**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, April 13, 2009

KHAIRY UMUM EMPAT PEGAWAI LANTIKAN BARU

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan perlantikan empat pegawai baru bagi menggantikan pentadbir sedia ada dalam struktur organisasi pergerakan itu.

Empat pegawai sebelum ini iaitu Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim serta Setiausaha Kerja Pergerakan itu, Shahrul Zaman Datuk Yahya telah melepaskan jawatan masing-masing.

Manakala empat muka baru yang mengisi jawatan tersebut ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Dalam ucapan ketika majlis ringkas petang tadi, Khairy mengucapkan setinggi-inggi peghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga kepada pergerakan itu sebelum ini.

"Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada mereka yang akan meninggalkan Pemuda. Segala ilmu dan jasa yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi misi Pemuda hari ini.

"Dan kepada muka baru yang dilantik hari ini, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin bagi menjayakan transformasi di dalam UMNO khususnya sayap Pemuda", katanya.

Terdahulu sebelum itu empat pegawai berkenaan, Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja) mengangkat sumpah memegang amanah dan menjaga rahsia parti di hadapan Khairy Jamaluddin serta Datuk Razali Ibrahim.

Khairy seterusnya berkata dengan perlantikan itu juga, Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO yang akan dipengerusikan oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap.

"Saya berharap seluruh barisan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan", katanya.

4 comments:

jamaludinmdisa said...

Apa pun yang akan UMNO lakukan. Semakin jelas bukan sahaja orang-orang Cina dan India menolak UMNO. Malah orang-orang Melayu sendiri sudah muak dengan UMNO.Politik perkauman Melayu yang sempit tiada akan mampu menghadapi politik terbuka dan mengatasi kaum dan etnik.

Apa pun yang bakal KJ akan lakukan percayalah anak-anak muda akan terus bersama Pakatan Rakyat.Siapa kata Nizar boneka.Apakah memberi bukit dan gunong(Genting) kepada seorang saudagar kaya berbangsa cina dan membiarkan penanam sayur papa kedana tidak dikatakan boneka.

Memberikan kepada rakyat termiskin tanpa mengira kaum itulah keadilan. Tetapi mengaut kazanah dan memperkayakan dua tiga kerat golongan melayu tertentu dengan membolot kontrak, saham, projek, bukit, gunong untuk memperkayakan dua tiga kerat Melayu adalah boneka maha besar sekali di dunia ini. Percaya, baik Kj dan siapa saya akan bangkitnya kuasa rakyat dan Makkal sakti. Maka akan hancurlah politik UMNO di negara ini.

Anonymous said...

Lihat pada acara angkat sumpah macam KJ ni sultan atau raja di India la pulak,,

Panglima Perang Cyber said...

selamat bertugas kepada mereka...

Muhammad Azli Shukri said...

semoga Pemuda akan semakin kukuh.