**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Monday, July 27, 2009

KHAIRY JAMALUDDIN - SATU ENIGMA


Saya selalu menyatakan ada dua jenis pemimpin politik, satu jenis pemimpin politik ialah yang banyak menghabiskan masa untuk menghadiri program-program parti, mereka ini sentiasa berada ditempat yang betul pada masa yang tepat, dimana sahaja Boss berada, dia akan muncul.

Satu jenis lagi pemimpin adalah individu yang banyak membaca dan berusaha untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran, mereka ini selalunya nampak serius dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersosial.

Walaupun kedua-dua mereka jenis pemimpin ini penting tetapi bagi saya mesti ada keseimbangan, malangnya di Malaysia ahli politik yang paling berjaya adalah mereka dari golongan yang pertama, dimana mereka tak banyak buat kerja tetapi selalu pandai muncul tepat pada masanya, iaitu bila Boss ada.

Khairy Jamaluddin merupakan ahli politik kelas kedua iaitu individu yang banyak membaca, rajin memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran, tetapi malangnya ini juga merupakan sifat-sifat yang kurang disenangi kerana beliau kurang menghabiskan masa untuk bersosial dengan ahli parti, pergi karaoke, bawa ahli pergi makan lewat malam dan bersuka-ria.

Budaya memilih pemimpin yang hanya pandai berada pada tempat yang betul pada masa yang tepat akan merugikan parti, bangsa dan negara. Dan kesediaan untuk pemimpin memberi lebih banyak ruang kepada ahli sebegini akan membentuk satu budaya yang tidak akan mengalakkan lebih ramai ahli yang mempunyai kemahiran, ilmu dan perwatakan yang serius dan berfokus meluangkan masa untuk berjuang bersama parti.

Hari ini kalau kita lihat balik barisan kepimpinan yang berada dihadapan , kita boleh menilai jenis pemimpin yang diberi tempat. Kalau kita hendak melihat pemimpin politik seperti saudara Khairy Jamaluddin diberi tempat kita harus menuntut satu perubahan sikap, sesuai dengan saranan Dato’ Seri Najib untuk menilai kemampuan mengikut pencapaian KPI.

Malangnya ahli-ahli parti sendiri tidak menilai mengikut presatasi kerja, mereka lebih suka ikut kriteria pemimpin yang dapat bersosial dan bergembira bersama. Saya tidak hairan kenapa ada pemimpin politik tertentu tidak mahu budaya memilih peimipin mengikut syarat MERIT atau kualiti kerja, kerana saya faham mereka ini tidak mahu ada cabaran, dan mereka ini lebih sedar siapa diri mereka dalam cerminan diri mereka.

Khairy Jamaluddin akan tetap menjadi perhatian bukan hanya kerana beliau merupakan enigma tetapi kerana beliau meletakkan ‘standard’ untuk pencapaian yang sentiasa menjadi halangan kepada pemimpin yang hanya pandai berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Kenapa saya mengelar Khairy Jamaluddin seorang enigma?Kerana hingga ke hari ini, ramai masih bertanya-tanya siapakah Khairy Jamaluddin yang sebenarnya.

Belum pun soalan ini terjawab sepenuhnya, sudah ada musuh yang membuat andaian tanpa merujuk kepada sebarang penilaian berasaskan bukti. Tetapi yang nyata beliau seringkali membuat lawan politiknya cemas, beliau mempunyai ramai yang mengkagumi kebolehannya.

Suka atau tidak, lawan atau kawan, kebolehannya tidak dipertikaikan; lawan politiknya hanya merujuk kepada usia dan pengalaman sebagai alasan melawan.

Sayang kerana beliau tak pandai berada ditempat yang betul pada masa yang tepat.

Namun syukur, beliau tidak perlu.

- From KJFC's Guest Columnist, Sdr. Stephen Doss.

PEMUDA UMNO LAHIR BUKAN SEBAGAI PEJUANG JALANAN


Sabtu ini, penyokong Pro dan anti-ISA, masing masing akan berarak bagi menyatakan pandangan mereka mengenai ISA. Jelas kita akan sama-sama mengira berapa ramaikah penyokong Pro-ISA dan penyokong anti-ISA yang akan dikumpulkan. Apabila dua penyokong Pro dan anti-ISA berada di jalanan dan masing-masing akan cuba menunjukkan kekuatan masing-masing dan seandainya ada yang hilang kawalan, maka akan tercetuslah satu keganasan.

Yang susah adalah orang awam yang tidak berminat dengan politik, peniaga yang mahu mencari rezeki terpaksa menutup kedai yang merupakan punca rezeki mereka. Pelancong akan melihat betapa rakyat Malaysia yang mengamal budaya jalanan. Apakah dengan berdemonstrasi di jalanan akan mengubah keputusan kerajaan, Ini Malaysia dan bukannya Thailand atau Indonesia. Sejarah penunjuk perasaan kita belum sampai ke tahap yang mereka berani merengkok didalam penjara lagi. Mereka tidak mungkin memilih penjara apabila tidur malam di rumah dalam bilik berhawa dingin dan makan makanan yang lazat-lazat.

Apa keuntungan mereka ini berdemonstrasi melainkan menunjukkan ketidakmatangan mereka dalam mencari penyelesaian. Pastinya pihak Polis akan memberikan amaran dan pastinya yang bersalah akan ditahan dan direman beberapa hari. Siapa yang rugi. Pastinya juga kita tidak akan dapat memasuki Bandarraya minggu ini kerana sikap yang tidak bertanggungjawab mereka yang mahu melakukan demonstrasi ini. Siapakah mereka ini. Majoritinya yang akan berada di jalanan ini adalah bangsa Melayu.

Nampaknya Anwar Ibrahim tersenyum kerana budaya yang dipupuknya kini telah menular di kalangan orang-orang Melayu yang anti beliau sebelum ini. Jelas orang-orang ini juga yang mahu mencari penyelesaian dengan jalan yang lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini. Jika ini dilakukan setiap minggu. Siapa yang akan menanggung akibatnya nanti. Rakyat yang tidak berdosa, kerana ini akan meruntuhkan juga ekonomi negara dan membayangkan bahawa kerajaan kita sekarang tidak stabil.

Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang waras dan bijak. Kita bukan hanya mahu menjadi hero dijalanan. Pemuda bukan beridentitikan demonstrator jalanan. Pemuda bukan bangsat dan hingusan mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dij alan raya. Kami bersetuju dengan saranan Khairy Jamalauddin agar Pemuda jangan ikut serta dalam perhimpunan Sabtu ini, Khairy tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini, kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Tetapkan pendirian dan pastikan pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.

Nota : Tahniah kepada saudara Parpukari yang begitu hebat mengutuk saranan Khairy Jamaluddin kerana menghalang Pemuda untuk berdemonstrasi. Untuk pengetahuan saudara Parpukari. Jika anda merasakan bahawa anda hero kerana menjadi dalang kepada perarakan ini, kami hanya mengucapkan syabas kerana menggunakan jalanan sebagai jalan penyelesaian kepada sebarang kekalutan. Saya berharap dapat melihat gambar Parpukari tidur di bawah tayar Truck FRU seperti yang dilakukan oleh Tian Chua sebelum ini. Tapi biasa mamak ni penakut sikit , berani masa ramai saja.

kiriman Email: Zainuri (Ketua Pemuda UMNO Kelang)

Thursday, July 23, 2009

KJFC MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT


Khairy Jamaluddin Fan Club (KJFC) yang baru dilancarkan semalam di Laman Facebook diberitakan mendapat sambutan hangat. Sehingga berita ini ditulis seramai hampir 450 orang yang mempunyai akaun dengan Facebook telah menjadi ahli KJFC.

Melihat kepada sambutan hangat setakat ini, maka tidak mustahil sasaran awal 10,000 ahli akan dapat dicapai dalam masa terdekat.

Saya tertarik dengan kata-kata presiden Kelab ini bahawa penubuhan KJFC ini bukanlah kerana nama, harta atau wang berjuta tetapi adalah dari perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas.

Ianya adalah tanda sokongan berterusan kepada YB KJ. Apa juga badai, fitnah dan niat jahat pihak tertentu, bukanlah halangan kepada para penyokongnya untuk terus menyokong YB KJ demi melihat pemimpin muda ini terus gagah dipersada politik tanah air.

Yang menariknya ahli-ahli Kelab ini dapat berbincang dan memberi pandangan dalam apa jua isu dan YB KJ sendiri telah memberi pengakuan akan sentiasa aktif menyumbang kepada sebarang perbincangan dan menjawab sebarang pertanyaan yang diutarakan.

Sekiranya anda mempunyai akaun Facebook dan berminat untuk menyertai kelab ini, anda boleh pergi ke link yang saya sertakan di sini :- http://www.facebook.com/group.php?gid=134165467813&ref=nf

Terima kasih dan Salam Setiakawan.

Wednesday, July 22, 2009

BLOGGER SEMUA CAKAP JE LEBIH, TAPI PENAKUT.....


Podah chit !!!

Penakut atau dayus atau cakap tak serupa bikin ?

Itu persoalan yang aku ingin timbulkan kepada semua blogger. Baik yang disebelah sana atau yang di sebelah sini.

Seorang cina mati membunuh diri,gegak gempita seluruh dunia blogger. Kesemua blog berebut melapor dan mengulas perkara tersebut.

Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan.

Apabila aku memulakan langkah menyiarkan berita seorang gadis melayu,Wan Siti Farihan mati terjatuh dari kediamannya,hanya beberapa orang blogger sahaja yang turut sama menyahut langkah aku. Aku cukup sedih dan kecewa.

Kita semua cakap ja lebih,cakap berdegar-degar,cakap berkobar-kobar,tapi tak boleh diharap untuk membela nasib bangsa sendiri.

Kalau kita semua tak bela nasib bangsa sendiri,siapa yang lagi yang boleh diharapkan.

Kita semua selalu bercakap, kami sanggup berjuang lah, membela bangsa lah, itu lah, ini lah, bla,bla,bla...Tetapi tiada apa lagi yang boleh dibuktikan setakat ini. Nah ! sekarang masanya. Buktikanlah !!!

Sehingga sekarang kematian Siti Fariha masih misteri. Siapa yang boleh membela nasib arwah dan keluarganya.

Kalau kita semua ini blogger-blogger bersatu untuk 'spin' cukup-cukup isu ini,maka media masa akan mula perkatakan juga isu ini. Bila media masa dah mula perkatakan,ianya akan mendapat perhatian pihak berkuasa dan rakyat seluruh negara. Barulah dunia tahu bahawasanya ada juga melayu yang mati jatuh bangunan (bukan bunuh diri).

Harus diingat,bukan semua rakyat Malaysia melayari internet. Banyak lagi rakyat yang dikampung dan di desa yang tidak melayari internet. Mereka hanya bergantung kepada TV dan suratkhabar.

Mulai sekarang aku cabar semua blogger untuk menghangatkan isu ini. Jika gagal,maka tak payah bercakap lagi selepas ini. Itu tandanya blogger tak boleh diharap.

Jika berjaya,tandanya blogger memang berkuasa untuk jayakan sesuatu. Tunjukan kepada masyarakat dan pemimpin bahawasanya mereka tidak boleh main-main dengan dunia blog. Barulah mereka semua buka mata.

Sama-sama kita tekadkan hati dengan misi KEADILAN UNTUK SITI FARIHAN.

Dipetik daripada :
www.ruangbicarafaisal.com

SEMAKIN LAMA SEMAKIN HANYUT

ISLAM AJARAN ANWAR!!!?

Tuesday, July 21, 2009

BILA TOK GURU PAS NAK BAGI FATWA?

Apakah alasan yang Tok Guru PAS sedang fikirkan? Cepat! bagi fatwa sekarang!

Saturday, July 18, 2009

PRK MANEK URAI : PAS KELAM KABUT TUTUP KELEMAHAN


Dewan Pemuda PAS Kuala Krai semalam membuat laporan polis kononnya UMNO membeli undi pengundi luar dengan membayar elaun tambang. Mereka menuduh BN/UMNO melakukan perkara tersebut di sebuah premis KESEDAR di Sungai Peria.

Nampaknya PAS kelam kabut mencari alasan untuk memberitahu ahli mereka bahawa kemerosotan undi di Kuala Krai bukanlah berpunca daripada kelemahan kepimpinan mereka tetapi kerana taktik jahat UMNO.

Itulah kerja PAS, mereka tidak pernah mengaku kelemahan diri dan sentiasa menyalahkan dan menuding jari kepada pihak lain.

Untuk pembaca diluar sana, apa yang sebenarnya berlaku di Manek Urai ialah, rakyat sudah bosan dengan janji-janji PAS. Semuanya indah kata di bibir saja. Selama hampir 20 tahun memerintah Kelantan, mereka tidak melakukan apa-apa samada untuk agama atau rakyat.

Yang rakyat nampak ialah bukit-bukit digondolkan, tanah di bandar Kota Bharu bertukar status, isu Lembah Sireh, isu tanah nelayan Kuala Besar, berhala semakin bertambah, kuil Hindu di besarkan dan Pusat Injil diwujudkan.

Masjid? Cuma satu di Rantau Panjang dalam masa 20 tahun. Begitulah ajaran Islam PAS. Cakap lain! buat lain!.

Wednesday, July 15, 2009

PRK MANEK URAI : PENJUAL IKAN MENANG `NYAWA-NYAWA IKAN'


Saya sekarang dalam perjalanan balik ke Port Dickson. Saya menerima hakikat kekalahan tipis di Manek Urai (MU) tetapi saya meninggalkan MU dengan perasaan penuh bangga dan semangat baru kerana UMNO/BN kini kembali diterima rakyat.

Saya belum menerima analisa penuh keputusan PRK tersebut tetapi yang pasti, kita dapat menyaingi mereka di semua saluran termasuk pengundi muda yang mula berpihak kepada kita.

Seperti SMS daripada Eizwan Abdullah (Ketua Biro Unit Media Baru Pemuda UMNO Kelantan – http://www.eizwan.com/) yang baru saya terima sebentar tadi, kita akan teruskan semangat ini kerana sesungguhnya perjuangan ini tiada penghujungnya.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama baik kepada saya semasa di MU terutamanya Tun Faisal, Eizwan Abdullah, Che Soh, team penerangan UMNO Malaysia (Ai, Combi, Shidah), Kak Mimi (SUK Wanita UMNO Kelantan), unit IT UMNO Kelantan (Bob), rakan-rakan bloggers (RBF, Minaq Jinggo), Media massa (BH, Utusan, Star, Malaysiakini (Jimadie), Bernama) dan semua rakan-rakan bloggers di luar sana.

Tahniah juga daripada saya kepada SEMUA jentera BN yang begitu bersemangat sekali bekerja untuk Parti disini. Seperti kata Datuk Rauf malam tadi, kita jangan kecewa, Insya-Allah kita akan diberikan Allah kemenangan selepas ini.

Tuesday, July 14, 2009

KEPUTUSAN TERKINI DARI PRK MANEK URAI

Selepas kiraan semula, PAS menang dengan majoriti 65 undi. Jangan putus asa.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK MANEK URAI : BN MENANG


Keputusan tidak rasmi, BN Menang di PRK Manek Urai. Majoriti belum disahkan. Maklumat ini adalah dari Pusat Operasi BN.

Sila tunggu keputusan rasmi.

TERKINI DARI PRK MANEK URAI

Berbagai khabar angin tentang keputusan PRK Manek Urai sedang bertiup kencang di sini. Ada yang mengatakan BN menang dan ada yang mengatakan PAS menang.

Dari satu maklumat yang saya rasa boleh dipercayai mengatakan bahawa PAS sedang mendahului walaupun pengiraan masih lagi berjalan.

PRK MANEK URAI : 87.33% KELUAR MENGUNDI

Setelah semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang, kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Manek Urai.

PRK MANEK URAI : LEBIH 76% KELUAR MENGUNDI SEHINGGA 1 PETANG

Sehingga jam 1 petang tadi, kira-kira 76.4 peratus membabitkan 9,359 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

Pada pandangan saya, hasrat BN untuk melihat lebih 90% keluar mengundi akan tercapai. Ini menandakan peluang BN merampas kerusi ini semakin cerah.

Saya sebenarnya terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Untuk bergerak beberapa kilometer sahaja mengambil masa hampir satu jam.

Saya sekarang sedang menuju ke Pusat Operasi BN dan berita yang baru saya terima ialah dua orang ahli Puteri UMNO dikejarkan ke hospital kerana cedera di baling batu dan botol oleh penyokong parti PAS.

Saya akan cuba menghubungi Norashikin Abd. Rahman, Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan untuk maklumat lanjut.
Insya-Allah setibanya di Pusat Operasi saya akan memberikan berita selanjutnya.

PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR


Sehingga pukul 11 pagi, seramai 7,085 pengundi (57%) telah keluar mengundi. Sementara itu jalanraya utama Kuala Krai - Gua Musang mengalami kesesakan yang teruk dan pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya mengelakkan jalan tersebut.

BN UNTUK MANEK URAI

PASTI ADA KEJUTAN DI MANEK URAI


Semalam saya sempat ke Lata Pauh yang terletaknya rumah Negeri Sembilan. Di dalam perjalanan kesana saya sempat `minum' disebuah warung yang dipenuhi pelanggan. Dari percakapan mereka saya tahu mereka bukanlah pengundi tetapi `pelancong politik' daripada luar.

Diwarung tersebut saya sempat berborak dengan tuanpunya warung yang sememangnya merupakan seorang pengundi. Kalau seminggu lepas, pada kunjungan pertama nadanya begitu negatif tetapi pada semalam nadanya telah bertukar menjadi positif. Alasan yang beliau berikan untuk kemenangan BN ialah penduduk Manek Urai mahukan perubahan.

Janji-janji dan keazaman BN untuk membantu Penduduk Manek Urai tidak dapat ditolak oleh mereka. Contoh yang beliau berikan ialah pembangunan infrastruktur Manek Urai akan dimajukan sama seperti kawasan di mana BN mentadbir.

Pekan Manek Urai pula akan dinaiktarafkan. Sementara pelbagai kemudahan prasarana dan pusat pengajian sama ada tinggi ataupun separa tinggi akan dirancang untuk kemakmuran penduduk Manek Urai.

Peluang pekerjaan pula akan diperbanyakkan dan pusat dakwah Kelantan atau Pantai Timur akan dibuka di Manik Urai.

Dipendekkan cerita, Manek Urai akan menjadi `anak kesayangan' BN bagi membuka minda penyokong PAS bahawa selama ini mereka telah membuang masa dengan memberikan sokongan emosi kepada parti yang hanya tahu menjanjikan syurga.

CALON BN MANEK URAI DISENANGI RAKYAT





Monday, July 13, 2009

CALON PAS MANEK URAI DILARANG JUMPA MEDIA?

Calon PAS Abe Uji dikatakan tidak bijak, dan kerana itulah beliau tidak dibenarkan bercakap dengan media selepas penamaan calon.

Tindakan PAS tersebut jelas memalukan Abe Uji dan menghalang hak Abe Uji untuk menyatakan aspirasi atau cita-cita beliau memajukan Manek Urai.

PAS sebenarnya takut, Abe Uji membuat silap ketika bercakap dengan pemberita. Sekiranya beginilah `standard' Abe Uji, penduduk Manek Urai sebenarnya risau untuk memilih beliau menjadi wakil rakyat. Mereka takut Abe Uji hanya sekadar menjadi boneka.

Selain daripada itu mereka berkata, bagaimana Abe Uji akan berurusan dengan dunia luar khususnya yang menggunakan bahasa Inggeris kerana sudah pasti kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat tidak hanya berkisar di Manek Urai sahaja.

Abe Uji juga khabarnya dihalang dari berceramah. Sebenarnya PAS sedar Abe Uji kekurangan dari segi akademik, pengalaman dan juga tidak boleh berpidato. Tetapi kerana tiada calon lain yang layak mereka terpaksa juga menolak Abe Uji ke depan.

Oleh itu penduduk-penduduk Manek Urai perlu berani berubah. Jangan biarkan kumpulan yang tidak dapat menjanjikan apa-apa ini memperdayakan dengan janji undi PAS membawa ke syurga.

HUDUD : PENGUNDI MUDA PAS MANEK URAI KECEWA


Pengundi-pengundi muda PAS yang kecewa dengan kepimpinan tertinggi PAS yang sanggup berkompromi dalam soal hudud bagi memuaskan hati DAP, berjanji akan bekerja keras untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai bagi memberikan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin tertinggi mereka.

Berita ini saya terima sebentar tadi dari rakan-rakan blogger yang kini berada di peti-peti undi. Menurut mereka, protes ini sangat kuat sekali dan cukup merisaukan kepimpinan PAS.

Selain daripada itu mereka cukup kuat mempertikaikan kenapa PAS membuang slogan "membangun bersama Islam" dan digantikan dengan ''PAS for all".

Mereka bertanya adakah "PAS for all" bermaksud "PAS untuk semua termasuk DAP" yang terang-terang menolak negara Islam.

PRK MANEK URAI : ISTIKARAHLAH DEMI PENDUDUK MANEK URAI


Bagi yang mengundi esok, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka membuat (solat) istikharah. “Tidak salah memilih BN kerana BN mampu (membawa perubahan dan pembangunan)" .

Timbalan Perdana Menteri semalam turut mengulangi cabaran kepada kerajaan negeri pimpinan PAS untuk menyatakan apa yang mereka lakukan untuk pembangunan Islam dan ummah di negeri yang diperintahnya sejak 1990.

"BN kalah pun kita tetap bina 564 buah masjid di seluruh Kelantan," katanya. Kerajaan Persekutuan juga membina banyak kemudahan lain seperti sekolah, hospital untuk kemudahan rakyat.

Beliau meminta rakyat supaya tidak terlalu emosional dan terlalu mengagung-agungkan Nik Abdul Aziz kerana dia gagal menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin negeri.Sehingga hari ini PAS tidak mengumumkan secara jelas apa yang akan dilakukannya di Manek Urai jika memenangi pilihan raya itu.

Seperti biasa, PAS menekankan soal Islam yang dibawanya.Yang penting bagi PAS – Islam akan ditegakkan – soal mencari rezeki atau ‘untuk hidup’, pandai-pandailah rakyat menentukan nasib mereka.

Walaubagaimanapun dari pemerhatian saya, slogan “membangun bersama Islam” sudah tidak digunakan lagi di Manek Urai. Yang ada hanyalah slogan “PAS for All”. Adakah PAS sudah berkompromi dalam soal Negara Islam untuk memuaskan hati DAP?.

PRK MANEK URAI : HARTA NIK AZIZ BERNILAI RM10 JUTA

PENDEDAHAN HARTA NIK AZIZ DAN KELUARGA YANG BERNILAI RM10 JUTA
(SILA KLIK UNTUK BESARKAN)

PRK MANEK URAI : LEBIH 50% JANJI SOKONG UMNO


Tinjauan sikap yang dibuat oleh Wanita Umno menunjukkan lebih 50% daripada 12,293 pengundi Manek Urai akan mengundi calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Ketua Wanita Umno bahagian Manek Urai, Rohani Abdul Majid berkata, kira-kira 5,900 pengundi termasuk ahli Umno dan pengundi atas pagar, berjanji mengundi Tuan Aziz.

"Ini yang mereka janji kepada kita, tidak tahulah apa yang mereka cakap itu tidak betul. Tetapi dari reaksinya, ia tanda yang positif dan akan mengundi BN.

"Kita juga berjaya mendekati beberapa kawasan pengundi PAS". katanya ketika dihubungi hari ini.

PRK MANEK URAI : TERKINI! PENDEDAHAN HARTA NIK AZIZ DAN KELUARGANYA BERNILAI RM10 JUTA


Berita hangat yang sedang rancak dibualkan di Manek Urai sekarang ialah berkenaan PENDEDAHAN HARTA NIK AZIZ DAN KELUARGANYA YANG BERNILAI RM10 JUTA AKAN DIBUAT BERMULA HARI INI!!!.

Saya masih mencari maklumat, dalam bentuk apakah pendedahan tersebut akan dilakukan. Sama ada akan di dedahkan di ceramah-ceramah atau dalam bentuk lain.

Tunggu perkembangan seterusnya.

PRK MANEK URAI : KEMENANGAN MENANTI BN

PAS baru? Selepas berkawan dengan PKR dan DAP.


Selepas selesai mengikuti Wacana 1Malaysia selama 2 hari di PWTC, saya bergegas semula ke Manek Urai untuk menyambung perjuangan yang belum selesai. Insya-Allah saya akan berada di sini sehingga selesai hari pembuangan undi.

Banyak sekali perubahan yang berlaku di Manek Urai jika dibandingkan dengan beberapa hari yang lepas semasa saya meninggalkan Manek Urai.

Malam tadi saya terperangkap di dalam kesesakan jalan raya hampir satu jam di Sungai Sok yang terletaknya Pusat Operasi BN. Pusat Operasi pula penuh sesak dengan jentera BN yang datang dari seluruh pelusuk tanahair.

Pada pandangan saya, ini adalah perkembangan yang luar biasa. Semangat jentera BN berada dikemuncaknya. Hasrat untuk melihat kemenangan BN adalah cerah di Manek Urai. Itulahah telahan yang boleh saya buat setakat ini.

Malam tadi saya sempat juga ke peti undi Laloh, memang berbeza sekali berbanding beberapa hari yang lepas. Dikebanyakkan tempat poster-poster BN telah menenggelamkan poster-poster PAS.

Di kedai-kedai kopi, penyokong BN begitu ceria sekali. Kebanyakkan perbualan menjurus kepada BN akan memenangi kerusi DUN ini.

Bukankah itu menandakan PAS akan mendapat malu besar di Manek Urai? Sama-samalah kita tunggu kebangkitan gelombang biru rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Dikala Pusat Operasi BN mendapat sambutan hangat daripada jentera dan pengundi, markas-markas PAS pula kelihatan lesu. Ceramah-ceramah yang mereka anjurkan tidak mendapat sambutan.

Oleh itu mereka mengulang-tayang ceramah-ceramah pemimpin Pakatan songsang termasuklah ceramah Lim Guan Eng di skrin besar.

Inilah melayu/Islam yang tidak sedar diri. Mengaku memperjuangkan Negara Islam tetapi bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Negara Islam.

Thursday, July 9, 2009

PRK MANEK URAI : PAS RASUAH RM150.00 SEORANG



MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...

TEPUK AIR DI DULANG TERPERCIK MUKA SENDIRI...

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,BERCAKAP BOHONG,LAMA-LAMA PAS JADI PENCURI...

Itulah gambaran yang layak diberi kepada PAS. Selama ini habis segenap desa dan ceruk, PAS dok mengata UMNO rasuah. Tapi kalau mereka yang buat tak dinamakan RASUAH tetapi mereka namakan SEDEKAH/SUMBANGAN IKHLAS/ARMALAH.

Itulah PAS, lidah bercabang atau lidah setan.

Gambar diatas adalah sebagai bukti jelas. Semalam PAS buat satu majlis di Pasti Manek Urai Baru. Mereka memberikan RM150.00 kepada setiap pengundi yang hadir dan mereka gunakan nama anak-anak yatim.

Wang tersebut diisi di dalam sampul surat yang dipegang makcik tersebut. Makcik tu anak yatim juga kot....

KALAU UMNO MEREKA KATA RASUAH. KALAU MEREKA DIPANGGIL ARMALAH. DASAR SETAN.

Sumber : http://www.ruangbicarafaisal.com/