**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, June 29, 2009

PAS AKAN DIHUKUM PENGUNDI MANEK URAI

LEE KUAN YEW.....BAGUS


Berkecai harapan orang melayu/Islam. Sudah muktamad kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS TG Haji Hadi ditolak oleh partinya sendiri selepas menerima `nasihat’ daripada PKR dan DAP.

Beginikah tindak-tanduk `parti Islam’ yang dikatakan boleh menjadi alternatif kepada orang melayu/Islam selepas UMNO?. Apa yang boleh orang Melayu/Islam harapkan dari sebuah parti yang tidak boleh membuat keputusan sendiri untuk agama dan bangsanya?

Berkecailah harapan kita untuk melihat dua parti terbesar orang melayu dan Islam di negara ini duduk semeja berbincang. Begitulah juga perasaan pengundi-pengundi di Manek Urai yang selama ini mengharapkan UMNO-PAS boleh duduk semeja dan bersatu padu.

Sebab itulah saya berani mengatakan, pengundi-pengundi di Manek Urai yang hampir 100% melayu/Islam akan menghukum PAS. Mereka akan mengajar pemimpin-pemimpin PAS yang lebih senang `berpeluk cium’ dengan DAP tetapi menolak perpaduan sesama Islam yang dituntut oleh agama.

Pemimpin-pemimpin PAS tidak pernah belajar dari MCA dan DAP. Pemimpin MCA dan DAP sanggup mengenepikan emosi kepartian untuk duduk berbincang bagi kepentingan bangsa mereka. Mereka menggunakan berbagai persatuan yang berasaskan pendidikan dan perniagaan seperti Dong Jiao Zhong bagi menjalin sefahaman demi menjaga dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Cina.

Pemimpin-pemimpin PAS juga sepatutnya malu kepada pemimpin-pemimpin India yang berada di dalam MIC, DAP, PPP atau PKR. Mereka akan berganding bahu memperjuangkan nasib bangsa mereka walaupun berlainan parti.

Kenapa PAS masih membiarkan diri mereka dikuasai dendam dan sentimen politik? Kenapa mereka sanggup melanggar tuntutan agama? Jawapannya kerana mereka lebih senang untuk menjaga hati DAP dan PKR dari menjaga hati saudara sesama Islam.

Memang benarlah, PAS selalu membuat keputusan yang melukakan hati orang melayu. PAS tidak boleh memaafkan UMNO tetapi sanggup bersama DAP yang terang-terang menenentang Negara Islam. PAS tidak sanggup untuk bersemuka dengan UMNO tetapi TG Nik Aziz boleh menyambut Lee Kuan Yew.

Malah TG Nik Aziz sanggup menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat `ayah Pin’. Cubaan memberikan gambaran bahawa orang Islam lain tidak berpegang dengan anutan Islam adalah petunjuk jelas kerendahan tahap pemikiran menteri besar Kelantan tersebut.

PAS merasakan mereka semakin kuat, tetapi secara realitinya semakin ramai orang melayu/Islam yang kecewa dengan parti tersebut. Mereka jangan berangan untuk menang lebih besar di Manek Urai dan PRU-13 kerana hati bangsa melayu/Islam sudah mula terluka. Hati bangsa Melayu/Islam mudah tersentuh dengan isu bangsa dan agama.

PAS tunggulah masa untuk ditendang keluar dari pakatan selepas PRU-13 apabila telah lemah dan tidak memenangi banyak kerusi. Sesungguhnya ujian Allah itu datang dalam berbagai situasi.

Tepuk dada tanya Iman.

10 comments:

nur mohd nidzam said...

Beginikah tindak-tanduk `parti Islam’ yang dikatakan boleh menjadi alternatif kepada orang melayu/Islam selepas UMNO?. Apa yang boleh orang Melayu/Islam harapkan dari sebuah parti yang tidak boleh membuat keputusan sendiri untuk agama dan bangsanya?
JAWAPANNYA PARTI ISLAM INI TIDAK AKAN BERSATU DENGAN PENYAMUN,PEROMPAK,PERASUAH DAN MACAM MACAM LAGI.INGAT APA KATA TDMAHATHIR BEBERAPA HARI LALU 'MAKAN RASUAH ITU SEPERTI MAKAN BABI'.TAKKAN PAS NAK BERSAMA ORANG YANG MENGATAKAN MEREKA ISLAM TAPI MELAKUKAN PERBUATAN HARAM SECARA TERSEMBUNYI.LAGI BAIK BERSAMA ORANG YANG MUNGKIN TIDAK BERSEFAHAMAN AGAMA TAPI TELUS DAN LURUS DARI SEGALA YANG LAIN.

Anonymous said...

UMNO..UMN0..orang tak sudi muka tak malu. Eleh kan UMNO ada banyak kerusi. Apa peduli dengan Pas. Biarlah...Najib kan ada motto baru untuk rakyat Malaysia...ONE UMNO untuk rakyat Malaysia. He!He! rakyat manik URai Pasti sokong UMNO. Janji pulus cukup.. 15 ribu satu undi.tak banyak tu. Ha!ha. Gila talak....

Anonymous said...

Assalamulaikum Tuan,

Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkan cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers. Munkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

Sekian, buah fikiran saya.

Anonymous said...

Siapa UMNO nk tentukn siapa yg menang...Yg penting UMNO skrg tidak lagi relevent...Berlagak mempertahan Islam, tp tak sedar UMNO sendiri menentang Islam...Menidakkan hukum Allah sekaligus menolak Islam...Alasan, negara kita masyarakat majmuk...Zaman nabi pun majmuk jugak...Mcm2 agama pun ada...tp masih boleh laksanakan...rakyat semua dh jemu dh dgn UMNO yg penipu besar...

Anonymous said...

Assalamulaikum Tuan,

Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkan cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers. Munkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

Sekian, buah fikiran saya.

Anonymous said...

Assalamulaikum Tuan,

Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkan cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers. Munkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

Sekian, buah fikiran saya.

azlishukri said...

betul tu akak, ramai yg kecewa, kononnya PAS upaya menggantikan UMNO.

Aimar said...

PAS tidak sanggup untuk bersemuka dengan UMNO tetapi TG Nik Aziz boleh menyambut Lee Kuan Yew.

DS Najib pun sambut Lee Kuan Yew..

adeh.. itu pun jadi isu..

Anonymous said...

ape kate kite dari pimpinan umno pulak yang ajak pas untuk berunding. dulu hj.hadi yang nak, orang pas lain x nak. mari kite sama2 berjuang ajak pas bersatu ngan kite.

Anonymous said...

Ayat sama je ngan time PRK Bukit Gantang, Penanti, Permatang Pauh, Bukit Selambau, Kuala Terengganu ari tu...

Carik la modal lain Bro. Sapa yg kena hukum sebenarnya? PAS ke UMNO? Dah bayk kali kena hukum kat pengundi tu bawak - bawak lah muhasabah diri. Perbetui apa yg tak kena.

Ni blog ni takdak sapa komen ni apa ceghita?? Ka semua komen yg masuk negatif?? Semua kena block ka Bro?? Ka takdak sapa minat nak baca dah tulisan hampa... yg positif ka, yg negatif ka, kasik la lepas bro.... malu lah tulis blog takdak sapa komen...