**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, June 30, 2009

PRK MANEK URAI : SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

Saya sekarang berada di PRK Manek Urai. Insya-Allah perkembangan terkini dari sini akan saya muatkan untuk tatapan pembaca-pembaca yang berada diluar sana.

Saya akan berada disini sehingga hari penamaan calon dan Insya-Allah selepas itu akan diganti dengan rakan-rakan bloggers lain.

Melihat keadaan penduduk yang berada di kawasan ini, membuatkan hati saya menangis. Memang betul tanggapan saya, PAS adalah sebuah parti yang hanya tahu mengadakan ceramah-ceramah kosong. Kebajikan penduduk langsung tidak dijaga, malah kemiskinan mereka dieksploitasikan untuk kepentingan politik mereka.

Berbalik kita kepada isu tuduhan TG Nik Aziz bahawa UMNO adalah parti ajaran sesat. Disini saya ingin tegaskan, yang sebenarnya sesat ialah Parti PAS. Kalau anda berada di negeri serambi Mekah ini, sebenarnya mereka sudah tidak hairan dengan tuduhan dan perkara pelik yang terkeluar dari mulut Menteri Besar Kelantan tersebut.

Diantaranya ialah:-

1. Pernah pada suatu ketika dahulu TG Nik Aziz mengeluarkan fatwa haram menanam pokok tembakau, dengan alasan merokok adalah haram, tetapi kerana orang Bachok yang merupakan penyokong 'kuat' PAS adalah penanam tembakau dan takut hilang undi maka 'fatwa' tu di'senyapkan'. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

2. Pernah TG Nik Aziz mengeluarkan fatwa haram membaca talkin di kubor, kerana perbuatan tersebut adalah 'bidaah', SEMUA perkara Bidaah adalah Sesat. Tetapi kerana takut hilang undi kumpulan PONDOK maka fatwa karutnya 'SENYAP'. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

3. Pernah TG Nik Aziz berkata boleh berkawan dengan Syaitan, yang kita semua tahu dalam Al-Qur'an ada menyatakan "Minta jauh (berlindung) dari syaitan yang direjam". Disini TG Nik Aziz jelas `melawan' Tuhan, MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

4. Baru-baru ini pula TG Nik Aziz marah kepada Presiden PAS Al-Fadhil Tuan Guru Hj.Ab.Hadi Awang kerana hasrat TG Haji Hadi untuk berbaik dan berdamai dengan UMNO, tetapi kerana dendam kepada UMNO beliau menyuruh Timbalan Presiden PAS, Al-Fadhil Ust Nasharuddin meletakkan jawatan kerana menyokong TG Haji Hadi.

Semua ini terbina atas perasaan "al-'adawah wal baghdha' " iaitu dendam dan permusuhan yang menebal di hatinya. Ini jelas berlawanan dengan perintah Allah SWT yang menyuruh orang-orang Islam agar berbaik-baik. Dan juga berlawanan dengan Sabda Nabi Muhammad SAW "sesungguh orang-orang Islam itu bersaudara". Jelas Nik Aziz melawan Tuhan dan Rasul. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

5. TG. Nik Aziz juga adalah penipu...dia mengajar dan menyuruh pengikut-pengikutnya agar jangan berebut harta dunia tetapi dia sendiri kaya raya, anak dia kaya raya, saudara mara dia kaya raya, pengikut-pengikut dia kaya-raya, isteri dia pun mempunyai stesen minyak petronas kat Pulau Melaka, juga kaya.. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

6. Rasulullah SAW menyuruh patung-patung dibuang dan diruntuhkan. Semasa Rasulullah SAW memerintah Mekah dan Madinah, patung-patung tidak kira kecil atau besar diruntuhkan tetapi sejak Tok Guru PAS menjadi Menteri Besar Kelantan, patung (berhala) semakin banyak dan besar. MAKA SIAPA SEBENARNYA YANG SESAT?

7. Sebenarnya banyak lagi dalil-dalil KESESATAN yang akan didedahkan kelak. Tunggu ya!

5 comments:

TokMudim said...

Dmubfcuk Tuan Blog

Dedah pala hatuk hang.....Provokasi PAS supaya TGNA dicaci /dimaki/ dikutuk/dihina oleh UMNO nampaknya semakin menjadi menjelang PRK M/U.

UMNO tidak pernah belajar dari sejarah, bodoh dulu, kini dan selamanya bodoh.Macamane nak menang PRK kat Kelantan.

Bodoh Punya UMNO.

Anonymous said...

Betul ke TGNA yang sesat? Kandungan Blog saudara penuh dengan kebencian. Berat sebelah. Selamat malam!

PaKMie said...

Salam Roshatika n kwn2...

Actikel yang baik...senang difahami. Pakmie setuju sgt2 dgn actikel spt ini, isinya tepat dan jitu.

Kita tdk ada masa lagi memandangkan Pakatan Rakyat khas pemimpin2 tertentu dlm pas terlalu besikap biadap, menggunakan agama sewenang2nya kita wajib mencerita satu persatu demi mencari kebenaran dan tiada niat utk menjatuhkan air muka sesaorg tdk spt Nik Aziz katakan kepada Umno dimana Nik aziz sanggup menyamakan Umno spt ajaran sesat ayah pin dan dasar komunis.Sdg kan ahli2 Umno juga Islam dan mengucap dua kalimah syahadat seperti ahli2 pas juga.

Kita bukan sunat2 lagi menentang kata2 Nik Aziz. Nik Aziz sdh lama menyesatkan umat islam dinegara ini khasnya kelantan setiap kali menjelang p/raya. Bagi Pakmie org yang paling rugi dan tdk bernasib sekali di PRK MU adalah Nik Aziz. Mana2 parti politik yg bertanding jika ianya kalah atau menang sekali pun Nik Aziz tetap menerima musibah atau pembalasa dri Allah SWT kerana mengkafirkan sesama Islam. Ini bkn main2...

Asalamulaikum dan salam sejahtera. Slmt berjuang demi mencari kebenaran...

Got Tots! said...

Roshatika ler yang akan sesat nanti kalau ditinggalkan kat tepi hutan di Manek Urai tu.. maklumlah bukan org tempatan... he he he.

Anonymous said...

Ok la aku komen plak pasal Umno ni
Kalau ikut sejarah Umno Adalah penjajah Zaman British ikut undang-undang penjajah...seperti amerika dan Israel. Cuti hari Ahad dan sabtu.Ikut Yahudi.Undang2 yahudi..arak,judi,rempit,rogol,ragut...ni semua umno punyer pasal..kalau ikut hukum hudud kat malaysia ni aman...merosakan anak2 islam....Kalau Umo ikut undang-undang islam negara selamat.Pastu Umno ni pandai...Dalam Tv. pasal orang umno buat salah ker x ade pun tunjuk tapi kalau pembangkang macam2. Orang pas pun bukan semua nyer betul tapi...ade jugak same jer cuma diorang nak menegak kan islam..tapi kalau dah Ustaz harun Din pun Pas jugak...ulama2 semua pas x kan lah kite nak ikut Umno.kerana duit orang Umno nak duit jer sebab tu sokong Umno.bila time mengundi sape2 balik kg mengundi bagi duit kat PWTC..seorang Rm 300-400 utk warga kelantan dan lain negeri yang jauh.Lagi satu kite ni orang islam ciri-ciri pemimpin yang alim ada pegangan ugama,ulama,ni kalau bini najib x pakai tudung mcm maner nak sokong.Ni kite ikut zaman nabi dulu dah cakap nak pilih pemimpin mesti seorang yang alim.UMNO banyak rasuah dari dulu kini dan selamanya....semua pemimpin Umno yang boleh kekal jadi menteri semua tempat asal diorang dekat kem tentera Abdullah kem kepala batas .Mahathir kem TUDM jitra Najib Kem TUDM batu 10 boleh la menang undi pos.......Ok sekian komen banyak lagi komen yang ada...