**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Thursday, April 2, 2009

RAKYAT BUKIT GANTANG SAYANGKAN SULTAN

Cerita ini saya petik dari AspirasiBangsa yang katanya berlaku di Simpang Kota Raya ketika sedang bersarapan di sebuah kedai makan.

Sedang kami makan, datanglah Ngeh Ko Ham dengan juak-juak PAS untuk berkempen. Ngeh menuju ke sebuah meja yang terdapat 4 orang Melayu sedang bersarapan.

Lalu Ngeh bertanya khabar dan mula berkempen dengan cerita itu dan ini. Namun di pertengahan kempennya terkeluar perkataan "derhaka". Perkataan tersebut rupa-rupanya sangat menyentuh jiwa orang Melayu di Bukit Gantang.

Dengan berang seorang lelaki tiba-tiba bersuara "perkataan derhaka jangan disebut!, Sultan Perak ada dalam hati kami!".

Semua yang berada dalam kedai makan tersebut melihat sahaja Ngeh Ko Ham dengan muka merah padam apabila lelaki tersbut berkata demikian. Rasanya kalau Ngeh menyebut sekali lagi perkataan "derhaka" kepada Sultan mungkin ada kerusi yang akan melayang.

Kemudian Ngeh dengan juak-juaknya pun beredar dengan rasa malu.

Hakikat yang diperlihatkan di sini ialah orang Melayu Perak teramat sangat menyayangi Sultan mereka.

Yang derhaka kepada Sultan hanyalah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim!.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

ANWAR FIRAUN DAN DIKTATOR


Jangan marah saya! Bukan saya yang kata tetapi seorang pejuang PKR negeri Kedah sendiri iaitu Kalaivanar yang menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai Firaun dan diktator.

Kalaivanar adalah Ketua PKR Bahagian Jerai yang mengistiharkan keluar dari parti itu bersama 500 penyokongnya.

Kalaivanar juga mencabar Anwar untuk berdebat dengannya mengenai sumbangan PKR kepada orang India.

"Selama setahun PR memerintah lima buah negeri, tiada sumbangan mereka untuk masyarakat India" katanya.

Kalaivanar pernah berjuang bermati-matian untuk PKR. Beliau juga pernah ditahan sebanyak 29 kali atas kesalahan demonstrasi.

"Anwar adalah pelakon handalan dan sering memperdayakan masyarakat India dengan laungan Makkal Sakti" ujarnya lagi.

"PKR juga hanya pandai berjanji, tapi janji hanya tinggal janji, itulah sifat sebenar PKR" katanya lagi.

Memang benar, setahun yang lepas, masyarakat India telah termakan `gula-gula' yang telah dijanjikan Anwar Ibrahim.

Akibatnya nama baik bangsa mereka sendiri yang tercemar. Jadi inilah masa yang paling baik untuk membuktikan taat setia mereka telah kembali semula kepada BN dengan mengundi calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

PKR SINONIM DENGAN `KEGANASAN'?


Adakah benar PKR adalah sinonim dengan keganasan? Jawapannya adalah `Ya' kerana setiap kali PKR bertanding, mesti ada insiden keganasan.

Walaubagaimanapun Pemuda BN telah bersedia berdepan dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut.

Melihatkan kedudukan mereka yang semakin lemah, sudah tentu kempen secara provokasi dan ganas akan digunakan.

Perkara ini dapat dilihat apabila kenderaan milik petugas dan penyokong Barisan Nasional (BN) kini menjadi sasaran penyokong parti pembangkang yang bertindak mengetuk dan mencalarkan badan kenderaan terbabit.

Tidak terkecuali kereta Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim sendiri menjadi mangsa serangan penyokong pembangkang yang bertindak liar selepas diapi-apikan melalui ceramah dan kenyataan provokasi pemimpin mereka.

Oleh itu Pemuda Umno dan Pemuda BN berharap pemimpin pembangkang bertanggungjawab di dalam membuat kenyataan dan ceramah. Mereka juga di ingatkan supaya tidak membakar semangat golongan muda kerana jiwa muda ini mudah di bakar.

Turut menjadi mangsa ialah Proton Perdana milik Penolong Setiausaha Pemuda Umno/BN Kedah, Haris Che Mat yang dicalar dan ditoreh perkataan kesat.

Oleh itu kita berharap semoga Pemuda BN tidak lemah semangat. Perjuangan mesti diteruskan sehingga hari pembuangan undi . Sedia Gempur Pemuda BN !!!

Wednesday, April 1, 2009

NIZAR : SAYA BUKAN BONEKA DAP?

APABILA saya kata Nizar adalah calon pilihan DAP, ramai yang marah dengan saya. Komen-komen yang saya terima kebanyakkannya menggunakan kata-kata kesat sehingga saya rasa tidak layak untuk menjadi tatapan di blog ini.

Sebab itulah semua komen-komen tersebut saya `reject'. Saya menghormati perbezaan pendapat di sini tetapi biarlah kita menggunakan hujah-hujah yang lebih ilmiah dan di terima akal.

Jangan buangkan masa anda dengan memberikan komen-komen menggunakan bahasa kesat kerana sudah tentu komen-komen tersebut tidak akan saya siarkan.

Sekiranya anda terus-terusan menggunakan bahasa kesat, sebenarnya anda telah merendahkan martabat diri anda sendiri dan memberikan gambaran kepada saya bahawa penyokong Pakatan Rakyat memang tidak tahu berbudi bahasa.

Kita balik kepada realiti. Saya rasa tidak perlu saya memberikan hujah lanjut kepada topik ini. Gambar-gambar di bawah dapat menceritakan segalanya.

Senarai exco kerajaan Perak bawah Nizar. Siapa majoritinya?

Senarai exco Perak bawah Datuk Dr. Zambry. Nampak tak perbezaannya.


Siapa disekeliling Nizar? Mana pemimpin-pemimpin PAS?


Yang kita nampak hanya seorang yang berkopiah. Yang lain?

Siapa yang mengapit Nizar? Anda boleh menilainya sendiri!

PENAMBAHBAIKAN JENTERA WANITA DI BUKIT GANTANG


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, jentera pilihan raya Wanita UMNO bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang tidak berpecah mahu pun dirombak.

Sebaliknya, apa yang dilakukan beliau selepas mengambil alih kepimpinan Wanita UMNO ialah memberikan beberapa penambahbaikan.

"Kita nak menang, jadi sudah tentu ada beberapa penambahbaikan terutama daripada segi strategi yang kita lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya beliau membuat rombakan jentera pilihan raya Wanita UMNO yang dibentuk oleh bekas Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz.

"Jentera yang ada kukuh dan bersemangat untuk melaksanakan kerja", katanya.

Malah beliau tegaskan jentera pilihan raya Wanita UMNO Bukit Gantang diletakkan di bawah tanggungjawab naibnya Datuk Kamilia Ibrahim.

Katanya, Kamilia sangat berpengalaman malah selama dua penggal menjadi Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, beliau memainkan peranan utama membantu kemenangan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, iaitu Rafidah sendiri.

~Agendadaily

KEMPEN SECARA BERDIALOG JADI TERAPI TARIK GOLONGAN MUDA


Pemuda Barisan Nasional (BN) kini lebih bersedia mendekati serta berdepan golongan pengundi muda melalui kempen secara berdialog yang dilihat berkesan berbanding kempen terbuka.

Melalui dialog itu, parti boleh menyatakan apa yang akan dibuat untuk membantu rakyat manakala golongan terbabit dapat menyuarakan masalah serta rasa tidak puashati terhadap kerajaan selama ini.

Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, kempen secara berdialog akan menjadi terapi bagi mengurangkan api kemarahan golongan muda yang selama ini sudah termakan dakyah pembangkang yang menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.

“Kini mereka boleh tanya terus apa yang mereka risau dan bimbang serta perkara terbuku di dalam hati. Kita berpeluang beri penjelasan dan memikirkan cara membantu golongan muda ini,” katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat jentera pilihanraya Pemuda BN di Bukit Selambau.

Katanya, interaksi antara 20 hingga 25 0rang ini menunjukkan hasil yang cukup baik.

Razali memberitahu, antara perkara yang kerap dibangkitkan golongan ini adalah soal pengangguran, ekonomi diri sendiri dan kenapa mereka tidak terbabit di dalam pembangunan negara.

“Kesimpulannya kita dapati mereka mahu kerajaan atau parti mendekati mereka dan membabitkan mereka dalam program-program dianjurkan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Razali berkata, Pemuda BN bersedia berdepan kemungkinan tindakan provokasi atau ganas yang mungkin digunakan parti pembangkang dalam pilihanraya kecil kali ini.

“Kita tahu setiap kali PKR bertanding ada insiden keganasan. Sekarang sudah ada kenderaan jentera BN dicalar dan diketuk. Kita tetap berhati-hati dan sentiasa bersedia berdepan situasi begini,” katanya.

Mengenai ketidakhadiran Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkempen di Bukit Selambau, Razali menjelaskan bahawa Khairy kini bertumpu di Bukit Gantang kerana membabitkan kerusi Parlimen dan kawasan kempen yang lebih luas.

Katanya, ini adalah pengagihan kerja bagi memastikan jentera BN bergerak lancar dalam usaha memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil kali ini.

~Agendadaily

KENAPA NIZAR PERLU DITOLAK PENGUNDI BUKIT GANTANG


Kenapa Nizar perlu di tolak pengundi Bukit Gantang? Jawapannya adalah seperti berikut:-

1) Nizar adalah boneka dan kuda tunggangan DAP yang memerintah Perak dahulu.

2) Nizar sebagai MB Perak telah meluluskan hak milik tanah kepada kampung baru yang kebanyakkannya adalah penyokong DAP. Tidak perlu sebut bangsa apa!.

3) Rakyat Melayu Perak tidak mengecapi apa-apa setelah setahun Pakatan Rakyat mengambil alih Perak.

4) Membeli kereta mewah , camry untuk dirinya dan exco kerajaan negeri Perak yang mana agen penjualan kereta tersebut ialah seorang ADUN DAP dari Selangor.

5) Menyokong hak keistimewaan orang Melayu melalui DEB dimansuhkan.

6) Janji akur kepada keputusan Sultan mengenai peralihan kuasa di Perak tetapi menentang apaila Sultan meminta beliau melepaskan jawatan dan memohon untuk derhaka kepada Sultan . “Patik mohon derhaka Tuanku”.

7) Dilantik oleh Sultan tetapi menentang Sultan kerana gilakan kuasa dan tidak mahu melepaskan jawatan walaupun diminta oleh Sultan.

8) Enggan keluar dari kediaman rasmi dan enggan memulangkan semula kereta rasmi kerajaan.

9) Enggan melepaskan jawatan tetapi akhirnya akur dan mengakui bahawa jawatan MB kini hanya menjadi sejarah

10) Gila kuasa, sudah menjadi ADUN tetapi mahu pula kerusi Parlimen. Sebagai bangsa yang terhormat dan sebagai bangsa yang budiman, janganlah kita menjadi seperti Nizar yang derhaka dan menggunakan Islam sebagai perisai untuk kuasa.

11)Satu lagi “kejayaan” kerajaan boneka PAS di Perak adalah dengan mengenakan bayaran cukai pintu yang 500% lebih tinggi dari tahun-tahun sebelum ini.

Apa bezanya Nizar dengan DAP. Apa bezanya Nizar dengan Anwar Ibrahim? Apa bezanya Nizar dengan Exco-Exco DAP di Perak.

Cukuplah sekali kita membuat kesilapan, jangan diulangi sekali lagi kerana maruah bangsa dan nasib anak-anak kita ditentukan oleh undian kita.

Adalah penting kita meluahkan protes terhadap Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan Negara.

Jangan mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu. Kita tidak mampu untuk menjadikan negara tercinta ini sebagai `Malaysian Malaysia’ seperti yang diperjuangkan DAP.

Kita bukannya terdesak untuk merampas kerusi Parlimen ini. Kalah atau menang kita masih menjadi pemerintah. Tetapi apa yang kita mahu adalah rakyat Perak mesti insaf dan memartabatkan semula agama, bangsa dan negara.

Maruah perlu kita tebus kembali. Setahun sudah cukup untuk membuktikan bagaimana kepimpinan bangsa Melayu Pakatan Rakyat memang tidak berjiwa Melayu.

Rujukan : Tepak Bersulam

Tuesday, March 31, 2009

NIZAR CALON DAP?

Nizar minum berdiri, anak-buah minum berlari, anak-cucu minum lari berganti-ganti.


TAIPING 30 Mac – Benarkah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah ‘calon DAP’ dan bukannya mewakili suara dalam Pas?

Persoalan tersebut berlegar di kalangan para pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan berlangsung pada 7 April ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan cadangan memilih bekas Menteri Besar Perak itu sebagai calon Pas dalam pilihan raya kecil itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz yang menganggap dirinya nakhoda parti akhirnya akur dengan keputusan memilih Mohammad Nizar dan memberikan restu.

Hari ini, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali mengakui bahawa DAP sememangnya mencadangkan nama Mohammad Nizar agar dipilih sebagai calon bagi menggalas misi Pas mempertahankan kerusi P59 itu.

‘‘Memang dia (DAP) ada buat cadangan tetapi keputusannya adalah di tangan kami.

~Utusan

"KAMI SEPAKAT KELUAR PKR"

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai lumpuh apabila Ketuanya B Kalaivanar semalam mengumumkan keluar parti bersama kira-kira 500 ahli dan penyokong serta membubarkan bahagian itu serta-merta.

Kalaivanar berkata, pihaknya mengambil keputusan secara rasmi kelmarin kerana tidak percaya dengan kepemimpinan PKR terutama penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai diktator.

“Saya tidak mahu masyarakat di Selambau ini diperdayakan. Selepas mengadakan perbincangan selama 10 hari, kami sebulat suara keluar parti dan membubarkan bahagian ini kerana tidak lagi percaya dan yakin terhadap kepemimpinan PKR,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India Kedah berkata, dua ahli PKR, S Poobalan dan S Vasudevan, masing-masing Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Yan (MPY) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPk) turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis sebagai tanda bantahan.

KHAIRY SEMARAKKAN LAGI KEMPEN DI BUKIT GANTANG

Kehadiran Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin telah menyemarakkan lagi kempen Barisan Nasional di Bukit Gantang.

Penduduk-penduduk Bukit Gantang sedang ternanti-nanti, apakah isu yang akan dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO yang terkenal dengan kelantangannya ini.

Khairy dipetik sebagai berkata ''Saya rasa ada banyak isu yang perlu dijelas dan diterangkan.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Pemuda UMNO telah menggerakkan jentera bagi membantu kemenangan calon BN di kerusi tersebut.

''Kita sudah susun kempen yang bertumpu kepada kesan segera terutama di kalangan generasi muda.

''Saya telah minta Pemuda elak apa-apa program atau kempen yang berbentuk konfrontasi, terlalu ghairah tetapi kita mahu mendekati golongan muda secara berkesan dan berhemah," katanya.

TERIMA KASIH KHIR DAN MUKHRIZ

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berterima kasih kepada ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana menyahut seruan penyatuan dan memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan beliau dalam pergerakan tersebut.

Sehubungan itu, Khairy mengajak semua semua ahli Pemuda Umno supaya bersatu hati dan bekerja bersungguh-sungguh dalam satu barisan bersama ahli-ahli komponen parti yang lain di bawah BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Beliau mengajak mereka melakukannya dengan semangat yang berani untuk membawa perubahan di atas landasan setiakawan untuk rakyat, dari rakyat dan demi rakyat.

Monday, March 30, 2009

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (3)

Izzana dan Izran (anak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bersama para penyokong ibu mereka.

Bersama Kak Noraini dan Izzana. Tahniah Yana!

Bersama YB Hajah Zainab (depan kanan), Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sembilan dan para penyokongnya.

Wakil calon dan penyokong YB Hajah Zainab

Sunday, March 29, 2009

MALCOLM MUSSEN LAMOH DICABAR JAWAH GERANG DI BATANG AI

Di Batang Ai, Malcolm Mussen Lamoh (BN) akan dicabar oleh Jawah Gerang (PKR).

Seorang calon bebas Johnny Chuat dikatakan menarik diri.

BUKIT SELAMBAU : 15 PENJURU

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah negara apabila menyaksikan buat pertama kali berlakunya pertandingan 15 penjuru.

Senarai calon yang menyerahkan borang bermula pukul 9 pagi dan kini dipamerkan untuk tujuan bantahan di pusat penamaan Sekolah Menengah Teknik 1 Sungai Petani ialah;

1. Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional)
2. S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat)
3. Husaini Yaakob (Bebas)
4. T. Chandrarajan (Bebas)
5. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas)
6. M. Venason (Bebas)
7. Abdul Rahim Abu (Bebas)
8. S. Moganakumar (Bebas)
9. Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas)
10. Radzi Md. Lazim (Bebas)
11. R. Loganathan (Bebas)
12. L. Sarala (Bebas)
13. A. Jayagopal (Bebas)
14. Tan Hock Huat (Bebas)
15. Khamis Awang (Bebas)

TIGA PENJURU DI BUKIT GANTANG

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059, Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi mengumumkan dan mengesahkan tiga calon akan bertanding pada pilihan raya itu yang akan berlangsung 7 April ini.

Pertandingan tiga penjuru tersebut melibatkan parti Barisan Nasional (BN), Pas dan wakil Bebas.

BN diwakili oleh Ismail Saffian, 48; Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 44.

Saturday, March 28, 2009

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (2)

Bersama Kak Zauyah (AJK Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang) di Hotel Park Royal.

Para Penyokong Tan Seri Isa Samad dari Bahagian Telok Kemang sedang berkempen.

Abang Jamal dan Kak Tijah (sepupu Tan Seri Isa) juga sedang berkempen.

Dafi, datang berkempen untuk bapanya Datuk Ismail Sabri, menjadi tumpuan perwakilan dan media.

Bersama Kak Zauyah di hadapan potret Pak Lah

Di dalam Dewan Merdeka PWTC

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (1)

Semasa bergambar dengan Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Tahniah Datuk! Menang MT.

Bergambar dengan Datuk Dr. Zambry, Menteri Besar Perak. Jangan risau Datuk, kami akan bergerak ke Bukit Gantang.

Menikmati sarapan pagi bersama Kak Noraini di Park Royal, sebelum ke PWTC

Gambar bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Telok Kemang, Puan Mimi Fadzury

Bersama penulis blog Menimbang Rasa yang banyak `support' YB KJ di alam maya, Kak Siti Ruqaiyah Hashim

Bersama jentera kempen `SETIAKAWAN' yang sentiasa agresif tetapi berdisiplin. Cuba teka siapa yang sedang bertelefon di sebelah saya?
KJ! KJ! KJ! KJ! KJ! KJ!

MASIH ADAKAH PEMIMPIN BERHATI MULIA SEPERTI PAK LAH?

Air mata saya menitis apabila mendengar ucapan terakhir Pak Lah di Perhimpunan Agung UMNO hari ini. Di dalam hati saya bertanya, masih adakah pemimpin berhati mulia seperti Pak Lah selepas ini?

Benar kata Datuk Seri Najib. Bukan senang untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Nak melepaskan jawatan ketua cawangan atau ketua bahagian pun adalah mustahil bagi sesetengah orang.

Disamping itu Pak Lah telah menyatakan tidak akan mengkritik kepimpinan baru secara terbuka dan bersedia pada bila-bila masa memberikan nasihat dan pandangan sekiranya di perlukan.

Inilah sebenarnya pemimpin sejati. Beliau tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya kepentingan parti sentiasa diutamakan.

Saya berdoa dan berharap supaya Pak Lah akan sentiasa beroleh kesejahteraan dan rahmat Allah.

Saya juga berharap kepimpinan baru akan mencontohi apa yang telah dilakukan Pak Lah untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.
Salam perjuangan!

KHAIRY PERLU KERJA KERAS

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin perlu bekerja keras untuk meyakinkan perwakilan yang tidak mengundinya supaya mereka dapat bersama-sama beliau menggerakkan Pemuda UMNO.

Walaubagaimanapun peralihan kuasa Presiden UMNO dan Perdana Menteri telah memberikan peluang kepada beliau untuk membuktikan kredibilitinya yang selama ini ditohmahkan bergantung kepada pengaruh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas ini beliau tidak akan lagi digambarkan sebagai seorang yang sentiasa mempengaruhi keputusan Perdana Menteri.

Berkenaan beliau hanya mendapat 304 undi dan kehilangan 486 undi, Khairy menjelaskan perkara tersebut tidak menjadi masalah kepadanya. Perwakilan menyokong Dr. Khir dan Mukriz, tetapi tidak semestinya menentang beliau. Cuma kerana ada pilihan, mereka cenderung kepada calon-calon tersebut.

Walaubagaimanapun Khairy percaya Para perwakilan sendiri akan menutup buku lama dan membuka buku baru.

Walaupun mengakui beliau akan melalui saat-saat sukar dan getir untuk memulihkan imej yang telah dicalari pelbagai pihak tetapi beliau yakin akan dapat merapatkan semula saf Pemuda untuk memastikan semua kumpulan akan dibawa bersama dalam satu pasukan yang kukuh.

Terima kasih perwakilan pemuda, kerana tidak memilih berdasarkan persepsi tetapi berdasarkan realiti sebenar Khairy Jamaluddin.

Thursday, March 26, 2009

AKHIRNYA KEBENARAN TERBUKTI

Kalau ada yang mengatakan "akhirnya kebenaran telah mati" tetapi saya mengatakan "akhirnya kebenaran telah terbukti".

Itulah takdir yang telah ditetapkan Allah untuk Khairy Jamaluddin. Walaupun diserang kiri dan kanan, difitnah atas dan bawah tetapi itu semua tidak dapat mengatasi kehendak Allah.

Tahniah Pemuda UMNO, tahniah Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

KHAIRY, SHAHRIZAT DAN ROSNAH KETUAI TIGA SAYAP UMNO


Pengiraan undi bagi jawatan ketua Pemuda menimbulkan debaran berpanjangan apabila ia diumumkan paling lewat malam ini.

Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Khairy mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

Sementara itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Jawatan ketua Puteri pula dimenangi oleh Rosnah yang menewaskan lima pencabarnya.

Wednesday, March 25, 2009

KENAPA PERWAKILAN PERLU MEMILIH KJ


BIAR ORANG MUDA JADI PEMIMPIN MUDA

BERTANDING DIATAS FAKTOR KEKUATAN DIRINYA SENDIRI TANPA DIPENGARUHI OLEH SEBAB LAIN

DIGERUNI OLEH PIHAK LAWAN PEMBANGKANG

MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU

DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIDATO TERBAIK

MEMPUNYAI INTELEK TAJAM DAN KUAT

NKP SEMEMANGNYA LAYAK MENJADI KP

YANG PERIHATIN DENGAN KEBAJIKAN

PEMBAHARUAN DALAM PEMUDA

TIADA PROTOKOL

SETIAKAWAN
PEMUDA UNTUK PEMUDA


SAMA-SAMALAH KITA BERDOA SEMOGA YB KHAIRY JAMALUDDIN YANG TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA DENGAN BERKESAN SEBAGAI NAIB KETUA PEMUDA UMNO DAN SENTIASA BERADA DI BARISAN HADAPAN PADA SETIAP KALI PARTI DAN KERAJAAN DICABAR AKAN DIBERIKAN PELUANG MENDUDUKI JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Monday, March 23, 2009

I BELIEVE KJ CAN DO

by : hard-T

Let me say this first:

"Well-trailed leaders play a vital role in Pemuda Umno and he has to take care of the diverse needs of the youth group. And to meet these demands, the Umno youth leaders has to have a complete understanding and study of the youth needs..."

...And, I believe KJ's can do this. He had an alert mind.

AND the fact is:

KHAIRY JAMALUDDIN = 33 years old.

MUKHRIZ MAHATHIR = 45 years old.

MOHD KHIR TOYO = 44 years old.

There are three more things about politicians that seem to defy the odds: age, tenure of office and qualification.

Young people today are more educated (compared with their parents), inquisitive and more exposed to the mass media and thus better informed. To tackle this problem, the Pemuda Umno leadership structure needs to be revamped...SAY NO TO OLD MAN.

...And, I believe KJ's can do this. He had an alert mind.

Umno Youth members should not only perform their functions as people's representatives but must also provide leadership and act as social reformers and agent of change to win the respect of the young. They must always keep in touch with what the young people need and their desires and aspirations must be the conduit for a winning strategy for the next general election...

...And, I believe KJ's can do this. He had an alert mind.

Assuming that the present Parliament goes through its full term, those who are 17-18 years old now will be in the electoral roll for the next general election if they register promptly. That means we will have almost 7 million young voters in the electoral roll in 2013 (next general election).

These young people will decide the outcome of the next general election. Generally, young voters, like their counterparts in other countries, tend to be more daring, impulsive, unafraid to experiment and always willing to take stock of the 'wrongs and perhaps disregard the 'rights'......And, I believe KJ's can do this. He had an alert mind.

To come to terms with this scenario, I think the Umno Youth has to be made more appealing to this group. If in the last election votes could be easily won by just having kenduri and ceramah, the situation in the next election may not be the same.

I might as well say what I have in mind. I always believe that Umno Youth has only one force and not three. If all our 'men' could think likewise, there shouldn't be any problem as to who should be the next Chief...

...And, I believe KJ's can do this. He had an alert mind.

I believe, are made not by individual but rather by discussions and sharing of opinions among all the parties concerned. Therefore, the man who can co-ordinate and attain the co-operation of everyone involved, will be the man for the job...

...And, I believe KJ's can do this. He had an alert mind.

If you choose to be a deadwood and remain indifferent to what is happening around you, then no amount of knowledge, education or qualifications will make you a good leader.

It is said that for developing countries, it is essential to maintain political stability in order to achieve economic and social development. This means that politicians of proven political leadership, intellectual ability and physical capacity should hold office for as long as possible.

and... I believe KJ's can do this.

LEMBAGA DISIPLIN JUGA ADALAH MANUSIA BIASA

Dua hari lepas saya berpeluang mengikuti perarakan sempena Maulidur Rasul yang telah diadakan di Padang Merdeka Port Dickson. Perarakan ini diketuai oleh Undang Luak Sungai Ujong, Dato’ Haji Mubarak bin Dohak.

Walaupun disediakan jamuan selepas perarakan tersebut, namun kerana sudah lama tidak `pekena’ mee jawa, saya terus ke kedai mee jawa yang agak terkenal di Port Dickson ini.

Secara kebetulan, apabila sampai di sana, sudah ada dua kumpulan iaitu aktivis wanita UMNO dan adik-adik puteri yang juga dari majlis yang sama tadi.

Kerana kebanyakkannya saya kenal, saya pun duduk semeja dengan mereka. Ada lebih kurang 12 orang semuanya. Perbualan sudah tentu kepada pemilihan di dalam UMNO yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Sudah tentu kisah Mohd Ali Rustam yang tidak dibenarkan bertanding menjadi topik hangat. Begitu juga cerita-cerita yang berlaku di dalam wanita, puteri dan kisah-kisah `anak menantu’ dan `anak bapak’ rancak di perkatakan. Dapatlah saya mendengar, apa sebenarnya luahan akar umbi parti berkenaan pertandingan kali ini khasnya peranan Lembaga Disiplin parti.

Daripada perbualan tersebut, beberapa kesimpulan dapat di buat, iaitu kebanyakkan akar umbi bersetuju Lembaga Disiplin sebenarnya gagal menguruskan persepsi dengan berkesan, malah mewujudkan lebih banyak persepsi negatif baru kepada parti.

Mereka membuat perbandingan, apabila TKM 1, Pulau Pinang, Fairus meletakkan jawatan, Anwar dan kepimpinan tertinggi PKR, cepat-cepat memberikan alasan yang Fairus meletakkan jawatan kerana ingin menyambung pengajian.

Mereka memberikan alasan yang tidak memburuk-burukkan Fairus, mereka tidak menceritakan apa yang berlaku di dalam `kelambu’ supaya tidak memberikan imej negatif kepada parti dan memalukan keseluruhan ahli parti.

Lembaga Disiplin pula di lihat seperti `tikus membaiki labu’. Akibatnya kami di akar umbi `merah telinga’ mendengar ejekan penyokong-penyokong PR yang telah disahkan sendiri oleh Lembaga Disiplin Parti.

Adakah tidak wujud cara lain yang lebih berkesan? Kenapa perlu dihebahkan kepada media? Bukankah dengan cara menghebahkan kepada media akan memburukkan lagi keadaan dan menambah persepsi negatif baru kepada parti? Perkara ini perlu difikirkan oleh kepimpinan tertinggi parti.

Persepsi adalah penting. Parti politik yang baik hendaklah menguruskan persepsi dengan cekap. Sekiranya perkara ini gagal dilakukan, maka imej parti akan tercalar dan kesannya akan di terima di dalam pilihanraya.Bukankah lebih baik setiap perkara yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin Parti di bawa kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Majlis Tertinggi.

Biar Majlis Tertinggi yang membuat keputusan, apakah bentuk hukuman yang perlu dikenakan bagi setiap kesalahan ahli Parti. Maksud saya tidak perlu terlalu ramai orang bercakap. Lebih ramai orang bercakap, akan lebih menyebabkan kecelaruan.

Selain daripada itu, setiap hukuman yang di kenakan mestilah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya. Penjelasan yang `separuh masak’ akan menyebabkan parti dilihat mengamalkan `double standard’.

Contohnya yang melibatkan Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin. Akar umbi memandang, Khairy Jamaluddin dilindungi walaupun pada pandangan saya, sekiranya Khairy dilindungi, sudah tentu dia tidak dituduh langsung.

Ada akar umbi berpendapat, perkara ini memang sengaja dibiarkan sebegitu bagi memberika imej buruk kepada Khairy. Betul ke?

Sekali lagi wujudnya persepsi bahawa Lembaga Disiplin adalah tidak bebas. Mereka juga adalah ahli-ahli parti, walaupun mereka tidak bertanding, itu tidak bermaksud mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam pemilihan parti.

Dengan erti kata lain, mereka juga mempunyai calon-calon pilihan mereka sendiri.

Agak pelik, Lembaga Disiplin yang ditubuhkan untuk mengendalikan kes-kes salah laku ahli dengan tujuan menjaga nama baik parti, di lihat begitu ghairah mendedahkan keburukan parti sendiri.

Fikir-fikirkanlah.

Sunday, March 22, 2009

KHAIRY DI FITNAH LAGI!

Khairy Jamaluddin, calon ketua Pergerakan Pemuda UMNO di fitnah lagi. Kali ini menerusi penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin".

Buku yang ditulis dan diterbitkaan oleh Yahya Ismail tersebut dikatakan mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Khairy bagi memberikan imej buruk kepadanya di mata perwakilan.

Saya difahamkan buku tersebut sedang diedarkan secara meluas kepada perwakilan pemuda UMNO yang akan memilih Ketua mereka pada hari rabu ini.

Selain daripada itu Yahya Ismail juga telah mengugut Khairy dan meminta bayaran sebanyak RM100,000.00 agar buku tersebut tidak di cetak, di jual dan di edarkan kepada perwakilan pemuda UMNO.

Walaubagaimanapun Khairy menolak permintaan tersebut.

Menurut Khairy lagi, Yahya Ismail juga telah mengaku dia ditaja oleh musuh-musuh politiknya sendiri, yang berada di dalam UMNO dan beliau sebenarnya telah mengenalpasti dalang yang berada di belakang penerbitan buku tersebut.

Khairy menambah, perwakilan pemuda UMNO harus sedar, penulis buku tersebut sebenarnya tidak mempunyai kredibiliti kerana dia sebenarnya adalah seorang penulis upahan dan menulis buku tersebut sebagai ugutan untuk mendapatkan wang daripadanya.

Perwakilan juga harus sedar bahawa penulis tersebut sebenarnya bukan mencari kebenaran tetapi sebaliknya mencari keuntungan peribadi .

Oleh itu pada hari ini beliau membuat satu laporan polis berkenaan perkara tersebut di Balai Polis Brickfield, Kuala Lumpur.

Beginilah nasib seorang pejuang. Fitnah, cabaran dan dugaan telah menjadi asam garam di dalam hidupnya.