**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, January 9, 2009

PENYAKIT HANTU MULA SERANG PEMBANGKANG, KALI INI POLIS JADI SASARAN

Oleh Adnil Mohd

Kuala Terengganu –- Ibarat anjing dengan bayang-bayang. Nampakya pembangkang semakin terdesak sehingga isu pengundi hantu dicanangkan kembali selepas hilang apabila menang menguasai lima negeri pada pilihanraya umum lalu.

Kalau dulu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dituduh pengundi hantu tetapi kali ini pihak berkuasa pula menjadi sasaran parti pembangkang.

Tuduhan ini dibuat hanya berdasarkan kehadiran ramai anggota Polis yang ditugaskan menjaga keamanan dan ketenteraman awam sepanjang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Terengganu, Razali Idris menyifatkan tuduhan itu tabiat penyakit lama pembangkang yang muncul semula di Kuala Terengganu.

Jelasnya penyakit hantu itu kembali menyerang pembangkang kerana pembangkang kini cukup terdesak untuk mencari bahan baru berkempen.

"Mereka sebenarnya tidak ada isu untuk dijadikan bahan berkempen. Nak main isu minyak, kerajaan dah tunaikan janji menurunkan harga minyak bersandarkan harga antarabangsa.

"Nak politikkan isu nasional ianya juga tidak ada bahan. Nak jaja isu lapuk setempat, ianya ditolak mentah-mentah oleh penduduk khususnya pengundi di sini. Jadi dalam keadaan itulah mereka terpaksa mereka satu isu lain yang dianggap baru sungguhpun ianya sudah lapuk", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas dakwaan parti pembangkang kononnya kehadiran ribuan anggota pasukan keselamatan sebagai persiapan awal BN untuk menjadikan mereka sebagai pengundi hantu.

Tegas beliau lagi, mereka sebenarnya sudah tahu kedudukan dan senario politik pada pilihan raya kali ini yang dilihat memihak kepada BN.

"Percayalah selepas ini akan naik kain-kain rentang kononnya pengundi hantu akan masuk ke kawasan ini termasuk meminta petugas mereka berhati-hati pada hari mengundi kelak.

"Kita khuatir dan bimbang provokasi ini akan menyebabkan penyokong ekstrim mereka bertindak di luar batasan seperti menahan bas, mengambil Kad Pengenalan sesuka hati dan sebagainya.

"Justeru kita berharap pihak berkuasa memantau perkara ini supaya hari pembuangan undi kelak berjalan lancar", ujarnya.

Beliau seterusnya hairan dalam masa pembangkang melaungkan mahu pilihanraya kecil kali ini aman, bersih dan tenteram, mereka tiba-tiba membuat tuduhan membuta tuli.

"Memang cukup pelik. Mereka buat dakwaan sebegitu seolah-olah tidak menghargai peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa melaksanakan tugas mengawal keamanan.

"Teringat saya kisah anjing dengan bayang-bayang, sanggup lepaskan tulang kerana sangka bayang yang dilihat di dalam air musuhnya. Macam tulah keadaan Pas sekarang", katanya.

www.pemudaumno.org.my

4 comments:

SUKJ said...

Salam Ros,

1. Amboi..memang seorang usahawan sungguh. Anak 7 orang.

2. Tahniah la sebab anak ramai. Zaman sekarang ramai yang tak mahu ramai anak, alasannya susah nak urus anak-anak.

3. Saya sendiri 3 orang saja. Memang saya 'respect' pada mereka yang mempunyai ramai anak. Selamat Maju Jaya.

ROSHATIKA said...

Keluarga yang produktif. Besok dah besar ramai-ramai sokong UMNO.

Anak Kuala said...

tahniah sebab mempunyai wawasan yang besar
http://pemudapadangrengas.blogspot.com

Anonymous said...

Elok la tu. Tak payah tunggu besar la. skrg ni pun boleh daftar dah. Masuk UMNO semua. Tolak hukum ALLAH! Produktif taik kucing!