Mesyuarat Exco Wanita UMNO hari ini mengumumkan penubuhan lapan sekretariat dalam memperkasakan sayap itu dan bagi mendapatkan pembabitan seramai mungkin wanita di peringkat akar umbi.
Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan demikian dalam sidang media pertamanya sejak memegang tugas Ketua Wanita UMNO di PWTC hari ini. Sidang media itu diadakan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat exco sayap itu.
“Kami mahu membuka pintu seluas-luasnya kepada wanita di peringkat akar umbi dan menurunkan tugas serta tanggungjawab kepada mereka.
Sehubungan itu kami telah membentuk lapan sekretariat, iaitu pentadbiran dan operasi, kewangan, penerangan & komunikasi, perundangan & agama, kebajikan, perpaduan & perhubungan awam, pembangunan masyarakat & sosial dan pembangunan ekonomi.
“Selain itu kami juga ada pusat pembangunan politik dan perkaderan yang akan dipimpin oleh saya sendiri, sementara Datuk Kamilia Ibrahim diberi tanggungjawab ke atas pusat aduan awam dan jentera penggerak pilihanraya,” katanya.
Shahrizat berkata, dalam mesyuarat itu beliau telah mengingatkan exco bahawa mereka kini memikul tanggungjawab menyatukan kepimpinan dengan semua ahli Wanita di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.
Katanya Wanita juga telah menetapkan tiga teras perjuangan untuk penggal ini. Teras pertama ialah berjuang untuk isu politik. Teras kedua ialah isu undang-undang, polisi dan program khusus untuk wanita dan keluarga. Sementara teras ketiga akan memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi wanita.
Mengulas mengenai reaksi yang diterimanya berikutan pengumuman anggota exco Wanita baru-baru ini, beliau berkata keputusan yang dibuat olehnya mencerminkan prinsip yang dipegangnya.
“Saya sudah mengambil kira banyak faktor. Adalah mustahil untuk menggembirakan 1.3 juta ahli. Tidak ada seorangpun ahli yang lebih penting daripada ahli yang lain.
Tetapi untuk melakukan perubahan, kita perlu menggabungkan pengalaman orang lama dengan orang baru yang mempunyai potensi.
“Saya faham mungkin ada pihak yang merasa tidak begitu gembira, tetapi dalam mesyuarat exco, reaksi yang saya terima adalah positif dan tidak ada seorangpun yang mempersoalkan perlantikan.
“Sebenarnya tidak ada taufan dalam Wanita UMNO. Secara realistiknya pihak yang tidak bersetuju atau berkenan mungkin memerlukan sebulan atau dua untuk menghayati kepimpinan yang baru.
“Kita beri peluang kepada mereka yang dilantik di peringkat pusat dan negeri dan saya yakin dalam masa terdekat, seluruh Wanita UMNO akan bertaut semula,” katanya.
Ditanya mengenai hubungan dengan mantan Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata pihaknya sedang mencari jalan supaya mereka dapat menemuinya bagi mengeratkan silaturrahim.
“Tan Sri Rafidah telah menjalankan tanggungjawab dengan baik selama menjadi pemimpin Wanita dan kami akan sentiasa mengambilkira pandangan dan nasihat beliau.”
~Agendadaily

No comments:
Post a Comment