**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, January 12, 2009

KERAJAAN SELANGOR BERBELIT-BELIT LIDAH, HARI INI LULUS LUSA DAPAT CAMRY


Nampaknya kerajaan pakatan pembangkang khususnya di Perak dan Selangor terpaksa bersilat lidah untuk menghalalkan perbuatan membeli kereta mewah Toyota Camry bagi mengganti Proton Perdana V6.

Ternyata tindakan mengganti Proton Perdana V6 itu mengundang pelbagai persoalan terutama slogan pakatan pembangkang yang kononnya mengutamakan kebajikan rakyat.

Malah cara pembelian terancang juga menimbulkan tanda tanya khususnya apa yang berlaku di Selangor.

Orang ramai sudah tentu pelik bila membaca kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Sabtu lalu menyatakan mesyuarat Exco membuat keputusan meluluskan pembelian kenderaan itu bagi menggantikan Proton Perdana pada hari Rabu.

Ini menimbulkan persoalan kerana sebaik diluluskan hari Rabu kerajaan Selangor telah terima sebanyak 15 buah Toyota Camry pada hari Jumaat. Cepat betul dapat. Dua hari lulus, kereta tersebut sudah dihantar.

Rakyat sudah pasti tertanya-tanya dan mahu tahu apakah pembelian Toyota Camry mematuhi peraturan perolehan menerusi tender atau sebut harga mahupun rundingan terus?

Ini kerana sebelum ini pakatan pembangkang berikrar akan melakukan pembelian kereta itu menerusi tender malah projek-projek lain juga akan dibuat demikian untuk membuktikan kerajaan pakatan PKR, DAP dan PAS di Selangor telus.

Sekiranya benar ikrar tersebut, mustahil kenderaan baru itu dilakukan menerusi tender dalam tempoh singkat.

Mengambilkira kenderaan baru itu dibekalkan selepas dua hari kelulusan Exco, urusan membelia Toyota Camry yang beharga sekitar RM2 juta itu kemungkinan sudah dibuat lebih awal.

Arahan membeli kenderaan itu mungkin dikeluarkan Menteri Besar ataupun Exco dan kertas rancangan pembelian sudah disediakan dan mesyuarat Exco Rabu lalu hanya untuk mengesahkan kelulusan pembelian.

Pembelian kereta pada penghujung tahun dan diterima awal tahun juga merupakan satu kerugian kerana kenderaan itu sudah susut nilai.

Inilah mungkin dikatakan kerajaan bijak dan telus. Namun keadaan ini sudah pasti akan terus diingati rakyat kerana rakyat bukan mudah untuk diperbodoh-bodohkan.

Lagi kerajaan Selangor berbelit-belit lagi banyaklah pembongkaran perlakuan songsang pakatan pembangkang terdedah. Tungguuu!!!

Aiman Semenyih


www.pemudaumno.org.my

7 comments:

Anonymous said...

La, dok sebok lagi dgn isu beli kereta. Biar la, untuk kegunaan rasmi kerajaan selangor. Kan kjaan pusat dapat cukai sama, masyuk jugak pun.UMNO ni rasa dia semua betul. Jaga diri Puan sudah la, aurat pun tak proper lagi. Berdosa tau... Bak kata Nabil Rajalawak- Lu pikir la sendiri!

ROSHATIKA said...

Asyik dengan dosa orang, dosa sendiri dah insaf ke?

Macam ni ke bahasa nak dakwah orang?

Lu fikirlah sendiri!!

T kasih

Anonymous said...

Dosa saya dah taubat dah. Alhamdulillah... Dgn UMNO ni tak payah berbudi bahasa je, sbb parti kurang ajar, aurat pun tak tutup dgn betul. Dari pemimpin atas sampai bawah. Hampeh boto la!

ROSHATIKA said...

Sebab tu lah orang benci PR, tak tahu berbudi bahasa. Dengan DAP pandai pulak berbudi bahasa.

Anonymous said...

Kau jo bonci PR, org lain suko. Yg den tahu ramai bona bonci UMNO. Parti rasuah! Mentekedarah duit haram! Pak lah pun poning! Satu dunia tau..... Malu boto... Hampeh punyo UMNO!
Tobat la sobolum terlambek!

ROSHATIKA said...

Kalau ramai orang suka dah tentu dapat perintah negara. Ini sampai nak beli MP. Itupun hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Kejar sampai Taiwan. Habis lagi duit rakyat. Itu pun rakyat tak sedar. Pemimpin dapat Camry, rakyat dapat kandang babi!!!.

Nak tunggu PR buat perubahan, tunggulah sampai kucing bertanduk.

Anonymous said...

Kandang babi tu dokek rumah kau ko? Padan la busuk bona bau ee bilo den taip komen ni ha.... Apo salah ee boli MP, kan dalam Islam ado kaedah jual-beli. Buto porut ko kau? Kucing kat rumah den dah tumbuk tanduk dah. Kucing kau jo bolum.
UMNO hampeh!
UMNO hampeh!
UMNO hampeh!
UMNO hampeh!
Perabih boreh!
Piiiirah!