**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Sunday, January 11, 2009

DIAM-DIAM SELANGOR BELI 14 TOYOTA CAMRY IKUT PERAK - AGENDA DAILY


Oleh: ROSLAN BIAN

Jika sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah berkata masih belum pasti sama ada mahu menukar kereta rasmi anggota Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry, tetapi dalam diam-diam kerajaan negeri sudah membeli 14 buah kereta tersebut.

Malah, 12 buah daripada Toyota Camry 2.4 bewarna hitam itu sudah kelihatan di ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam. Bakinya dijangka diterima minggu depan.

Difahamkan juga, pemandu yang bertugas membawa kenderaan Exco kerajaan negeri akan didedahkan kursus penggunaan kereta itu minggu depan sebelum digunakan secara rasmi selepas urusan pendaftaran nombor kenderaan berkenaan.

Sumber mengesahkan penghantaran kenderaan itu untuk kegunaan anggota Exco menggantikan Proton Perdana.

Pada Julai lalu ketika isu kemungkinan kerajaan Selangor menurut cadangan kerajaan Perak untuk menukar Proton Perdana kepada Toyota Camry, Khalid berkata, Selangor akan menggunakan kenderaan lama walaupun anggota Exco, Ronnie Liu turut mencadangkan penggunaan Toyota Camry.

“Apa yang penting, kita akan timbang bila nak buat perubahan. Semestinya juga ambil kira keelokkan, kos dan kehendak negeri serta negara,” katanya.

Seorang lagi anggota Exco, Datuk Dr Hassan Mohd Ali ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Exco belum buat apa-apa keputusan.

“Mungkin itu pandangan beliau (Ronnie Liu) sendiri. Kita tak ada putuskan secara mutlak nak (Toyota) Camry,” ujarnya.

Difahamkan, kenderaan Proton Perdana Eksekutif yang digunakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri yang ada sekarang berusia sekitar tiga tahun dan kebiasaannya kerajaan menggunakan kenderaan rasmi sehingga lima tahun sebelum menggantikannya.

Dengan penerimaan 14 kenderaan baru ini bermakna Selangor mengikuti jejak kerajaan Perak apabila semua anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di negeri itu mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.

“Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini pelbagai kritikan dibuat oleh pelbagai pihak kerana tidak mahu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat bagi pembelian kenderaan itu berikutan pimpinan utama negeri yang diterajui parti DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini menguar-uarkan penjimatan wang dan ingin menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

6 comments:

Harimau-Menaip said...

Salam.

Saya cukup tidak gemar apabila membawa bendera parti bagi cawangan dan berblog, tetapi bercerita hal-hal lain.Bukan saya marah saudari, tetapi terlalu banyak cawangan yang buat begini.

Saudari, saya dari Bahagian Teluk Kemang juga, jadi tulislah mengenai Bagan Pinang. Saya pun nak tahu.

Salam Perkenalan.

Harimau : teringat main bola dgn budak bagan di Padang Kelab Kilat Taman Raja Zainal dulu...

ROSHATIKA said...

Harimau,

Terima kasih di atas cadangan saudara. InsyaAllah saya akan banyakkan cerita-cerita dari Bagan Pinang selepas ini.

Walaubagaimanapun saya dapat banyak permintaan dari ahli-ahli UMNO di Bagan Pinang supaya menulis cerita-cerita dari KT buat masa ini.

Terima kasih. Salam perkenalan.

Muhammad Azli Shukri said...

salam, PAS tak akan menang...

ROSHATIKA said...

Azli,

saya pun yakin BN akan menang.

T. kasih

Anonymous said...

Lu orang Tuhan ka boleh tahu PAS menang ke tidak? Buat2 PAS menang, teberak dalam seluar la engkau orang semua! Merana jiwa....HIDUP ISLAM! HANCUR.... sendiri jawab la....Malu nak kata.

Anonymous said...

Puan Roshatika si UMNO Bagan Pinangp- Tutup aurat proper la. Tutup la 18sx kat depan tu....UMNO oh UMNO!