**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, April 17, 2009

PENANTI : BN SIAP SEDIA

Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini telah dikosongkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan menunggu pengisytiharan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa DUN tersebut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

''Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi semua pilihan raya kecil bila-bila masa.

''Kita akan tunggu pengumuman SPR atau Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk memaklumkan kekosongan kerusi di Penanti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Ne Penanti berkuat kuasa hari ini.

~Utusan

1 comment:

PaKMie said...

Salam...

Pembangkang tdk berperanan pembangkang yang sebenarnya. Pembangkang hanya fokus kpd keinginan kpd kuasa semata2.

Menutup mata rakyat dgn memburukkan kerjaaan dgn mengadakan propoganda isu2.

Pembaziran perletakan jawatan ADUN dgn skandal sex dan moral amat merugikan rakyat. Dlm situasi kejatuhan ekonomi global hari ini sepatutnya pembaziran spt ini tdk berlaku.

Pembangkang di negara ini lebih kpd PARASIT kpd kerajaan.

Pakmie.blogsot.com