kerana syaitan beliau tidak boleh berunding dengan saudara seagama beliau sendiri.

Dulu Nik Aziz pernah mengakui, "kalau dulu ahli Pas dan UMNO sering bertengkar menghidupkan kehidupan di kampung tidak tenteram, tetapi dengan terbentuknya Barisan, mereka dapat hidup aman damai."Masa itu(1974) NIk Aziz mewakili BN untuk bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa.

Skrg Nik Aziz sanggup pula menentang usaha yg begitu baik utk umat islam dinegara ini yang pernah beliau akui suatu masa dahulu.

Nik Aziz membelakangi Surah Al-Hujurat, ayat 10 bermaksud...

”Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Marilah kita sama-sama menentang kumpulan ini yg bertopengkan agama sebaliknya mahu memecahbelahkan Umat islam di negara ini semata-mata gila kpd kuasa.

Slmt berjuang demi agama.bangsa dan negara tercinta.
Salam juga utk Roshatika dan kwn2 semua.
Asalamualaikum dan salam sejahtera...

Pakmie.blogspot.com

P/s : Jika dtg Manik Urai tu sila bgitahu Pakmie ok...

anti munafik said...

Itulah akibatnya apabila sunnah nabi diketepikan, pertolongan daripada syaitan dialu-alukan. Saudara sesama Islam dicaci dimaki, dap kafir harbi dipeluk dicium, peliwat,penzina, betina telanjang,disokong diraikan. Sekarang, rakan separti diperlekehkan. Inikah tok guru yang dibangga dan dijulang ? Kerana ALLAH atau kerana dendam ?