**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, April 9, 2009

PARTI HARUS DIUTAMAKAN


Sebenarnya air mata saya menitis petang tadi. Harapan untuk melihat Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin dilantik menganggotai kabinet tidak kesampaian.

Walaubagaimanapun kita harus menerima hakikat, itulah yang telah ditakdirkan untuk beliau dan kita semua tidak harus mempertikaikannya kerana perlantikan kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Kenapa saya berharap supaya Khairy dilantik menganggotai kabinet? Pertamanya supaya UMNO dilihat memberikan pengiktirafan kepada pemimpin generasi muda, dengan harapan lebih ramai orang muda akan menganggotai UMNO.

Keduanya, saya melihat Khairy adalah seorang pemimpin muda yang bekerja keras dan sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali parti dicabar. Beliau juga dilihat mampu berhadapan dengan pemimpin parti pembangkang di dalam apa juga isu.

Ketiganya, beliau mempunyai banyak idea dan wawasan yang jelas untuk generasi muda dan dilihat telah menjadi `idola' kepada golongan tersebut walaupun generasi yang lebih tua di dalam parti memandang sebaliknya.

Walaubagaimanapun perasaan negatif yang bermain di fikiran saya, harus dibuang jauh-jauh. Parti harus diutamakan. Perjuangan kita bukanlah perjuangan peribadi. Sebaliknya sikap yang ditunjukkan oleh Khairy harus menjadi ikutan semua ahli parti.

"Bukan jawatan yang di kejar" katanya. "Yang lebih penting adalah berkhidmat untuk parti". Lagipun beliau masih mempunyai banyak masa. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa pemilihan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO adalah tepat.

Lagipun ikutlah kata pepatah "naik tangga biarlah dari bawah, alur bertempuh, jalan berturut.”

Salam Perjuangan.

5 comments:

BRO JINGGO said...

Salam

Jangan sesekali kita kecewa kerana ESOK masih ada… Dan Perjuangan harus diteruskan…. Kita berusaha lagi…

Peganglah amanat yang disarankan oleh YB KJ terimalah pengumuman ini dengan hati yang terbuka dan terimalah juga cabaran yang diberi kepada kita untuk memenangi dan mengembalikan sokongan pengundi muda dengan penuh iltizam dan kesungguhan. Kita semua hendaklah menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan berkesan dan menyeluruh.

Salam Perjuangan

Salam Setiakawan


BJ

Pemuda Sejati said...

Salam...

Najib tahu impak rakyat kalau KJ jadi menteri atau masuk kabinet... pasti pembetulan UMNO tidak dapa berjalan lancar... akan terjadilah "sokong membawa rebah". KJ terbukti kuat main duit dan lobi projek tu najib bagi dia dok diam-diam dah ko nak sangat jawatan ketua pemuda tu... ha sekarang buat kerja jangan bising-bising...

kreteria utama najib mudah : " seseorang yang bersih, nampak bersih dan terbukti bersih" - jelas KJ tak layak pun...KJ tak bersih sbb main duit... tak nampak bersih sbb rakyat cop dia suka sogok dan jelas terbukti dia memang tak bersih... so nak kecewa pun bagus jugak supaya KJ dapat muhasabah dan bertaubat dengan sebaiknya...

Allah maha adil dan kaya... janji Allah pasti benar... teruskan
perjuangan

Anonymous said...

Salam..
wajah di atas macam wajah 'SUKAR' (Eja terbalik ye) yang ada agenda peribadi sendiri dan bukan nawaitu untuk negara

Anonymous said...

Salam Pemuda Sejati..
Adakah anda benar2 yakin bahawa Mukhriz dan calon2 lain dalam pemilihan UMNO tidak guna duit untuk meraih undi?
Saya beritahu sedikit perkongsian di sini ya,dari awal memang 'mereka' dah plan nak biar Mukhriz kalah sebab nak lantik Tim.Menteri di tambah lagi dengan campur tangan bapanya..terang2 Pak Lah nak beri awatan PM pda ak Najib..jadi wang yang lebih banyak masuk adalah pada jawatan Tim.Menteri berbanding Ketua Pemuda UMNO..
Jadi kita fikir logik ye bila mengulas..Saya adalah orang yang relevan dan tidak pro pada mana2 individu..Mukhriz ok tapi dipergunakan..Kita tengoklah nanti selepas Najib, selagi Tun masih hidup (Mudah2an panjang umur) yang akan jadi PM adalah Mukhriz dan bukan Muhyiddin..

malaysia baru said...

Agama harus di utamakan. Kalau tidak...