**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, January 8, 2009

TAKTIK GUNA WANITA BERPURDAH SEBAGAI PENGUNDI BOCOR

Poster Dato' Wan Ahmad Farid mula memenuhi kawasan Parlimen Kuala Trengganu

Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu – Pemuda UMNO negeri ini sedang menyiasat maklumat bahawa Pas akan menggunakan wanita berpurdah untuk mengundi bagi pihak lain pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Ketua Penerangannya Razali Idris berkata maklumat berkenaan yang bocor ke tangan beliau akan disiasat secara terperinci dan jika wujud sebarang kesangsian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berwajib.

Menurut beliau berdasarkan maklumat daripada sumber tertentu, wanita berkenaan akan menggunakan Kad Pengenalan pengundi luar yang tidak dapat balik mengundi serta beberapa kaedah lain yang sedang diteliti.

"Wanita berpurdah akan menutup muka mereka dan ini sudah pasti akan menyukarkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat ketulenan wajah sepertimana pada Kad Pengenanalan.

"Justeru kita meminta pihak SPR meneliti secara mendalam golongan ini yang akan membuang undi pada 17 Januari nanti bagi mengelakkan sebarang penipuan dan unsur lain yang boleh mencacatkan proses demokrasi negara", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Marang turut mencabar Pas agar mengemukakan bukti berhubung dakwaan mereka kononnya BN membeli Kad Pengenalan pengundi dengan bayaran sebanyak RM500.

Tegas beliau tuduhan berkenaan amat serius dan Pas tidak sewajarnya melemparkan tuduhan secara membuta tuli semata-mata mencari isu murahan untuk dieksploitasi sepanjang tempoh berkempen.

"Kita cabar mereka dedahkan bukti berhubung perkara ini. Jangan hanya menunding jari dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas seperti ini.

"Adakah mereka kepanasan dan tidak tahan menahan asakan kita daripada pelbagai sudut sehingga sanggup bercakap tanpa usul periksa. Sertailah proses pilihan raya secara matang agar proses demokrasi ini terus subur", ujarnya.

Dipetik daripada www.pemudaumno.org.my

No comments: