**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, January 12, 2009

PEMUDA UMNO DESAK ISRAEL DIKENAKAN SEKATAN EKONOMI

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda Umno mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ekonomi dengan segera terhadap Israel kerana menceroboh bumi Palestin yang sehingga kini mengorbankan ratusan nyawa.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pergerakan itu menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahukan PBB mengadakan sidang tergempar, sekali gus membentang satu resolusi untuk masyarakat dunia mendesak sekatan ekonomi terhadap Israel.

“Saya rasa bahawa masa untuk mengutuk sudah terlambat…ratusan rakyat Palestin sudah terkorban nyawa mereka. “Kalau kita hanya nak minta kutuk serangan itu, ia tidak mencukupi. Kita kena bertindak dan kena bagi kata dua kepada Israel, kalau mereka tidak berhenti serangan di Gaza mereka akan dikenakan tindakan sekatan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Menjana Modal Insan Terbilang di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas di sini hari ini yang turut dihadiri oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Khairy berkata jika perkara itu tidak dapat dipersetujui, masyakarat dunia melalui perhimpunan PBB harus bertindak untuk membawa satu resolusi yang memberi tekanan kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk berbuat demikian.ika keadaan itu masih tidak mencukupi, beliau berkata PBB sebagai badan dunia harus membuat ugutan menggunakan campur tangan tentera ke atas Israel untuk membawa ketenteraman di Semenanjung Gaza. - Bernama

Sumber : Kelab Penyokong Maya UMNO

No comments: