**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....

DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, June 12, 2009

PAS KELANTAN SEMAKIN TERPINGGIR

PAS Kelantan yang memang diketahui menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim dan sanggup `berpeluk cium' dengan DAP tetapi menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO saranan TG Haji Hadi semakin hari semakin terpinggir.

Anak didik TG Nik Aziz iaitu Husam Musa yang ditonjolkan sebagai teraju utama penyokong Anwar Ibrahim di dalam PAS tewas jawatan Timbalan Presiden kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang juga merupakan penyandang jawatan tersebut.

Manakala Mohd Amar Nik Abdullah yang juga merupakan exco kerajaan negeri Kelantan pula tidak terpilih menduduki jawatan Naib Presiden. Kekalahan Nik Amar ini menyebabkan PAS Kelantan tidak mempunyai wakil yang menduduki kerusi Naib Presiden.

Semalam pula TG Haji Hadi tidak melantik semula Datuk Kamaruddin Jaafar iaitu Ahli Parlimen Tumpat yang memang diketahui sebagai proksi Anwar di dalam PAS sebagai Setiausaha Agung, sebaliknya melantik orang kanannya Datuk Mustafa Ali.

Begitu juga nasib yang menimpa Datuk Anuar Tan iaitu seorang lagi exco Kerajaan Negeri Kelantan yang kalah di dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Puast dan tidak termasuk di dalam senarai yang dilantik seperti yang diumumkan semalam. `Hilangnya’ Datuk Anuar Tan dari jawatan ini telah menyebabkan tidak adanya pemimpin berbangsa Cina yang berada di dalam saf kepimpinan tertinggi PAS.

Ramai penyokong PAS dan pemerhati politik sebenarnya tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku di dalam PAS?. Adakah semua ini berlaku secara kebetulan?.

Pada pandangan saya, tindak-tanduk PAS Kelantan sejak akhir-akhir ini akan dihukum pengundi Manek Urai pula. Saya yakin pengundi Manek Urai yang 99% adalah melayu tidak akan merestui PAS bersekongkol dengan DAP.

6 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Itu juga petanda pengaruh dan suara Nik Aziz bukan lagi sekeramat dulu untuk dipatuhi kerana emosinya yang berlebihan dalam mempertahankan pakatan pembangkang hingga mencampuradukkan hukum untuk kepentingan politik.

Dalam usia dan faktor kesihatan, Nik Aziz sukar mempertahankan lagi kuasa dan pengaruhnya dan ketika PAS Kelantan mencari pelapis dan pengganti maka akan tepecah kepada dua atau tiga puak. Sekali lagi UMNO akan dituduh sebagai punca dan perancang kejatuhan mereka.

Taktik lama untuk merasa diri mereka maksum dan baik2 belaka.

Anonymous said...

Perbezaan pendapat antara dua golongan utama dalam PAS ada kaitan dengan kecenderongan Nik Aziz, dengan bisikan anak didik Anwar dalam PAS-Husam dan kamaruddin jaafar- mempercayai janji berbilion dicurahkan ke kelantan jika Anwar jadi PM.

Kedua, Nik Aziz ambil hukum tiada saksi maka Anwar tak ada sondolmi, boleh di sokong.

Ketiga dendam kejatuhan kerajaan PAS Kelantan semasa berpisah dari BN. Dendam inilah puncanya.

Jadi Nik Aziz tidak tertarik dengan hujah haji Hadi yang lebih meletakkan hukum tidak membenarkan ditutup pintu rundingan dalam Islam.

Golongan pro-hadi secara diam tahu tentang masalah tabi'i sex Anwar, dan tidak boleh terima dia sebagai layak menjadi PM. hadi bimbang menyandarkan masa depan parti kepada satu pihak sahaja kerana nanti apbila DAP dan PR dapat lumpuhkan kekuasaan politik orang Melayu PAS akan dituduh bersubahat.

DAP tetap dengan agenda menjatuhkan kuasa politik Melayu, dan menggunakan PKR dan PAS semata-mata untuk tujuan ini. If you can't beat them, join them and then destroy them.

Apa nak dibanggakan PAS apabila Nizar cuma boneka DAP? jadi DAP dah kawal Perak dan Penang. Mana PAS nak pergi nanti? Maaf tapi Tok Guru Nik aziz pandai cakap sahaja tetapi mudah dipengaruhi oleh mereka yang rapat.

haji Hadi dari dulu bukan mudah diperdaya. jadi PAS Kelantan cawangan PKR?

terrabacabuku ekiosk said...

Bah Lontok said...

Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.

PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.

PAS mengetahu akan kesalahan nya menyokong DAP@PAP, apakan daya sudah termakan budi. Terpaksa terus menyokong DAP. Sekarang cuma rakyat melayu sahaja yang boleh selamatkan negara dari balapetaka ini. Kita kena berhenti menyokong PAS dan PKR, menyokong mereka bermakna menyokong DAP @ PAP.

Anonymous said...

dengan terpinggirnya pas kelantan bermakna umno kelantan semakin kukuh. bn bakal menang mutlak di manek urai. yakinlah.

mail lambong said...

tak perlu kerajaan perpaduan..umno tu yang perlu berubah..buat malu orang melayu je..kalau setakat melayu tu takpa la ni mengaku islam tapi tak mahu ikut islam..
masjid dah tak ramai orang..disko ngan pup penuh la pulak bangsa melayu yang mengaku islam tu.. no ekor usah cerita laa memang banyak lah keparat2 ni..bila orang tegur marah..pandai menjawab pulak tu..jawapannya aku berjudi bukan mencuri..tahu pulak mencuri tu berdosa tapi berjudi tak berdosa ke..pelik-pelik...ini lah akibatnya kalau kita tak rombak sistem pemerintahan kita..takat tu je laa kemajuan islam di malaysia ni..bila orang sebut bab hudud dia tanya orang tu kenapa tak buat padahal dia ada kuasa..kuasa besar pulak tu..kuasa persekutuan.. yang si cerdik agama dah terbahagi dua.. golongan pemerintah ni takkan tegur perbuatan-perbuatan maksiat di negara kita ni..kesudahannya kita labelkan golongan yang nak bawa pembaharuan ni extrimis..bangkit la saudara seislamku..sedar..sayang anak cucu kita..bukan senang nak dapat nikmat yang besar iaitu islam..kita patut bersyukur sebab lahir-lahir dah islam..hargai lah.. jangan lah kita perlekehkan golongan-golongan ulamak..banyak benda yang kita tak tahu..belajar lah..jangan ikut budaya ikutan syaitan,yahudi,nasrani buruk akibatnya..
perkara yang paling aku kesal bila orang islam itu sendiri tidak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam..
aku ingin bertanya kepada semua pembaca yang budiman,adakah anda perhatikan keadaan sekeliling,
1)berapa ramai orang islam dimalaysia yang solat lima waktu
2)berapa ramai anak-anak muda yang menghormati orang lebih tua
3)berapa ramai golongan cerdik al-quran
DAN KITA BANDINGKAN PULA DENGAN SATU LAGI GOLONGAN.
1)berapa ramai yang berebut-rebut masuk pertandingan menyanyi
2)berapa ramai peminum arak dikalangan masyarakat melayu-islam
3)berapa ramai golongan yang mengejar semata-mata dunia.
maha suci allah..ampunkanlah dosa-dosa saudara seislam ku kerana gagal mempertahankan kesucian islam dimuka bumi malaysia.ya allah ya tuhanku.. selamatkanlah kami dan keturunan kami dari terjerumus ke lembah maksiat yang hina.selamatkan lah kami dari kehancuran dan kerosakan iman-amin