**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, April 8, 2009

PAS ATAU DAP YANG MENANG DI BUKIT GANTANG?


Maklumat tidak rasmi yang saya perolehi menunjukkan lebih 95% peti undi yang majoritinya pengundi adalah kaum Cina dimenangi oleh Nizar.

Berdasarkan kepada pecahan, undi Nizar meningkat sebanyak 1,845. Pertambahan paling ketara diperolehi Nizar ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana majoriti pengundinya adalah kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.

Berdasarkan senario tersebut, jelas isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ di Perak menjadi faktor penyebab yang berkesan, kenapa kaum cina memberikan undi kepada PAS iaitu sebagai tanda protes kepada peralihan kerajaan negeri daripada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS kepada BN.

Sekiranya maklumat ini benar, adakah kemenangan Nizar ini membanggakan orang melayu?

Sama-sama kita fikirkan!

15 comments:

Anonymous said...

dan klu sume pengundi cina tuh undi BN bukan bermakna calon dari parti UMNO sebaliknya MCA atau GERAKAN..

sama2 la kita fikir..
klu ade berani kenapa pimpinan UMNO dan BN x letak zambry sebagai calon seperti yang hangat diperkatakan oleh masyarakat seluruh malaysia..
untuk melihat rakyat memilih MB yang mane 1..

Kemenangan PAS ini adalah kemenangan PR.. Kemenangan RAKYAT Bukit Gantang khasnya dan Kemenangan RAKYAT di negeri Perak dan RAKYAT di malaysia..

Anonymous said...

Yang pasti UMNO kalah. Rakyat tidak mahu diperbodohkan oleh umno lagi.

Anonymous said...

Kah kah...bergelumang lah hang dalam parti Rasuah tu...

Anonymous said...

Alahai...

kak hoi.....ini bukan cara nak berubah ini nak rebah...sudah..sudahlah dengan umno keparat...tinggalkan umno...Gerakan,mca sudah bersedia meninggalkan umno/bn tunggu masa yang sesuai...

Anonymous said...

apa kata kakak juga join PAS dan sokong Dato Nizar.. makin bertambahlah sokongan Melayu kat Nizar..kakak ubah apa yang diposkan di blog ngan kata
-kata sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dan kita tolak BN..
Rakyat tak nak BN lagi lah kak, tunggu Pilihan Raya ke 13 BN akan hilang kerusi terus .. jom sokong PAS atau PKR..insya Allah bahgia dunia dan akhirat...Amin

Anonymous said...

Itulah yang diharapkan kau, post-post anda di sini semua cuba menghinakan penduduk cina, bukan?

Akhirnya, sokongan kaum melayu pun tidak menambah, sokongan bukan melayu pula merosot...

hahaha!!!

serikandi said...

waa..agak2 sepuluh tahun lagi,bleh ka dok gelak cmtu lagi..tlg jgn babitkan seluruh rakyat Malaysia..key!..ramai lagi rakyat Malaysia kt luar sana bleh berpikir dengan rasional..ramai lagi rakyat Malaysia kt luar sana yang tahu bersyukur & berterima kasih..apa2 pn,tahniah kepada PAS..sbb,PAS bukan setakat telah berubah tetapi lebih terbuka drpd UMNO..tuhan PAS n tuhan DAP dh sama..kitab suci pn dh sama..lagi satu,bab2 rasuah ni..bukan setakat UMNO ja..negeri saya yang ditadbir PAS pn,ada gak rasuah..pa2 pn,tahniah DAP!..eh PAS!..eh DAP!..tahniah PASDAP!

Anonymous said...

Baguslah ... biar MCA dan MIC keluar BN , masuk PR..

tinggallah UMNO dengan meLAYUnya tu.

Anonymous said...

pas dapat undi melayu sebanyak 43%
dan dapat undi cina sebanyak 75%...

21,860(PAS) dan (BN) 19,071 (BEBAS) 62 undi dan undi rosak sebanyak 456 (keputusan rasmi)

Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 41,626 (75 peratus)

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus

kalau pas dapat 43% undi melayu maknanya lebih kurang seramai 14000org melayu pangkah PAS...
dan PAS dapat 75% undi cina maknanya seramai lebih kurang 7500 org cina undi PAS...

kesimpulanya ORG MELAYU seramai 14000 sokong PAS dan hanya 7500 org cina sokong PAS....

tak de UNDI MELAYU PAS TAK MENANG... so apa isunya dap ke atau pas yg menang? tak paham aku...

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

'Anon' pernah dengar istilah 'balaci'?

Cuba tanya Nizar melalui SMS. Kalau tanya berdepan takut kena tampar...

Anonymous said...

Dua dua salah.Yang menang ialah dema yang dah dapat tanah dan akan dapat tanah, sebab 85 % kuala sepatang bagi undi pada pas.
Akau dan dunia tahu kuala septang ade pos offic ,balai polis, dan mi udang 2 gerai(Melayu lah).
maka orang yang akan dapt 1000 geran septang lah menang...
changkat lobak
arjuna waspada

Walk D Talk 09 said...

Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir

Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.

Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya ,BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.

Ketika Ayahanda membuat pengumuman untuk bersara , kami sekeluarga bagaikan tidak percaya dan kami sekeluarga begitu sugul dan amat bersedih. Sukar untuk mencari Ayahanda ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun setelah Ayahanda bersara dan jika saya tidak silap Ayahanda hanya berehat tidak sampai setengah tahun, Ayahanda sudah mula berpolitik kembali . Kami ketika itu sememangnya menyokong segala apa yang Ayahanda cakapkan , sememangnya Ayahanda adalah seorang yang bijak yang mempunyai daya fikir yang kuat dan matang. Pemikiran ayahanda sememangnya menjangkau ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan. Sememangnya sukar untuk kita mencari pengganti seorang lagi Tun Mahathir Mohammad. Memang sukar untuk kita mencari dan tidak mungkin akan kita ke temui lagi.

Maaf Ayahanda jika saya terkasar atau mana-mana ayat saya yang akan menyinggung perasaan Ayahanda selepas ini. Segala keistimewaan Ayahanda yang kami sanjung dahulu kini telah perlahan-lahan bertukar menjadi satu kejelekan dan kejijikan dalam hati saya . Saya cuba untuk tidak menanam perasaan kejelekan itu di hati saya , tetapi saya tidak berdaya kerana setiap hari Ayahanda menanam telah melakukan sesuatu yang membuat saya merasa jelak. Ini semua bermula hanya kerana dengan jambatan bengkok di mana di sini lah tersingkap the Through colour of Tun Mahathir.

Apa yang saya maksukan adalah :

1. Terserlah sikap dendam Ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) Ayahanda telah menghina , mengherdik , mengaibkan orang yang Ayahanda pilih sendiri. Tidak cukup dengan Tun Abdullah, seluruh keluarga beliau menjadi mangsa sehingga anak perempuan Tun yang tidak pernah bersalah dan tidak langsung mencampuri urusan politik dijadikan bahan untuk Ayahanda aibkan. Menantu Pak lah yang tidak pernah menjawab atau memberikan respons terhadap setiap penghinaan Ayahanda dijadikan 'punching bag ' . Mujur Anak pasangan ini yang masih kecil ini tidak dijadikan bahan kutukan. Rakyat hanya memerhatikan sahaja dan menyimpan apa yang mereka lihat dihati mereka.

2. Ayahanda sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk memusnahkan UMNO kerana presiden UMNO pada ketika itu ialah Pak Lah dan akhirnya sebahagian sumbangan Ayahanda kita hampir tersungkur pada pilihan raya yang ke 12 dahulu. Tentu Ayahanda bersorak ketika itu. Akhirnya Ayahanda menekan Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Di pendek kan cerita Pak Lah telah pun selamat menjalankan peralihan kuasa, tetapi Ayahanda masih tidak pas hati masih menyerang Pak Lah sehingga saat akhir beliau mahu melepaskan jawatan. Selepas pak Lah melepaskan jawatan Ayahanda kini menyerang pula menantu beliau setiap hari sepanjang masa hanya kerana anak Ayahanda tewas di tangan menantu Pak Lah. Untuk pengetahuan Ayahanda , keputusan lembaga disiplin UMNO yang telah diumumkan langsung tidak menjadi kudis kepada perwakilan UMNO untuk memilih Khairy Jamaluddin kerana bagi mereka , semua itu adalah susunan pengaruh Ayahanda yang baik dengan mereka di lembaga disiplin , tidak perlu saya sebutkan nama. Tujuan sebenarnya adalah untuk memburukkan nama Khairy Jamaluddin dan untuk mengenakan Khir Toyo supaya anak Ayahanda yang pada masa itu tidak mendapat sokongan agar menang tanpa bertanding. Allah SWT itu maha kaya hasrat Ayahanda tidak kesampaian. Allah lebih berkuasa untuk menentukan segala Qada' dan Qadar.

3. Ayahanda terus tidak berpuas hati dan hampir setiap hari Ayahanda mengaibkan menantu Pak Lah. Saya tidak kenal dengan YB Khairy Jamaluddin , tetapi tiba-tiba perasaan simpati saya terhadap beliau kian tertanam dan saya jangka ini bukan berlaku hanya kepada saya tetapi mungkin benih simpati itu mula tumbuh dihati ramai rakyat Malaysia. Ayahanda perlu menerima hakikat bahawa Mukhriz Ayahanda sebenarnya a sore losser dan sebenarnya bukan merupakan calon yang popular kerana di cop sebagai masih menetek dan tidur dibawah ketiak Ayahanda. Benih yang baik akan menjadi pulau jika dicampakkan ke dalam laut. Tapi kalau benih itu tak baik , siramlah baja banyak mana pun tidak mungkin akan tumbuh .

4. Ayahanda sepatutnya berehat dan melunaskan alasan yang Ayahanda berikan ketika Ayahanda mahu bersara dahulu. Mahu menghabiskan masa dengan keluarga dan anak cucu, mahu berehat dan tidak lagi mahu memikirkan perihal politik dan kepimpinan kerajaan. 22 tahun Ayahanda memimpin , rakyat sudah boleh baca apa yang mahu Ayahanda lakukan. Bila Ayahanda bercakap jujur dan ikhlas , bila Ayahanda mereka cerita, bila Ayahanda tipu sunat , bila Ayahanda tipu beragenda, mereka sudah boleh baca. Memanglah mereka akan berlumba-lumba untuk bersalaman dengan Ayahanda bila bersua dengan Ayahanda , ini adalah kerana perasaan hormat dengan jasa yang tidak siapa boleh nafikan yang telah Ayahanda berikan ketika Ayahanda memimpin negara, itu di other siide of Tun Mahathir. Tetapi the other side of Mahathir yang lagi satu membuat mereka rasa jelek dan ada kala sudah sampai ke tahap yang agak merimaskan.

5. Ayahanda mahukan perubahan, tetapi Ayahanda sendiri yang tidak berubah , sudah hampir seminggu perubahan kepimpin berlaku , Ayahanda tidak berubah barangan sehari pun. Bukti kecilnya , kita gagal didalam dua pilihan raya baru- baru ini, bukan saya mahu kata yang kita kalah kerana Ayahanda, yang ingin saya katakan adalah kehadiran Ayahanda menyokong kerajaan baru tidak merubah kan apa-apa. Ini bermakna Ayahanda tidaklah istemewa sangat dalam senario politik morden ini, Ayahanda sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah bosan, hari ini Ayahanda keluar parti , lepas tu masuk balik, mana tanggungjawab dan kasih sayang Ayahanda kepada parti . Bagi saya Ayahanda lari dari parti kerana tewas dengan kesabaran Pak Lah.

6. Memang betul Mukhriz tidak berkecimpung dalam politik sewaktu Ayahanda menjadi PM , tetapi Mukhriz tidak pula tidak diberikan keistimewaan dalam perniagaan, anak-anak Ayahanda semuanya mendapat keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri, buat apa mahu berpolitik , lebih baik berniaga. Mukhzani adalah di antara 40 orang yang terkaya di Malaysia. Mukhriz kerana kini berkecimpung dalam politik tidaklah pula dapat kita trace kekayaan beliau, pasti mereka ini kaya raya. Inilah yang selalu Ayahanda ulangi , anak saya tidak dibenarkan berpolitik ketika saya memerintah, Apa salahnya jika mereka berpolitik , as long mereka tahu asas perjuangan. tetapi politik bukanlah sesuatu yang digemari oleh anak-anak Ayahanda.

7. Pak Lah sudah bersara, mungkin tidak lama lagi jambatan bengkok akan disambung kembali, kita tunggu saja dan lihat. Saya tak pasti tapi saya rasa mungkin. UMNO perlukan perubahan , jika UMNO tidak berubah maka UMNO akan diubah , jika UMNO mahu berubah tapi UMNO dipaksa berubah cara Ayahanda , tak ada maknalah perubahan itu, Ayahanda juga perlu berubah. Marilah kita sama-sama berubah. Kami sudah letih , kami sudah bosan , bergaduh sesama sendiri. Tolonglah Ayahanda.

8. DS Najib patut diberikan peluang untuk mencari identiti beliau sendiri, DS Najib patut diberikan peluang untuk merubah UMNO. DS Najib tidak patut diberikan bebanan dengan perpecahan sesama ahli parti. DS Najib patut diberikan ruang untuk berfikir sendiri. DS Najib patut diberikan masa dan waktu untuk mencorakkan kepimpinan beliau tanpa gangguan. Tidaklah perlu Ayahanda mencuri limelight dari beliau . Baru 5 hari beliau mengambil pucuk pimpinan , suara Ayahanda hampir sama banyak di dengar dari suara beliau. Sehingga kami kompius , siapa yang mengambil peralihan dari Pak Lah.

9. Biarlah DS Najib tentukan pasal Khairy, Tak payahlah hari hari Ayahanda berikan komen pasal Khairy yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan DS Najib. Perpatah Melayu ada berkata , Kalau betul Ayahanda benci biarlah berpada-pada , kita sesama umat islam. Sedangkan nabi lagi memaafkan. Tak perlulah Ayahanda menghebahkan orang ini rasuah , orang ini tidak baik , orang ini jahat , orang ini baik. Anak aku baik , anak orang jahat , menantu orang tuh jahat , menantu aku baik. Tidak ada sesiapa yang sempurna di dunia ini dan tuah kini membayar secara tunai. Takut nanti tuhan itu terbalikkan apa yang kita cakapkan .

10.Permintaan kami mudah saja, berihatlah Ayahanda, Tentu Ayahanda letih by now. Ketika Pak Lah sibuk sebagai PM , Ayahanda pun sibuk jua nak menjatuhkan Pak Lah. Pak Lah sudah berundur, beristirehatlah Ayahanda. Cukuplah kita sudah berpecah banyak kali, apa yang akan tinggal dalam UMNO nanti jika ini berterusan. Khairy juga ada penyokong. Kita berpecah pada semangat 46, kita berpecah semasa UMNO baru, ramai yang disingkir. Kita berpecah ketika Keadilan ditubuhkan, kita berpecah unoficial sewaktu kemelut Ayahanda dengan Pak lah, mampukah kita berpecah lagi, Kita ini sebenarnya sudah nazak. Ubat yang paling mujarab dan telah dikompromi olah Pak Lah adalah perubahan. Berubahlah kita.

Akhirkata , saya menyusun jari yang sepuluh, saya sedar siapalah saya mahu meulis kepada Ayahanda tetapi inilah akibat desakan hati dan nurani yang tidak tertahan lagi menunggukan perubahan dalam UMNO. Assalamualaikum.

daripada :
Mawarku Berduri.

http://www.walkdtalk09.blogspot.com

Anonymous said...

Haha apa punya artikel la nih

Dalam Ketiga2 parti PR ada orang cina kalo nk perhati dalam2. Pas dgn golongan minoriti cina muslim, Dap mempunyai majoriti kaum cina dan Pkr pula boleh dikatakan 20% terdiri dari kau cina. Tajuk pon dah tak relevant patut ditukar ke

" PAS ATAU DAP ATAU PKR YANG MENANG DI BUKIT GANTANG?"

jawapan saya sebagai orang melayu ialah

"KETIGA2 PARTI PAKATAN RAKYAT MENANG DI BUKIT GANTANG KERANA USAHA BERSAMA DAN SAYA SBG MELAYU MMG SYUKUR KAMI MENANG BUKAN BANGGA(RIAK) TUH X ELOK"

Kalau menuding jari telunjuk kpd orang lain, ada lagi 4 jari menuding diri sendiri, muhasabah la kekalahan sendiri sebelum mencari kesalahan kemenangan orang lain.

Anonymous said...

ha ha ha ...
ha ha ha ...
ha ha ha ...

After read your post, I can foresee that Najib's 'one Malaysia' is not going to success...

Anonymous said...

Ello kakak...jejadilah sokong UMNO / Be End tuh....mengarut aje. Kalau depan org melayu korang ckp seolah korang ni memperjuangkan hak melayu. Betul ke tuh !! Naik meloya kome dgr. Tapi kalau pegi tengok di johor tu dimana UMNO dilahirkan dan kononnya kebal...tanah dan bangunan rumah dan rumah kedai...kome tengok banyak dimiliki oleh rakyat singapore....mana melayu nya...? Pejuang hak melayu konon....meloya kitorang tengok. So...jejadilah sokong UMNO / Be End tuh....elok di talkinkan saja dan tanam kat kuburan ataupun masuk muzium lebih baik....kuang...kuang...kuang!!!

Kalau dah kalah di Bkt Gantang dan Bkt Selambau tuh...ngaku aje lah yg BN dah tak diterima lagi oleh rakyat yang berfikiran matang dan cerdik. Bn menang di Btg Ai tu pun kerana rakyat di srawak tu kurang mendapat pendedahan dan dirasuah oleh BN. Tapi harus di ingat....BN suatu ketika nanti akan ditolak juga oleh rayat di srawak apabila rakyat terutamanya golongan muda dan berpelajaran menjadi semakin cerdik dan mendapat pendedahan sebenar apa yg berlaku di malaysia. BN boleh tipu rakyat malaysia beberapa ketika sahaja dan bukan nya pada semua ketika....

Yang sokong BN skrg nih.... hanyalah golongan tua nak mampos...
Tunggulah bila yg tua tu dah expired....dan yag tinggal golongan muda yang berpelajaran dan cerdik...pastinya BN hanya tinggal nama ... kuang... kuang... kuang!!