**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, April 14, 2009

PM ARAH ADUN BN HADIRI SIDANG DUN TERENGGANU

BOIKOT: Adun Hulu Besut, Nawi Mohammad (duduk seorang diri) yang hadir ke sidang DUN manakala 10 Adun lain tidak hadir ke mesyuarat yang pertama penggal ke dua di DUN ke-12, di Kuala Terengganu, hari ini. (Gambar bawah), Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said melihat khidmat pesanan ringkas (SMS) mengandungi unsur ugutan yang ditunjukkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizan Abdul Hamid, (kiri) ketika penangguhan sidang DUN di Wisma Darul Iman. - Foto Aswadi Alias

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kerana dikatakan menerima ugutan bunuh semalam, supaya menghadiri persidangan itu seperti biasa.

Perdana Menteri berkata, ugutan bunuh yang diedar kepada tiga daripada Adun terbabit menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) adalah tidak sahih. "Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tak ada kesahihan. Justeru saya minta mereka hadir sidang DUN seperti biasa," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

TENGKU AISHAH ROHANI DITABAL TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ISTIADAT perlantikan dan pertabalan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah, hari ini. Pengurniaan gelaran itu disempurnakan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dengan memakaikan tiara pada Tengku Aishah Rohani dengan disusuli tembakan meriam lapan das. - Foto Dzulkeffli Mustapha

TERENGGANU PULA BERGELORA


Apa sudah jadi? Disaat parti menuntut kita untuk bersatu padu tetapi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu nampaknya terus memilih untuk berpecah belah. Semuanya adalah kerana `takhta'.

Selepas mengalami kekalahan berturut-turut di dalam pilihan raya kecil, adakah kita masih belum insaf?. Kenapakah `takhta' begitu melalaikan kita?. Masih tidak cukupkah pengajaran yang kita terima setakat ini?.

Seperti yang dilaporkan Terengganu menjadi semakin panas hari ini. Setakat ini belum dapat dipastikan puncanya yang sebenar. Namun beberapa hari kebelakangan ini timbulnya desas desus adanya usaha untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Menteri Besar itu telah memberi amaran keras untuk mengambil tindakan disiplin termasuk memecat Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional sekiranya usul undi tidak percaya terhadap beliau dikemukakan pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Pagi ini keadaan agak kalut sikit bila 10 orang ADUN BN Terengganu didapati tidak hadir dalam sidang DUN yang masuk hari kedua.

Ini dikatakan lanjutan dari adanya pihak tertentu menghantar SMS yang berbau ugutan kepada tiga orang ADUN malam tadi. SMS itu berbunyi: "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa? Tiga ADUN berkenaan ialah Zakaria Abdullah (Paka) , Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil).

Zakaria Abdullah dan Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.

Ketika ditemui pemberita di IPD Kuala Terengganu, Abdul Halim berkata mereka menerima SMS tersebut kira-kira 11.20 malam daripada individu yang mereka kenali selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri.

Dalam SMS itu, katanya individu berkenaan memberi amaran supaya mereka tidak meneruskan niat masing-masing, yang dipercayai merujuk kepada isu pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang memasuki hari kedua.

Monday, April 13, 2009

KHAIRY UMUM EMPAT PEGAWAI LANTIKAN BARU

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan perlantikan empat pegawai baru bagi menggantikan pentadbir sedia ada dalam struktur organisasi pergerakan itu.

Empat pegawai sebelum ini iaitu Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim serta Setiausaha Kerja Pergerakan itu, Shahrul Zaman Datuk Yahya telah melepaskan jawatan masing-masing.

Manakala empat muka baru yang mengisi jawatan tersebut ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Dalam ucapan ketika majlis ringkas petang tadi, Khairy mengucapkan setinggi-inggi peghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga kepada pergerakan itu sebelum ini.

"Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada mereka yang akan meninggalkan Pemuda. Segala ilmu dan jasa yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi misi Pemuda hari ini.

"Dan kepada muka baru yang dilantik hari ini, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin bagi menjayakan transformasi di dalam UMNO khususnya sayap Pemuda", katanya.

Terdahulu sebelum itu empat pegawai berkenaan, Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja) mengangkat sumpah memegang amanah dan menjaga rahsia parti di hadapan Khairy Jamaluddin serta Datuk Razali Ibrahim.

Khairy seterusnya berkata dengan perlantikan itu juga, Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO yang akan dipengerusikan oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap.

"Saya berharap seluruh barisan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan", katanya.

Thursday, April 9, 2009

TUN MAHATHIR GEMBIRA MUKHRIZ DILANTIK

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tentunya gembira apabila anaknya, Datuk Mukhriz dilantik menganggotai Kabinet baru sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Tentulah gembira, gembira teramat sangat," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak campur tangan dalam pelantikan barisan Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak, khususnya mengenai kedudukan Mukhriz.

Betulkah Tun tidak campur tangan? Sekiranya betul, DS Najib harus menerangkan sebab sebenar kenapa Mukhriz dilantik sedangkan beliau tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Perkara ini penting supaya kabinet DS Najib ini tidak ditohmah sebagai kabinet yang mengikut telunjuk Tun.

Selain daripada itu, Tun janganlah bergembira sangat, bebanan sekarang terletak pada Mukhriz, sekiranya beliau tidak menunjukkan prestasi, sudah tentu pada akhirnya akan di `checkmate'.

Betulkah perlantikan ini bukannya satu perangkap?

PARTI HARUS DIUTAMAKAN


Sebenarnya air mata saya menitis petang tadi. Harapan untuk melihat Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin dilantik menganggotai kabinet tidak kesampaian.

Walaubagaimanapun kita harus menerima hakikat, itulah yang telah ditakdirkan untuk beliau dan kita semua tidak harus mempertikaikannya kerana perlantikan kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Kenapa saya berharap supaya Khairy dilantik menganggotai kabinet? Pertamanya supaya UMNO dilihat memberikan pengiktirafan kepada pemimpin generasi muda, dengan harapan lebih ramai orang muda akan menganggotai UMNO.

Keduanya, saya melihat Khairy adalah seorang pemimpin muda yang bekerja keras dan sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali parti dicabar. Beliau juga dilihat mampu berhadapan dengan pemimpin parti pembangkang di dalam apa juga isu.

Ketiganya, beliau mempunyai banyak idea dan wawasan yang jelas untuk generasi muda dan dilihat telah menjadi `idola' kepada golongan tersebut walaupun generasi yang lebih tua di dalam parti memandang sebaliknya.

Walaubagaimanapun perasaan negatif yang bermain di fikiran saya, harus dibuang jauh-jauh. Parti harus diutamakan. Perjuangan kita bukanlah perjuangan peribadi. Sebaliknya sikap yang ditunjukkan oleh Khairy harus menjadi ikutan semua ahli parti.

"Bukan jawatan yang di kejar" katanya. "Yang lebih penting adalah berkhidmat untuk parti". Lagipun beliau masih mempunyai banyak masa. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa pemilihan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO adalah tepat.

Lagipun ikutlah kata pepatah "naik tangga biarlah dari bawah, alur bertempuh, jalan berturut.”

Salam Perjuangan.

KHAIRY SEDIA BANTU PM

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia membantu Perdana Menteri walaupun tidak terpilih menganggotai barisan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, jawatan dalam kabinet tidak penting bagi dirinya apatah lagi dengan tanggungjawab berat yang dipikulnya sebagai ketua Pergerakan Pemuda.

"Sebagai Ketua Pemuda Umno, saya sedia membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib), sama ada dalam atau luar kerajaan dan saya rasa jawatan itu tidak penting," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara di Melaka.

Situasi Ketua Pemuda Umno tidak terpilih menganggotai kabinet bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Suhaimi Kamaruddin (1978-1982) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1996-1998) adalah antara peneraju pergerakan itu yang tidak terpilih sebelum ini.

Sementara itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai Khairy yang tidak dilantik di dalam kabinet berkata, Khariy masih lagi Ketua Pemuda dan berpendapat ia tidak menjadi masalah kepada Ketua Pemuda itu. " Kita akan bantu dia perkasakan Pemuda,"

KHAIRY TIDAK KECEWA

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Sebaliknya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti. "Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno itu kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut. Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya, Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan. Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri ada campurtangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu.

~Malaysiakini

Wednesday, April 8, 2009

PAS ATAU DAP YANG MENANG DI BUKIT GANTANG?


Maklumat tidak rasmi yang saya perolehi menunjukkan lebih 95% peti undi yang majoritinya pengundi adalah kaum Cina dimenangi oleh Nizar.

Berdasarkan kepada pecahan, undi Nizar meningkat sebanyak 1,845. Pertambahan paling ketara diperolehi Nizar ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana majoriti pengundinya adalah kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.

Berdasarkan senario tersebut, jelas isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ di Perak menjadi faktor penyebab yang berkesan, kenapa kaum cina memberikan undi kepada PAS iaitu sebagai tanda protes kepada peralihan kerajaan negeri daripada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS kepada BN.

Sekiranya maklumat ini benar, adakah kemenangan Nizar ini membanggakan orang melayu?

Sama-sama kita fikirkan!

Tuesday, April 7, 2009

SEKITAR HARI MENGUNDI DI BUKIT GANTANG

Kesesakan memang `menjadi-jadi'

Adakah maruah Bukit Gantang akan dibela

Perayu undi wanita UMNO

PAS atau DAP yang bertanding?

Salah satu bilik gerakan BN

Menggambarkan kelemahan Lembaga Disiplin

Monday, April 6, 2009

BN YAKIN MENANG DI BUKIT GANTANG


Dengan hanya tinggal satu hari untuk berkempen, pemerhati politik dan mereka yang terbabit dalam berkempen yang memantau perkembangan itu dari dekat, sedikit sebanyak telah mendapat pertunjuk awal akan kecenderungan pengundi.

Mereka sudah dapat membuat ramalan, siapa yang akan berputih mata dan siapa yang akan muncul sebagai juara.

Walaupun jawapan pasti akan hanya diketahui lewat malam Selasa ini, Petanda awal menunjukkan BN memiliki kelebihan. Malahan pucuk pimpinan PAS sendiri mengakui yang parti itu ketinggalan di belakang BN.

Sumber dari PAS dan PKR berkata tiada keyakinan 100 peratus yang kemenangan berada dalam genggaman mereka berikutan isu baru seperti kepimpinan baru negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan impak di kawasan luar bandar, terutamanya di kalangan pengundi Melayu.

Tidak hairanlah daripada analisa terbaru yang dikeluarkan, menunjukkan peningkatan sokongan pengundi melayu dan juga bukan melayu kepada BN.

Sekiranya pada pilihan raya umum 2008, BN dikatakan mendapat 51 peratus sokongan pengundi melayu dan hanya 38 peratus pengundi bukan melayu tetapi pada pilihan raya kecil kali ini keadaannya berbeza.

Analisa terbaru menunjukkan sokongan pengundi melayu kepada BN meningkat kepada 60 peratus, manakala sokongan pengundi bukan melayu pula berada pada kedudukan 50-50.

Apa yang mengembirakan pada kali ini ialah BN akan mendapat semula sokongan daripada 3,000 anggota UMNO yang tidak keluar mengundi pada 2008 kerana memprotes calon daripada luar. Pada Pilihan raya kecil kali ini mereka telah mendapat calon yang diidam-idamkan iaitu anak tempatan.

Oleh itu sama-samalah kita berdoa semoga perkembangan terbaru dalam BN seperti kepimpinan baru di peringkat persekutuan, kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pembebasan tahanan ISA serta konsep Satu Malaysia yang didukung oleh DS Najib bakal memberikan kelebihan kepada BN.

HIDUP BN! HIDUP UMNO! HIDUP RAKYAT BUKIT GANTANG!

( Saya akan bertolak ke Bukit Gantang. Tunggu perkembangan terkini terus dari Bukit Gantang pada malam ini ~ Insya-Allah)

SEKIRANYA ANDA SUKAKAN "POLIGAMI", PILIHLAH NIZAR DI BUKIT GANTANG


Besok pagi Insya-Allah saya akan bertolak ke Bukit Gantang. Hari terakhir berkempen sebelum hari mengundi pada 7 April 2009.

Sebelum itu elok rasanya kalau saya bertanya kepada pengundi di Bukit Gantang. Adakah anda suka kepada `poligami'?

Kalau jawapannya “YA”, maka anda pilihlah Nizar. Tetapi kalau jawapannya “TIDAK”, maka anda mestilah menolak Nizar.

Kenapa saya berkata begitu? Jawapannya adalah kerana pemimpin PAS secara amnya `mengagungkan poligami’. Mereka tidak cukup dengan hanya satu `cawangan'.

Poligami di dalam perkahwinan ini terbawa-bawa ke dalam dunia politik sehingga boleh diistilahkan sebagai “poligami politik”.

Poligami politik yang saya maksudkan disini ialah apabila wakil rakyat yang telah memegang jawatan ADUN tetapi masih berkeinginan untuk memegang jawatan Ahli Parlimen.

Mereka tamak dan sentiasa bernafsu besar untuk memegang seberapa banyak jawatan walaupun sebenarnya mereka tidak layak.

Nafsu besar mereka ini telah menyebabkan pengundi dipaksa untuk `berkongsi kasih' wakil rakyat dengan pengundi di kawasan lain.

Sanggupkah anda berkongsi kasih?. Seperti yang kita ketahui, Nizar adalah ADUN Pasir Panjang. Sekiranya pengundi Bukit Gantang memilih Nizar, maka mereka terpaksa untuk berkongsi kasih dengan penduduk di DUN Pasir Panjang.

Sebagai ADUN Pasir Panjang, sudah tentu Nizar tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada Parlimen Bukit Gantang. Samalah dengan suami-suami yang mempunyai `lebih dari satu cawangan’.

Berbeza sekiranya Ismail Safian yang di pilih. Sebagai anak tempatan, beliau mengetahui selok-belok dan ceruk pelosok daerah ini. Tumpuannya tidak akan berbelah bagi di dalam memberikan khidmat kepada penduduk Bukit Gantang.

Lagipun Nizar bukanlah calon pilihan PAS. Memberi kemenangan kepada Nizar, samalah dengan memberikan kemenangan kepada DAP kerana sebenarnya Nizar adalah calon pilihan DAP.

Calon pilihan PAS yang sebenarnya ialah Ustaz Idris Ahmad, seorang anak tempatan Bukit Gantang tetapi kerana terlalu taksub dengan DAP, maka Ustaz Idris sanggup diketepikan dengan memilih calon pilihan DAP.

Perkara ini bukan lagi menjadi rahsia. Ianya menjadi perbualan hangat dikalangan penyokong parti itu sendiri dan mereka sebenarnya menolak calon pilihan DAP ini.

Itulah sebabnya PAS tidak lagi menggunakan slogan `Membangun bersama Islam’, sebaliknya digantikan dengan slogan `PAS untuk semua’.

Apakah maksudnya `PAS untuk semua’?. Adakah PAS juga untuk DAP?

Berfikirlah dengan fikiran yang waras. Janganlah kita ditipu berterusan sehingga tiada titik noktahnya.

Jalan yang lurus dan benar telah terbentang di hadapan mata. Pilih dan sokonglah calon yang tahu isi hati rakyat Bukit Gantang. Pilihlah pemimpin yang mempunyai wawasan dan kemampuan yang senada dengan kerajaan negeri dan pusat.

Pilihlah seorang wakil rakyat yang diterima oleh parti dan juga rakyat. Kita tidak mahu pemimpin yang ditolak oleh ahlinya sendiri.

Sunday, April 5, 2009

KENAPA PENGUNDI PERLU TOLAK NIZAR DI BUKIT GANTANG?


Kenapa pengundi perlu tolak Nizar?
1. Nizar bukan anak tempatan
2. Nizar seorang jutawan hasil projek BN
3. PAS abai arahan Nik Aziz supaya jangan meletakkan Nizar sebagai calon
4. Jika Nizar menang beliau akan mempunyai 2 jawatan dan akan sibuk
5. PAS menggadaikan tanah kaum Melayu
6. Nizar meluluskan geran tanah selama 999 tahun kepada Kg Baru Cina.
7. PAS boneka kepada DAP
8. PAS gagal membela rakyat
9. PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka
10. PAS sembunyikan penderhakaan mereka pada tahun 2009
11. Nizar adalah sepupu kepada Ngeh Koo Ham (DAP)?
12. PAS menyokong tindakan tidak bermoral Elizabeth Wong
13. Penubuhan negara Islam merupakan pembohongan terbesar PAS
14. PAS pembohong dan tidak menepati janji
15. Nizar mohon derhaka kepada Sultan Perak
16. Nizar enggan memulangkan kereta kerajaan negeri Perak
17. PAS menganjurkan politik ganas!
18. PAS dan penyokongnya menghina Mufti Perak
19. PAS mencemar kesucian Agama Islam dengan membenarkan agama lain menggunakan nama Allah
20. Pemimpin Pakatan Rakyat juga terlibat dengan rasuah
21. PAS tidak mampu membawa pembangunan
22. PAS menggunakan masjid untuk berpolitik
23. Pakatan Rakyat menganjurkan lompat parti melalui projek 16 September
24. Pakatan rakyat juga hapuskan tulisan jawi di papan tanda nama-nama jalan.
25. Kepimpinan PAS yang talam dua muka tidak sesuai untuk masyarakat majmuk
26. PAS tidak mendapat sokongan penuh pengundi Melayu di Bukit Gantang kerana menderhaka.
27. PAS tidak memperjuangkan negara Islam dan hudud kerana takut kepada DAP.

Saturday, April 4, 2009

ANWAR KEMPUNAN LAGI!

"Dah macam-macam cara aku cuba, tak dapat juga jadi PM"

Friday, April 3, 2009

BETUL KE NIZAR TIPU Ir?


Cerita ni saya petik daripada http://www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ untuk tatapan pembaca blog saya.....dan juga untuk renungan pengundi-pengundi di Bukit Gantang.....

PERSOALAN INI DITIMBULKAN OLEH KOMENTAR DALAM BLOG GAP. MEREKA MENDAKWA NIZAR JAMALUDIN TIADA DALAM SENARAI BEM ATAU PUN IEM. PENCARIAN MEREKA DI DALAM LAMAN WEB TERSEBUT JUGA TIDAK MENEMUI NAMA NIZAR BIN JAMALUDIN.

KIRANYA BENAR, MAKA SI NIZAR NAMRUD INI WAJAR DITEMPELAK ATAU PUN DISAMAN KERANA MENIPU RAKYAT ! KEPADA SESIAPA YANG PUNYAI TITLE Ir ATAU PUN PUNYAI KENALAN Ir..SILA SAHKAN .

DIBAWAH ADALAH KOMEN YANG MERAGUI NIZAR SEORANG Ir.

anon
Tolong semak. Setahu teman title Ir. hanya boleh dipakai bagi Jurutera Professional sahaja. Yakni Jurutera yang telah lulus dan layak sahaja bukan sebarang Jurutera. Keahlian boleh di semak melalui laman web BEM( Board of Engineers Malaysia.) Bila disemak TIDAK ADA ENGINEER YANG BERNAMA Ir. NIZAR JAMALUDDIN. Kalau tidak ada macam mana Nizar dapat title Ir. BEM kena keluarkan kenyataan.
April 3, 2009 12:38 AM

GAP KEMBALI said...
TOLONG SESIAPA BOLEH CHECK KAN KENYATAAN ANON DI ATAS AKU NI ?April 3, 2009 12:56 AM

Anonymous said...
BENAR...AKU DAH CHECK...MMG TAKDE MANGKUK BERNAMA NIZAR JAMALUDDIN NI DALAM LIST IR DALAM MALAYSIA...DIER DOK JAJA Ir. tu...hampeh...BUAT MALU JE LA WEH...HAHAHA..AKU DA TEST UNTUK ORG YG BENAR2 ADE IR...MMG KLUAR MUKE DRG SIAP NAME PENUH LAGIK...BILE TEKAN NIZAR JAMALUDDIN..HARAM TAKDE..
HAHAIR NIZAR YG WUJUD DALAM MALAYSIA CUMA 4 ORG :
1) WAN AHMAD NIZAR BIN ZAKARIA
2) NIZAR BIN MOHD NASIR
3) SHAHRUL NIZAR BIN SHAARI
4) MOHD NIZAR BIN WAN JAAFARIR NIZAR???
MANE DATANG NYER IR DIER NIH??PAK NUAR KASIK KA???OR NIK AJIS KASI???KE KARPAL SINGH KASIK LEPAS BAGI TANAH???HAHA...KANTOI2!!!!HEBOHKAN PERKARA NI SEGERA!!!!...NIZAR TAK LAYAK LETAKKAN IR PADA NAMA BELIAU...April 3, 2009 3:30 AM

GOMO said...
SALAM...BRO...MEMANG NIZAR DURJANA NI ADA SYER LAH...PASAL STATUS IR NI PUN AKU MEMANG AGAK SI BANGSAT NI TIDAK BERKELAYAKAN...SIASAT DAN BONGKAR BRO...
April 3, 2009 4:12 AM

PemudaGagasan said...
Salamz...Kompom GAP, Nama Nizar a.k.a Tan Ah Chong tak ada lam senarai IR tuh.Dua orang yang aku kenal pakai IR, deduanya ada lam senarai.Calon DAP, Tan Ah Chong a.k.a Nizar tak dakkBro tak caye, bro cek sendi
ri laa
http://www.bem.org.my/v3/professional.html
hahahahaApril 3, 2009 4:13 AM

PENGUNDI CINA BERSEDIA TOLAK PAS DI BUKIT GANTANG



Pengundi Cina yang telah sedar tentang permainan politik Pakatan Rakyat telah mula mengalihkan sokongan kepada BN.

Buktinya dianggarkan 7000 pengundi Cina menghadiri majlis yang dianjurkan oleh BN yang dibiayai sepenuhnya oleh persatuan Cina Kuan Tee Simpang.

sumber

MEREKA SUDAH TERDESAK!






Inilah kerja orang terdesak!. Apabila merasakan Parlimen Bukit Gantang tidak dapat diselamatkan, mereka mengupah hantu dan dajjal untuk melakukan kerja terkutuk ini!
Sumber

Thursday, April 2, 2009

PAS TOLAK NEGARA ISLAM


PAS tolak Negara Islam? Betul ke? “Astaghfirullah hal azim nauzubillahiminzaliq”. Percaya ataupun tidak, itulah yang dikatakan oleh Nizar di DUN Perak.

Nizar dengan angkuh mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah Negara Islam.

“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar.

Kenyataan ini yang dibuat secara rasmi oleh Nizar ketika bergelar Menteri Besar, mengesahkan memang PAS tidak mempunyai apa-apa dokumen atau iltizam untuk menubuhkan Negara Islam.

Kenyataan Nizar ini telah mengesahkan PAS mempersendakan Islam. Selama 20 tahun mereka memainkan isu hudud. Mereka memaksa secara paksa orang melayu mengikut mereka.

Yang bodoh, bahalol dan kurang cerdik dipasung hidungnya dengan tali PAS. Tak buat hudud dikatakan kafir, munafik zindik, itulah gertakan PAS selama ini terhadap orang melayu.

Tapi bila Karpal beri amaran Pakatan Rakyat tidak boleh buat hudud, TG Nik Aziz yang semakin keliru dan mengelirukan manusia boleh pula tarik hand brake.

TG Nik Aziz kata, kita buat hudud 30 tahun lagi…..

Kenapa TG Nik Aziz lebih takutkan Karpal daripada Allah? Jawapannya kerana PAS sekadar bermain retorik politik!. Sandiwara yang cukup memualkan.

Saat kehancuran PAS sudah semakin dekat. InsyaAllah pada muktamar bulan Jun ini nanti mereka akan berpecah belah, erdogan dan ortodok, Nik Aziz dan Haji Hadi berebut untuk menjadi Nakhoda. Syiah dan Sunnah, ABIM dan JIM dalam PAS akan dihancurkan dengan begitu licik oleh Anwar Ibrahim.

PAS bodoh mempercayai kata-kata Anwar. PAS digulakan bagai nak gila. Dari kacamata rakyat mereka semakin jelek dengan perubahan drastik yang ditunjukkan oleh kepimpinan PAS. PAS sudah rosak dan busuk dibusukkan oleh Anwar Ibrahim.

Oleh itu wahai saudaraku, Islam dan Addin itu milik kita semua, bukan milik PAS. Mereka menipu kononnya dengan hanya menyokong mereka sahaja barulah kita menyokong Islam.

Ini pembohongan paling nyata!. Diri kita, keluarga dan masyarakat ini sebenarnya adalah khalifah di muka bumi dan bukannya terletak di tangan PAS ataupun TG Nik Aziz.

Oleh itu, ayuh! Menjadi tanggungjawab kita semua untuk menolak PAS di Bukit Gantang dan Anwar Ibrahim di Bukit Selambau.

Ayuh! Selamatkan Islam daripada terus dilacurkan oleh PAS dan Anwar Ibrahim.

Sumber : gerakan-anti-pkr.blogspot.com

RAKYAT BUKIT GANTANG SAYANGKAN SULTAN

Cerita ini saya petik dari AspirasiBangsa yang katanya berlaku di Simpang Kota Raya ketika sedang bersarapan di sebuah kedai makan.

Sedang kami makan, datanglah Ngeh Ko Ham dengan juak-juak PAS untuk berkempen. Ngeh menuju ke sebuah meja yang terdapat 4 orang Melayu sedang bersarapan.

Lalu Ngeh bertanya khabar dan mula berkempen dengan cerita itu dan ini. Namun di pertengahan kempennya terkeluar perkataan "derhaka". Perkataan tersebut rupa-rupanya sangat menyentuh jiwa orang Melayu di Bukit Gantang.

Dengan berang seorang lelaki tiba-tiba bersuara "perkataan derhaka jangan disebut!, Sultan Perak ada dalam hati kami!".

Semua yang berada dalam kedai makan tersebut melihat sahaja Ngeh Ko Ham dengan muka merah padam apabila lelaki tersbut berkata demikian. Rasanya kalau Ngeh menyebut sekali lagi perkataan "derhaka" kepada Sultan mungkin ada kerusi yang akan melayang.

Kemudian Ngeh dengan juak-juaknya pun beredar dengan rasa malu.

Hakikat yang diperlihatkan di sini ialah orang Melayu Perak teramat sangat menyayangi Sultan mereka.

Yang derhaka kepada Sultan hanyalah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim!.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

ANWAR FIRAUN DAN DIKTATOR


Jangan marah saya! Bukan saya yang kata tetapi seorang pejuang PKR negeri Kedah sendiri iaitu Kalaivanar yang menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai Firaun dan diktator.

Kalaivanar adalah Ketua PKR Bahagian Jerai yang mengistiharkan keluar dari parti itu bersama 500 penyokongnya.

Kalaivanar juga mencabar Anwar untuk berdebat dengannya mengenai sumbangan PKR kepada orang India.

"Selama setahun PR memerintah lima buah negeri, tiada sumbangan mereka untuk masyarakat India" katanya.

Kalaivanar pernah berjuang bermati-matian untuk PKR. Beliau juga pernah ditahan sebanyak 29 kali atas kesalahan demonstrasi.

"Anwar adalah pelakon handalan dan sering memperdayakan masyarakat India dengan laungan Makkal Sakti" ujarnya lagi.

"PKR juga hanya pandai berjanji, tapi janji hanya tinggal janji, itulah sifat sebenar PKR" katanya lagi.

Memang benar, setahun yang lepas, masyarakat India telah termakan `gula-gula' yang telah dijanjikan Anwar Ibrahim.

Akibatnya nama baik bangsa mereka sendiri yang tercemar. Jadi inilah masa yang paling baik untuk membuktikan taat setia mereka telah kembali semula kepada BN dengan mengundi calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

PKR SINONIM DENGAN `KEGANASAN'?


Adakah benar PKR adalah sinonim dengan keganasan? Jawapannya adalah `Ya' kerana setiap kali PKR bertanding, mesti ada insiden keganasan.

Walaubagaimanapun Pemuda BN telah bersedia berdepan dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut.

Melihatkan kedudukan mereka yang semakin lemah, sudah tentu kempen secara provokasi dan ganas akan digunakan.

Perkara ini dapat dilihat apabila kenderaan milik petugas dan penyokong Barisan Nasional (BN) kini menjadi sasaran penyokong parti pembangkang yang bertindak mengetuk dan mencalarkan badan kenderaan terbabit.

Tidak terkecuali kereta Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim sendiri menjadi mangsa serangan penyokong pembangkang yang bertindak liar selepas diapi-apikan melalui ceramah dan kenyataan provokasi pemimpin mereka.

Oleh itu Pemuda Umno dan Pemuda BN berharap pemimpin pembangkang bertanggungjawab di dalam membuat kenyataan dan ceramah. Mereka juga di ingatkan supaya tidak membakar semangat golongan muda kerana jiwa muda ini mudah di bakar.

Turut menjadi mangsa ialah Proton Perdana milik Penolong Setiausaha Pemuda Umno/BN Kedah, Haris Che Mat yang dicalar dan ditoreh perkataan kesat.

Oleh itu kita berharap semoga Pemuda BN tidak lemah semangat. Perjuangan mesti diteruskan sehingga hari pembuangan undi . Sedia Gempur Pemuda BN !!!

Wednesday, April 1, 2009

NIZAR : SAYA BUKAN BONEKA DAP?

APABILA saya kata Nizar adalah calon pilihan DAP, ramai yang marah dengan saya. Komen-komen yang saya terima kebanyakkannya menggunakan kata-kata kesat sehingga saya rasa tidak layak untuk menjadi tatapan di blog ini.

Sebab itulah semua komen-komen tersebut saya `reject'. Saya menghormati perbezaan pendapat di sini tetapi biarlah kita menggunakan hujah-hujah yang lebih ilmiah dan di terima akal.

Jangan buangkan masa anda dengan memberikan komen-komen menggunakan bahasa kesat kerana sudah tentu komen-komen tersebut tidak akan saya siarkan.

Sekiranya anda terus-terusan menggunakan bahasa kesat, sebenarnya anda telah merendahkan martabat diri anda sendiri dan memberikan gambaran kepada saya bahawa penyokong Pakatan Rakyat memang tidak tahu berbudi bahasa.

Kita balik kepada realiti. Saya rasa tidak perlu saya memberikan hujah lanjut kepada topik ini. Gambar-gambar di bawah dapat menceritakan segalanya.

Senarai exco kerajaan Perak bawah Nizar. Siapa majoritinya?

Senarai exco Perak bawah Datuk Dr. Zambry. Nampak tak perbezaannya.


Siapa disekeliling Nizar? Mana pemimpin-pemimpin PAS?


Yang kita nampak hanya seorang yang berkopiah. Yang lain?

Siapa yang mengapit Nizar? Anda boleh menilainya sendiri!

PENAMBAHBAIKAN JENTERA WANITA DI BUKIT GANTANG


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, jentera pilihan raya Wanita UMNO bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang tidak berpecah mahu pun dirombak.

Sebaliknya, apa yang dilakukan beliau selepas mengambil alih kepimpinan Wanita UMNO ialah memberikan beberapa penambahbaikan.

"Kita nak menang, jadi sudah tentu ada beberapa penambahbaikan terutama daripada segi strategi yang kita lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya beliau membuat rombakan jentera pilihan raya Wanita UMNO yang dibentuk oleh bekas Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz.

"Jentera yang ada kukuh dan bersemangat untuk melaksanakan kerja", katanya.

Malah beliau tegaskan jentera pilihan raya Wanita UMNO Bukit Gantang diletakkan di bawah tanggungjawab naibnya Datuk Kamilia Ibrahim.

Katanya, Kamilia sangat berpengalaman malah selama dua penggal menjadi Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, beliau memainkan peranan utama membantu kemenangan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, iaitu Rafidah sendiri.

~Agendadaily

KEMPEN SECARA BERDIALOG JADI TERAPI TARIK GOLONGAN MUDA


Pemuda Barisan Nasional (BN) kini lebih bersedia mendekati serta berdepan golongan pengundi muda melalui kempen secara berdialog yang dilihat berkesan berbanding kempen terbuka.

Melalui dialog itu, parti boleh menyatakan apa yang akan dibuat untuk membantu rakyat manakala golongan terbabit dapat menyuarakan masalah serta rasa tidak puashati terhadap kerajaan selama ini.

Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, kempen secara berdialog akan menjadi terapi bagi mengurangkan api kemarahan golongan muda yang selama ini sudah termakan dakyah pembangkang yang menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.

“Kini mereka boleh tanya terus apa yang mereka risau dan bimbang serta perkara terbuku di dalam hati. Kita berpeluang beri penjelasan dan memikirkan cara membantu golongan muda ini,” katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat jentera pilihanraya Pemuda BN di Bukit Selambau.

Katanya, interaksi antara 20 hingga 25 0rang ini menunjukkan hasil yang cukup baik.

Razali memberitahu, antara perkara yang kerap dibangkitkan golongan ini adalah soal pengangguran, ekonomi diri sendiri dan kenapa mereka tidak terbabit di dalam pembangunan negara.

“Kesimpulannya kita dapati mereka mahu kerajaan atau parti mendekati mereka dan membabitkan mereka dalam program-program dianjurkan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Razali berkata, Pemuda BN bersedia berdepan kemungkinan tindakan provokasi atau ganas yang mungkin digunakan parti pembangkang dalam pilihanraya kecil kali ini.

“Kita tahu setiap kali PKR bertanding ada insiden keganasan. Sekarang sudah ada kenderaan jentera BN dicalar dan diketuk. Kita tetap berhati-hati dan sentiasa bersedia berdepan situasi begini,” katanya.

Mengenai ketidakhadiran Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkempen di Bukit Selambau, Razali menjelaskan bahawa Khairy kini bertumpu di Bukit Gantang kerana membabitkan kerusi Parlimen dan kawasan kempen yang lebih luas.

Katanya, ini adalah pengagihan kerja bagi memastikan jentera BN bergerak lancar dalam usaha memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil kali ini.

~Agendadaily

KENAPA NIZAR PERLU DITOLAK PENGUNDI BUKIT GANTANG


Kenapa Nizar perlu di tolak pengundi Bukit Gantang? Jawapannya adalah seperti berikut:-

1) Nizar adalah boneka dan kuda tunggangan DAP yang memerintah Perak dahulu.

2) Nizar sebagai MB Perak telah meluluskan hak milik tanah kepada kampung baru yang kebanyakkannya adalah penyokong DAP. Tidak perlu sebut bangsa apa!.

3) Rakyat Melayu Perak tidak mengecapi apa-apa setelah setahun Pakatan Rakyat mengambil alih Perak.

4) Membeli kereta mewah , camry untuk dirinya dan exco kerajaan negeri Perak yang mana agen penjualan kereta tersebut ialah seorang ADUN DAP dari Selangor.

5) Menyokong hak keistimewaan orang Melayu melalui DEB dimansuhkan.

6) Janji akur kepada keputusan Sultan mengenai peralihan kuasa di Perak tetapi menentang apaila Sultan meminta beliau melepaskan jawatan dan memohon untuk derhaka kepada Sultan . “Patik mohon derhaka Tuanku”.

7) Dilantik oleh Sultan tetapi menentang Sultan kerana gilakan kuasa dan tidak mahu melepaskan jawatan walaupun diminta oleh Sultan.

8) Enggan keluar dari kediaman rasmi dan enggan memulangkan semula kereta rasmi kerajaan.

9) Enggan melepaskan jawatan tetapi akhirnya akur dan mengakui bahawa jawatan MB kini hanya menjadi sejarah

10) Gila kuasa, sudah menjadi ADUN tetapi mahu pula kerusi Parlimen. Sebagai bangsa yang terhormat dan sebagai bangsa yang budiman, janganlah kita menjadi seperti Nizar yang derhaka dan menggunakan Islam sebagai perisai untuk kuasa.

11)Satu lagi “kejayaan” kerajaan boneka PAS di Perak adalah dengan mengenakan bayaran cukai pintu yang 500% lebih tinggi dari tahun-tahun sebelum ini.

Apa bezanya Nizar dengan DAP. Apa bezanya Nizar dengan Anwar Ibrahim? Apa bezanya Nizar dengan Exco-Exco DAP di Perak.

Cukuplah sekali kita membuat kesilapan, jangan diulangi sekali lagi kerana maruah bangsa dan nasib anak-anak kita ditentukan oleh undian kita.

Adalah penting kita meluahkan protes terhadap Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan Negara.

Jangan mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu. Kita tidak mampu untuk menjadikan negara tercinta ini sebagai `Malaysian Malaysia’ seperti yang diperjuangkan DAP.

Kita bukannya terdesak untuk merampas kerusi Parlimen ini. Kalah atau menang kita masih menjadi pemerintah. Tetapi apa yang kita mahu adalah rakyat Perak mesti insaf dan memartabatkan semula agama, bangsa dan negara.

Maruah perlu kita tebus kembali. Setahun sudah cukup untuk membuktikan bagaimana kepimpinan bangsa Melayu Pakatan Rakyat memang tidak berjiwa Melayu.

Rujukan : Tepak Bersulam