**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, June 18, 2009

SHAHRIZAT JEMPUT MUSLIMAT PAS RUNDING PERPADUAN

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan menghantar surat esok kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Saleh untuk menjemput beliau bagi memulakan rundingan mengenai kerajaan perpaduan.

Shahrizat melahirkan harapan agar Nuridah menerima jemputan itu dan meletakkan ideologi politik di belakang untuk mengatasi krisis politik yang dihadapi negara ketika ini.

"Wanita ada cara tersendiri untuk menangani isu ini. Saya berharap Ustazah Nuridah akan menerima jemputan saya untuk bertemu dan mengetepikan ideologi politik dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi kemelut politik."

Ada di kalangan pembangkang yang ingin mengadakan perbincangan ini tetapi ada juga yang tidak mahu perkara ini berlaku. Nampaknya seperti mereka bermain sandiwara (drama) tetapi sebenarnya bagi wanita tidak ada yang susah sangat.

"Walaupun belum tentu kami dapat menyelesaikan kesemua masalah, tetapi kalau dalam tiga hingga empat isu itu pun sudah bagus. Islam harus bersatu dan mesti kekalkan perpaduan yang ada," katanya.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata rundingan ini dimulakan atas dasar Muslim ke Muslim sebelum memperluaskan termasuk bukan Islam terutamanya sejak idea ini dimulakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Ditanya jika parti komponen BN lain dan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain, beliau berkata ia "kemudian".

Bagaimanapun, dalam beberapa minit selepas Shahrizat mengadakan persidangan akhbar itu di Parlimen, 10 anggota Parlimen PAS termasuk wanita mengadakan persidangan akhbar dengan mengatakan mereka enggan mengadakan sebarang rundingan perpaduan dengan Umno.

"Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh kepada keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan BN, termasuklah konsep kerajaan perpaduan," kata mereka.

Persidangan akhbar itu yang diketuai Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata mana-mana anggota PAS yang mahu berunding berkaitan kerajaan perpaduan hendaklah berbuat demikian di luar parti.

Antara anggota Parlimen PAS yang hadir pada persidangan akhbar itu ialah wakil dari Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf, Titiwangsa (Dr Lo'lo Ghazali) dan Shah Alam (Khalid Abdul Samad).Sebelum itu dalam persidangan akhbar yang lain, Siti Zailah membuat kenyataan yang jelas bahawa Dewan Muslimat menentang idea untuk sebarang rundingan mengenai kerajaan perpaduanMuktamar PAS ke-55 baru-baru ini dengan sebulat suara tetap mahu bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno-BN.

"Dewan Muslimat Pas MPP dan Anggota Parlimen Muslimat PAS faham dengan kecelaruan yang sedang berlaku di kalangan ahli-ahli akar umbi serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS."Kami menyeru ahli dan penyokong PAS supaya tenang dan jangan cemas dengan usaha pihak yang ingin memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan perpaduan PAS."Kami juga ingin menyeru kepada semua pemimpin PAS supaya tidak membuat kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama," kata Siti Zailah.-- BERNAMA

No comments: