**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, April 30, 2009

FAIZAL RAMLI DILANTIK EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang Sdra Mohd Faizal Ramli hari ini dilantik sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Perlantikan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid.

Mohd Faizal yang juga bekas ADUN Bagan Pinang dilantik bersama dengan Abdul Razak Abd Rahman (Ketua Pemuda bahagian Kota Melaka), Khairul Azwan Datuk Harun (Ketua Pemuda bahagian Pasir Salak), Badrol Hisham Zakaria (Ketua Pemuda bahagian Kuala Terengganu) dan Anis Hisham Abdul Aziz (Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor).

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini juga mengumumkan pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri bagi sesi 2008-2011.

Senarai Ketua Pemuda Umno negeri adalah seperti berikut:-

Mohsin Mohd Yusoff (Perlis)
(Ketua Pemuda bahagian Padang Besar)

Badrol Hisham Hashim (Kedah)
(Ketua Pemuda bahagian Padang Terap)

Norman Zahalan (Pulau Pinang)
(Ketua Pemuda bahagian Bayan Baru)

Maslin Sham Razman (Perak)
(Ketua Pemuda bahagian Kuala Kangsar)

Suhaimi Mohd Ghazali (Selangor)
(Ketua Pemuda bahagian Sepang)

Rizalman Mokhtar (Wilayah Persekutuan)
(Ketua Pemuda bahagian Bandar Tun Razak)

Mohd Helmi Din (Negeri Sembilan).
(Ketua Pemuda bahagian Rasah)

Karim Yaacob (Melaka)
(Ketua Pemuda bahagian Bukit Katil)

Mohd Fadil Muskon (Johor)
(Ketua Pemuda bahagian Air Hitam)

Abu Jimi Samat (Pahang)
(Ketua Pemuda bahagian Lipis)

Bahri Baharuddin (Terengganu)
(Ketua Pemuda bahagian Marang)

Anuar Safian (Kelantan)
(Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian)

Azman Ruslan (Sabah).
(Ketua Pemuda bahagian Keningau)

Friday, April 24, 2009

UMNO SIAP GEMPUR NEGERI PAKATAN


Umno membuat rombakan besar-besaran di dalam usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat. Rombakan tersebut melibatkan barisan pengerusi perhubungan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan di Perak kepada Datuk Zambry Abd Kadir.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan dengan menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang.

Sementara di Terengganu menyaksikan Pengerusi Perhubungan diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perlis yang turut mengalami pergeseran dalaman juga menyaksikan pertukaran ketua perhubungan negeri yang kini diketuai menteri besarnya Datuk Seri Md Isa Sabu.

Kelantan turut mendapat ketua perhubungan baru iaitu Datuk Mustapa Mohamed bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Selain lapan perubahan tersebut, lima ketua perhubungan negeri dikekalkan iaitu di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Selain pengerusi perhubungan, Umno juga melantik Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebagai ketua penerangan.

Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung.

Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha agung:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Bendahari agung:
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Ketua penerangan:
Ahmad Maslan

Pengerusi perhubungan Umno negeri

PERLIS:
Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH:
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK:
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR:
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN:
Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR:
Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG:
Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin

SABAH:
Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak

Datuk Seri Najib turut mengumumkan sembilan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Presiden Umno itu juga mengumumkan pelantikan tambahan tiga lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Najib berkata semua menteri besar dari Umno yang tidak dilantik ke jawatan MT akan dijemput hadir mesyuarat.

Najib juga berkata, beliau mempengerusikan biro politik manakala Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno dan juga pengerusi biro pendidikan.

Manakala pelantikan pengerusi biro-biro yang lain, tambahnya, akan dibuat dalam mesyuarat yang akan datang.

WANITA TUBUH 8 SEKRETARIAT DEKATI AKAR UMBI


Mesyuarat Exco Wanita UMNO hari ini mengumumkan penubuhan lapan sekretariat dalam memperkasakan sayap itu dan bagi mendapatkan pembabitan seramai mungkin wanita di peringkat akar umbi.

Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan demikian dalam sidang media pertamanya sejak memegang tugas Ketua Wanita UMNO di PWTC hari ini. Sidang media itu diadakan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat exco sayap itu.

“Kami mahu membuka pintu seluas-luasnya kepada wanita di peringkat akar umbi dan menurunkan tugas serta tanggungjawab kepada mereka.

Sehubungan itu kami telah membentuk lapan sekretariat, iaitu pentadbiran dan operasi, kewangan, penerangan & komunikasi, perundangan & agama, kebajikan, perpaduan & perhubungan awam, pembangunan masyarakat & sosial dan pembangunan ekonomi.

“Selain itu kami juga ada pusat pembangunan politik dan perkaderan yang akan dipimpin oleh saya sendiri, sementara Datuk Kamilia Ibrahim diberi tanggungjawab ke atas pusat aduan awam dan jentera penggerak pilihanraya,” katanya.

Shahrizat berkata, dalam mesyuarat itu beliau telah mengingatkan exco bahawa mereka kini memikul tanggungjawab menyatukan kepimpinan dengan semua ahli Wanita di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.

Katanya Wanita juga telah menetapkan tiga teras perjuangan untuk penggal ini. Teras pertama ialah berjuang untuk isu politik. Teras kedua ialah isu undang-undang, polisi dan program khusus untuk wanita dan keluarga. Sementara teras ketiga akan memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi wanita.

Mengulas mengenai reaksi yang diterimanya berikutan pengumuman anggota exco Wanita baru-baru ini, beliau berkata keputusan yang dibuat olehnya mencerminkan prinsip yang dipegangnya.

“Saya sudah mengambil kira banyak faktor. Adalah mustahil untuk menggembirakan 1.3 juta ahli. Tidak ada seorangpun ahli yang lebih penting daripada ahli yang lain.

Tetapi untuk melakukan perubahan, kita perlu menggabungkan pengalaman orang lama dengan orang baru yang mempunyai potensi.

“Saya faham mungkin ada pihak yang merasa tidak begitu gembira, tetapi dalam mesyuarat exco, reaksi yang saya terima adalah positif dan tidak ada seorangpun yang mempersoalkan perlantikan.

“Sebenarnya tidak ada taufan dalam Wanita UMNO. Secara realistiknya pihak yang tidak bersetuju atau berkenan mungkin memerlukan sebulan atau dua untuk menghayati kepimpinan yang baru.

“Kita beri peluang kepada mereka yang dilantik di peringkat pusat dan negeri dan saya yakin dalam masa terdekat, seluruh Wanita UMNO akan bertaut semula,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan dengan mantan Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata pihaknya sedang mencari jalan supaya mereka dapat menemuinya bagi mengeratkan silaturrahim.

“Tan Sri Rafidah telah menjalankan tanggungjawab dengan baik selama menjadi pemimpin Wanita dan kami akan sentiasa mengambilkira pandangan dan nasihat beliau.”

~Agendadaily

Sunday, April 19, 2009

PERDANA MENTERI DI SAMBUT MERIAH


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima ucapan tahniah dan syabas daripada warga Kuantan pada majlis sambutan kepulangan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu (MPK1) di Kuantan, hari ini. Beliau disambut meriah oleh kira-kira 40,000 rakyat negeri itu. (Foto Halim Mat Ali)

Saturday, April 18, 2009

SHAHRIZAT UMUM BARISAN PERHUBUNGAN WANITA UMNO

YB Hajah Zainab binti Nasir yang dilantik semula sebagai Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sembilan

Ketua Wanita Umno, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini mengumumkan perlantikan Ketua dan Naib Ketua Wanita Umno Perhubungan negeri dan Wilayah Persekutuan. Berikut adalah senarai nama diumumkan Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan di sini:

Perlis:
Ketua Wanita: Rela Ahmad
Naib Ketua: Mariah Abdullah

Kedah:
Ketua Wanita: Datuk Maznah Abdul
Naib Ketua: Marlia Abdul Latiff

Pulau Pinang:
Ketua Wanita: Zabariah Wahab
Naib Ketua: Norliza Abdul Rahim

Kelantan:
Ketua Wanita: Datin Rahimah Mohamad
Naib Ketua: Roslinah Mohamad

Terengganu:
Ketua Wanita: Senator Fatimah Hamad
Naib Ketua: Rohani Abdullah

Pahang:
Ketua Wanita: Datuk Rosni Zahari
Naib Ketua: Roslin Abdul Rahman

Perak:
Ketua Wanita: Datuk Rusnah Kasim
Naib Ketua: Arbaishah Othman

Selangor:
Ketua Wanita: Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah
Naib Ketua: Senator Datin Paduka Norhayati Onn

Wilayah Persekutuan:
Ketua Wanita: Senator Datuk Azizah Abd Samad
Naib Ketua: Mariany Mohammad Yit

Negeri Sembilan:
Ketua Wanita: Datuk Norhayati Omar
Naib Ketua: Zainab Nasir

Melaka:
Ketua Wanita: Datuk Rabiyah Ali
Naib Ketua: Noradiah Abdullah

Johor:
Ketua Wanita: Senator Sharifah Azizah Syed Zain
Naib Ketua: Noriah Mahat

Sabah:
Ketua Wanita: Senator Datuk Armani Mahiruddin
Naib Ketua: Datuk Azizah Mohd Dun

- Bernama

Friday, April 17, 2009

KEMENANGAN BN DI PENANTI BUKANNYA MUSTAHIL

Walaupun DUN Penanti dikatakan kubu kuat PKR kerana berada di bawah Parlimen Permatang Pauh yang diterajui oleh Anwar Ibrahim tetapi untuk BN membuat kejutan bukanlah sesuatu perkara yang terlalu mustahil.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Datuk Arif Shah Omar Shah yang telah memenangi DUN Seberang Jaya yang juga berada di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Perlu diingat, sokongan pengundi boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan isu-isu semasa. Dan sekarang kelebihan nampaknya berpihak kepada BN apabila konsep `Satu Malaysia' yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib telah diterima baik oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Masyarakat secara beransur-ansur mula memahami konsep `Satu Malaysia' bukanlah satu retorik kosong dan tidak menyamai konsep Malaysian Malaysia yang agendanya adalah persamaan total.

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti ekoran perletakan jawatan Mohd Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.

Serentak itu, beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) mengarahkan Pemuda UMNO negeri serta Pemuda UMNO Permatang Pauh membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Di Permatang Pauh pula, Pemuda UMNO bahagian ini berharap pilihan raya kecil DUN Penanti kelak tidak akan dicemari dengan sebarang keganasan serta pergaduhan lain sepertimana yang berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Ketua Pemudanya, Mohd Zaidi Mohd Said berkata keganasan serta provokasi yang berlaku sebelum ini cukup menakutkan sepertimana yang berlaku pada hari penamaan calon apabila seorang jurugambar parah dipukul penyokong parti pembangkang.

Menurut beliau selain itu jentera BN termasuk wanita dan puteri serta petugas lain diganggu sehingga memaksa puluhan laporan polis dibuat bagi menjamin keselamatan para petugas ketika melaksanakan tanggungjawab.

PENANTI : BN SIAP SEDIA

Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini telah dikosongkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan menunggu pengisytiharan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa DUN tersebut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

''Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi semua pilihan raya kecil bila-bila masa.

''Kita akan tunggu pengumuman SPR atau Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk memaklumkan kekosongan kerusi di Penanti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Ne Penanti berkuat kuasa hari ini.

~Utusan

ZULKIFLI NOORDIN TIDAK SETUJU SELANGOR KEKALKAN ELIZABETH

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (PKR) menegaskan beliau tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri Selangor mengekalkan kedudukan Elizabeth Wong sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Selain meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pimpinan kerajaan negeri yang lain mengkaji semula keputusan tersebut, Zulkifli juga mengambil pendirian untuk memufaraqah atau memisahkan dirinya daripada keputusan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, pendirian itu diambil kerana menghormati keputusan Elizabeth sebelum ini yang mahu melepaskan jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

"Elizabeth telah memilih untuk meletak jawatan dan telah pun meletakkan jawatan. Itu adalah hak peribadi beliau.

"Saya yakin Elizabeth mengetahui dan memahami benar masalah yang dihadapi, sebab itu beliau memilih untuk meletakan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN,'' katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di laman blog beliau hari ini.

Dalam kenyataan media tersebut, Zulkifli yang juga seorang peguam turut mempersoalkan alasan kerajaan negeri dalam memutuskan isu tersebut apabila menuding jari menyalahkan pihak polis yang didakwa melengahkan siasatan.

Kata beliau, semua pihak sedar dan tahu bahawa siasatan polis terpaksa dilengahkan kerana tiada kerjasama orang disyaki yang memilih untuk tidak membantu siasatan sehingga ke hari ini.

"Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh Menteri Besar dan Exco Selangor apabila Elizabeth sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau,'' tegasnya.

Tambah Zulkifli, dalam hal ini soal simpati secara peribadi dan memaksa Elizabeth terus menjawat jawatan awam sebenarnya adalah dua isu yang berbeza.

"Saya sangat bersimpati pada Elizabeth dengan masalah yang beliau hadapi, malahan saya antara orang yang pertama membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau dan mendesak tindakan keras dan tegas diambil terhadap petualang durjana yang telah mengambil dan menceroboh serta mencabul kehidupan peribadinya.

"(Namun) soal bersimpati secara peribadi terhadap beliau dan memaksa beliau terus menjawat jawatan awam adalah dua isu yang berbeza,'' jelasnya.

Dalam pada itu Zulkifli berkata, Menteri Besar dan kerajaan negeri telah memberi gambaran seolah-olah mereka tidak menghormati keputusan Elizabeth apabila terus memaksanya untuk mengekalkan kedua-dua jawatan berkenaan.

Katanya, beliau cukup yakin yang Elizabeth telah menimbang keadaan sekeliling dan pelbagai faktor lain sebelum membuat keputusan tersebut.

"Keputusan Menteri Besar dan kerajaan negeri ini juga akan menambahkan tekanan terhadap Elizabeth. Sudah pasti akan ada pihak mengambil kesempatan mengenakan tekanan terhadapnya.

"Keputusan ini juga pasti memberi tekanan yang hebat kepada sebahagian penyokong, pendokong dan komponen pakatan pembangkang,'' jelasnya.

~Utusan

Thursday, April 16, 2009

SHAHRIZAT UMUM PERLANTIKAN PEGAWAI WANITA UMNO

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini mengumumkan perlantikan Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor, Rosni Sohar sebagai Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia yang baru menggantikan Datuk Faridah Abu Hassan.

Turut dilantik ialah bekas Ketua Puteri UMNO Johor yang kini Ketua Wanita UMNO Sembrong, Noraslina Zainal Abidin sebagai Bendahari pergerakan itu. Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga Ketua Wanita UMNO Gopeng, Hamidah Osman pula dilantik sebagai Ketua Penerangan.

FAIRUS LEPAS JAWATAN ADUN

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya melepas jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

Ini bermakna satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan.

Wednesday, April 15, 2009

MENGAPAKAH JAWATAN TKM I PULAU PINANG TIDAK DIISI?

Mengapakah jawatan TKM I Pulau Pinang tidak diisi? Andaian yang paling kuat bertiup pada masa ini ialah PKR mahukan satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN Penanti.

Penasihat PKR Anwar Ibrahim tidak memilih untuk melantik anggota exco yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Batu Maung, Abdul Malik Abdul Kassim atau Adun Sungai Bakap, Maktar Shapee bagi mengisi jawatan tersebut.

Malek dilihat sebagai orang yang mendalangi kejatuhan Fairus manakala Maktar pula tidak memiliki kelulusan akademik yang tinggi.

Bagaimanapun, hasrat PKR itu dikatakan menerima tentangan hebat daripada rakannya dalam gabungan pembangkang iaitu DAP dan PAS.

DAP dan PAS berpendapat mengadakan pilihan raya kecil tidak memberi imej yang baik kepada pakatan mereka kerana rakyat sudah bosan dengan terlalu banyak pilihan raya kecil.

Walaubagaimanapun Anwar dikatakan tidak mempunyai pilihan lain dan akan mendesak agar satu pilihan raya kecil diadakan juga, lagipun populariti yang dinikmati oleh pembangkang sekarang ini memberi kelebihan kepada mereka.

Sekiranya pilihan raya kecil diadakan calon yang disebut-sebut akan diletakkan PKR bertanding di situ ialah Dr Mansor Othman, bekas pensyarah universiti, yang kini berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar.

Selain daripada itu nama pengerusi PKR negeri Datuk Zahrin Mohd Hashim, yang juga Anggota Parlimen kawasan Bayan Baru juga turut disebut.

AGENSI DIBAWAH MeCD DISERAP KE 8 KEMENTERIAN


KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

Penyerapan Fungsi-Fungsi Dan Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Adalah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut:

(1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

(3) Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(4) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri;

(5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya;

(6) Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan;

(7) Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

(8) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi; dan

(9) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Penyerapan fungsi-fungsi dan agensi-agensi di atas akan terus memastikan peranan-peranan utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasisebelum ini, khususnya bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri15 April 2009

PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN DAN BAHAGIAN UMNO 2009

Ibu pejabat UMNO telah mengeluarkan pekeliling memaklumkan Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan bagi tahun 2009 akan bermula pada 15 Mei sehingga 30 Jun 2009.

Manakala bagi Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan tarikh persidangannya juga adalah sama dalam tempoh tersebut.

Bagi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian serta Wanita, Pemuda dan Puteri pula tarikh yang ditetapkan ialah pada 16 Julai sehingga 16 Ogos 2009.

Makluman mengenai tarikh persidangan tersebut dimuatkan dalam laman web rasmi UMNO di http://www.umno-online.com/.

ELIZABETH SAH TERIMA TAWARAN

Seperti diduga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong akhirnya menerima tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN kawasan berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Elizabeth kira-kira tiga jam selepas tawaran itu diumumkan oleh Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco tengahari Rabu.

ELIZABETH KEKAL

Kerajaan negeri Selangor membelakangkan prinsip moral apabila memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan juga ADUN Bukit Lanjan.

Budaya politik baru yang cuba dibawa oleh Elizabeth di persia-siakan. Harapan rakyat untuk melihat budaya politik yang bertanggungjawab iaitu berani meletakkan jawatan apabila melakukan kesalahan tidak kesampaian.

Itulah sikap kerajaan Pakatan Rakyat apabila terkena batang hidung sendiri. Bapa borek anak rintik.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika Elizabeth menerima tawaran tersebut, beliau diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.

Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.

Tuesday, April 14, 2009

UGUTAN PEMBANGKANG BAHAYA

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan kenyataan berbaur ugutan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang mengancam mahu mengadakan rusuhan anti-kerajaan ala Thailand di Perak bagi memaksa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai amat berbahaya.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin pembangkang terbabit itu jelas tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaaan huru-hara dalam masyarakat.

"Saya melihat seolah-olah pembangkang merasakan diri mereka begitu berkuasa dalam suasana politik di Perak sehingga mereka boleh melontarkan pandangan dan ancaman seperti itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

PENGHANTAR SMS UGUTAN SEDANG DIKENAL PASTI


KUALA TERENGGANU 14 April — Polis sedang mengenal pasti individu yang menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata, kes itu akan diberi keutamaan dan pihaknya akan menyelesaikannya secepat mungkin kerana ia melibatkan pucuk pimpinan negeri dan orang kenamaan.

“Perkara ini terlalu awal untuk diulas. Saya tidak boleh komen lagi kerana kes ini masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - Bernama

PM ARAH ADUN BN HADIRI SIDANG DUN TERENGGANU

BOIKOT: Adun Hulu Besut, Nawi Mohammad (duduk seorang diri) yang hadir ke sidang DUN manakala 10 Adun lain tidak hadir ke mesyuarat yang pertama penggal ke dua di DUN ke-12, di Kuala Terengganu, hari ini. (Gambar bawah), Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said melihat khidmat pesanan ringkas (SMS) mengandungi unsur ugutan yang ditunjukkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizan Abdul Hamid, (kiri) ketika penangguhan sidang DUN di Wisma Darul Iman. - Foto Aswadi Alias

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kerana dikatakan menerima ugutan bunuh semalam, supaya menghadiri persidangan itu seperti biasa.

Perdana Menteri berkata, ugutan bunuh yang diedar kepada tiga daripada Adun terbabit menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) adalah tidak sahih. "Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tak ada kesahihan. Justeru saya minta mereka hadir sidang DUN seperti biasa," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

TENGKU AISHAH ROHANI DITABAL TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ISTIADAT perlantikan dan pertabalan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah, hari ini. Pengurniaan gelaran itu disempurnakan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dengan memakaikan tiara pada Tengku Aishah Rohani dengan disusuli tembakan meriam lapan das. - Foto Dzulkeffli Mustapha

TERENGGANU PULA BERGELORA


Apa sudah jadi? Disaat parti menuntut kita untuk bersatu padu tetapi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu nampaknya terus memilih untuk berpecah belah. Semuanya adalah kerana `takhta'.

Selepas mengalami kekalahan berturut-turut di dalam pilihan raya kecil, adakah kita masih belum insaf?. Kenapakah `takhta' begitu melalaikan kita?. Masih tidak cukupkah pengajaran yang kita terima setakat ini?.

Seperti yang dilaporkan Terengganu menjadi semakin panas hari ini. Setakat ini belum dapat dipastikan puncanya yang sebenar. Namun beberapa hari kebelakangan ini timbulnya desas desus adanya usaha untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Menteri Besar itu telah memberi amaran keras untuk mengambil tindakan disiplin termasuk memecat Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional sekiranya usul undi tidak percaya terhadap beliau dikemukakan pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Pagi ini keadaan agak kalut sikit bila 10 orang ADUN BN Terengganu didapati tidak hadir dalam sidang DUN yang masuk hari kedua.

Ini dikatakan lanjutan dari adanya pihak tertentu menghantar SMS yang berbau ugutan kepada tiga orang ADUN malam tadi. SMS itu berbunyi: "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa? Tiga ADUN berkenaan ialah Zakaria Abdullah (Paka) , Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil).

Zakaria Abdullah dan Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.

Ketika ditemui pemberita di IPD Kuala Terengganu, Abdul Halim berkata mereka menerima SMS tersebut kira-kira 11.20 malam daripada individu yang mereka kenali selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri.

Dalam SMS itu, katanya individu berkenaan memberi amaran supaya mereka tidak meneruskan niat masing-masing, yang dipercayai merujuk kepada isu pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang memasuki hari kedua.

Monday, April 13, 2009

KHAIRY UMUM EMPAT PEGAWAI LANTIKAN BARU

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan perlantikan empat pegawai baru bagi menggantikan pentadbir sedia ada dalam struktur organisasi pergerakan itu.

Empat pegawai sebelum ini iaitu Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim serta Setiausaha Kerja Pergerakan itu, Shahrul Zaman Datuk Yahya telah melepaskan jawatan masing-masing.

Manakala empat muka baru yang mengisi jawatan tersebut ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Dalam ucapan ketika majlis ringkas petang tadi, Khairy mengucapkan setinggi-inggi peghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga kepada pergerakan itu sebelum ini.

"Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada mereka yang akan meninggalkan Pemuda. Segala ilmu dan jasa yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi misi Pemuda hari ini.

"Dan kepada muka baru yang dilantik hari ini, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin bagi menjayakan transformasi di dalam UMNO khususnya sayap Pemuda", katanya.

Terdahulu sebelum itu empat pegawai berkenaan, Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja) mengangkat sumpah memegang amanah dan menjaga rahsia parti di hadapan Khairy Jamaluddin serta Datuk Razali Ibrahim.

Khairy seterusnya berkata dengan perlantikan itu juga, Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO yang akan dipengerusikan oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap.

"Saya berharap seluruh barisan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan", katanya.

Thursday, April 9, 2009

TUN MAHATHIR GEMBIRA MUKHRIZ DILANTIK

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tentunya gembira apabila anaknya, Datuk Mukhriz dilantik menganggotai Kabinet baru sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Tentulah gembira, gembira teramat sangat," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak campur tangan dalam pelantikan barisan Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak, khususnya mengenai kedudukan Mukhriz.

Betulkah Tun tidak campur tangan? Sekiranya betul, DS Najib harus menerangkan sebab sebenar kenapa Mukhriz dilantik sedangkan beliau tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Perkara ini penting supaya kabinet DS Najib ini tidak ditohmah sebagai kabinet yang mengikut telunjuk Tun.

Selain daripada itu, Tun janganlah bergembira sangat, bebanan sekarang terletak pada Mukhriz, sekiranya beliau tidak menunjukkan prestasi, sudah tentu pada akhirnya akan di `checkmate'.

Betulkah perlantikan ini bukannya satu perangkap?

PARTI HARUS DIUTAMAKAN


Sebenarnya air mata saya menitis petang tadi. Harapan untuk melihat Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin dilantik menganggotai kabinet tidak kesampaian.

Walaubagaimanapun kita harus menerima hakikat, itulah yang telah ditakdirkan untuk beliau dan kita semua tidak harus mempertikaikannya kerana perlantikan kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Kenapa saya berharap supaya Khairy dilantik menganggotai kabinet? Pertamanya supaya UMNO dilihat memberikan pengiktirafan kepada pemimpin generasi muda, dengan harapan lebih ramai orang muda akan menganggotai UMNO.

Keduanya, saya melihat Khairy adalah seorang pemimpin muda yang bekerja keras dan sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali parti dicabar. Beliau juga dilihat mampu berhadapan dengan pemimpin parti pembangkang di dalam apa juga isu.

Ketiganya, beliau mempunyai banyak idea dan wawasan yang jelas untuk generasi muda dan dilihat telah menjadi `idola' kepada golongan tersebut walaupun generasi yang lebih tua di dalam parti memandang sebaliknya.

Walaubagaimanapun perasaan negatif yang bermain di fikiran saya, harus dibuang jauh-jauh. Parti harus diutamakan. Perjuangan kita bukanlah perjuangan peribadi. Sebaliknya sikap yang ditunjukkan oleh Khairy harus menjadi ikutan semua ahli parti.

"Bukan jawatan yang di kejar" katanya. "Yang lebih penting adalah berkhidmat untuk parti". Lagipun beliau masih mempunyai banyak masa. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa pemilihan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO adalah tepat.

Lagipun ikutlah kata pepatah "naik tangga biarlah dari bawah, alur bertempuh, jalan berturut.”

Salam Perjuangan.

KHAIRY SEDIA BANTU PM

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia membantu Perdana Menteri walaupun tidak terpilih menganggotai barisan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, jawatan dalam kabinet tidak penting bagi dirinya apatah lagi dengan tanggungjawab berat yang dipikulnya sebagai ketua Pergerakan Pemuda.

"Sebagai Ketua Pemuda Umno, saya sedia membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib), sama ada dalam atau luar kerajaan dan saya rasa jawatan itu tidak penting," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara di Melaka.

Situasi Ketua Pemuda Umno tidak terpilih menganggotai kabinet bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Suhaimi Kamaruddin (1978-1982) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1996-1998) adalah antara peneraju pergerakan itu yang tidak terpilih sebelum ini.

Sementara itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai Khairy yang tidak dilantik di dalam kabinet berkata, Khariy masih lagi Ketua Pemuda dan berpendapat ia tidak menjadi masalah kepada Ketua Pemuda itu. " Kita akan bantu dia perkasakan Pemuda,"

KHAIRY TIDAK KECEWA

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Sebaliknya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti. "Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno itu kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut. Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya, Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan. Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri ada campurtangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu.

~Malaysiakini