**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Tuesday, June 16, 2009

BUDAYA RIMBA PAKATAN PEMBANGKANG


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap perbuatan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan di Dewan Rakyat sebagai cubaan membawa budaya rimba pakatan pembangkang Perak di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Mohammad Nizar langsung tidak menghormati Dewan Rakyat dengan bertindak demikian.

''Dia langsung tidak menghormati dewan selain cuba membawa budaya rimba pakatan pembangkang Perak ke dalam Dewan Rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai insiden kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Khairy, Nizar juga cuba mendapatkan publisiti murahan melalui tindakan tersebut.

''Kalau tidak setuju bahas sahajalah dengan tertib semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat," tegasnya.

2 comments:

Anonymous said...

Maaf , tompang lalu , untuk memberikan pandangan saya kepada pemuda UMNO , MCA dan MIC .

Golongan yang terlibat dalam parti pembangkang adalah belia yang berumur 18 - 40 tahun .

Harapan saya , sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan NGo , libatkan diri saudara / i dalam ngo samada dalam permainan , sukan ataupun beladiri . Mereka ni kita boleh bentuk dan berikan pandangan mengapa mereka seharusnya menyokong kerajaan atas sokongan dan perhatian kerajaan kepada belia belia yang terlibat dalam aktiviti seperti diatas .
Jangan tunggu lagi , saya melihat dalam ngo ni banyak ruang kosong yang boleh digunakan oleh pihak parti .
Janganlah saudara duduk diatas tidak memandang mereka yang berada dibawah . Mereka mengharap satu jalan yang boleh mereka tujui di hari tua .
Gunakanlah kedudukan saudara untuk memastikan remaja / belia / pemuda/ puteri tidak tersalah pilih haluan .

Merrybj .

mail lambong said...

semakin ramai belia tolak BN.. BN kena fikir macam mana nak tawan hati belia...

jawapan nya mudah aje..

Sabda Rasulullah SAW: "Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat". - Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

sabda Rasulullah SAW lagi:
"Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka"

kesimpulannya..

baik pemimpin maka baik lah pengikut atau rakyatnya.

BN hanya ada satu jalan penyelesaian yang terbaik iaitu:
mengikut agama islam yang sebenar

Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dan kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syari‘ah adalah wajib ke atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib.