**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, January 13, 2009

PAS DAN PAKATAN SEMAKIN PARAH


Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Seperti yang kita sedia maklum, Pas kini terperangkap di dalam mainan politik DAP dan pakatan rakyat sehinggakan maruah parti tersebut kini tercalar dan bertambah parah.

Penafian keras oleh rakan baik Pas, Karpal Singh yang menentang ideologi dan perjuangan parti Pas bertambah jelas apabila beliau mengkritik ketua beliau di dalam pakatan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tentu ahli-ahli Pas dan pemerhati politik bertambah pelik dengan permainan pemimpin-pemimpin Pas yang masih mahu berdampingan dengan pemimpin-pemimpin DAP yang begitu jelas merupakan duri dalam daging perjuangan Pas hari ini.

Penulis juga 'kagum' dengan kemampuan pemimpin-pemimpin Pas berwayang kulit serta membohongi ahli-ahlinya sendiri hanya kerana kuasa yang bersifat sementara sahaja.

Tentunya penulis bersimpati dengan ahli-ahli Pas yang telah lama menabur bakti, tenaga dan wang di dalam Pas tetapi sumbangan mereka itu diperkotak-katikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin Pas.

Penulis juga sedih dengan bangsa Melayu yang sanggup mengibarkan bendera dan memakai lencana DAP di Kuala Terengganu, seolah-olah mereka itu tidak pernah membaca dan memahami sejarah DAP dan kelekehan mereka terhadap bangsa Melayu dan sejarah Malaysia.
Apakah harga maruah orang Melayu begitu murah untuk digadaikan kepada parti DAP?

Seperkara lagi, apakah benar Anwar Ibrahim sanggup diludah?

Jika benar, beliau patut diludah mulai dari sekarang dek politik dan janji palsu beliau.

Sumber: www.novandri.blogspot.com

Monday, January 12, 2009

KALAU UMNO MACAM ISRAEL, ANWAR MACAM APA?


Adam Jalil

Untuk Anwar menggelar UMNO seperti Israel bukanlah satu keanehan. Sepanjang kerjaya politik beliau sama ada di pihak revolusioner, sederhana mahu pun pembangkang, Anwar dikenali sebagai tokoh yang suka mengungkap kata-kata bombastik dan bersifat "mengada-ngada membesarkan kesan ucapannya" (hiperbola).

Ini bukan kali pertama Anwar mengungkap kenyataan UMNO macam Israel. Pada 1970-an dulu ungkapan yang sama beliau gunakan untuk menjatuhkan UMNO.

Pada 1980-an apabila menyertai UMNO, parti itu menjadi suci dan bersih biarpun ia merupakan parti yang memimpin kerajaan Malaysia yang terbabit dengan peristiwa Memali. Demikian juga apabila Operasi Lalang dilaksanakan pada 1987, UMNO bukan Israel pada kaca mata Anwar.

Sebaliknya ketika itu Anwar melabelkan DAP sebagai Cauvinis Cina dan Pas sebagai Parti al maki wal hamun yang hanya merosakkan imej Islam.

Anwar mendakwa, “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.”
Kepimpinan yang dipilih rakyat mana yang tidak diiktiraf UMNO? UMNO bukan entiti kerajaan tetapi entiti politik.

Namun kerajaan pimpinan BN dan UMNO mengiktiraf keputusan pilihan raya lalu secara jelas dan bertamadun. Para Menteri Besar dan Ketua Menteri menerima pengiktirafan sewajarnya dari kerajaan Persekutuan tanpa mengira parti.

Peruntukan-peruntukan yang dijelaskan dalam Perlembagaan Malaysia dipatuhi dan tidak dilanggari.

Anwar juga mendapat pengiktirafan sewajarnya sebagai Ketua Pembangkang. Cuma Anwar tidaklah boleh mengharapkan beliau diiktiraf seperti pemimpin nombor satu atau nombor dua negara kerana beliau hanyalah ahli parlimen dari sebuah parti yang gagal memenangi pilihan raya umum yang lalu.

Jika UMNO dianggap Israel, Anwar pula apa berdasarkan tingkah laku beliau yang tidak habis-habis berkempen memburukkan pimpinan negara biarpun selepas pilihan raya?

Jika dilihat tingkah laku Anwar sejak April 2008 lalu nyata beliaulah yang tidak dapat menerima apa sahaja keputusan rakyat.

Selebihnya siapa yang lebih rapat dan akrab dengan Yahudi jika bukan Anwar?

Anwar secara automatik telah menjadi alat US dan Israel apabila menjadi Pengerusi Foundation For the Future diumumkan di Bahrain oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) 12 November 2005.

Kenyataan Anwar bahawa UMNO macam Israel sekadar menonjolkan lagi ciri-ciri peribadi beliau sebagai seorang muslim yang tidak berakhlak.

Tidak ada muslim yang baik akan menyamakan rakan Islamnya yang lain seperti Israel mahu pun kafir harbi lain.

Inilah wajah sebenar Anwar yang kadang kala terjelma di sebalik kepalsuan imej ciptaannnya sebagai pemimpin yang mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia.

www.pemudaumno.org.my

KERAJAAN SELANGOR BERBELIT-BELIT LIDAH, HARI INI LULUS LUSA DAPAT CAMRY


Nampaknya kerajaan pakatan pembangkang khususnya di Perak dan Selangor terpaksa bersilat lidah untuk menghalalkan perbuatan membeli kereta mewah Toyota Camry bagi mengganti Proton Perdana V6.

Ternyata tindakan mengganti Proton Perdana V6 itu mengundang pelbagai persoalan terutama slogan pakatan pembangkang yang kononnya mengutamakan kebajikan rakyat.

Malah cara pembelian terancang juga menimbulkan tanda tanya khususnya apa yang berlaku di Selangor.

Orang ramai sudah tentu pelik bila membaca kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Sabtu lalu menyatakan mesyuarat Exco membuat keputusan meluluskan pembelian kenderaan itu bagi menggantikan Proton Perdana pada hari Rabu.

Ini menimbulkan persoalan kerana sebaik diluluskan hari Rabu kerajaan Selangor telah terima sebanyak 15 buah Toyota Camry pada hari Jumaat. Cepat betul dapat. Dua hari lulus, kereta tersebut sudah dihantar.

Rakyat sudah pasti tertanya-tanya dan mahu tahu apakah pembelian Toyota Camry mematuhi peraturan perolehan menerusi tender atau sebut harga mahupun rundingan terus?

Ini kerana sebelum ini pakatan pembangkang berikrar akan melakukan pembelian kereta itu menerusi tender malah projek-projek lain juga akan dibuat demikian untuk membuktikan kerajaan pakatan PKR, DAP dan PAS di Selangor telus.

Sekiranya benar ikrar tersebut, mustahil kenderaan baru itu dilakukan menerusi tender dalam tempoh singkat.

Mengambilkira kenderaan baru itu dibekalkan selepas dua hari kelulusan Exco, urusan membelia Toyota Camry yang beharga sekitar RM2 juta itu kemungkinan sudah dibuat lebih awal.

Arahan membeli kenderaan itu mungkin dikeluarkan Menteri Besar ataupun Exco dan kertas rancangan pembelian sudah disediakan dan mesyuarat Exco Rabu lalu hanya untuk mengesahkan kelulusan pembelian.

Pembelian kereta pada penghujung tahun dan diterima awal tahun juga merupakan satu kerugian kerana kenderaan itu sudah susut nilai.

Inilah mungkin dikatakan kerajaan bijak dan telus. Namun keadaan ini sudah pasti akan terus diingati rakyat kerana rakyat bukan mudah untuk diperbodoh-bodohkan.

Lagi kerajaan Selangor berbelit-belit lagi banyaklah pembongkaran perlakuan songsang pakatan pembangkang terdedah. Tungguuu!!!

Aiman Semenyih


www.pemudaumno.org.my

PEMUDA UMNO DESAK ISRAEL DIKENAKAN SEKATAN EKONOMI

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda Umno mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ekonomi dengan segera terhadap Israel kerana menceroboh bumi Palestin yang sehingga kini mengorbankan ratusan nyawa.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pergerakan itu menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahukan PBB mengadakan sidang tergempar, sekali gus membentang satu resolusi untuk masyarakat dunia mendesak sekatan ekonomi terhadap Israel.

“Saya rasa bahawa masa untuk mengutuk sudah terlambat…ratusan rakyat Palestin sudah terkorban nyawa mereka. “Kalau kita hanya nak minta kutuk serangan itu, ia tidak mencukupi. Kita kena bertindak dan kena bagi kata dua kepada Israel, kalau mereka tidak berhenti serangan di Gaza mereka akan dikenakan tindakan sekatan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Menjana Modal Insan Terbilang di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas di sini hari ini yang turut dihadiri oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Khairy berkata jika perkara itu tidak dapat dipersetujui, masyakarat dunia melalui perhimpunan PBB harus bertindak untuk membawa satu resolusi yang memberi tekanan kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk berbuat demikian.ika keadaan itu masih tidak mencukupi, beliau berkata PBB sebagai badan dunia harus membuat ugutan menggunakan campur tangan tentera ke atas Israel untuk membawa ketenteraman di Semenanjung Gaza. - Bernama

Sumber : Kelab Penyokong Maya UMNO

KUALA TERENGGANU SUDAH PATUT LUDAH ANWAR?

Eloklah kita pakat ramai-ramai ludah Anwar yang berkata dalam ceramah beliau bahawa beliau sanggup diludah jika Pakatan Rakyat, beliau sebagai Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa untuk merubah nasib rakyat. Kita lihat sahaja apa yang telah diubah di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah khususnya Selangor setelah 8 bulan mereka memerintah.

Apa yang telah Anwar bela. Malahan hak-hak Melayu telah dinafikan oleh Anwar kerana mahu menjaga hati DAP. Anwar sanggup berkata apa sahaja bagi menjadi popular dan sanggup diludah. Anwar berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberikan mandat memerintah negara, “Saya tidak berani bersumpah dan berjanji, tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat,” Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya.

Berapa banyak ikrar yang mahu Anwar buat sedangkan Ikrar PRU dahulu banyak yang tidak dilaksanakan dan seharusnya beliau diludah sekarang dan tidak perlu menunggu selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Penipuan demi penipuan dibuat oleh Anwar. Selepas pilihan raya yang lalu Anwar langsung tidak menumpukan kepada kebajikan rakyat tetapi menumpukan perhatian untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri.

Anwar menghabiskan banyak masa beliau dengan bertemu ahli-ahli Parlimen untuk melobi mereka untuk melompat parti. Sehingga November, Anwar hanya menumpukan kepada Road To Putrajaya dan seterusnya disambung lagi dan melarat ke Sarawak dan Hari Raya korban adalah tarikh waktu sasaran beliau. Masa bila Anwar tumpukan kepada Rakyat.

Kuala Terengganu sepatutnya meludah Anwar sekarang.

Ibrahim Isamil - Kuala Terengganu

Sumber : Kelab Penyokong Maya UMNO

SOKONG PAS SAMA MACAM SOKONG ANWAR, SOKONG ANWAR SAMA MACAM SOKONG AMERIKA


Darah anak-anak dan rakyat yang mengalir di bumi Palestin terus mengalir dan ketika itu ada penyangak dan penipu besar yang bersekongkol di Malaysia cuba memainkan drama untuk meraih sokongan dan simpati kononnya sedang berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan darah yang terus mengalir di bumi Palastin ini.

Berapa lama dan sampai bilakah munafik ini akan terus menipu rakyat Malaysia, sampai bilakah munafik ini akan terus bersandiwara di kancah politik tanah air.

“Saya bukanlah orang besar dalam isu perang Israel – Palestin tetapi berada di Ankara, Turki sebagai menyatakan sokongan terhadap umat Islam di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Saya berada di situ kerana mahu menghubungi beberapa pemimpin negara Islam termasuk pemimpin Hamas di Gaza bagi berkongsi kesedihan terhadap peperangan yang dilakukan Israel terhadap Gaza di bumi Palestin. ”

Mengapa Anwar berada di Ankara, Turki dan jika kita imbas kembali mengapa Anwar mencari perlindungan di kedutaan Turki. Umumnya kita tahu Turki adalah sebuah negara Arab yang dibayangi oleh Amerika.

Apakah sememang Anwar ke Turki dengan agenda simpati dan meluah rasa sedih beliau terhadap orang-orang Islam yang kini menjadi mangsa kekejaman rejim Zionist ? Apa bezanya Turki dan Israel.

Umum mengetahui Anwar memang ada hubungan rapat dengan Amerika malah negara itu kerap kali mengkritik undang-undang negara ini yang mahu membicarakan Anwar dalam kes tuduhan liwat bukan sahaja dalam kes terbaru malah yang terdahulu.

Umum juga tahu Amerika adalah sekutu rapat Israel dan negara yang masih dipimpin Presiden George Bush terus menyokong serangan yang dilakukan rejim Zionis itu terhadap penduduk Islam di Palestin.

Apakah Anwar peduli akan darah dan nyawa kanak-kanak dan rakyat yang tidak berdosa di zalimi rejim zionist ini, kenapa Anwar tidak menghubungi rakan-rakannya di Amerika terutama Bush meminta negara itu mengarahkan Israel berhenti membedil dan membunuh penduduk di Gaza.?

Apakah Anwar berani melakukannya demi nyawa orang Islam yang kini di baham oleh rejim Zionist berkenaan. Mengapa PKR tidak berani mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi mengutuk Amerika yang bersekongkol dengan Israel membunuh rakyat Palestin .

Menyokong Pas samalah seperti menyokong Anwar, Menyokong Anwar samalah seperti menyokong Amerika yang menyokong Israel.

Rakyat di Terengganu perlu membuka mata dan perlu menolak Anwar Ibrahim, mata dan telinga AS di Malaysia. Rakyat Terengganu jangan turut berdosa mengotorkan tangan bagi menyokong Anwar.

Oleh:Hasan Ismail

Sumber : Kelab Penyokong Maya UMNO

PENYU MENANGIS SIAPA YANG TAHU


Penyu menangis siapa yang tahu…. Kuala Terengganu menerima kunjungan pengunjung yang begitu ramai sekali dalam berbagai-bagai agenda yang mewarnai pilihan raya kecil Kuala Terengganu P36 yang telah dikosongkan oleh Allahyarham Datuk Razali (Timbalan Menteri Pelajaran ) yang telah pulang ke Rahmatullah kerana serangan jantung ketika sedang beriadah.

BN yang mempertaruhkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Farid yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu di tentang oleh dua calon lain dari Pas dan bebas.

Tentangan yang diharapkan adalah dari calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut yang merupakan ADUN Wakaf Mempelam dijangkakan akan memberikan saingan yang sengit kepada calon BN.Calon bebas Azharudin yang menjalankan perniagaan perubatan alternatif di Kampung Ladang Pasar itu akan menggunakan “buku” sebagai lambangnya pada pilihan raya kecil itu.

Beliau yang berkata bahawa beliau yang telah mendapat Lintasan untuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, sesuai dengan profesion beliau sebagai pengamal perubatan alternatif di mana lintasan menjadi petunjuk kepada beliau.

Sementara itu Mohd Abdul Wahid Endut yang merupakan calon yang dipilih sendiri oleh Hj Hadi Awang telah menghentikan semua spekulasi nama calon-calon yang telah dikemukan oleh kumpulan Endorgan yang merupakan calon pilihan Anwar Ibrahim, Syed Azman dan juga calon yang menjadi pilihan Nik Aziz, Mat Sabu.

Pas sebenarnya menghadapi masalah untuk mengemukakan nama calon dan ianya terpaksa diumumkan pada 1 Januari kerana ada perselisihan pendapat antara Nik Aziz, Hj Hadi dan juga pemimpin yang lain.

Selain itu Dr Harun Taib juga mengemukakan nama-nama dari kumpulan Muqabalah seperti Dr Khazani, Mustafa Ali, Wan Muthalib Embong dan Ariffin Deraman.

Akhirnya, Hj Hadi telah membuat keputusan beliau sendiri dengan memilih Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon dan beberapa calon dikatakan telah merajuk hati dan tidak turut hadir pada hari penamaan calon yang lalu.

Isu Hudud telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan menjelang pilihan raya kecil ini apabila Pas yang sememangnya dahulu memperjuangkan Hudud tetapi terpaksa melupakan hasrat untuk memperjuangkan Hudud kerana terpaksa bergabung dengan Pakatan Rakyat ( pakatan yang belum didaftarkan- pakatan haram) Pas terpaksa memutarbelitkan isu ini apabila Husam dalam satu debat Transformasi Politik yang cuba mempertahankan isu Hudud apabila diserang oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, menyatakan bahawa Pas akan melaksanakan Hudud apabila menajdi kerajaan.

Berbagai reaksi bercanggah dan panas dari pemimpin DAP yang menentang perlaksanaan Hudud dan juga kini merupakan sahabat karib Pas yang telah memaksa Nik Aziz dan Hj Hadi mempertahankan isu ini.

Desakan agar Anwar yang membisu untuk menjelaskan pendirian beliau, akhirnya Anwar menjelaskan isu ini pada hari pertama beliau berkempen di Kuala Terengganu. Anwar menyatakan bahawa Hudud hanya untuk orang Islam.

Anwar yang sememangnya diketahui sebelum ini tidak berminat dengan Hudud pernah berkata pada satu ceramah di masjid lama, Kg Sebarang Marang Terengganu pada 14 Mac 86. “Islam yang cuba di tubuhkan oleh pemimpin Pas dengan kata-kata semata, itu hanya Islam ‘Ayat Kerusi ‘ dan ‘kerusi parlimen’ sahaja kerana mereka dengan jelas menolak kebenaran dan usaha meningkatkan syiar Islam di negara ini kerana dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional .

Jelas pilihan raya kali ini bukanlah satu pilihan raya yang hanya di wakili oleh Pas tetapi ianya melibatkan DAP dan juga PKR. Kemenangan dan kekalahan ini sebenarnya bukan menjejaskan atau melonjakkan nama Pas tetapi ianya akan melibatkan secara terus nama ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Menyokong Pas kini samalah seperti menyokong Anwar Ibrahim kerana dalam gabungan Pakatan Rakyat sekarang, suara Pas hanyalah suara halus yang ada kala hanya didengari sebagai batuk-batuk kecil yang tidak lagi dipedulikan.

Sebaiknya penyokong Pas memikirkan penglibatan Pas dalam Pakatan Rakyat yang telah banyak menjatuhkan kredibiliti dan telah banyak menyeleweng dari perjuangan sebenar. Seharusnya Pas perlu dikejutkan dengan keputusan Kuala Terengganu oleh penyokong Pas, nafikan kemenangan Mohd Abdul Wahid Endut, sama seperti menafikan Anwar Ibrahim.

Sumber : Kelab Penyokong Maya UMNO

Sunday, January 11, 2009

PESARA GURU SOKONG CALON BN

Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh terus menerima sokongan pelbagai pihak di sini menjelang seminggu sebelum hari pengundian 17 Januari ini.

Kali ini sokongan diterima daripada bekas-bekas guru di kawasan ini yang percaya calon BN itu mampu meneruskan kesimbungan khususnya dalam bidang pendidikan seperti yang dirintis ahli parlimen terdahulu, Allahyarham Datuk Razali Ismail.

Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Tuan Arshad Tuan Long, 63 berkata pengundi di kawasan ini sudah pasti akan membuat pertimbangan yang wajar bagi memilih calon mana yang paling layak untuk dipilih bagi mewakili mereka.

Jelasnya rakyat di sini mahu calon yang mampu meneruskan pembelaan dan kecemerlangan ilmu seperti yang dilakukan ahli parlimen terdahulu.

"Kita tidak mahu menidakkan calon Pas tetapi dalam soal ini calon BN lebih berkemampuan.

"Wan Farid bukan sahaja muda dan mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi tetapi mempunyai akses secara terus untuk menyampaikan apa sahaja keperluan yang diperlukan masyarakat di sini kepada kerajaan", katanya ketikka ditemui laman webPemuda di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi sebagai anak tempatan yang cukup pengalaman sudah pasti tumpuan khusus dapat diberikan Wan Farid bagi membawa suara rakyat di sini.

Bagi seorang lagi bekas guru, Hajah Hasnah Ghazali, 60 pula berkata pengundi tidak mempunyai pilihan lain selain menyokong calon BN.

Beliau yang dulu mengajar di Sekolah Kebangsaan Chendering berkata rakyat khususnya pengundi di kawasan ini sebenarnya boleh membuat penilaian kedua-dua calon.

Katanya lagi menerusi pengalaman ternyata Pas gagal membela nasib rakyat.

"Apa yang boleh Pas lakukan jika menang sedangkan masa memerintah dulu pun parti itu gagal membela nasib rakyat terutama dalam pendidikan.

"Malah calon BN dahulu jelas terbukti bukan sahaja komited dalam membawa kecemerlangan pendidikan malah membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik", ujarnya.

Beliau yang merupakan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Burok yakin pengundi tidak akan membuat kesilapan yang bakal merugikan mereka bila membuat pilihan nanti.

Sementara itu, bagi seorang lagi pesara guru Haji Mustapha Said, 72 pula beranggapan calon Pas, Mohd Abdul Wahid tidak mempunyai rekod perkhidmatan yang boleh dibanggakan.

Jelasnya walaupun telah menjadi wakil rakyat selama lima penggal di kawasan Wakaf Mempelam namun tidak ada apa pembangunan yang dibawa di kawasan itu.

"Saya adalah pengundi di kawasan beliau dan saya tidak nampak apa yang boleh dilakukan beliau jika dipilih menjadi ahli parlimen nanti.

"Di kawasan dia sendiri dia gagal bagaimana kalau dipilih sebagai ahli Parlimen. Ini bukan perkara yang boleh dicuba-cuba tetapi untuk masa depan seluruh masyarakat di sini", katanya.

www.pemudaumno.org.my

KETUA WANITA UMNO TURUN PADANG






GAMBAR-GAMBAR LAWATAN KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, YB TAN SRI RAFIDAH AZIZ KETIKA BERKEMPEN UNTUK CALON BN DI PILIHAN RAYA KECIL KUALA TERENGGANU.
www.wanitaumno2u.blogspot.com

SYOR GENCATAN KEMPEN TANDA KEPRIHATINAN NASIB PALESTIN



Oleh Adnil Mohd

Kuala Terengganu -- Bagi membuktikan komitmen dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang kini diganyang rejim Israel, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan agar satu gencatan kempen politik diadakan pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Jelasnya gencatan kempen politik selama 24 jam itu seperti gencatan bersenjata bertujuan supaya parti-parti yang bertanding mengambil langkah bertenang daripada berkempen.

Dalam tempoh itu katanya lagi semua parti terlibat mengadakan aktiviti-aktiviti menyedarkan rakyat tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin.

"Kita tidak perlu kempen selama 24 jam pada hari Khamis. Ini hanyalah sedikit pengorbanan demi keamanan sejagat", katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menemui pengundi di peti undi Kampung Nibong di sini, Sabtu malam.

Tambahnya lagi walaupun idea itu nampak seperti luar biasa tetapi ia praktikal memandangkan semua parti bertanding mempunyai cukup masa untuk berkempen.

"Saya akan menyampaikan idea tersebut kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dalam waktu terdekat.

"Saya akan jumpa mereka pada hari Isnin semasa sidang Parlimen khas," ujarnya.

www.pemudaumno.org.my

DIAM-DIAM SELANGOR BELI 14 TOYOTA CAMRY IKUT PERAK - AGENDA DAILY


Oleh: ROSLAN BIAN

Jika sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah berkata masih belum pasti sama ada mahu menukar kereta rasmi anggota Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry, tetapi dalam diam-diam kerajaan negeri sudah membeli 14 buah kereta tersebut.

Malah, 12 buah daripada Toyota Camry 2.4 bewarna hitam itu sudah kelihatan di ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam. Bakinya dijangka diterima minggu depan.

Difahamkan juga, pemandu yang bertugas membawa kenderaan Exco kerajaan negeri akan didedahkan kursus penggunaan kereta itu minggu depan sebelum digunakan secara rasmi selepas urusan pendaftaran nombor kenderaan berkenaan.

Sumber mengesahkan penghantaran kenderaan itu untuk kegunaan anggota Exco menggantikan Proton Perdana.

Pada Julai lalu ketika isu kemungkinan kerajaan Selangor menurut cadangan kerajaan Perak untuk menukar Proton Perdana kepada Toyota Camry, Khalid berkata, Selangor akan menggunakan kenderaan lama walaupun anggota Exco, Ronnie Liu turut mencadangkan penggunaan Toyota Camry.

“Apa yang penting, kita akan timbang bila nak buat perubahan. Semestinya juga ambil kira keelokkan, kos dan kehendak negeri serta negara,” katanya.

Seorang lagi anggota Exco, Datuk Dr Hassan Mohd Ali ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Exco belum buat apa-apa keputusan.

“Mungkin itu pandangan beliau (Ronnie Liu) sendiri. Kita tak ada putuskan secara mutlak nak (Toyota) Camry,” ujarnya.

Difahamkan, kenderaan Proton Perdana Eksekutif yang digunakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri yang ada sekarang berusia sekitar tiga tahun dan kebiasaannya kerajaan menggunakan kenderaan rasmi sehingga lima tahun sebelum menggantikannya.

Dengan penerimaan 14 kenderaan baru ini bermakna Selangor mengikuti jejak kerajaan Perak apabila semua anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di negeri itu mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.

“Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini pelbagai kritikan dibuat oleh pelbagai pihak kerana tidak mahu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat bagi pembelian kenderaan itu berikutan pimpinan utama negeri yang diterajui parti DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini menguar-uarkan penjimatan wang dan ingin menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Saturday, January 10, 2009

PAS PARTI `DOK ROK CETONG'

(Gambar ~ BRO JINGGO)
Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas sebagai sebuah parti “kluk-klek” ekoran pendirian parti itu yang sering berubah-ubah khususnya dalam soal hudud.

Menurutnya ideologi perjuangan mereka yang didokong selama ini seolah-olah tenggelam timbul mengikut gendang yang dipalu oleh rakan-rakan mereka di dalam pakatan rakyat.

"Perkara ini terbukti menerusi pertikaian terbaru berhubung isu berkenaan di kalangan pakatan rakyat setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedia melaksanakan hukum berkenaan jika memerintah negara kelak.

"Namun kenyataan tersebut berubah menerusi kenyataan beberapa pemimpin tertinggi mereka yang lain setelah diasak oleh DAP. Ada yang kata Pas sanggup tunggu 30 tahun untuk memerintah dan hudud bukanlah keutaman parti terbabit.

"Adakah ini kita mahu pilih Pas sebagai sebuah parti pilihan kerana amat jelas mereka tidak konsisten dan tidak berprinsip demi mendapatkan kuasa. Inilah parti 'dok rok cetong' dan tidak bermaruah", katanya ketika berceramah di Bilik Gerakan BN Cawangan Gelugor Raja di sini, Jumaat.

Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.

Husam berkata demikian ketika membalas cabaran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mencabar Naib Presiden Pas itu supaya menyatakan pendirian mengenai hudud jika pembangkang membentuk kerajaan pada satu sesi debat di Kota Bharu baru-baru ini.

Namun begitu, DAP menafikannya dan menyatakan hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang.

Khairy seterusnya menegaskan Pakatan Rakyat sebenarnya retak menunggu belah ekoran prinsip mereka yang berlainan dan tidak wujud tolak ansur sepertimana BN.

"Kita menerusi parti-parti komponen yang lain telah lama duduk semeja dan bernaung di bawah satu payung. Kita di dalam BN pun ada wujud perbezaan pendapat dan sebagainya, namun akhirnya kita mencapai satu kata putus bersama demi kepentingan rakyat.

"Justeru bila keluar mengundi 17 Januari nanti, jangan fikir banyak-banyak terus pangkah BN untuk kepentingan penduduk Kuala Terengganu", ujarnya.

www.pemudaumno.org.my

PEMIMPIN TURUN PADANG

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan pelajar Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu selepas merasmikan pembukaan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan pengumuman penawaran program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

Naib Presiden UMNO, Tan Seri Muhyiddin Yassin melihat kuih muih yang di jual sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika melawat Kampung Cina di sini.

Tan Seri Muhyiddin Yassin tertarik melihat batik tekan ketika melawat pusat batik Imbasan Damai di Kampung Losong Feri.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika terserempak dengan calon PAS semasa berkempen di Kampung Raja Chendering.

MESRA..... Calon BN membantu penjual goreng pisang selepas menghadiri Jamuan Rakyat di Kampung Gong Tok Nasek.

TUNJUK BAKAT.....Calon BN bermain Dam Haji bersama peserta pertandingan di stesen teksi Kuala Terengganu.

Friday, January 9, 2009

PENYAKIT HANTU MULA SERANG PEMBANGKANG, KALI INI POLIS JADI SASARAN

Oleh Adnil Mohd

Kuala Terengganu –- Ibarat anjing dengan bayang-bayang. Nampakya pembangkang semakin terdesak sehingga isu pengundi hantu dicanangkan kembali selepas hilang apabila menang menguasai lima negeri pada pilihanraya umum lalu.

Kalau dulu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dituduh pengundi hantu tetapi kali ini pihak berkuasa pula menjadi sasaran parti pembangkang.

Tuduhan ini dibuat hanya berdasarkan kehadiran ramai anggota Polis yang ditugaskan menjaga keamanan dan ketenteraman awam sepanjang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Terengganu, Razali Idris menyifatkan tuduhan itu tabiat penyakit lama pembangkang yang muncul semula di Kuala Terengganu.

Jelasnya penyakit hantu itu kembali menyerang pembangkang kerana pembangkang kini cukup terdesak untuk mencari bahan baru berkempen.

"Mereka sebenarnya tidak ada isu untuk dijadikan bahan berkempen. Nak main isu minyak, kerajaan dah tunaikan janji menurunkan harga minyak bersandarkan harga antarabangsa.

"Nak politikkan isu nasional ianya juga tidak ada bahan. Nak jaja isu lapuk setempat, ianya ditolak mentah-mentah oleh penduduk khususnya pengundi di sini. Jadi dalam keadaan itulah mereka terpaksa mereka satu isu lain yang dianggap baru sungguhpun ianya sudah lapuk", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas dakwaan parti pembangkang kononnya kehadiran ribuan anggota pasukan keselamatan sebagai persiapan awal BN untuk menjadikan mereka sebagai pengundi hantu.

Tegas beliau lagi, mereka sebenarnya sudah tahu kedudukan dan senario politik pada pilihan raya kali ini yang dilihat memihak kepada BN.

"Percayalah selepas ini akan naik kain-kain rentang kononnya pengundi hantu akan masuk ke kawasan ini termasuk meminta petugas mereka berhati-hati pada hari mengundi kelak.

"Kita khuatir dan bimbang provokasi ini akan menyebabkan penyokong ekstrim mereka bertindak di luar batasan seperti menahan bas, mengambil Kad Pengenalan sesuka hati dan sebagainya.

"Justeru kita berharap pihak berkuasa memantau perkara ini supaya hari pembuangan undi kelak berjalan lancar", ujarnya.

Beliau seterusnya hairan dalam masa pembangkang melaungkan mahu pilihanraya kecil kali ini aman, bersih dan tenteram, mereka tiba-tiba membuat tuduhan membuta tuli.

"Memang cukup pelik. Mereka buat dakwaan sebegitu seolah-olah tidak menghargai peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa melaksanakan tugas mengawal keamanan.

"Teringat saya kisah anjing dengan bayang-bayang, sanggup lepaskan tulang kerana sangka bayang yang dilihat di dalam air musuhnya. Macam tulah keadaan Pas sekarang", katanya.

www.pemudaumno.org.my

PEMBANGKANG DIGESA HENTIKAN KEMPEN PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM

Oleh Kazman Kamal

Putrajaya -- Parti pembangkang digesa agar tidak memainkan isu-isu sempit yang boleh memecahbelahkan umat Islam sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu termasuk menyamakan UMNO dengan Israel.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang pertimbangan politik sempit yang sanggup menyatakan apa sahaja walaupun tiada isu akan menyebabkan umat Islam terus berpecah dan tidak bersatu.

Keadaan ini kata beliau lagi jika berterusan akan hanya menjadikan umat Islam terus bermusuh sesama sendiri dan ini amat merugikan.

"Elakkan perbuatan ini kerana ia hanya merugikan dan membawa permusuhan sesama Islam", katanya selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini , Khamis.

Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan perjuangan pakatan pembangkang sama seperti Hamas yang dihukum Israel.

Pada masa sama, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali turut menyamakan hubungan Pas dengan UMNO seperti pergerakan Hamas dan Fatah iaitu dua kumpulan yang tidak sehaluan di Palestin.

Mustafa yang menyamakan Pas dengan Hamas mendakwa UMNO sering menekan Pas dalam pelbagai isu.

Hishammuddin seterusnya yakin jika kempen seumpama ini diteruskan membuktikan pembangkang sebenarnya cukup terdesak dan ketandusan isu.

"Kita percaya pengundi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu lebih bijak menilai helah pembangkang yang ketandusan isu dalam kempen mereka.

"Orang ramai akan melihat bagaimana kempen pembangkang diketuai Pas yang tiada isu baru untuk diketengahkan, sebaliknya masih menggunakan strategi lama untuk memburukkan UMNO dan BN", ujarnya.

Beliau berkata, kandungan ceramah pembangkang hanya seronok didengar, tetapi sebenarnya menunjukkan pemikiran yang sempit.

www.pemudaumno.org.my

DATO' WAN AHMAD FARID BUKAN PROKSI SESIAPA



Datuk Seri Najib Razak berkata calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukanlah proksi mana-mana pihak kerana dipilih secara bersama oleh beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi bagi memastikan calon BN menang pada pilihan raya ini. "Sebab itulah saya perlu jelaskan perkara ini sebab pelbagai pihak membuat analisa sendiri berdasarkan pelbagai andaian dan jangkaan.

GUNA SMS, INTERNET - KHAIRY

Jentera pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu di arah meningkatkan kempen terutama menerusi SMS dan Internet menjelang hari mengundi pada 17 Januari ini.

Naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata jentera pilihan raya BN sedang mengumpul semua nombor telefon pengundi muda di parlimen Kuala Terengganu dan bahan kempen akan dihantar kepada mereka melalui SMS selain internet dalam tempoh berkenaan.

Katanya SMS dipilih kerana lebih mudah difahami dan diterima pengundi muda yang bukan sahaja berada di parlimen Kuala Terengganu malah pengundi berdaftar yang berada di luar negeri ini.

Thursday, January 8, 2009

DARI RAKYAT, KEPADA RAKYAT, UNTUK RAKYAT

DARI RAKYAT, KEPADA RAKYAT, UNTUK RAKYAT, itulah slogan yang di bawa oleh BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Slogan ini menunjukkan Kerajaan BN begitu bersungguh-sungguh untuk membela nasib rakyat.

Ianya juga bersesuaian dengan pendekatan 3M yang ditawarkan oleh Dato' Wan Ahmad Farid iaitu mendengar, memahami dan menyelesaikan masalah rakyat sekiranya di pilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

PENGUNDI CINA BERSAMA BN - PAK LAH

Perdana Menteri yakin pengundi cina akan mengundi BN pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya BN.

KEMPEN SEMAKIN MENARIK

Perang poster semakin rancak

Berbagai cara digunakan untuk meraih undi

Sementara itu Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang yang di ketuai oleh Puan Hajah Rohani diberitakan sedang rancak mengadakan kempen dari rumah ke rumah. Selamat Berjaya!!


TAKTIK GUNA WANITA BERPURDAH SEBAGAI PENGUNDI BOCOR

Poster Dato' Wan Ahmad Farid mula memenuhi kawasan Parlimen Kuala Trengganu

Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu – Pemuda UMNO negeri ini sedang menyiasat maklumat bahawa Pas akan menggunakan wanita berpurdah untuk mengundi bagi pihak lain pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Ketua Penerangannya Razali Idris berkata maklumat berkenaan yang bocor ke tangan beliau akan disiasat secara terperinci dan jika wujud sebarang kesangsian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berwajib.

Menurut beliau berdasarkan maklumat daripada sumber tertentu, wanita berkenaan akan menggunakan Kad Pengenalan pengundi luar yang tidak dapat balik mengundi serta beberapa kaedah lain yang sedang diteliti.

"Wanita berpurdah akan menutup muka mereka dan ini sudah pasti akan menyukarkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat ketulenan wajah sepertimana pada Kad Pengenanalan.

"Justeru kita meminta pihak SPR meneliti secara mendalam golongan ini yang akan membuang undi pada 17 Januari nanti bagi mengelakkan sebarang penipuan dan unsur lain yang boleh mencacatkan proses demokrasi negara", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Marang turut mencabar Pas agar mengemukakan bukti berhubung dakwaan mereka kononnya BN membeli Kad Pengenalan pengundi dengan bayaran sebanyak RM500.

Tegas beliau tuduhan berkenaan amat serius dan Pas tidak sewajarnya melemparkan tuduhan secara membuta tuli semata-mata mencari isu murahan untuk dieksploitasi sepanjang tempoh berkempen.

"Kita cabar mereka dedahkan bukti berhubung perkara ini. Jangan hanya menunding jari dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas seperti ini.

"Adakah mereka kepanasan dan tidak tahan menahan asakan kita daripada pelbagai sudut sehingga sanggup bercakap tanpa usul periksa. Sertailah proses pilihan raya secara matang agar proses demokrasi ini terus subur", ujarnya.

Dipetik daripada www.pemudaumno.org.my

MAKIN KALUT, HADI PANDAI-PANDAI REKA CERITA


Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Pemuda UMNO negeri ini kesal dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh ‘orang UMNO dan BN” di Kuala Lumpur menukar laporan yang ditulis wartawan dari kawasan tugasan masing-masing.

Ketua Pemudanya, Badrol Hisham Zaki berkata, Presiden Pas tidak patut mereka-reka cerita sedangkan hal itu tidak berlaku dan tidak benar sama sekali.

Tegasnya adalah lebih baik Presiden Pas berfikir secara matang sebelum mengeluarkan kenyataan palsu di khalayak ramai seperti mana di ceramah mega anjuran Pas, di Kuala Terengganu, malam semalam.

"Pembohongan hanya mengelirukan orang ramai sahaja. Saya dan rakan-rakan saya tidak pernah mengalami keadaan sedemikian setiap kali membuat kenyataan kepada media massa.

"Tidak ada penyiaran berita yang berbeza daripada yang kami hantar atau bercakap kepada wartawan.

"Pengarang akhbar dan pengawal berita di stesen penyiaran bukan ahli politik pun, malah mereka adalah wartawan profesional yang beretika dan berpengalaman. Akhbar dan stesen penyiaran bukan pula milik parti", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Ketika berucap pada majlis ceramah malam tadi, Hadi mendakwa dia kesian dengan nasib wartawan kerana apabila laporan berita yang sampai ke ibu pejabat di Kuala Lumpur, “orang UMNO dan BN” menukarnya.

Badrolhisham seterusnya menasihatkan Hadi menyiasat sama ada sudah menjadi kebiasaan pemimpin mereka berbuat demikian apabila pemberita Harakah menghantar berita ke ibu pejabatnya.

"Tambahan pula pengarang dan penulis di Harakah yang menjadi terbitan parti itu, memang ahli politik Pas", ujarnya.

Dipetik daripada http://www.pemudaumno.org.my/

Wednesday, January 7, 2009

HARAPAN GENERASI BARU, SANDARAN GENERASI DULU

`Harapan Generasi Baru, Sandaran Generasi Dulu’ adalah slogan yang di bawa oleh Dato' Wan Ahmad Farid apabila dinamakan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Tuesday, January 6, 2009

PERANG DI KUALA TERENGGANU BERMULA


(Gambar - Malaysiakini)
Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut, 52, dan calon bebas Azharudin Mamat, 46. Calon AKIM pula menarik diri di saat-saat akhir.

Monday, January 5, 2009

BAHANG KUALA TERENGGANU MULA TERASA

Bahang mula terasa menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Petugas-petugas parti yang datang membantu mula membanjiri kawasan tersebut.































Tiga orang AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bagi membantu jentera Pilihanraya BN ketika bertemu dengan saya yang sedang bercuti bersama keluarga di Awana Kijal. Mereka ialah Kak Zauyah, Chik Shidah dan Kak Zie. Semoga BN akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen tersebut. Insya-Allah.