**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, April 24, 2009

UMNO SIAP GEMPUR NEGERI PAKATAN


Umno membuat rombakan besar-besaran di dalam usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat. Rombakan tersebut melibatkan barisan pengerusi perhubungan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan di Perak kepada Datuk Zambry Abd Kadir.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan dengan menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang.

Sementara di Terengganu menyaksikan Pengerusi Perhubungan diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perlis yang turut mengalami pergeseran dalaman juga menyaksikan pertukaran ketua perhubungan negeri yang kini diketuai menteri besarnya Datuk Seri Md Isa Sabu.

Kelantan turut mendapat ketua perhubungan baru iaitu Datuk Mustapa Mohamed bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Selain lapan perubahan tersebut, lima ketua perhubungan negeri dikekalkan iaitu di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Selain pengerusi perhubungan, Umno juga melantik Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebagai ketua penerangan.

Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung.

Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha agung:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Bendahari agung:
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Ketua penerangan:
Ahmad Maslan

Pengerusi perhubungan Umno negeri

PERLIS:
Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH:
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK:
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR:
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN:
Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR:
Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG:
Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin

SABAH:
Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak

Datuk Seri Najib turut mengumumkan sembilan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Presiden Umno itu juga mengumumkan pelantikan tambahan tiga lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Najib berkata semua menteri besar dari Umno yang tidak dilantik ke jawatan MT akan dijemput hadir mesyuarat.

Najib juga berkata, beliau mempengerusikan biro politik manakala Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno dan juga pengerusi biro pendidikan.

Manakala pelantikan pengerusi biro-biro yang lain, tambahnya, akan dibuat dalam mesyuarat yang akan datang.

8 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam puan,
semoga barisan baru ini benar2 menjadi barisan harapan bukannya khayalan...

Anonymous said...

secara jujur dan ikhlas saya melihat BN makin tercicir dan mungkin hilang kuasa pada PR13 nanti. Rakyat mula jelak ngan kepimpinan BN disebabkan beberapa faktor:
Kerajaan BN gagal mengawal kenaikkan harga barang-barang. Harga barang terus melambung tanpa kawalan dan tidak ada sebarang tindakkan yg dibuat dan dipantau oleh BN.Rakyat makin tidak mampu untuk berbelanja khususnya orang2 kampung mereka rasakan kebajikkan mereka tidak dihiraukan oleh BN.

Pemimpin pemimpin BN tidak mesra rakyat. Mulut mereka dan lagak mereka saja yang lebih.Kebanyakkan mereka semua besar kepala dan kononnya mereka saja yang hebat, kerja mereka menolong rakyat kononnya hakikatnya habuk pun tak ada , mereka sebuk membesarkan perot dan memgutamakan sanak saudara sendiri serta kroni saja.

ahli MT dan menteri yang dipilih juga kebanyakkannya calun yang bermasaalah dan tidak disukai rakyat.Pemimpin Tua dan pembodek dilantik jadi ahli MT sedangkan mereka yg menang tidak dilantik.Saf yang diagungkan tidak mencermin pemimpin yg benar-benar berseh dan kebanyakkannya pemimpin yang ditolak oleh rakyat yg membarisi kepimpinan Najib.

yg benar
ahli UMNO jugak

kumb@ng said...

jangan rampas ikut pintu belakang sudah. nak rampas boleh tapi biarlah beretika. Kalau boleh jangan guna taktik umpan, culik kemudian beli wakil rakyat. rakyat sekarang boleh menilai. rakyat sekarang bukan bodoh seperti 20-30 tahun lalu. setiap tidak tanduk pemimpin akan diperhati dan diteliti samada cuba diambil hati atau diperbodoh sesuka hati.

ingat!kuasa di tangan rakyat.

jari yang menjadi juri!

Pilihanraya bukanlah pembaziran. Melainkan pihak yang nak menang cuba beli undi rakyat dengan wang melalui projek mee segera, kain pelikat, basikal. hah! itulah pembaziran!

Baginda Reformasi said...

puan rampas jgn tak rampas... tapi sy rasa PPinang susah sikit umno nk dapat sebab takde sultan kat PPinang untuk UMNO mengkudakan...

Baginda Reformasi said...

puan rampas jgn tak rampas... tapi sy rasa PPinang susah sikit umno nk dapat sebab takde sultan kat PPinang untuk UMNO mengkudakan...

Baginda Reformasi said...

cuba kelantan tu dulu... :)

rahman,ahchong,muniandy said...

LIHAT SENDIRI NASIB KETURUNAN KITA DI SELATAN THAI, SELATAN FILIPINA WAIMA DI SINGAPURA NEGARA YANG MAJU DAN LIBERAL ITU. DI MANAKAH KEDUDUKAN ORANG MELAYU? BOLEH MINTAK JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI KAH MEREKA? KITA BUKAN HENDAK MENINDAS BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA KITA CUMA HENDAK MENJAGA HAK KITA SEBAGAI PENDUDUK PERIBUMI…..

ALLAH HU AKBAR!!!!!!

@r zh@r said...

komen yang lepas lupa nak bagi salam..soriii... :D

salam kak,

seperkara lagi baru-baru ni PM cadangkan nak hapuskan syarat 30% equiti bumiputera.

bayangkan kalau yang cadang itu datang dari mulut Anwar atau yang sewaktunya dari PR. mungkin kita akan tengok NGO2 sibuk membantah, berdemo melaungkan ketuanan Melayu!

so ape beza dengan DEB? bukankah lebih kurang maksudnya. open tender. orang melayu kene bersaing. oleh kerana cadangan ini datang dari PM, senyap sunyi tak kate apa. mana pewaris, pekida, ibrahim ali yang pembela melayu!